Siang tu bengkak kt jari tak surut lagi. Daddy yang risau bawa Humaira ke klinik. Doktor kata ada 2 kesan gigitan. Doktor suspek anak lipan rumah yang gigit Humaira. Entahler, naluri saya kuat mengatakan kena gigit serangga macam semut. Doctor bagi ubat dan suruh cari air kelapa. Alhamdulillah dah ok dah.
iklan nuffnang
My sweet story...
Thursday, April 28, 2011
Anak oh anak
Siang tu bengkak kt jari tak surut lagi. Daddy yang risau bawa Humaira ke klinik. Doktor kata ada 2 kesan gigitan. Doktor suspek anak lipan rumah yang gigit Humaira. Entahler, naluri saya kuat mengatakan kena gigit serangga macam semut. Doctor bagi ubat dan suruh cari air kelapa. Alhamdulillah dah ok dah.
Gambar sekitar majlis open day Sarakids
Mulakan dengan anakanda saya Humaira..Peace no war
Kudaku gagah berani..hik
Si cilik happy naik kuda
anak2 yang serba merah..comel
Geram tengok rambut kerinting sorang ni..anak sapelah ni, comel...
Tersenyum dapat naik kuda
Ada style cara jalan..
si cilik berbaju merah
Panas ye dik..
Farah melayan anaknya, Sara..Kasih seorang mummy
Inilah lagu breastfeed ketika majlis Sarakids..Menyusu sama-sama
Wednesday, April 27, 2011
Sarakids gathering di DARC Denai Alam
Tanda simbolik pada perasmian modu breastpump apabila anak Puan Farah, Sara datang menaiki kuda ke pentas dan memberikan modu breatpump kepada mummy nya. Touching, hampir menitis air mata saya. Kemudian diiringi dengan petikan piano sambil menyanyikan lagu breastfeeding. Saya lihat ramai ibu-ibu yang menitiskan air mata. Breastfeeding journey tidaklah semudah yang disangka, dan tidak juga susah. Hanya yang mengalaminya sahaja tau, pengorbanan yang bukannya sedikit, dan saya percaya sepanjang BF anak-anak kita pasti ada air mata yang tertumpah. Jadi bagi saya dengan adanya perhimpunan dengan ibu-ibu menyusu seperti ini kita dapat berkongsi cerita dan pengalaman untuk support each other.
Macam-macam aktiviti ada sepanjang hari tersebut, demo claoth diaper, baby wearing, pertunjukan pakaian menyusu, ada juga booth menjual pelbagai jualan. Sempat juga jumpa Puan Mardziah dari dunia susu ibu. Anak2 juga tentu suka dapat naik kuda. Selain daripada games, gathering ini juga adalah untuk mencipta rekod Malaysia, dimana semua ibu-ibu akan menyusukan anak2 mereka secara serentak. Saya tak pasti sama ada berjaya pecah rekod atau tidak, nanti kena tengok update dari blog Farah. Bagi saya, tak kisah berjaya atau tidak. Yang lebih penting kita dapat susukan anak kita dengan susu IBU.
Harusah turunkan tandatangan. LUV BF
Mummy dan Humaira
Ketika nyanyian lagu menyusu diiringi petikan piano
Semasa acara menyusu beramai-ramai..peace dari mummy dan Humaira
Jom menyusu beramai-ramai.
Banyak press yang buat liputan
Acara pemotongan kek
Puan Farah, tuan punya sarakids. Idola saya dalam penyusuan
Sebelum balik bergambar dengan belon clown..Besarnya
* Banyak gambar daddy ambil, nanti saya upload lagi..
Tuesday, April 26, 2011
Kisah Misteri Di Depan Rumah
Suami baru nak keluar jam 11 malam, hari Jumaat 22 April untuk jumpa kawan lama sebab baru tau dia ada di sekitar taman perumahan ni bila tengok dia update status facebook. Sebenarnya sejak malam semalam kami dah perasan rumah budak-budak bujang jiran sebelah penuh dengan manusia. Hampir 10 orang rasanya. Kereta jangan cakap lah, melintang pukang depan rumah. Tapi sebab ingatkan diorang ada program, suami malas nak tanya apa apa. Rupa-rupanya masa nak keluar jam 11 malam nampak diorang semua dah berkumpul depan rumah. Salah seorang daripada mereka sembang dengan suami dan menceritakan hal sebenar.
Salah seorang dari mereka dirasuk oleh hantu perempuan dan syaitan ni sebenarnya duduk di pokok depan rumah kami. Pokok tu disebalik pagar zink. Mangsa rasuk ni pula (lelaki) kebetulan datang berkunjung ke rumah sepupunya yang merupakan jiran kami. Dan sejak dari hari khamis malam 21 April budak ni dah kena tapi tak dapat nak bergerak, duduk lah sepanjang hari tegak je depan TV. Sepupunya dan yang lain-lain ingat budak ni malas nak pergi makan tapi pelik sebab tangan pegang handphone sambil jarinya bermain-main sms. Bayangkanlah berjam-jam tak makan tak minum . Ini kisah hari Khamis malam Jumaat.
Bila budak budak rumah tu balik , tengok mangsa ni masih lagi duduk depan TV tegak je, diorang dah rasa pelik. Lebih pelik bila tengok mangsa pegang handphone terbalik tapi jari masih seperti main sms. Bila diorg tengok betul betul, jari mangsa menulis ayat minta diselamatkan, masa ni lah baru diorang semua panik. Dan bermulalah insiden rasukan. Malam itu juga dibawa seorang pengamal perubatan dari kawasan sekitar sini sehingga hampir subuh bertarung. Sempat syaitan mempermainkan kesemua yang berada di rumah jiran dengan mengatakan ketika itu waktu tengah malam bahawa ada kemalangan dahsyat di jalan utama kawasan perumahan. Siap bagi no.plet kereta lagi suruh diorang semua selamatkan budak kecik dalam kereta terbabit. Sebenarnya tiada kejadian kemalangan pun pada malam itu, Syaitan tersebut hanya nak mereka semua keluar dari rumah kerana ingin membawa terus mangsa ke alam mereka. Pada keesokan hari (Jumaat) nampak macam dah pulih rupanya masih belum lagi, syaitan mempermain-mainkan mereka semua, masih dalam badan mangsa. Ketika ini dipanggil seorang lagi pengamal perubatan dari luar kawasan.
Pengamal perubatan ni berjaya tangkap kesemuanya dan diikat dalam kain hitam. Kain hitam kemudian diletak dahulu di pokok berhampiran pokok asal tempat tinggal syaitan terbabit kerana diminta tanam di tanah perkuburan pada keesokannya hari Sabtu 23 April. Ketika pengamal perubatan kedua ni dah balik, suami saya yang kebetulan nak keluar nampak ramai orang dan mereka bercerita. Setelah mendengar tentang kejadian, suami menelefon rakannya minta tolong tengok. Kemudian rakan suami memberitahu masih ada seekor yang tertinggal dan meminta izin untuk ke rumah jiran. Jiran-jiran kebetulan berada di restoren mamak bistro dan ketika suami dan rakannya sampai jiran-jiran memberitahu memang ada seekor lagi yang tidak dapat ditangkap. Bagaimanapun ianya tidak dapat dilakukan kerana seekor ni memang sudah lama dalam badan mangsa. Yang jadi havoc sebab lagi 7 ekor yang duduk di pokok depan rumah tu masuk dalam mangsa pada sekitar jam 1 pagi Khamis ketika mangsa sedang duduk berseorangan berhampiran pokok. Suami pun pelik sebab pada waktu tu kebiasaannya sebelum tidur dia akan buang sampah. Memang tak pernah nampak apa apa pun.
Malam itu suami dan rakan-rakannya serta budak budak rumah sebelah semua berkumpul di hadapan pokok tersebut. Rakan suami mengatakan bahawa tiada lagi tanda-tanda masih terdapat syaitan tu kat situ. Kawan suami pesan jangan bagitau saya, yelah takut saya menghayati cerita ini dan jadi takut. Tapi bagi saya selagi kita jaga solat Insyaallah benda tu tak kacau. Lagipun ini kawasan rumah saya, macamane sekalipun kita kena pertahankan, semangat kena kuat. Yang penting malam2 jangan husband outstation sudahler..hehe
Pada Khamis malam Jumaat tu pun kami balik lewat dari pasar malam, tiada pula kedengaran apa apa yang aneh. Erm, Itulah alkisahnya...Benda tu pun dah selamat di buang. Harapnya tidak lagi menganggu.
Dalam kain hitam tu katanya benda yang berjaya ditangkap. Wallahualam..
Coretan saya di blog masa 19 Jan... Saya copy paste
Tak dapat dipastikan ada kaitan atau tidak dengan kisah di atas. Masa telefon ayah mertua tempoh hari dengar bunyi anjing menyalak, dia ada bagitau. Kawasan depan rumah saya lapang, syaitan suka.
View kawasan lapang dari rumah saya..Dengarnya nak bina sekolah tak pasti bila
Monday, April 25, 2011
Kemalangan Maut Di Guthrie Corridor Expressway ketika majlis Sarakids
Saya sempat search di internet berkaitan kemalangan tersebut di forum superbikes, http://superbikemalaysia.com/topic/5060845/1/. Rupa-rupanya satu sahaja mayat. Mangsa menunggang motosikal R1. Dua bungkusan mayat yang saya lihat sebenarnya sebahagian badan mangsa yang telah putus kakinya. Sebelah badan mangsa berada di laluan menghala ke Shah Alam, sementera kaki yang putus pula berada di laluan menghala ke Rawang. Menurut forum superbikes tersebut, sebelah lagi kaki mangsa masih dicari.
Sempat snap ketika melalui Guthrie Corridor. Al fatihah untuk mangsa
Friday, April 22, 2011
Aktiviti hujung minggu ini
Hari Ahad pula mahu pergi Sarakids 2nd grand open day di Denai Alam Recreation & Riding Club (DARC) sempena pelancaran breast pump jenama MODU. Memang excited nak pergi sebab ramai breastfeeding mother yang join. Siap ada lagu breastfeeding song nanti pada event tersebut. Jom ramai-ramai join. Klik blog Sarakids .
* Have a nice weekend semua...
Rumah kaca AF9
Peminat fanatik AF???owh tidak...Dah ada anak takde maknanya boleh layan AF. Berebut channel dengan Humaira, mestilah dia yang menang. Kecil je rumah kaca ni. Bagi pendapat sayalah, budak2 AF ni terpaksa control lah sepanjang hari. Ada sahaja mata yang akan memandang setiap gerak geri mereka. Saya pun tak hafal nama mereka.
Layan gambar jelah..snap guna camera hp. Banyak guard jaga sekeliling rumah kaca tu.
Inilah rumah kaca tu. Masa ni Ning Baizura tengah mengajar
Rumah kaca ni dekat dengan kawasan food court
Ning Baizura mengajar salah seorang peserta AF. Tak sure siapa nama. Sempat lagi peserta ni lambai dan senyum dekat Humaira. Humaira tak excited pun...
Yang ini Miza dgn Amir kot..
Peserta Af ni rasanya sedara mara dia dtg jenguk. Tu yang duk kt situ je.. Sape ek??
Last but not least, Humaira posing pula
Thursday, April 21, 2011
Home made aiskrim
photo from google
1 scoop for Humaira
Budak tak sabar nak merasa ais krim.Ternganga dah mulut
Yummy
Wednesday, April 20, 2011
Sukanya tengok macarons yang cantik
Macaron adalah sejenis kudapan/biskut dibuat dari telur putih, badam kisar dan gula caster. Nampak mudah kan bahan asas yang digunakan. Tiga je. Ada lagi bahan lain. Food colouring. Bahan buat filling. Apa yang membuatkan macaron ni mahal adalah bergantung kepada bahan dan teknik pembuatan yang memerlukan kos yang tinggi.
Silap teknik akan jadi mangsa tong sampah. Sedih. Lepas tu semangat nak buat datang balik. Betulkan pencinta macaron? ;)
Macaron berasal dari Perancis. Kat sana macaron yang terkenal datang dari Laduree atau Pierre Hermes.
Macaron yang betul menjadi mempunyai permukaan yang rata dan ada feet. Rasanya crispy diluar dan chewy di dalam. Semestinya macaron mempunyai rasa manis. Manis sangat. Jangan gelabah okey. Meh nak bagitau. Nak rasa sedap masyuk, cuba makan macaron dengan teh O pudina tanpa gula. Sedap.
Nak bagitahu lagi. Macaron tak sama dengan biskut yang boleh dimakan sampai 10 biji sekali jalan. Tak pasal-pasal ada yang dapat kencing manis pulak. Saya pun bila beli excited sampai 15 biji sekali borong. Nak warna tu. Nak warna ni. Bukan beli sebab perisa. Beli sebab warna. Bila makan, saya makan sebiji atau dua pastu simpan. Tak yah la kalut perabis sekali jalan kan. Kita enjoy sehari dua biji sambil gigit sikit-sikit. Nyum. Nyum.
Harga mahal. Satu bergantung pada bahan yang diguna. Nak bagitahu lagi, nak buat macaron ni memerlukan peralatan yang bukan boleh beli dengan harga RM10 atau RM50 saja. Bukan pakai periuk, sudip atau dapur gas sahaja. Tak. tak. Macaron tak pandang peralatan macam ni. Dia nak baring atas silpat yang berharga RM65 sekeping. Nak diukur suhu dengan digital thermometer yang berharga ratusan ringgit. Dah siap nak duduk dalam peti ais memanjang. Sekadar menyebut beberapa perkara sahaja. Itu kami sebagai pembuat macaron tak kisah. Dah minat kan. Stand mixer harga RM2k pun sanggup beli.
Inilah rupanya macaron yang comel, sape tak teruja tengok..Gambar di ambil dari blog Irma
Macarons as a deco for wedding cake..Gambar dari internet
Lagi menyebabkan saya tak confident nak buat sebab ini..huhu sadisnya
|
|
SETIAP kali selesai menyiapkan tempahan kek lapis Sarawak pada musim perayaan, berbaldi-baldi putih telur terpaksa dibuang begitu sahaja.
Jauh di sudut hati sebenarnya terasa amat berat untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun hasil melayari Internet, Juraiza Abdul Aziz, 38, atau senang dengan panggilan Nomie akhirnya menemui sejenis biskut bernama Macarons, satu-satunya jalan penyelesaian kepadanya untuk tidak lagi membuang putih telur.
''Macarons sejenis biskut berasal dari Perancis ini adalah penyelamat kepada putih telur yang selama ini terbuang begitu sahaja selepas saya membuat kek lapis Sarawak,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Lot 5217, Batu 3, Jalan Shapadu Off Jalan Kapar, Kelang, Selangor baru-baru ini.
Putih telur digunakan untuk membuat Macarons sebagai bahan utama.
Kata Normie, Macarons ini terdapat dalam pelbagai warna. Ianya berbentuk bulan sebesar empat sentimeter dan mempunyai rasa yang manis (pada bahagian cengkerang) yang dilapisi dengan jem, krim, coklat dan sebagainya.
''Rasa biskut ini lebih sedap jika disimpan dahulu dalam peti sejuk dan sesiapa sahaja yang telah mencuba Macarons pasti akan mula 'ketagih' untuk mencari biskut ini yang sememangnya mempunyai rasa yang luar biasa,'' katanya.
Katanya, nama Macarons di negara ini juga masih baru tetapi bentuknya yang comel serta berwarna-warni ini dijangka akan mampu menyaingi populariti kek cawan tidak lama lagi.
Tambahnya, Macarons bukan sahaja sedap malah sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran untuk majlis pertunangan, perkahwinan ataupun sebagai 'kek perkahwinan'.
Bagaimana kata Normie, bahan utama membuat biskut ini tidak banyak iaitu putih telur, gula dan serbuk badam.
Tetapi katanya, sebiji Macarons dijual dengan harga RM2.50 dan pastinya dikatakan lebih mahal berbanding biskut biasa kerana proses membuatnya memang rumit dan banyak pantang- larang.
Jelas Nomie, selama setahun juga beliau mengambil masa untuk mahir membuat Macarons termasuk membaca buku serta membuat percubaan demi percubaan.
''Guru saya hanya blog dan Youtube di Internet selain membeli buku mengenai Macarons secara online,'' kata bekas setiausaha ini.
Katanya, disebabkan tidak menghadiri kelas maka banyak cabaran ditempuhnya kerana kebanyakan resipi di Internet ini tidak memberikan maklumat yang tepat cara membuat Macarons.
Lama kelamaan akui Nomie, beliau mula mendapat formula terbaik di mana Macarons ini sebenarnya bukan biskut biasa kerana ada pantang-larang ketika membuatnya.
''Macarons sebenarnya sukar untuk 'menjadi' di kawasan yang mempunyai iklim panas lembab seperti negara kita ini,'' katanya.
Sehubungan itu, tidak hairanlah Nomie hanya akan menghasilkan biskut comel yang berwarna-warni dan manis ini mulai pukul 12 tengah hari hingga enam petang sahaja.
Malah katanya, beliau akan menghentikan sementara aktiviti membuat Macarons jika di musim hujan kerana akan menyebabkan permukaan biskut turut lembab.
Katanya, proses untuk menggaul serbuk badam dan meringue juga perlu dilakukan dengan cermat supaya apabila adunan diangkat dari senduk ia akan jatuh dengan berlipat baharu cekerang yang dihasilkan menjadi elok.
''Jika silap menggaul akan menyebabkan cengkerang menjadi keras serta mudah pecah,'' katanya.
Jelas Nomie, pada bahagian bawah biskut ini juga mesti ada 'kaki' di mana jika selepas dibakar ia leper sahaja maksudnya biskut ini dikategorikan 'tidak menjadi'.
Tambahnya, selepas dipaipkan permukaan adunan mesti dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum dibakar.
Nomie berkata, proses untuk membakar Macarons sebenarnya cepat kerana hanya mengambil masa selama 12 minit sahaja.
Kata Nomie, setelah yakin dengan kemampuan dirinya menghasilkan Macarons maka mulai Februari lalu baharu dia mula menerima tempahan Macarons.
Malah Nomie juga turut membuka kelas untuk membuat biskut ini yang terhad kepada empat orang sahaja untuk satu sesi.
Katanya, yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 016- 2951473 atau melayari laman web www.keklapis.com.
sumber : kosmo online
Apam polkadot
Saya dapat resepi ni dari internet. Saya copy paste shj. Bahan simple yang leceh nak main dengan colour.
Bahan-bahan
- 3 biji telur - dari peti sejuk
- 275 gm tepung gandum
- 220 gm gula halus
- 150gm susu segar / susu cair / susu full cream (saya guna santan, takde stok susu di rumah).
- 3 sudu teh baking powder
- 1 sudu kecil ovallete
- Filling secukupnya (saya guna inti kelapa)
- Pewarna ikut suka
- 1 sudu teh Perasa vanila (yang ini saya tambah sendiri)
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- Masukkan setiap warna ke dalam piping bag
- Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
- Picitkan filling secukupnya.
- Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
- Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
- Tips:
- Gunakan api yang sederhana kecil semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah. Tak pasal2 nanti jadi apam mekar
- Tutup dengan kain penutup pengukus untuk mengelakkan air jatuh ke atas apam untuk menghasilkan permukaan apam yang menarik.
Hasil pertama apam saya yang comel..sememeh sikit
Closed up sedikit..hehe
* minggu ini entry saya penuh dengan masakan..
Tuesday, April 19, 2011
Percubaan pertama membuat karipap pusing
Saya copy paste gambar step by step dari fotopages RIN.. Klik pada gambar untuk besarkan
Orang pertama yang cuba masakan mummy tentunya Humaira. Makan bahagian kelim jer. Sedaplah kononnya tu
Muka puas hati dapat makan..Hidung kembang semangkuk..haha