My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Thursday, November 12, 2015

kuih nona manis

Nona manis, kuih yang mula popular sekarang di media sosial. Kalau tak silap kuih ini berasal dari Indonesia. Rasanya lemak2 manis, seperti kuih tepung pelita. Cumanya tepung pelita sedikit lembik dibandingkan dengan nona yang manis sedikit pejal sbb ada tambahan tepung jagung. Tak rugi mencuba resepi ini. Kuih ini saya buat untuk potluck ofis husband.  Resepi saya ambil dari blog Azlita Masam Manis..

Sumber: Azlita
Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan  (saya guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang (saya guna whisk)
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ (saya tak ada daun pandan, saya campurkan 1/2 cawan air dan 1 sudu kecil perisa pandan emulco)
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple


Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam,  dan sedikit pewarna hijau apple
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. (guna whisk)
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat 
 1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu adunan suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan

hasilnya..



Adunan
Masukkan dalam acuan sehingga 3/4
Kemudian pipekan adunan putih sehingga penuh
Sedia untuk dikukus
Nona manis dan congo bar untuk potluck ofice husband.

Monday, December 29, 2014

Biar gambar berbicara

Gambar last week. Teringin baking cake maka terhasilah pandan japanese cotton cheesecake
 

Resepi ni saya ambil dari blog my baking workshop. Tq share resepi.
 
Pandan japanese cotton cheesecake
A
100g susu segar
B
150g cream cheese

C
30g tepung gandum
30g tepung jagung

D
3 biji kuning telur

E
60g santan
1 sk jus pandan
beberapa titis pewarna makanan hijau
# saya guna pandan paste

F
3 biji putih telur
1/8 sk cream of tartar
85g gula kaster

Cara2 membuatnya:
1. Sediakan loyang segiempat bersaiz 8 inci. Gris & lapikkan dengan kertas minyak pada dasar & tepi loyang.

2. Panaskan bahan A hingga mendidih. Alihkan dari api & masukkan B. Masak guna kaedah double boiler hingga pekat. Matikan api.

3. Masukkan bahan C diikuti D & E, gaul hingga sebati. Ketepikan.

4. Pukul putih telur & cream of tartar dari bahan F hingga & berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit & pukul hingga kembang.

5. Tuang adunan kedalam loyang yang telah disediakan. Bakar guna kaedah waterbath selama 50 - 60 minit pada suhu 160C. Keluarkan kek dari acuan bila masak & sejukkan sepenuhnya atas wirerack.


Tempahan order last week. Coklat dan cheese tart. Resepi coklat saya pernah share dulu. Boleh rujuk kat sini. Kali ni saya guna coklat brand beryl's. Brand le bourne sedap tp susah nak dapat stok. Coklat brand le bourne dari chef amir kalau tak silap.

Dark and milk choc filing almond dan hazelnut

Ada filing strawbery dan coffee

Bluebery cheese cake. Resepi boleh tengok kat blog Kak Azlita Masam Manis.


* 2014 tahun mencabar bagi kita di Malaysia dengan pelbagai dugaan melanda. Semoga saudara kita di pantai timur tabah menghadapi ujian yang getir. Ramalan mengatakan pertengahan tahun depan akan berlaku kemarau panjang. Sama2 kita muhasabah diri dan berdoa agar negara kita sentiasa dilindungi. 

Thursday, October 23, 2014

meroti dan mendonut

Lately ni suka pulak buat roti. Hari tu buat stok inti curry kentang dlm kuantiti yg byk, dptlah buat mcm2. Buat roti, pau dan juga karipap. 

Cuti deepavali semalam buat roti. Macam2 ada..roti tuna, curry, kacang merah, sosej, mini bun.

Di uli oleh breadmaker. Kejadian setelah diuli. Breadmaker ni akan ambil masa 30 minit untuk uli dan sejam warm untuk naikkan roti jadi gebu gebas.
Juga buat pizza. Kalau letak mozarella cheese mesti lagi best. 

Resepi roti ni saya dapat dari kawan saya. Memang gebu gebas kejadiannya. 
Tepung gandum 500g [saya tukar 100g tpg gandum, 400g tpg roti]
Gula -100g
Yis kering- 15g
Susu tpg -25g (tak letak)
Improver -2g
Garam -7g
Telur -1 bjik
Majerin- 50g [saya tukar 25g marjerin, 25 g shortening]
Air- 250ml
*saya tambah bread softener 1 sudu kecil

**tips..yis dan garam jangan letak sekali. Garam akan menyebabkan yis tidak naik sempurna. 
Adunan ni saya masuk dalam breadmaker.  


Pau ni saya guna tepung pau brand bakers choice. Sebenarnya nak beli tepung gandum sekali sampai rumah baru perasan terambil tpg pau. Cuba je lah buat pau..Alhamdulillah menjadi. 

Sebelum di kukus

Selepas dikukus

Tepung pau yang saya guna. Resepi pau ni dekat bahagian belakang plastik pau ni ada. saya memang follow yang tu.

 
Roti yang sangat famous di laman sosial sekarang ni...roti sarang lebah. Resepi kalau kita search di internet hampir sama kesemuanya..

 Resepi ni saya ambil dari dapur Kak Nor. 
 resipi : Lydia Honey
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 Sudu teh dry yeast
1/4 Sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
1 sudu besar gula pasir
¼ cawan plain yogurt, suhu bilik
¼ cawan minyak sun flower
1/2 cawan air suam
+-**Almond flakes, pumpkin seeds n butterscotch jika suka

Cara:
1. Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, campurkan, garam, tepung gandum, baking powder dan kacau sebati.
3. Masukkan campuran yeast dan yogurt ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
4. Uli dengan tangan sedikit dan masukkan minyak sedikit demi sedikit dan teruslah membelasah doh sehingga tak lekat di tangan.
INGAT..cara ulinya jika tak ada BM adalah macam nak sental baju zaman dolu2 (zaman tak de washing machine basuh kain kat sungai), tolak tarik tolak tarik menggunakan penumbuk lagi bagus.
5. Uli sehingga elastic.. Lagi lama lagi bagus dan lagi gebus roti kita nanti.
6. Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda di tempat sikit panas atau tertutup like dalam oven atau microwave yang TAK di ON ok..Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya
7. Sapukan tangan anda dengan minyak dan ambil doh sebesar buah langsat atau mata kucing dan susunkan rapat di dalam loyang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
8. Buat sampai habis. Memang doh lembik tapi dont worry kalau melekat sapukan tangan anda dengan minyak je.
9. Taburkan dengan pumpkin seeds dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi. Sementra menunggu doh naik ON kan oven anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
 10. Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
11. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:- 
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.


SOS BUTTERSCOTCH
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream (kalau tak de boh jer susu cair)
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
25g butter

1.Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
2. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
3. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTA:- Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..
Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .

Friday, November 15, 2013

Belajar masak Asam Pedas


Lamanya tak update blog...rindu sgt2 kat blog. Nak story belajar masak Asam Pedas dari MIL. Belajarnya dah lama, masa raya haji hari tu. Macam2 jenis asam pedas i belajar tau. Asam Pedas sangat popular belah selatan. Ada sedikit perbezaan antara asam pedas melaka dan muar..bagi tekak sayalah.

Asam pedas ikan pari

Asam pedas ikan tenggiri

Asam pedas daging tetel

Nak resepi??? MIL saya tulis..merangkak sehhh baca jawi. 

Thursday, March 21, 2013

Satay dan kuali ajaib

Orang lain dah lama guna pemanggang ajaib, aku baru terhegeh2 nak guna. First time guna pemanggang ajaib ni kita masak satay.

Resepi satay ni macam2, ada yang simple, ada juga yang remeh. Kali ni nak try resepi paling sempoi dari Kak Jee. Menurut kata Kak Jee, resepi ni turun temurun dari arwah datuk Kak Jee yang memang terkenal dengan gelaran Raja Satay Malaysia iaitu Majid Satay. Maybe orang lama yang duduk di Kampung Baru kenal kot Majid Satay.

Resepi saya copy dari blog Kak Jee
Bahan2nya: (SATAY)

600 gram daging batang pinang.
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam (saya guna 1/2 sudu je, just nice rasanya)
1 sudu besar serbuk kunyit (saya guna 1/2 sudu)

caranya:

Daging dibersih2kan urat2 dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya. Ricik serai dan tumbuk halus, asingkan dan tumbuk pulak kacang tanah. Masukkan dalam besen semua bahan seperti  gula, garam, kunyit serbuk dan serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi dan gaul sampai rata betul2. Perap selama dua jam. Jangan bubuh sebab air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam. Pastu, cucuklah guna lidi daun kelapa atau sekarang orang pakai lidi buluh. Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang serai diketuk2 sikit, Kemudian bubuh sikit minyak dalam mangkuk campur air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa bakar. Balik2kan. Hati2 jangan terbakar lidinya atau daging hangus. Satay ayam pun sama caranya. Beli isi dada ayam.
(KALAU NAK BUAT SATAY GORENG, TAK PAYAHLAH CUCUK DAGING PERAP. GORENG SAHAJA DAN CURAHKAN KUAH DIATASNYA. ATAU DIMASUKKANA SATAY YANG TELAH DIGORENG DALM PERIUK KUAH)

* Saya guna pemanggang ajaib, masuk je ayam perapan tu dalam kuali dan tutup. Tak samai 10 minit dah masak. Memang ajaib lah kuali ni , i likeee. Takyah guna oven dah, Jimat masa,

Inilah kuali yang saya guna


Taraaa..dah siap..
Hidangkan dengan kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang. Kuah kacang tu ready made punya, sangatlah kurengg rasanya. So banyaklah berlebih nasi impit.



Haaa..jangan membazir nasi impit. Esoknya saya buat soto.


Satay yang lebih tu, boleh buat breakfast. Kita ubah sikit2,  jadilah kebab.

Thursday, March 14, 2013

Sagu gula melaka

Antara dessert yang saya suka makan. Sagu gula melaka. Jarang buat sebab saya seorang je yang suka makan dessert ni. Beli sagu ni paket kecil je, buat dalam 1 cawan. Letak dalam bekas dadih dapatlah 7 biji. Sedap makan time cuaca panas. Dessert ni sejukkan dulu dalam fridge. Memang marvellous.

Resepi sempoi aje.
  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  1. Masak atas api perlahan sehingga kembang dan sagu menjadi jernih. Dah kembang tutup api, basuhkan dengan air untuk menghilangkan kanjinya. 
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu diletakkan pewarna hijau, satu lagi pewarna merah. Nak kasi cun aje, nak warna plain pun boleh aje. 
  3. Sejukkan sagu di dalam fridge dan dihidangkan bersama sirap gula melaka dan santan.

  • Santan saya guna santan kotak. Campur sedikit dengan air dan garam. Masak di atas api perlahan sehingga berwap. Jangan sampai mendidih plak. Jadi lai nanti. Heheh
  • Gula melaka MIL saya bagi. Memang asli. Ada saudara emak memang buat bisnes gula melaka. Sedap sangatt. Saya main agak2 je bancuhan sirap gula melaka ni, yang penting rasa manis. Memang lah manis, takkan tawar plak ye dak?? tampo kang. 
taraaa...sedapnya mkn sejuk2

Ada balance lagi sagu tu, kita buat kuih sagu plak. Dah lama dah buat kuih ni. Selalu org buat warna merah, kita tuko warna coklat. Rahsianya...guna gula melaka. Banyak stok gula melaka, kita ubah skit resepi. Hehehe..Yang penting krativiti. Wakaka..

Resepi ni saya main campak2 aje. 1 cawan sagu dan 3 cawan air. Bila air dah mendidih baru masuk sagu. Kemudian letak 1 cawan gula melaka. masak sehinnga kembang. Masukkan dalam loyang.

Tips:. Kalau nak bagi sagu bertambah cantik, lepas masuk dalam loyang kukus sekejap. Tekstur sagu akan jadi cantik. Kalau taknak kukus pun takpe. 

taraaa..inilah hasilnya

* Ada balance lagi sagu. Tengah fikir nak buat dessert honewdew sagu. Kalau makan di restoren johnny's antara dessert yang wajib di order.

Wednesday, February 20, 2013

Home made coklat bar untuk majlis Akikah Firaas

 Lamanya nak up cerita tentang coklat. Kekangan masa nak menghadap lappy. Firaas ni tak bagi chance langsung kat mummy menghadap lappy. Kena menghadap si kenit ni aje, mummy hilang mulalah menangis. Nak update kat tablet sangatlah tidak BEST..

Atas permintaan blogger, saya up cerita step by step nak buat coklat. Mudah aje sebenarnya nak buat. Guna coklat compound, jangan guna coklat masakan, tak sedap. Saya guna jenama Beryl's dan Le Bourne. Saya mix dark and milk choclate. Saya lagi suka gunakan jenama Le Bourne tapi malangnya masa saya beli di kedai bekalan bakery tinggal dark coklat. Le Bourne ni bagi saya coklat ni berkilat dan licin. Senang untuk dicairkan dan tentunya sedap.




Cairkan secara double boiler. Elakkan dari terkena air


Mould coklat bar yang saya gunakan.



Hasilnya...
1. Hasil coklat bar. Setelah tuang dalam mould coklat, sejukkan sekejap dalam fridge sehingga coklat mengeras
2. Wrapping coklat. Saya beli yang dah siap potong. 100pcs RM8.90.

3.  Untuk balut coklat saya guna Laser Rainbow Wrapper.
4. Potong wrapping ikut size coklat
Contoh coklat yang sudah dibalut..

Dah inilah hasilnya...saya buat dalam 250 pcs..


Untuk buat coklat lolihoc pula...

Biskut dibelah dua. Letakkan sedikit coklat dalam coklat mould.  Kemudian tekan sedikit biskut dan letakkan lolihoc.

 Dan tutup biskut.. Tuang coklat sehingga menutupi biskut. Sejukkan dalam fridge


Inilah hasilnya...

Harap dapat membantu. Kalau nak lebih detail step by step coklat oreo, boleh tengok blog kesukaan saya, tentunya Kak Ita di SINI dan DI SINI


Notes:
  1. Saya beli 8kg coklat compound. Boleh menghasilkan lebih kurang 250pcs coklat bar dan 50 pcs coklat lolihoc. 1kg coklat berharga RM14.50 bergantung pada kedai dan jenis coklat.
  2. Mould cokla bar ada macam2 jenis. Ada yang nipis dan tebal. Saya ada beli dua jenis, yang nipis berharga RM2.90, yang tebal RM14.50. Mould coklat lolihoc berharga RM2.90.
  3. Wrapping coklat colourful (Laser rainbow wrapper) saya beli di Mydin USJ dah siap dalam pack (ada 10 keping). Harga RM14.50. Kat Tesco RM20.50. Jauh beza kan.. Huhu

Tuesday, July 31, 2012

Menu iftar hari ke sepuluh

Alhamdulillah, setakat hari ni mak buyong berjaya puasa. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk berpuasa penuh tahun ni. Mula2 puasa rasa ok je, dah masuk seminggu puasa terasa lemah badan ni. Baby pulak asal petang je mulalah bagi tendangan padu kat mummy. Sampai kadang2 tu rasa loya teramat sangat. Dua tiga hari ni terpaksa beli je makanan di PARAM, tak larat nak masak. Tenaga cukup2 je..Semangat nak masak tu ada, bila dah masuk dapur buat kerja sikit, terasa penat. Sudahnya terbaring. Hehe.. Semalam baru ada tenaga balik untuk memasak. Wahai energy, silalah kembali..Hehee..

Menu semalam, saya masak simple je. Teringin sangat nak makan bihun goreng. Sebab cik adik manis pun nak makan sekali, saya buat bihun goreng Singapore. Senang, semua boleh makan, x pedas. Walaupun husband lagi prefer bihun goreng biasa, tapi banyak juga dia makan. Dan juga saya buat ayam percik. Lepas sahur, siap2 marinate ayam tu, petang tu terus bakar. Saya lagi prefer guna kuali non stick dari masuk oven.. 

Bihun goreng Singapore.

Ayam percik

Ayam percik ni saya ambil resepi dari Kak Hanieliza. Bahan perapan tu saya main agak2 je, sebab saya masak ayam 3 ketul bahagian dada. Macam resepi Kak Liza tu menggunakan 2kg ayam. 
Ayam Percik

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ] (saya guna santan dalam kotak je)
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/b halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

Monday, March 12, 2012

Kuih puteri ayu

Sabtu lepas buat kuih yang sememangnya ayu. Dah lama plan nak buat. Acuan kuih tu dah hampir 2 tahun saya beli tapi tak pernah guna. Kebetulan masa balik Muar tempohari MIL ada bagi kelapa parut. Check resepi kat internet mudah je nak buat. Moh ler kita cuba... Bestnya bila percubaan pertama menjadi..Gebu macam tuannya.Hahahah


Saya tak perasan pun yang resepi saya buat ni boleh menghasilkan lebih dari 40 biji. Saya tak gemar sangat kuih ni, daddy langsung tak sentuh. Tinggalkan 2 ketul je untuk Humaira, selebihnya sedekah dekat kawan2. Bayangkan acuan cuma ada 12, nak menunggu kuih ni siap berjam2 lamanya. Habis je buat terus fengsannn..Penattt...


Resepi asal saya ambil dari my resepi.
credit to rossitamz

Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

  • 250 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ***Bahan di atas di ayak bersama
  • 5 biji telur (saiz kecil)
  • 300gm gula
  • 2 camca teh ovallate
  • 250ml santan
  • Pewarna hijau
  • 2 camca teh paste pandan
  • 2 cawan Kelapa putih (digaul dengan 1 sudu kecil garam garam dan 1 sudu besar tepung ubi)

Cara-cara

  1. Panaskan kukusan.
  2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
  4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
  5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit atau sehingga masak.
  6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan. 
Hasil keseluruhan...

Wednesday, February 22, 2012

Garlic roll (without egg)


Hari tu terpandang garlic roll di blog Kak Ita , terus teruja nak buat. Husband pun dah bising breadmaker lama tak guna. Saya buat garlic roll guna tepung gandum je. Stok tepung roti kat dapur dah tak elok, cepat sangat tercemar. Guna tepung gandum pun not bad.

Kalau ada yang nak cuba resepi ni saya rekomen, memang sedap. Saya guna breadmaker campak je semua bahan2 dalam mesin, biar mesin yang buat kerja. Hehe.. Step by step boleh tengok di blog Sis Suhana yer.

Resepi Garlic roll
by:  Suhana
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2-3 sudu besar olive oil

Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik 
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang  bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit
Doh akan naik sekali ganda
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap
Kemudian bahagikan doh  kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Gelek doh dengan kayu pencanai 1/2 inc tebal berbentuk empat segi memanjang
Sapukan 1 sudu Garlic Spread di atasnya dan gulung.
Buat kaedah yang sama pada doh yang kedua juga
Potong doh sama lebar sebanyak 4 potongan
Kita akan mendapat 8 potongan doh
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis
tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di doh tadi
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan taburkan bijan atau serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit
 
GARLIC SPREAD
By : Suhana

50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
secubit garam ~ ita tambah
sedikit lada hitam kisar ~ ita tambah
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.

Garlic bread sedap dimakan bersama mushroom soup. Saya beli yang segera jer.

Thursday, February 16, 2012

Chocolate chip cookies ala famous amos

Adeii..sebenarnya saya dah buat entry ni 2 hari lepas dan schedule hari ni..Tapi bila buka tadi semua yang saya tulis hilang. Terpaksa karang balik.

Buat cookies ni projek weekend lepas. Bila BW blog ana ternampak ana baking cookies terus terasa nak buat. Lepas tu tengok pula di blog Diana lagilah semangat nak buat.Boleh pula masa cari bahan nak buat cookies lupa nak salin resepi, sudahnya beli tepung instant je. Senang keja just campur 150ml butter dan 1 biji telur.


Saya beli tepung jenama nona. Sebelum ni dah pernah buat cookies guna tepung nona tapi saya guna  butter brand buttercup dan chocolate chip yang biasa je. Kali ni saya guna bahan2 premium ternyata sedap. Saya guna butter SCS, chocolate chip Hershey's, coklat cadbury tu saya parut, almond dan walnut, serbuk koko van hounten dan black koko (black koko kononnya nak bagi hitam ala2 double choc chip famous amos)

Saya buat besar2, senang nak habiskan adunan.

Yang ada coklat M&M tu untuk Humaira. Dia yang request nak letak coklat M&M
    
Next time nak cuba buat cookies guna resepi dari buku Wendy Kor pula

Friday, February 10, 2012

Homemade satay goreng dan kuah kacang

Cuti 4 hari lepas most of the time duduk rumah je. Masa CNY hari tu dah balik kampung so cuti panjang sempena maulidur rasul dan thaipusam duduk diam2 je kat rumah. Pergi jalan2 pun dekat2, ongkos sudah kempis. Yang geramnya ongkos kempis2 pun sempat juga husband beli PS3. Dah lama dia mengidam, i je tak bagi dia beli. Kalau terlampau addict, nanti study entah ke mana... lagi pun husband dah ada PS2,dan PSP. Katanya dah lama dia kumpul duit. Daripada beli PS3 baiklah beli kan Humaira LeapPad. Heheheh Melalut pulak.. Nak cerita buat satay sempena cuti tempohari..

Kalau nak beli ayam bahagian dada saya suka beli di pasaraya NYK Meru, Klang. Sebabnya bahagian dada dah siap buang tulang. Harga pun murah compare dengan pasaraya besar. Sebelum ni saya pernah buat satay bakar dalam oven, rasa ok cuma bila masak dalam oven satay jadi kering. So kali ni try goreng pula. Saya suka rasa juicy.  Resepi asal dari Kak Liza, bakar guna oven tapi saya ubah dengan goreng.

Tengah masak dalam kuali non stick

Hampir masak.

Dah masak, cucuk guna lidi. Baru feel nak makan.

Sedap, husband suka sebab takde lemak, 100% isi daging shj.

Kuah kacang



Sate Ayam 
Sumber: Hanieliza 

500 gm isi ayam/daging [hiris kecil dan nipis]
1 inci lengkuas - dikisar
1 inci halia - dikisar
3 batang serai - dikisar
1 s/k jintan manis - dikisar
1 s/k jintan putih - dikisar
** serbuk ketumbar ( i tambah skit)
1 s/b gula
5 ulas bawang merah - di kisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 inci kunyit hidup - dikisar
1 s/k garam - dikisar

Bahan tambahan:
timun [dipotong kecil]
bawang besar [potong kecil]
nasi himpit [potong dadu]
Kuah Kacang

CARA:
1. Perapkan daging ayam/lembu dengan bahan yang telah dikisar selama 3 atau 4 jam. (saya perap semalaman)
2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak (minyak tu agak2 dalam 3 sudu besar)
3. Goreng hingga 3/4 masak, kemudian tambahkan 2 sudu besar lagi minyak dan masak sehingga kering.




Kuah kacang pula saya cuba resepi dan Rinn. Sebelum ni pernah cuba kuah kacang versi Dayang jack, kali ni ubah selera pula.

KUAH KACANG IBUNDA
Sumber: Rinnchan 

Bahan-bahan:
300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit

Dikisar dgn air:
6 batang serai
2 inci lengkuas
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering, direndam
Segenggam udang kering, direndam

Asam jawa sebesar bola pingpong, dibancuh dgn secawan air
2 sudu besar gula merah
5 sudu besar gula putih
1 susu besar garam
Air anggaran 400ml - 500ml

Cara-cara:
1. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
2. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
3. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
dikacau sekali-sekala.
4. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
5. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala. Jangan risau sekiranya kuah
kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
* Ada petua menggunakan buah keras utk memekatkan kuah tapi rinn tak menggunakannya.
**Rinn tidak juga menggunakan santan kerana ia membuatkan kuah kacang cepat basi.

6. Rasa dan adjust garam, gula dan masamnya.

Kuah Kacang actually taste better after a few hours of cooking it. The longer you let it sit the tastier it becomes. That`s why I normally cook it the night before Hari Raya, so the next morning I`ll find it tastes much much better than after it was cooked.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails