My sweet story...

My sweet story...

Monday, May 30, 2011

Aktiviti membuat roti

Dua minggu lepas balik Muar, walaupun ayah dekat hospital sempat lagi emak ajar cara buat roti. Dah lama teringin nak belajar buat roti.

Mesin sedang uli doh..Pakai tangan pun boleh sebenarnya tapi ambil masa


Inilah hasilnya...gebu dan lembut. Fresh from oven


Ini pula gambar kenangan ayah kt hospital tempoh hari..Sekarang ni dah beransur sihat, cuma badan masih terasa lemah. Katil ayah sebelah tingkap. Masa ayah nak keluar hospital guard tak bagi masuk sebab ada Humaira..Kiteorang pergi kt tingkap je, dah boleh jenguk ayah. Hehe

Friday, May 27, 2011

Si kecil exercise

Humaira jadi instructor..Maklumlah lemak mummy terbenjol sana sini. Haha bilalah nak kurus ni, asyik nak makan jer.

Budak rajin mengemas ke menyepah ni??

Favorite Humaira, habis bantal sofa dikumbahnya. Lagi ekstrem kadang2 semua sofa ni bawa masuk dalam bilik, bantal dalam bilik bawa keluar. Memang kena jerit dengan mummy la jawabnye..

Thursday, May 26, 2011

Menyusu selepas 2 tahun

Umur Humaira sekarang ni 2 tahun 16 hari. Selepas 2 tahun ramailah yang minta supaya cerai susu badan. Termasuklah doktor yang pernah merawat Humaira. Bukan satu benda yang mudah untuk cerai susu, pernah mummy letak nipple cream lepastu sapu dengan tepung, mengamuk sakan dia. Ada juga minta sample susu formula dan bagi fresh milk still kena reject. Pandai sungguh si kenit ni. Macamane kenyang pun dia, pasti minta bf. Seakan susu mummy macam candu, ketagih kalau tak dapat.

Sebenarnya saya memang ada perancangan untuk cerai susu sekurang-kurangnya bila usia Humaira 2 tahun setengah. Itu target saya. Untuk cerai susu bagi saya semangat kena kuat. Siapa ada suggestion nak menjayakan misi cerai susu boleh share degan saya ya. Bagi saya lagi meningkat usia Humaira, lagi sukar nak cerai susu. Akal si kenit makin panjang.

Dulu masa usia Humaira lebih kurang 18 bulan, b****t saya mengalami luka yang teruk. Pernah minta ayah mertua buatkan air doa untuk putus susu. Tapi emak mertua saya minta sabar, dia kata tunggu umur Humaira 2 tahun. Dia memang menyokong sepenuhnya saya menyusukan Humaira dengan susu badan.

Saya ada terbaca majalah PA & MA Mei 2011 dalam ruangan bimbingan rohani. Saya copy paste soalan dan jawapan itu..

Saya masih menyusu seorang anak lelaki yang berumur 2 tahun setengah. Pada waktu yang sama saya juga menyusu anak perempuan yang berumur tiga bulan. Ada yang berkata haram hukumnya menyusukan anak lelaki selepas umur dua tahun. Adakah ini benar?


JAWAPAN:
Saya tidak menhetahui apa-apa dalil atau hujah untuk menyokong pendapat yang mengharamkan penyusuan selepas umur dua tahun. Tempoh dua tahun yang disebut dalam al-Quran (surah al-Baqarah, ayat 233) ialah tempoh optimum. Ia bukan tempoh minimum mahupun maksimum.

Wednesday, May 25, 2011

Aktiviti Humaira: gunting dan tampal

Seronok sekarang ni bila buat aktiviti bersama Humaira. Budak-budak kecil senang dan mudah bila di ajar. Cuma kena sabar sedikit sebab mereka mudah bosan. Kali ni ajar Humaira aktiviti menampal. Dia masih kecil lagi, tak sesuai guna gunting.

Selepas mummy bagi arahan terus tekun menyiapkan kerja menampal


Dah mula bosan...main gam pula.
Biarlah dia explore dengan dunia baru


Hehe... geli bila tangan penuh dengan gam..


Akhirnya berjaya juga Humaira siapkan. Bangga mummy. Tulisan APPLE mummy pegang tangan Humaira, keras tul tangan kenit ni.. Sekurang-kurangnya aktiviti macam ni dia boleh kenal bual epal. Bila jumpa epal di pasaraya laju je mulut Humaira sebut epoi..si pelat mummy

Tuesday, May 24, 2011

Si kenit yang rajin

Anak dara mummy dah boleh haraplah sangat.huhu..Mummy sibuk mengemas rumah, Humaira pun nak join juga.

Mula-mula kita sapu rumah. Sebab budak kecik kena pakai penyapu kecik baru sepadan.


Kemudian sibuk nak tolong mummy mop lantai pula.. Bab ini habis carpet basah kena mop juga.

Monday, May 23, 2011

Humaira bergambar dengan si kembar upin dan ipin

Fuhhh...berhabuk blog, lama sangat tak update. Alhamdulillah ayah mertua dah keluar hospital Jumaat minggu lepas.

Gambar 3 minggu lepas semasa pergi kedai cenderamata upin ipin di seksyen 13, ada mural upin & ipin di pejabat urusan Les copaque. Suka betul si kecil ni bergambar sampai takmo balik.

Humaira berangan dapat join group Upin dan Ipin..


si kecil yang fanatik


Humaira bergambar dengan si kembar upin dan ipin

Fuhhh...berhabuk blog, lama sangat tak update. Alhamdulillah ayah mertua dah keluar hospital Jumaat minggu lepas.

Gambar 3 minggu lepas semasa pergi kedai cenderamata Upin & Ipin di Seksyen 13, ada mural Upin & Ipin di pejabat urusan Les copaque. Suka betul si kecil ni bergambar sampai takmo balik.

Konon berangan lah ni..


Dulu Upin Ipin, Humaira panggil PIN, sekarang vocab improve sikit jadi PIPIN


Si kecil yang taksub dengan Upin Ipin

Tuesday, May 17, 2011

Balik kampung

Pagi tadi dapat call dari Ayah, terpaksa admit juga kt hospital Muar bila platelet makin turun. Minggu lepas baru je husband keluar dari hospital kena denggi, sekarang ayah pula masuk hospital. Memang kena kat rumah saya ni. Benci dengan nyamuk..Moga ayah cepat sembuh...

Saturday, May 14, 2011

Nyamuk Aedes

Selepas husband keluar hospital Isnin lepas, saya sangat benci dengan nyamuk. Hampir RM100 dibelanjakan hanya untuk beli ubat nyamuk elektrik, insect repellent dan racun serangga aerosol. (Beli sampai 6 botol berlainan jenama. Kawan saya Zuera bagitau better beli pelbagai jenama, contohnya hari ni sembur guna ridsect, esok fumakilla, lusa king kong dsb supaya nyamuk tak imune). Setiap pagi memang akan sembur guna aerosol, kemudian sentiasa pasang ubat nyamuk elektrik di hall dan 2 buah bilik. Buat masa ni, memang sepanjang hari saya tak buka tingkap dan pintu, nyamuk banyak di luar. Lepas mandi memang wajib letakkan insect repellent dekat Humaira, saya sangat2 risau dekat Humaira. Macam saya ok lagi, dah pernah kena sekurang-kurangnya badan saya dah immune begitu juga dengan husband.

Hari Selasa, sehari selepas husband keluar hospital Jabatan Kesihatan datang rumah untuk buat pemeriksaan sekiranya terdapat tempat pembiakan nyamuk aedes. So far alhamdulillah tak ada. Jabatan Kesihatan bagi ubat jentik-jentik untuk diletakkan di bahagian takungan air di peti sejuk. Bila fikir balik, dah lama gila tak bersihkan takungan air peti sejuk tu. Kadang-kadang kita ni terlepas pandang. Menurut kata Jabatan Kesihatan, kawasan perumahan saya ni merupakan kawasan panas demam denggi. Setiap hari ada sahaja yang masuk hospital disebabkan demam denggi walaupun setiap petang mereka datang melakukan semburan asap.

Semalam (Jumaat) saya ada panggil bibik di kawasan perumahan ni datang rumah untuk mengurut. Bibik tu bagitau bos dia pun dah 3 hari masuk hospital disebakan demam denggi. Saya bertambah sedih bila emak mertua saya telefon bagitau ayah saya demam mengejut. Pagi tadi check darah di Hospital Muar doctor suspek ayah kena denggi. Esok kena datang lagi hospital ambil darah. Mesti kena gigit nyamuk di rumah saya. Sepanjang husband di hospital ayah memang bermalam di rumah saya. Doa saya, moga ayah cepat sembuh...

Share tentang info pembiakan nyamuk aedes. Di ambil dari wikipedia

Tempat pembiakan nyamuk aedes

  1. Dalam Rumah
    1. Akuarium
    2. Perangkap semut
    3. Pasu Bunga
    4. Timba
    5. Tempayan
    6. Kolam (kolah) mandi
    7. Tempat air peti sejuk
  2. Luar Rumah
    1. Tayar buruk
    2. Tempurung kelapa
    3. Botol/gelas pecah yang mengandungi air
    4. Salur air hujan
    5. Tempayan
    6. Pokok Pisang
    7. Pokok Keladi
    8. Longkang yang tersekat
    9. Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

  1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
  2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
  3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
  4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
  5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
  6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
  7. Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
  8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali

* semoga kita semua dijauhi daripada demam denggi. Sehingga kini (di Malaysia) masih belum ada penawar atau ubat untuk mengubati penyakit ini. Kalau tak silap saya saintis Australia masih dalam proses penyelidikan untuk basmi demam denggi. Info lanjut DI SINI

Thursday, May 12, 2011

Aktiviti sand craft bersama Humaira

Aktiviti bersama Humaira 2 minggu lepas. Akhirnya siap juga sand craft ni. Ambil masa 2-3 hari juga nak siapkan. Budak2 baya Humaira daya fokus kurang sikit, 5 minit je semangat lepas tu mulalah nak main benda lain. Bagus juga expose Humaira aktiviti ni, mengajar dia supaya lebih fokus. Bab yang paling dia suka menanggalkan pelekat tu. Bila minta tabur pasir, semua sekali di taburnya. hehe so sweet...

Hamik ko...setimbun ditaburnya


Pilih colour lain pula


Muka bangga lah konon...Hari pertama banyak ni je yang dapat buat


Seisi mengemas barang..boleh harap dah Humaira ni nak tolong kemas


Hari ketiga baru siap sepenuhnya..inilah hasilnya....Atas bantuan mummy

Tuesday, May 10, 2011

Selamat hari ulangtahun kedua Humaira

Berjaya juga akhirnya..Alhamdulillah, Ya Allah...
Bangun pagi tadi membuatkan saya terseyum lebar. Terus dakap Humaira dan bisik ke telinganya...Mummy berjaya susukan Humaira untuk tempoh 2 tahun ini.. Inilah kejayaan paling bermakna dalam hidup saya...

Alhamdulillah, atas rezeki yang Allah berikan untuk susukan Humaira genap 2 tahun. Pengalaman menyusukan Humaira untuk tempoh 2 tahun sangat indah sebenarnya walaupun banyak cabaran dalam menjayakan misi penyusuan ini. Nak bagi orang sekeliling faham dengan diri kita yang menyusu, karenah orang sekeliling dan macam2 lagi.

Memang tekad saya untuk menyusukan Humaira sehingga 2 tahun seperti dalam surah Al Baqarah ayat 233

“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu. Apabila keduanya ingin menyapih (memberhentikan penyusuan) sebelum dua tahun dengan kerelaan keduanya dan permesyuaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya”

Terima kasih padaMU Ya Allah..
Terima kasih suami ku...
Terima kasih keluargaku....
Terima kasih sahabat2 ku..
Terima kasih semuanya...
Atas segala sokongan. ilmu, pengalaman dan segala-galanya sehingga saya berjaya menyusukan anak saya. HambaMu sujud syukur Ya Allah...


Untuk anakanda Humaira...
Selamat hari ulangtahun yang kedua. Doa mummy agar Humaira menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia mahupun akhirat. Setiap titisan susu ibu yang mengalir dalam badan Humaira, mummy halal kan dunia akhirat.

Malam tadi sempat ayah baca doa selamat sempena Humaira 2 tahun dan kepulangan daddy ke rumah setelah 5 hari di hospital


Menu malam tadi. beli kek 4 slice je, beli sebiji nanti mesti tak habis. Dengan satay lagi


Kek mula cair. Lupa nak masuk fridge


Pagi tadi Nenek dan Atuk Humaira dah balik Muar. Nak menangis si kecil tengok kedua2nya balik. Terima kasih Ayah dan Emak yang sudi menemani saya ketika husband takde di rumah.. Saya tahu ayah baca blog ni..

Monday, May 9, 2011

Daddy dah keluar wad

Alhamdulillah, baru sampai rumah dalam beberapa jam tadi. Daddy Humaira dah keluar dari hospital. Daddy masuk Selangor Medical Centre (SMC) dari Khamis minggu lepas dan keluar pagi Isnin tadi. Hari Khamis ni kena datang lagi nak check darah. So far pletlet daddy sekarang dalam 80.

Hari pertama daddy masuk hospital, tinggalllah berdua dengan Humaira di rumah. Rasa janggal je bila ketua kami tak ada. Pagi Jumaat baru mertua saya dari Muar datang sehingga hari ini. Kesian juga, kursus haji dengan kelas agama mereka tak dapat pergi.

Paling kesian dekat Humaira, rasa macam terabai je sejak mummy demam Jumaat minggu lepas. Masa tu daddy yang banyak siapkan keperluan Humaira. Belum pun mummy pulih sepenuhnya daddy pula demam. Dalam minggu lepas memang kesabaran mummy sedikit teruji bila Humaira nak perhatian lebih. Dengan mummy yang sakit2 sendi dan badan, daddy pula demam, memang cepat je naik angin. Maafkan mummy sayang, mummy tau Humaira risau tengok mummy dan daddy yang asyik terbaring je.

Terima kasih kepada keluarga saya. Di saat saya rasa sangat tertekan mereka sentiasa ada membantu saya. Sepanjang daddy sakit, mertua saya sentiasa ada menemani saya, melayan karenah cucu. Terima kasih juga pada sahabat baik saya Yanie, di waktu2 kritikal dia sentiasa ada membantu saya.

Daddy yang sakit..Kenangan di hospital


Dua beradik yang nak pakai baju sedondon


Peace...Humaira sekarang ni ke mana pergi mesti nak bawa baby dia


Humaira dengan uncle Jeff..Thanx Jeff bawa kami ke SMC



* Alhamdulillah cinta hati saya dah balik rumah. Rindu bila malam dia takde di sisi..hehehe..Esok pula genap Humaira 2 tahun. Plan nak bawa dia main air di Sunway Lagoon nampak gayanya kena postponed. Daddy tak sihat sepenuhnya. Nanti bila daddy dah sihat kita pergi main air ye sayang..

Saturday, May 7, 2011

Lama menyepi

Hampir seminggu lebih tak jenguk blog. Macam-macam perkara yang terjadi. dalam minggu ini .Pertamanya start Jumaat minggu lepas masa tengah syok layan perkahwinan diraja tetiba sendi saya sakit, malamnya demam sehingga hari Isnin baru baik. Belum pun pulih sepenuhnya husband saya pula demam. Panas badan, makan ubat pun tak surut2 suhu.. So kiteorang pergi check darah hari Khamis, platelet husband dah rendah dan Doctor terus refer husband ke hospital. Platelet saya consider rendah tapi masih ditahap normal. Sebabnya mungkin badan saya dah ada imune dengan virus denggi. Saya dah pernah kena admit sebelum ni. So bermalam lah husband di KPJ Selangor bermula petang Khamis sehingga kini disebabkan demam denggi. Harap sangat boleh keluar wad selewat2nya esok tapi setiap hari platelet husband makin turun. Doakan my husband cepat sembuh.

That why blog ini menyepi. We will update later k..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails