Ada lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum deliver baby. Masa Humaira dulu saya guna set berpantang mustika ratu, sudahnya banyak jamu dalam tu tak makan. Humaira ada jaundis sikit masa lahir dan disebabkan cser macam takut je nak makan jamu. Memang kurang sangat ilmu masa tu, tak expect pun akan cser. Sekarang ni maklumat di hujung jari, taip je guna pakcik google, semua ada.
Kali ni saya ambil supplement shaklee ambil full package set berpantang. Rata-rata yang menggunakan shaklee semuanya memberi respons positif. Harga pun takdelah mahal sangat dalam rm260++ termasuk OsteMatrix. Boleh tahan sehingga 4 bulan dan bagus untuk breastfeed moms. Saya beli set shaklee ni dari Alin. Senang bekerjasama dengan Alin, boleh COD.
Set berpantang cuma OSteMatrix takde dalam gambar. |
Untuk bengkung pula, saya beli bengkung moden dari Puan Fazidah. Malam kelmarin terus datang rumahnya untuk cuba dulu bengkung moden tu. Banyak kali juga fikir nak beli ke tidak, harganya agak mahal juga. Tapi disebabkan saya pernah pinjam kawan saya punya bengkung moden rasa selesa sangat pakai. Walaupun nanti badan dah slim, masih boleh pakai sebab velcro tu boleh melekat di semua bahagian. Nak beli premium beautiful den tak mampu. Huhu...
Saya ambil bengkung moden 4 panel, gel sirih slim dan mandian herba |
Untuk air gamat, kawan saya Yus cadangkan ambil air gamat jenama bidadari. Based on her experience katanya dalam masa 2 minggu dah ok. Takdelah sakit bila nak batuk dan bersin. Memang hazab setiap kali nak batuk or bersin, sakit sangat kt tempat operation tu. Lagi satu kalau naik kereta terhentak, memang hazab. Beli sebotol je dulu tengok macamane penerimaan tekak. Hehe. Humaira dulu saya guna jelly gamat healin, not bad rasanya. Cumanya hari tu bila pergi kiosk house of healin di Tesco Setia Alam, jelly gamat yang macam saya berpantangkan Humaira dah takde.
4 comments:
bagus dah siapkan awal2...
senang lepas bersalin semua dah ada...
ok la tu nieda,brg2 utk berpantang dah beli awal2..take care ya nieda.moga semua nya di permudahkan..
Time zareef consume set berpantang shaklee jugak. Smpat beli lg satu set lps tu then x larat nk telan dah sbb kapsul die gedabak2 sgt..hehe
moga dipermudahkan segala urusan ye sis..dah bersedia nampaknya..
Post a Comment