My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label daddy. Show all posts
Showing posts with label daddy. Show all posts

Friday, April 5, 2013

Happy birthday Daddy Humaira & Firaas

3 April lepas ( Rabu) birthday daddy. Takdelah celebrate beriya sangat. Pagi tu mummy just order dominos pizza secara online. Daddy tak bangun tidur lagi time ni, malam tu dia tidur lewat. Daddy bangun je, pizza dah ada kat meja. Hehe..Dia ni peminat tegar pizza..

Happy birthday daddy. Mummy, kakak dan adik doakan daddy diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. We love you so much..

Pagi petang siang malam kita makan pizza sampai habis. Banyak juga mummy order

Esoknya, mertua datang PJ. So kami ke sana bawa kek. Ramai sikit baru best beli kek boleh makan ramai2. Rupa2nya, mertua pun beli kek. Ada 2 biji kek sudah..






Tuesday, June 21, 2011

Hadiah birthday dan gadget

Birthday saya semalam, husband hadiahkan jam. Dah lama saya mencari jam yang tahan lasak. Jam lama saya, bonia dah buat perangai. Dalam seminggu dua mesti ada sekali lewat 5-10 minit, gara2 Humaira suka jatuhkan jam bonia saya. Sayang sangat jam tu, banyak berjasa. Ada sentimental value, pemberian dari husband masa kahwin 4 tahun lepas. Seminggu juga masuk ward, hantar servis baru tadi siap. Sepanjang seminggu jam tu masuk ward kena charge RM95, ada warrant 3 bulan. Harapnya kembali pulih seperti biasa.

Hadiah jam kali ni, saya pilih brand baby G, warna pink. Ada cerita menarik pasal jam ni. Saya beli di kedai time 2 time di Subang parade. Depan kedai tu ada signage boleh reedem Maybank point. Husband pengguna kad kredit Maybank, dah suka bila tengok boleh reedem. Jam saya harga RM320++, memang tak perlu bayar 1 sen pun. Husband punya point dalam 70 000, so tolak terus dari point tu tinggal lagi 11 000. Selamat duit dia!!!

Inilah jam tu. Lama mencari baru jumpa. Nampak trendy sikit, oklah sebab bonia tu nampak formal


Rupa-rupanya husband ada agenda lain. Duit sepatutnya beli jam tu husband beli PSP. Dia sanggup berhabis duit demi gadget. Susah nak tengok dia shopping pakaian beratus2 tapi kalau gadget laju jer. Bak kata husband 'abang minat je, tak terfollow abang'.. Hehe kalau nak follow, semuanya perlukan RM. Bukannya sikit semuanya main ratus2 dan ribu riban. Lelaki memang gila dengan gadget. Contoh terdekat macam kawan baik husband saya. Sanggup ke Singapore masa Ipad 2 baru launch kat sana, agaknya tak sabar tunggu Ipad2 masuk pasaran Malaysia.


Inilah gadget terbaru daddy, PSP...



Paling latest punya gadget external hard disk, My Passport AV. Susah betul nak cari benda ni. Mula-mula cari di Plaza Alam Sentral semua kedai tak jual. Lepas tu husband ke Digital Mall pun takde kedai yang jual. Siap husband call customer service Astro tanya kat mana ada jual. Last2 search kt internet ada orang jual di Cova Kota Domansara. Bergegas husband ke sana. Akhirnya dapat juga...Harga dalam RM210 ++. Geleng kepala saya...ishk ishk


Untuk apa benda ni??? Untuk record rancangan TV bagi sesiapa yang guna astro Byond. Actually Astro tengah buat promotion untuk tukar kepada Byond PVR. Harga asal RM300 tapi sekarang jadi RM150,promosi sehingga September. Husband kata ramai sangat yang apply, takut ada masalah nanti. Itu yang beli My Passport AV.


Tahun ni juga punya gadget, IPad. Humaira paling suka sebab ada Upin Ipin. Hehe. Budak2 mestilah suka sebab touch screen, senang aje nak tukar2. TAPI sekarang memang tak bagi dia pegang pun, sebab si kenit ni sangat OBSES. Kecik2 dah obses, risau mummy. Sebab tu PSP daddy tak bagi letak Upin Ipin.




*Kalau saya lebih suka shopping baju bajan dari gadget..Lagi rasa syorga dapat shopink baju bajan

Friday, June 17, 2011

Selamat hari bapa

Hari bapa disambut setiap tahun pada hari Ahad minggu ketiga bulan June. Sama macam hari ibu, takde fixed date. Tahun ini hari bapa jatuh pada 19 June 2011, celebrate berganda nampaknya. 19 June juga merupakan my birthday. Tahun ini merupakan tahun terakhir sambut birthday dengan angka 2 series. Tahun depan dah masuk 3 series pula. Cepatnya masa berlalu, masih ingat lagi masa umur 19 tahun tak sabar2 nak masuk 20 tahun. Konon nak jadi dewasa. Itu pengalaman hampir 10 tahun yang lepas! Sekarang ni rasa taknak berganjak ke angka 3 series. Walau macamana pun setiap tahun umur pasti menginjak juga. Age is just a number. Hidup kena selalu ceria barulah nampak muda belia. Hehe

Melalut pula, sempena hari bapa pada Ahad ini, mummy dan Humaira nak ucapkan Selamat Hari Bapa buat hero kami, daddy. Terima kasih atas segala-galanya..


Dedicated to my lovely hero...

DIA adalah ketua keluarga kami

Dia sangat menyenangkan hati kami

DIA sentiasa ada di sisi bila kami memerlukan


Pakaiannya susah benar berganti

Biarpun lusuh dipakainya tanpa jemu

Katanya biarlah DIA selekeh asalkan isteri dan anaknya bergaya

DIA rela berpenat

Mencari rezeki untuk anak dan isteri


DIA seorang yang berani pertahankan hak

Bila ada yang menyakiti kami..

DIA itu adalah hero kami

Dia itu adalah DADDY kami

Sangat istemewa di mata kami..sangat.

Dia banyak berkorban untuk kami..

KAMI sayangkannya…

Doa dan harapan buatnya

Agar dirahmati olehNYa

Murahkanlah rezekinya, panjangkanlah umurnya, sihat tubuh badannya


Untuk daddy Kami…

Selamat Hari Bapa, Jasa dan pengorbanan daddy tak mampu dibalas

Kerana keikhlasan daddy membuatkan kami gembira

Meniti hari-hari mendatang..

Kami sayangkan daddy, sangat sayang…


*istemewa untuk daddy

Thursday, June 16, 2011

Office daddy

Humaira ikut daddy pergi ofis lepas Magrib Isnin lepas. Daddy dah lama tak masuk ofis, buat kerja dari rumah je. Daddy datang ofis nak check surat dan buang benda yang dah expired

Humaira nampak gambar siapa tu???becok betul mulutnya


Humaira punya aktiviti. Main barang kenangan mummy bagi kt daddy masa bercinta dulu..Hehe


Printer yang sudah modified. Toner colour kt luar. Dulu printer ni kt rumah, bila dah modified daddy bawa ke ofis. Nanti ada pula aktiviti Humaira dengan printer ni.


Kalau saya dapat bilik mcm ni, mesti kemas dan teratur..Daddy punya rak buku sakit mata memandang. Huhu


Dulu kemas je meja ni, sekarang tidak lagi..


Gambar desktop PC daddy.

Sunday, April 3, 2011

Happy birthday daddy

Happy birthday daddy..3 April meningkat setahun lagi usia daddy Humaira. Semoga daddy sentiasa gembira, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.. Mummy dan Humaira sayang daddy..

Thursday, June 24, 2010

Good luck daddy

Hari ni dan Sabtu daddy ada exam International English Testing Service (IELTS). Mummy dan Humaira doakan daddy berjaya. Selepas ni selamat menjadi PELAJAR..


Thursday, June 10, 2010

Piala Dunia esok..kurang kasih sayang daddy

Esok bermulalah piala dunia untuk tempoh sebulan. Dan bermula esok mummy dgn Humaira kurang kasih sayang dari daddy..ececeh..DIA adalah peminat fanatik BOLA. Pasti memanjang duduk depan TV. Semalam daddy dah tersenyum lebar bila buka astro ada 5 - 6 chanel baru yang bakal menayangkan world cup. (x ingat berapa chanel)

Sepanjang piala dunia mungkin akan berlaku perebuatan remote antara kami bertiga. Jangan tak tahu, Humaira pun dah pandai rebut remote astro dari mummy dan daddy. Yang pasti daddy akan menang. Takpe Humaira kita kasi chance daddy tgk bola.

Cerita pasal world cup ni teringat masa zaman belajar diploma dulu. Masa tu kebanyakkan game waktu siang. Pelajar lelaki takde seorang pun nampak batang hidung datang kelas, mengamuk lecturer. Bengang juga terpaksa dengar lecturer membebel dekat kami-kami yg datang kelas. Tadah telinga ajelah..hehe kenangan semua tu.

Mummy dan Humaira yang akan kurang kasih sayang sepanjang world cup...owh tidak


Daddy awal2 dah letak jadual perlawanan dekat TV.

Monday, April 5, 2010

Makan kek di Secret Recepi

Hari Sabtu lepas sempena birthday daddy, kami makan kek di Secret Recepi Bukit Jelutong Shah Alam. Beli 2 slice saje. Kebetulan kami pergi dalam pukul 3.30 petang so dapatla coffee or tea free. Fyi, kalau kita order 1 slice cake akan dapat free 1 coffee or tea dari pukul 3.00 - 6.00 ptg. Save money tak perlu order air. Birthday tanpa kek macam tak meriah kan!!!

Happy Birthday DADDY...

Humaira makan kek


Kids Meal untuk Humaira, comel jer burger tu. Mummy yang tolong habiskan


Kalau daddy suapkan kek mesti comot si kenit ni


Suka makan kek, tak boleh selalu Humaira, manis


mummy punya choc chip walnut, daddy choc cheese cake rasanya. Air free mummy order tea, dan daddy white coffee


Silalah jamu selera...

Friday, April 2, 2010

Happy birthday daddy

Esok 3 April, birthday daddy Humaira. Mummy dan Humaira ucapkan Selamat Hari Lahir, semoga daddy berjaya dalam apa jua bidang yang daddy ceburi. Mummy dan Humaira love u and will always love you, jgn sesekali lupa tentang itu..(silalah muntah darah yeak)

Ciri-ciri orang yang lahir bulan April, mummy copy paste dari internet. Melalui pembacaan mummy, kajian yang dijalankan oleh Dato Dr Fadzillah Kamsah..Sekadar renungan sahaja, tidak semestinya betul...

APRIL


Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

Jarang mummy abadikan gambar daddy dekat blog ini, sebab daddy tak suka tangkap gambar. Blog daddy sendiri pun tak banyak gambar. Cari dalam gobok jumpalah sekeping dua gambar daddy.. hehe layannn gambar birthday boy...

Gambar di Putrajaya, tunggu bot untuk bawa keliling Putrajaya.. Kalau kita celebrate birthday dekat SINI pun best b.


Bercuti di Langkawi


Daddy dan gadjet kesayangannya, DSLR


Daddy dgn student


Jumpa gambar daddy time study dolu-dolu..


Monday, March 29, 2010

Tahniah daddy

Untuk hero kami (hero mummy dan Humaira) tahniah kerana dapat sambung study. Alhamdulillah setelah lama juga menunggu akhirnya dapat juga result hari Jumaat lepas. Daddy Humaira dapat biasiswa dari UiTM untuk sambung PHD. Kalau tak silap mummy, daddy pergi inteview untuk scholarship ni dalam bulan January lepas.

Masa interview hari tu, daddy minta untuk sambung pengajian di Australia, maybe tak ada rezeki. Gov tak ada budget untuk hantar daddy ke Australia. Yang kelakarnya panel interview tu suruh daddy sambung PHD di India, tapi daddy taknak. Last2 bila dapat offer letter ni UiTM tawarkan tempat pengajian daddy di NEGARA ASEAN. Daddy dah buat keputusan untuk sambung di MALAYSIA sahaja, sekurang2nya kebajikan kita terjaga. Daddy kata kalau sambung oversea elaun perumahan dan cola ditarik balik (dua2 elaun tu pun dah rm1000++)

Untuk hero kami, all the best and good luck.

Offer letter daddy


Banyaknya nak kena isi borang2 ni..


Humaira doakan daddy berjaya k..study elok2 nanti

nuffnang

Related Posts with Thumbnails