My sweet story...

My sweet story...

Monday, October 31, 2011

Colmar tropicale Bukit Tinggi

Ada yang tanya bayaran masuk untuk ke sini. Bayaran masuk ke sini adalah RM12 setiap seorang tetapi kalau menginap di hotel boleh refund nanti bila kita check in. Cuaca di sini agak nyaman namun tidak sesejuk Cameron ataupun Genting Highland.

Kalau terasa nak short holiday saya rekomen ke sini, perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit dari Gombak melalui Karak Highway. Colmar Tropicale terkenal dengan bangunan dan suasana seperti di Eropah. Rekaan bentuk bangunannya bercirikan negara Perancis. Terdapat deretan restoren dan cafe yang hampir kesemuanya menjual makanan ala western. Harga agak mahal, kalau rasa tidak mampu better bawa makanan sendiri. Saya bawa maggi dan sedikit biskut. Sampai saja di hotel, hubby dah ajak makan croissant, barulah rasa ala-ala di Perancis, katanya.hehe teruk betul. Croissant sangat popular di Perancis, hubby kata kalau di Perancis merata2 orang jual croissant. Harga sebiji croissant dalam rm5. Malam tu makan pizza pula, yang kecil je harga RM29. Berpinar sekejap. Hihi

View dari bilik hotel penginapan . Hijau pemandangan


Deretan hotel. Saya menginap di BLOK AZALEA


Deretan kedai yang ada di sini, bahagian atas bilik penginapan. Kalau perasan setiap tingkap ada pokok bunga


Humaira nak naik kuda ni..pengsannn mummy


Petang tu kami hanya berjalan2 di sekitar hotel. Tak banyak aktiviti boleh buat, sepanjang petang tu hujan.

Tempat orang baling duit


Berangan ala-ala di Perancis


Malam pula kami tengak persembahan dari kumpulan Moldavia. Sangat enjoy performance mereka. Setiap hari akan ada persembahan di sini.






View waktu malam


to be continue...

Thursday, October 27, 2011

Bercuti di Colmar Tropicale Bukit Tinggi

Cerita dah hampir basi..Last week kami bercuti sehari di Bukit Tinggi. Bertolak dari rumah pukul 11.00 pagi, sempat makan di RnR Genting Sempah. Sampai di Bukit Tinggi dalam pukul 1.30 petang. Check in pukul 3.00 petang so daddy decide untuk pergi Japanese Village dulu. Sampai dekat parking area nak mendaki bukit punyalah curam. Dalam 10-15 minit juga berjalan kaki menuju ke Japanese Village. Mummy terpaksa dukung Humaira. Advise saya nak mendaki Japanese village ni better pakai sport shoes.

Punyalah curam nak mendaki. Dekat bumbung bawah tu tempat parking kereta sebelum berjalan kaki


Mummy sudah kepenatan mendukung Humaira..Esoknya terus sakit lengan tangan


Akhirnya sampai juga ...Ni baru dekat bawah, Nak pergi Rumah Teh Jepun kena panjat tangga lagi..Tapi alang2 dah sampai rugi tak tengok kan..so menapaklah kami.


Welcome..






Pintu gerbang menuju ke rumah teh jepun. Jauh lagi ni nak sampai


Excited si kecil ni nak tengok fish tapi nan hado


Inilah dia rumah teh jepun. Boleh sewa kimono RM20. Mummy tak sewa pun.




Kemudian kami ke botanical garden. Nak pergi sini pula kena menuruni anak tangga. Tak sampai pun sebab dah kepenatan teramat. Kena simpan sikit tenaga untuk turun ke bawah nanti. Hehe alasannnnn......


Sebelum sampai ke Botanical Garden ada kolam ikan. Barulah excited Humaira tengok ikan besar2. Ada hati nak pegang fish


Akhirnya setelah kepenatannn...Dia dulu yang rasmikan


to be continue.....

Wednesday, October 26, 2011

Menu hari ini

Lambat bersiaran hari ni..Kepada yang beragama Hindu Selamat Menyambut Hari Deepavali. Hujan sepanjang hari, seronok kalau dapat melayan mata. Hehe takde maknanya kalau ada budak kecik. Kena melayan dia ajelah kejanya.

Tengahari tadi masak ikam siakap kukus chinese style. Bau minyak bijan sangat wangi. Resepi saya ambil dari SINI


Sotong goreng tepung.


Kailan ikan masin


Petang tu pula buat homemade burger dan homemade kuah yong tau fu..Mood rajin betul hari ni. Hehe. Resepi ambil dari SINI


Homemade burger dah pernah buat dulu. Cuma saya tak guna sos worcestershire. Rasa tak yakin pula, so ganti dengan sos tiram. Bawang pun tak letak. Resepi DI SINI

Monday, October 24, 2011

Kiriman dari Madinah

POSTO....POSTO... Petang Jumaat lepas GDEX hantar kiriman dari mertua yang sedang menunaikan ibadah haji. Satu kotak besar seberat 22 kg. Punyalah berattt. Masa hantar mertua di Tabung Hji di Kelana Jaya, husband tukar duit terus sebanyak 400 riyal untuk belikan kurma ajwa dan air zam-zam.

Inilah dia kiriman dari Madinah


Penuh dengan kurma....Bukan untuk kami saja, ada saudara mara kirim termasuk mertua saya punya sekali. Air zam zam belum sampai lagi. Bagus juga pos macam ni, tak payah bawa barang berat2 bila balik Malaysia nanti.


Kurma badam disaluti coklat yang ini khas untuk menantu dia..hehe Thanks mak, dia tau saya suka.


Kurma ajwa dalam 3kg mertua belikan untuk kami. Mertua saya pesan bagi Humaira makan kurma setiap hari. Raya haji ni boleh bagi dekat parents saya sikit.

Aktiviti hujung minggu lepas

Hari Sabtu pagi2 dah bersiap2 nak pergi Pasar Borong Selangor. Saja nak beli keperluan barang dapur dan nak tahu harga dekat pasar borong. Mak aii ramainya orang walaupun masa datang tu hampir pukul 11 pagi. Kebanyakannya orang Putrajaya, maklumlah orang gomen baru dapat gaji. Pasar Borong Selangor ni dibuka 24 jam, cuma petang ikan dah tak fresh.

Bila survey harga memang murah compare dengan pasar biasa. Saya selalu beli barang basah di Pasar Seksyen 6 Shah Alam. Harga ayam 1kg RM6.50, terus rempat 2 ekor. Stok 2-3 minggu boleh tahan.

Muka Humaira kelat sikit. Tak habis2 bising usuk (busuk). Pasar mana ada bau wangi cik adik oii..Daddy bantai letak perfume dekat hidung Humaira, tahanlah dalam 10 minit lepastu mulalah buat nak muntah. Gerammm, macamlah awak tu wangi sangat. Sudahnya mummy beli barang sorang2, daddy dgn Humaira tunggu dalam kereta


Penuh bonet kereta hasil rembatan hari tu dalam rm100 lebih shopping barang dapur. Takpelah boleh tahan 2 minggu. Takde alasan lepas ni malas masak. Peti ais pun padat dengan barang2 basah. Balik rumah melayan kehendak nafsu makan 2 pengarang jantung. Si daddynya nak makan ikan salmon, Humaira pula nak ayam goreng. Pengaruh cerita Upin Ipin lah ni.

Salmon steak bersama sos putih. Saya tak curah sos putih atas ikan, bimbang tak menepati selera daddy. Lagipun saya tak tahu apa rasa sos putih ni. Resepi saya ambil DI SINI. Mesti nak derhaka juga dekat resepi, minta ampun ya tuan punya resepi. Dekat rumah tak ada susu segar so saya ganti dengan susu cair. Daddy kata sedap giler sos tu, PERFECT...hehe bangga makkkkkk


Ini pula ayam goreng Humaira, semestinya kena ada drumstick. Goreng dengan tepung, memang favorite Humaira ni


Tekak saya pula makan kerang rebus dengan sambal kicap. Dah lama tak makan kerang. Pernah dulu makan sampai sakit perut terus tobat takmo makan. Haha tetiba dekat pasar ternampak kerang 1kg RM2 terus sambar.


Hari Ahad pula haruslah merajinkan diri juga memasak. Dah lama tak masak laksa. Dari tengahari sampai malam melantak laksa ajelah. Kuah tu saya guna ikan sardin + kembung + tenggiri..Memang sedappp

Sunday, October 23, 2011

Makan2 di Wong Solo

Dah lama teringin nak makan masakan Indonesia tapi husband kurang gemar. Entah macamane last week dia boleh pula ajak makan di Wong Solo Seksyen 7 Shah Alam. So husband kata not bad, lain kali boleh cuba lagi..

Menu...


Saya makan ayam penyet. Husband boleh pula makan tempe. Sebelum ni dia tak makan pun. Wong Solo punya tempe dia kata sedap. huhu. Sambal ayam tu tersangat pedas


Husband punya Empal sapi.

Saturday, October 22, 2011

Gambar petir

Senja semalam punyalah lebat hujun, dengan bunyi guruh yang sangat kuat. View from my living room

Friday, October 21, 2011

Main bubble

Humaira main bubble. Geramm juga ini bodak nak main kat dalam rumah. Dah 2 kali mop lantai gara2 Humaira main dalam rumah. Licin sangat lantai. Satu hari tu ajak dia main kat luar sampai puas. Bukan apa, nak habiskan bubble je. Heheh

Cik adik manis ni hanya memandang je bubble tu..


Peace ya...


Daddy melayan anak daranya..

Wednesday, October 19, 2011

Jalan2 di Jusco Bukit Tinggi

Jalan2 di Jusco selalunya memang ambik benda ni. Mummy pun tak ingat nama benda ni. Salah satu kemudahan untuk kanak2. Pergi bahagian kaunter customer service dan tinggalkan IC atau lesen.

Tengoklah muka Humaira yang penuh dengan fantasi. Konon dialah yang bawa rider ni. Yang tak bestnya kalau nak masuk deretan kedai kena bawa benda ni juga. Humaira tak duduk kt situ ada je kanak2 nak ambil.


Muka budak paling happy.

Tuesday, October 18, 2011

3 dara pingitan

Mood menulis semakin merundum..Layan gambar ajelah. Setiap gambar ada cerita sendiri...

Anak sapelah ni, macam minum candu je semuanya..hihi

Dari kiri, Humaira, Aliyah dan Insyirah. Suka Humaira ada geng.


Anak dara sorang ni, suka main make up. Yang ini aunty tolong make up kan. Lepas make up haruslah buat persembahan..Indah dunia mereka, penuh warna warni kan..


Belajar dari kakak Insyirah. Balik rumah terus Humaira minta mummy nak tekap. Mula2 mummy pelik apa bendalah tekap ni. Mengamuk jugalah si kecik ni. Last2 ambil tangan mummy tunjuk kat meja solek..owh nak make up. Kadang2 pening dengan bahasa budak2 ni..

Mula2 elok je suh mummy letak eye shadow


Lepas tu nak letak lipstick sendiri



Tantik katanya..huhu..Dah ada improvement bab posing..

Sunday, October 16, 2011

Menu hujung minggu

Dah makan? mummy baru je makan tengahari. Sejuk sikit baru lepas hujan. Dah lama tak up gambar msak2 ni. Bila hujung minggu selalu mummy masak makanan kegemaran daddy dan Humaira. Daddy memang suka kalau mummy masak isi ikan dory masak sweet sour tapi mummy idakler minat dengan rasa ikan dory ni. Pernah makan dulu ikan dory masak asam pedas di Restoren Rasamas, terus reject sebab ikan tu kuat betul rasa tanah. Macam rasa ikan sungai. (Mummy memang tak makan ikan sungai). Humaira pula suka betul ikan pari. Pergi pasar memang wajib beli ikan pari untuk si kenit ni.


Inilah lauk tengahari tadi. Ikan dory sweet sour, sayur baby kailan ikan masin, pari bakar (bakar atas kuali non stick je) dan sambal style jawa. First time buat sambal jawa ni memang sedap walaupun kaler tak menarik. Sepatutnya guna cili padi merah tapi nan hado kat rumah so pakai cili padi hijau je. Plan hari ni sebenarnya nak masak ayam penyet tapi malam tadi baru pekena ayam penyet di restoren Wong Solo, teringat2 sambal ayam penyet yang meletop tu, terus hari ni cuba buat sambal style jawa. Resepi sambal saya ambil di fotopages Rinn Chan di SINI. Thanx yer Rin sudi kongsi resepi. Blog masakan saya selalu masuk blog Kak Rin dan Kak Ita dan ada 2-3 blog lagi. Suka sebab mereka tunjuk step by step selain food presentation sangat menarik..Orang tak pandai masak macam mummy memang kena tunjuk step by step. Bilalah nak jadi serajin mereka ni..Hehe..Lagi satu suka tengok gadget dapur mereka.


Ini menu petang semalam, Sandwich. Punyalah tinggi bahan2nya.. Mummy pun hantu sandwich, tiap2 bulan wajib beli di Subway. Bahan2 nak buat sandwich mummy beli di Tesco termasuk roti. Roti sandwich tu saya bakar dalam oven supaya roti tu rangup dan fresh. Humaira siap buat peace lagiii kat belakang tu. Si kenit ni pun tgh menikmati makanan. Humaira memang tak minat sanwich.



Bersungguh2 makan fries. Sebenarnya fries tu panas lagi, sebab tu muka jadi macam tu. Tak menyabar nak makan







* Good luck daddy untuk PHD Proposal Defenses Selasa ni. Memang tak keluar mana2 sangat weekend ni, daddy sibuk dengan proposalnya. Harap2 semuanya ok dan tak kena reject.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails