My sweet story...

My sweet story...

Friday, December 30, 2011

Talam Marble yang sedap

Dua hari lepas merajinkan diri buat talam marble. Memang teringin nak cuba sebab nampak senang, tak perlu kukus pun. Resepi ni saya ambil dari my resepi  , ramai  yang dah mencuba resepi ni. Rata2 semua puji akan kesedapan kuih talam ni. Nak buat pun tak susah. Ikut resepi asal, guna tepung Hoen Kwee warna putih, tapi saya olah guna tepung warna hijau gara2 tengok blog Kak Ita Masam Manis buat kuih ni guna kaler hijau nampak menarik. Tepung Hong Kwe ni ada banyak pilihan kaler, putih, merah, hijau.

Husband sangat suka kuih ni. Dia kata rasa macam ais krim.

Resepi Talam marble

by Kak Fida

  • 250 g tepung Hoen Kwee
  • 450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)
  • 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
  • 1 sk garam
  • 3 sb serbuk koko 

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi dua. 1 bahagian di campur koko.
  2. Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
  3. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris.Sejukkan.
  4. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
  5. Cara2 ke 3 hendaklah dilakukan dgn cepat kerana adunan cepat mengeras.

Untuk resepi ni saya hanya menggunakan separuh dari adunan. Saya hanya menggunakan 1 tiub je tepung Hoen Kwe. 1 tiub tepung hoen Kwe mengandungi 100 gram, gula halus 200gram, 1 kotak santan 200ml tu saya tambah dengan air sehingga 1000ml, 1/2 sudu kecil garam, 1 1/2 sudu besar serbuk koko dan saya tambah 1/2 sudu kecil coklat emulco.

Kena masak dalam dua periuk berasingan secara serentak sebab kuih ni cepat mengeras. Satu adunan kaler hijau dan satu lagi kaler coklat. Yang lain tu follow je cara-cara penyediaan.
Cantik kaler kuih ni.

Inilah tepung Hoen Kwe.


Thursday, December 29, 2011

Upin Ipin di Space U8



Mummy dapat tau Upin & Ipin di Space U8 secara kebetulan masa tengok TV. Ada promo ceria cuti sekolah bersama Upin & Ipin @ Space U8. Dekat pula dengan rumah, haruslah pergi. Hehe...Mummy pergi hari terakhir karnival ni pada 26 dec lepas. Shopping komplex ni masih baru lagi, kedai pun tak banyak, orang pun tak ramai lagi. Puas hati Humaira dapat tengok Upin & Ipin. Sebelum ni, kalau jumpa maskot Upin & Ipin, punyalah takut..Tak habis2 bebel pipin besor..Kali ni dah berani dengan Upin & Ipin, cuma maskot yang lain masih takut. Jarjt nak salam dengan Humaira, punyalah kuat dia peluk mummy.. Takutttt



Bising mulut dia nampak Ehsan kat atas stage

Dengan Ehsan pun Humaira takut

Bergambar kenangan dengan Upin & Ipin..

Cik adik manis tengok apa tu?? Dah hampir lunyai gambar ni

Aktiviti bersama Upin & Ipin

Sibuk nak bergambar lagi dengan Ipin

Punyalah suka bila Ipin salam dan cuit pipi Humaira..Tersenyum memanjang


Takut dengan Jarjit


Dah peluk mummy dah..Dengan Mail pun takut..Ishk...ni anak ke mak yang terlebih excited ni???





Wednesday, December 28, 2011

Humaira dah sihat...

Alhamdulillah, Humaira dah baik dari demam, cuma masih batuk. Terima kasih atas doa kalian yang bertanyakan kesihatan Humaira. Terharu sangat walaupun hanya kenal di alam maya je. 

Demam Humaira kali ni agak lama, hampir seminggu. Hari keempat dia demam ingatkan dah ok, sebab siang tu dia aktif, temperature pun normal..bila malam je start panas balik badan dia berterusan selama 3 hari.  Ahad baru2 ni, Atuk Muar dia datang buatkan air penawar. Alhamdulillah, semalam dah ok sepenuhnya. Tinggal batuk je lagi. Agak mencabar nak bagi kenit ni ubat, dia dah pandai meronta. Mummy dengan daddy terpaksa bersilat nak bagi dia ubat. Batuk ni mummy stop bagi dia ubat. Ubat batuk yang doktor bagi menyebabkan Humaira macam khayal, maybe ubat tu jenis mengantuk. Kesian juga terpaksa meronta2 nak bagi makan ubat. Mummy cuma tak bagi Humaira minum ais, makanan berminyak, dan selalu sapukan vicks setiap kali lepas mandi. Humaira pun faham, setiap kali batuk mesti minta air masak.

Baru2 ni daddy ajak Humaira pergi Toy r us. Daddy nak mengembirakan orang yang baru baik demam. Awal2 daddy dah warning, satu mainan sahaja. Dalam banyak2 mainan yang ada, katil untuk baby yang dia nak. Mummy mula2 malas nak bagi, better beli maian yang dia boleh guna, tapi dia tetap nak katil baby juga. Daddy kata biarlah dia pilih sendiri..Sukahatilah nak oiii

Mainan yang menjadi pujaan hatinya

 Suka Humaira, babby dia dah ada baby coat

daddy pun taknak kalah..nak juga kereta remote.. Kat rumah bergaduh dengan anak berebut mainan. Huhu..

Apam polkadot

Projek apam polakdot 2 minggu lepas. Kawan saya order untuk birthday anak saudaranya, Mencabar sungguh nak buat apam kali ni, saya tak pasti di mana silapnya. Bancuhan pertama hampir kesemua apam merekah, agak frust juga. Nak kata semasa mengukus, saya dah guna api yang paling perlahan tapi tetap merekah juga. Nasib baik bancuhan seterusnya cantik.

Kawan saya minta tulis 3 nama anak saudaranya




Tetap nak tunjuk juga yang merekah...grrrrrrrr

Friday, December 23, 2011

our 5th anniversary..

short update, rindu sangat nak menulis blog tapi apakan daya...dah beberapa hari ni humaira tak sihat.. demam dan batuk..berjangkit dgn mummy dia lah ni.. termasuk mummy rasa ting tong juga berjaga malam..bila anak taksihat memang susah hati.. 23 dec our 5th anniversary, semoga ikatan perkahwinan kami berkekalan hingga akhir hayat..tak sempat nak plan something special untuk hari ni, later2 kita celebrate ye my dear hubby..

Monday, December 19, 2011

Kenduri kahwin

Malam minggu lepas menghadiri kenduri kahwin anak kawan daddy di Dato keramat. Majlis diadakan di dewan berhadapan dengan stesen LRT Jelatek, tak ingat pula nama dewan tu.

Husband yang excited nak jumpa kawan lama katanya. Kawan dia merupakan seorang komposer lagu iaitu Wan Zul. Husband kenal masa dia buat praktikal di TV3, masa tu Wan Zul kerja dengan Ambang Klasik. Sekarang ni Wan Zul menetap di Terengganu. Dulu, husband kata, selalu dia melepak rumah Wan Zul di Wangsa Maju, itu yang member excited nak jumpa balik tu.. Layan kan ajelah...

Selamat Pengantin Baru Syikin dan Alfian. Tak silap saya kedua2 pengantin ni sedang belajar jurusan perubatan di India. Anak perempuan Wan Zul, Syikin ambil medic, pasangannya pula doktor gigi. 





Antara artis yang membuat persembahan..Ayati Tasrip dan Abu Bakar Ellah. Anak didik Wan Zul kata mereka..Itu je yang saya sempat tengok. Lepas tu kiteorang balik. Husband kata Kumpulan Iklim dan Senario antara lagu yang popular ciptaan Wan Zul. Tak pasti pula lagu apa, sebab saya membesar dengan lagu KRU. Maklumah perbezaan umur saya agak ketara juga dengan my hubby, kalau ikutkan dia dah masuk darjah satu, saya baru lahir. Huhu...


Comotnya Humaira baru lepas makan nasi minyak..



Daddy Humaira with Uncle Wan Zul. Malu2 pulak si kenit ni..

Friday, December 16, 2011

Ayam golek

Hari tu tengok blog lieyalatif buat ayam golek, terliur. So apa lagi jom masuk dapur. Kita bakar ayam seekor. Hehe.. lagi satu nak try oven baru boleh tak mengolekkan ayam. Puas hati lah, semalaman perap ayam dengan ketumbar, jintan putih, madu, lada sulah, kicap, halia.

Buat ayam golek ni untuk makan bersama nasi ayam. Tapi orang malas punya style, sup dengan kicap tak buat. Sayur cuma ada timun je. Jadilah.. Tak sempat sebenarnya, tengahari tu nak keluar berfoya2 dengan kawan. Hehe

 Sedang dibakar dalam oven. Yang tak bestnya nak mencuci dulang itewww...




Thursday, December 15, 2011

Space U8 Shopping Mall

Space U8 di Bukit Jelutong ni baru je dibuka tapi masih tak banyak kedai lagi yang beroperasi. Baru2 ni bawa Humaira jalan2 di sini lepas Magrib sebab dekat je dengan rumah. Wow bestnya...ada panggung wayang. Rasanya inilah satu-satunya shopping mall di Shah Alam yang ada panggung wayang. Mula2 bertekak juga dengan daddy, dia kata mana boleh Shah Alam ada panggung, sekali bila pergi sini terdiam member. Heheh...

Semalam buat pertama kalinya, bawa Humaira masuk panggung layan cerita Puss in Boots. Ok lulus untuk bawa Humaira masuk panggung lagi. Cuma ada 7 bilik je panggung di Space U8, oklah dariada tak ada. Bosan2 boleh la layan movie lagi. Hehe

Budak2 mesti suka tempat ni, ada air pancut.


Humaira dan daddy berjalan2..sayup2 je nampak. Kemain suka sebab tempat ni luas.


Konsep shopping mall ni lebih kurang macam Sunway Giza, open air. Kipas ni sama macam Sunway Giza


Banyak kedai masih belum dibuka.


Humaira bergambar depan MBO cinema

Monday, December 12, 2011

roti oh roti

Sejak ada pembantu ni (breadmaker) dah 3 kali meroti. Kali ketiga saya buat roti (sausage bun) tekstur bun keras sedikit. Sukatan main agak2 je...Mulalah nak kitchen digital scale plak. Baru tepat sukatan.Hehe...

Cubaan kedua buat bun manis. Ada cerita kelakar disebalik buat bun manis ni. Sebenarnya saya nak breadmaker ni uli doh sahaja lepas tu saya akan bentuk doh tu dan masukkan dalam oven. Tak check detail dekat manual guide. rupa-rupanya tersalah setting. Bila breadmaker dah siap buat kerja, sekali saya buka BM... alamak dah jadi roti. Bila check balik manual guide, patutlah..saya set program 7 untuk buat kek. Untuk uli doh sepatutnya program 8. Baru saya tau, breadmaker ni boleh juga masak kek. Terus buat balik semua dan inilah hasilnya...


Inilah hasilnya...tak berapa cantik bun nya..saya budak baru belajar.

Resepi:
credit to Azlita masam Manis for the recepi.

250 gram tepung roti
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
2 sudu besar waterrox
120ml susu segar
1 1/2 sudu kecil yis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
sedikit paste vanila
sedikit choc emulco

Kalau ada breadmaker (BM) boleh masukkan semua bahan Doh kecuali paste vanila dan choc emulco dan pilih menu Uli dan On je, kalau takde masukkan semua , dalam bekas adunan kecuali paste vanila dan choc emulco, dan uli hingga tak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut ye.

Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang elastik.

Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada 2 bahagian
1 letakkan paste vanila (saya tak letak sebab tak ada paste vanila)
1 lagi letakkan choc emulco
uli sekali lagi hingga adunan rata

Bulat-bulatkan bun 6 biji setiap satu warna.
Susun dalam loyang 8x8 inc
Tutup doh dengan towel dan simpan di tempat yg hangat hingga doh naik 2 kali ganda.
Bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit, atau sehingga permukaan bun perang.
Setelah masak sapukan butter atas permukaan bun, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas, sesuai dijadikan menu sarapan atau minum petang.

WATER ROUX
(menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pada suhu bilik baru lah digunakan.


Tekstur roti sangat lembut.



Ini pula sausage bun tekstur keras sedikit. Kena ada skill mengguli lagi ni


Saya tak letak resepi lagi, tengah mencari punca kenapa roti ni tekstur keras. Kalau dah jumpa jalan penyelesaian, saya akan share resepi di sini. Sebenarnya resepi roti ni tak banyak beza dengan resepi roti bun manis.

Friday, December 9, 2011

Cheese tart

Cubaan kedua buat tart hasil dari tengok step by step di blog masam manis. Cubaan pertama dulu buat fruit tart
tak berapa menjadi, kulit tart tu nipis sangat. Bila dah tengok step by step ni baru puas hati. Terima Kasih Kak Ita dari Masam Manis tunjukkan step by step. Memang puas hati kali ni buat cheese tart. Saya memang suka buat biskut macam ni, cuma saya tak makan. Bila dah siap, separuh simpan untuk daddy dan Humaira, separuh lagi bagi kawan saya. 

Resepi:
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart 
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.


Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese. 


Setelah shell sejuk boleh lah letakkan filling yang kita suka. Macam yang saya buat corak warna biru tu saya letak bluebery, yang warna coklat tu filing mocha. Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. 

Resepi untuk cream cheese:
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Kemudian masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.

Thursday, December 8, 2011

Popia oh popiah

Kononnya nak buat sendiri kulit popia basah. Jenguk di my resepi macam senang je bahan2nya. Sekali dah buat....alamak, susahnya. Memang kena ada skill nak melenserkan tepung atas kuali. Apa yang dapat??? tangan saya kepanasan nak melenserkan tepung. Sebelum buat adunan tu, saya tengok demo dulu kat youtube, macam confidence je nak buat. Sekali bila dah cuba.....terus jadi lempeng..Hadoii pasni malas dah nak cuba.

Tebal semacam je dah macam lempeng...Letak je dalam kuali, cepat sangat kulit popia ni masak. Terpaksa masuk Cik Tong, membazir sajork.


Saya terpaksa gunakan penggelek ni untuk meratakan kulit popia. Lepas tu baru masak atas api


Daripada adunan ni, dapat 5 keping je kulit yang menjadi. Selebihnya tak menjadi.

Disebabkan inti popia ni saya buat banyak, kita guna kulit popia ready made je. Jadilah popia goreng.

Wednesday, December 7, 2011

Last part: Jejak Upin & Ipin

Last part menjejaki Upin dan Ipin. Layan gambar.

Angkara Humaira, dibukanya sangkar ayam, siap nak bawa balik lagi ayam tu...Sabo ajelah..

Humaira minat dengan Upin & Ipin sejak tengok penggembaraan bermula. Hari2 pasang CD pun tak boring.

Cerita terbaru dari Les' Copaque Production, PADA ZAMAN DAHULU. Sudah pun disiarkan di TV al Hijrah pada 3 dec lepas. Cerita ni berbeza dengan karekter Upin & Ipin. Mummy pun belum tengok lagi

Sinopsis Pada Zaman Dahulu

Apa yang diconteng tu. Kat sini paling lama Humaira melepak.

Fokus lah konon

Hasil lukisan or contengan ni???

Ini games yang mummy main. First try sudah gagal ..Hehe seronok juga main games ni.


Maskot Upin & Ipin...Humaira confirm taknak bergambar. Takut katanya..Bising mulut dia, tak puas hati pipin besor. Pastu membebel2, mummy faham. Maksud dia, kenapa kat sini besar, dalam TV kecik je .. Hehe

Humaira berkenan sangat dengan tikar ni. Daddy yang baik hati belikan untuk Humaira.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails