My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, May 27, 2009

Pengalaman bersalin dan kelahiran puteri sulung kami

Benarlah kata orang, pengalaman bersalin setiap orang berbeza-beza, begitu juga dengan pengalaman pertama yang saya lalui ini. Detik-detik kelahiran puteri sulung saya, semua pengalaman dan apa yang saya rasa dan lalui dicatat kemas untuk simpanan dan kenangan di kemudian hari.

Bergelar mummy pada usia 27 tahun memberi saya satu pengalaman yang tidak mungkin saya lupakan sampai bila-bila. Merasakan ada satu nyawa lain di dalam rahim ini membuatkan saya kagum dengan kuasa yang maha ESA. Alhamdulillah di atas kurniaan ini, saya rasa sempurna hidup saya sebagai seorang WANITA. Umi, bonda, emak, mummy, ibu….apapun gelarannya membawa makna yang sama bagi setiap orang dan sesungguhnya nikmat bergelar mummy merupakan anugerah yang tak ternilai harganya pada saya.

Saya disahkan hamil pada 4 Sept 2008 ketika umat Islam sedang mengerjakan ibadah puasa. Saat itu period saya sudah lewat seminggu dan saya dapat rasakan ada yang tidak kena terutama terutama sekali di bahagian perut, kembang semacam. Dalam pukul 5.00am setelah saya menyediakan juadah untuk bersahur, saya buat pregnancy test. Alhamdulillah ada dua line warna merah, bermakna saya positif. Saya bersyukur sangat2 dan kejutkan hubby untuk bersahur. Saya maklumkan kepada hubby, kita bakal jadi mummy and daddy dan tunjukkan result pregnancy test. Saya lihat muka hubby happy sangat, bukan senang tau nak tengok dia senyum time baru bangun tidur. Hubby saya ni jenis susah nak dapat mood happy ketika bangun tidur, tak macam saya memanjang happy. Then he give big hug and kiss me..Ohh indahnya saat ini…Hehe…

Sepangan tempoh mengandung, saya mengalami alahan yang agak teruk. Memang lembik dibuatnya ditambah pula dengan bulan puasa. Disebabkan alahan yang teruk, 5 hari saya tinggal puasa atas nasihat doctor kerana boleh membahayakan janin. Setiap apa yang saya makan pasti muntah sehingga tekanan darah saya menjadi rendah. Alhamdulillah usia kandungan memcecah 5 bulan alah saya semakin berkurangan. Saya amat bersyukur mendapat suami yang penyanyang dan sabar melayan karenah saya sepanjang mengandung. Thanks dear…

Kalau ikut EDD saya dijangka bersalin pada 11 Mei 2009, dalam hati cuak juga sehingga 5 Mei tiada tanda-tanda untuk bersalin. Emak saya pernah memberitahu selalunya bersalin1 atau 2 minggu awal dari tarikh jangkaan. 6 Mei selepas habis kerja ketika nak mandi saya dapati ada lender bewarna putih keluar. Saya teringat pesanan doctor, tanda2 awal seperti keluar lender or darah, sekiranya berlaku kontraksi lebih kerap baru pergi hospital. Dalam hati dah cuak tapi saya cuba calm dalm.

Esoknya saya pergi kerja seperti biasa tetapi sempat pesan kepada hubby supaya stand by, in case kalau apa-apa berlaku I will call him immediately. Habis ofis hour, saya mengajak hubby pergi check up. Doctor check my private part and inform bukaan baru 1 cm. Maybe dalam 2-3 hari baru deliver.

8 May saya start ambil cuti sebab dah sarat sangat nak bawa perut ditambah pula keadaan kelam kabut di ofis. Time ni ofis saya tengah berkemas untuk berpindah. Malam tu dalam pukul 3.00am saya rasa tak selesa. Saya pergi toilet dan mendapati ada lender bercampur darah. Masa ni takde rasa cuak sebab 2 hari lepas dah keluar lender. Just saya inform pada hubby, dalam keadaan mamai dia tanya sakit tak? Saya cakap tak so dia sambung tidur balik. Maybe penat agaknya. Lender campur darah berterusan sehingga 9 Mei dan saya terpaksa pakai pad. Malam tu saya dan hubby sempat lagi pergi restoren mamak untuk makan malam. Tgh makan saya rasa ada leaking, dalam hati berdoa janganlah air ketuban pecah (tak pasal2 bersalin dekat restoren…hehe). Kontraksi sudah mula terasa saat ini tapi saya tak bagitau pada hubby takut dia panic. Habis makan cepat2 saya ajak dia balik.

Dalam pukul 11.00pm saya ajak hubby pergi hospital kerana kontraksi makin kerap. Sampai di hospital, doctor check bukaan masih 1cm dan air ketuban telah bocor. So saya terpaksa ditahan di wad. Dalam pukul 1.00am saya menyuruh hubby balik dahulu kerana mungkin esok baru bersalin. Malam itu, saya rasa malam yang getir dalam hidup, langsung tak dapat melelapkan mata. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya kontraksi. Saya sempat message hubby minta tolong doakan dan bacakan yasin agar semuanya dipermudahkan sambil saya sentiasa membaca doa nabi yunus dan beristifar

10 Mei, pukul 8.00am doctor datang check dan bukaan sudah 4cm. Saya terus dimasukkan ke labour room. Doctor letak alat dekat perut saya untuk check heart beat baby dan masukkan drip air untuk cepatkan proses bersalin. Setiap masa nurse check blood pressure saya. Dalam pukul 11.00am doctor datang check dan bukaan baru 5cm. Nurse tanya sama ada saya perlukan ubat penahan sakit dan pastinya saya mengiyakan saja. Ubat penahan sakit menyebabkan saya rasa mengantuk dan khayal sebentar tapi kontraksi tetap terasa. Dalam hati tidak putus-putus saya berdoa agar Allah permudahkan segalanya. Pukul 2.30pm doctor datang check dan bukaan baru 6 cm. Saat ini saya hampir berputus asa dan hilang tenaga. Saya request dekat doctor untuk ubat penahan sakit tapi doctor halang kerana bukaan sudah 6cm takut effect kepada baby. Pukul 4.30pm sakit makin kuat, doctor check bukaan masih 6cm. Tuhan sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini. Saya benar-benar hilang tenaga. Pukul 7.30pm doc check sekali lagi masih 6cm. Saya request dekat doctor untuk ceasear kerana keadaan saya yang semakin lemah. Salah seorang doc perempuan bersetuju kerana hampir 12 jam saya di labour room tetapi bukaan terlalu perlahan. Suami saya dipanggil dan kebetulan ada seorang doctor lelaki datang untuk check saya. Doc tersebut yang halang saya melakukan ceaser kerana katanya kepala baby sudah ke bawah dan heart beat baby ok. Saat inilah air mata saya mengalir, hubby saya tak putus-putus minta saya bersabar dan cuba menenangkan saya sambil berdoa. Hubby saya berkata sesuatu kepada doc dan saya dengar doc kata dalam tempoh 2 jam lagi jika bukaan masih tiada saya akan di operate.

Dalam pukul 8.30 malam bukaan masih 6cm dan ketika inilah heart beat baby sudah drop. Baby stress nak keluar tapi bukaan masih tak cukup.Tiada pilihan saya terpaksa emergency ceasear. Hubby saya dipanggil sekali lagi sebelum saya dibawa ke operation room. Doc menerangkan serba sedikit procedure ceaser dan saya diminta menandatangani borang yang bersetuju untuk di ceaser. Hubby saya memberi semangat sambil berkata ‘let modern medical science do its job.’

Tepat pukul 9.43pm lahirlah puteri sulung saya yang diberi nama Nur Alisha Humaira Binti Mohd Nizam setelah lebih kurang 22 jam saya menahan sakit. Pertama kali menatap wajah Humaira, sayu rasa hati. Tentunya kelahiran ini adalah hadiah hari ibu paling bermakna buat saya. Hilang segala kesakitan bila dapat tatap wajah baby walaupun seketika. Nurse sempat beri saya kiss pipi sebelum Humaira terpaksa diletakkan di wad NICU kerana baby dah berak dalam perut. So doc nak monitor samada baby tertelan najis atau tidak. Nurse bagitau saya luka pembedahan besar sebab kepala baby sudah ke bawah sangat. Next pregnant pun saya kena ceaser juga untuk mengelakkan bleeding. Ya, sehingga hari ke 17 berpantang saya masih terasa sakit.

Keesokan harinya, baru saya berkesempatan melawat baby di NICU. Terus saya cuba menyusukan baby. Tidak semudah yang disangkakan untuk bagi baby direct feeding. Alhamdulillah nurse dekat sana semua baik2 dan mengajar saya cara yang betul penyusuan baby. Pukul 7.30pm saya terpaksa balik ke ward kerana waktu melawat telah tamat. Ketika inilah baby saya menangis seolah-olah tak bagi mummy dengan daddy balik. Dan saat ini, air mata mengalir tatkala mengenangkan keadaan baby yang mummy tak sempat nak dakap dia sepuas-puasnya. Benarlah kata orang, bila kita ada anak perasaan ibu pasti wujud.

Last but not least, thanks to my family, friends, sahabat handai yang datang visit saya di hospital dan rumah. Alhamdulillah benda yang saya debar-debarkan selama ini telah pun berjaya saya tempuhi. Kepada ibu-ibu di luar sana yang pertama kali menempuhi detik pertama bersalin memang wajar anda rasa berdebar-debar tetapi percayalah apabila kandungan kita makin membesar semangat itu akan datang sendiri. Takde best advice yang boleh dishare melainkan tempuhinya saja dengan tenang di samping banyak2 berdoa dan bertawakal kepada Allah.


* Humaira, buah cinta mummy and daddy, moga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat

Sunday, May 17, 2009

Dapat award dan selamat hari guru


Dapat award ni dari ina, kawan zaman diploma lagi. Thanks ina award ni..First time dapat

Di kesempatan ini juga, saya nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru2 di seluruh Malaysia terutama guru2 yang pernah mengajar saya dari sekolah rendah sehingga saya berjaya sehingga hari ini...

To my beloved hubby, Selamat Hari Guru...Jadilah pendidik yang berjaya..Setiap kali hari guru, pasti saya teringat lagu ni...

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Friday, May 15, 2009

Anugerah Terindah

Salam semua...
Alhamdulillah syukur, saya telah selamat melahirkan baby girl pada 10 Mei 2009 jam 10.43pm di Hospital Sungai Buloh. Syukur setelah mengharungi lebih kurang 22 jam sakit bersalin, akhirnya saya selamat melahirkan baby perempuan. Tentunya anugerah terindah ini cukup bermakna buat saya sempena hari ibu. Syukur sangat2..

Akan saya update kemudian detik2 kelahiran puteri sulung kami yang diberi nama Nur Alisha Humaira.
Nur - cahaya
Alisha - Dilindungi Allah
Humaira - Panggilan manja Nabi Muhammad SAW pada Siti Aisyah, si merah jambu


Hari kedua Humaira di wad NICU. Sayu hati mummy tak dapat jaga Humaira waktu ni. Mummy dekat wad 6B, Humaira Di NICU.



Permata hati mummy and daddy


Waktu kami melawat Humaira di NICU, lapar yer sayang. Hari kedua mummy berjaya memberi direct feeding pada Humaira. Walaupun tak sepenuhnya, sekurang2nya Humaira dapat kolostrum dari mummy. Saat ni nurse bertanya kepada kami adakah saya sudah memberi direct feeding pada baby, nurse bgtau baby kami main2kan dia, kejap nak minum susu formula, kejap baby luakkan balik. Maybe time ni baby dah tau mummy tekad untuk bagi direct breastfeeding pada baby. Sayu saat ni..Aduh, murahnya air mata mummy Humaira ni.


Selepas menyusukan Humaira


Sweet Humaira


Yeah, kami dah balik rumah pada hari ketiga. Sukanya mummy


* atas nama cinta, lahirlah Humaira di atas dunia....

Friday, May 8, 2009

Saya start bercuti

Salam semua,
Lama tak update blog..Saya semakin busy dgn kerja yang tak pernah habis. So i decide today to leave until maternity. At least saya dah buat proper handover dengan ofismate saya, supaya saya boleh bercuti dengan tenang. Hehe...

Perkembangan mak buyong sekarang ni, Rabu (6 Mei 09) lepas balik ofis terasa sakit sangat perut. Bila check ada keluar lendir putih. Tapi sakit tak lama so esoknya saya pergi kerja mcm biasa. Lepas balik ofis saya pergi check up di UMRA, doc check my private part. Dah terbuka 1cm. Saya sebenarnya risau, takut overdue, yelah kalau ikutkan EDD saya 11 MEI that mean Isnin minggu depan.. Doc ckp just wait kalau ada tanda2 dan kontraksi yang kerap terus pergi hospital. Pagi tadi dalam pukul 3.00 pagi saya pergi toilet, keluar lendir bercampur darah. Sehingga saat saya tulis blog ini lendir + darah still ada lagi cuma saya tak rasa kontraksi lagi. Perlukah saya pergi hospital?

Maybe ini entry terakhir saya sebelum bergelar mummy. Tak sabar rasanya, at the same time nervous pun ada jugak. Doakan semoga semuanya selamat ya kawan2. Saya minta maaf sekiranya sepanjang perkenalan kita dlm alam siber ni, ada yang menyinggung perasaan kalian. Selamat hari Ibu... Sayang semua.....

Saturday, May 2, 2009

Check up at 38 weeks

Tadi saya dan MR hubby pergi Klinik bersalin Umra for the weekly check up. Blood pressure saya 133/80 (consider tinggi juga). My weight sudah turun 1.5kg, tak tau kenapa, lately ni saya tak boleh makan nasi. Doc terkejut sbb berat saya turun, dia ingat saya diet. So i inform her, saya tak berapa boleh makan nasi, nanti saya muntah. Sekarang ni taste saya pada makanan western or fastfood. Doc tu ketawa jer, she said your baby try to say something message to you.... haha entahlah...

Doc scan, baby in good condition, kepala dah turun and ikut laluan yang betul. Berat baby dalam 2.8kg. Air ketuban pun ok and lastly she check my private part. Check bukaan, baru sedikit, she estimate dlm 1-2 weeks to deliver. Hopefully semuanya berjalan lancar.

Cuti 3 hari ni, bosan sunnguh. Duduk rumah jer. Hubby saya kena jaga exam, sekarang ni musim exam kt UiTM. So x boleh lah jalan mana2. Pada kawan2 semua, happy holiday. Sekian sahaja ceriteraku..hehe

nuffnang

Related Posts with Thumbnails