My sweet story...

My sweet story...
Showing posts with label friends. Show all posts
Showing posts with label friends. Show all posts

Friday, March 8, 2013

Selamat Pengantin Baru Zana & Amir

Selamat Pengantin Baru dan tahniah buat BFF, Zana dan pasangannya Amir. Semoga gembira melayari hidup berumah tanggan hingga akhir hayat. Zana di kawan baik masa di sekolah teknik dulu..Majlis berlangsung pada 2 Mac lalu di Bidor Perak.


Alamak...bam bam nyer tuan blog ni..

Friday, January 4, 2013

Welcome to the world Meor Muhammad Amzar Iman


Inilah anak my BFF, Yanie yang lahir pada 28 Dec 2012 di Hospital Putrajaya. Baby hujung tahun ni. Comel sangat, geram tengok, macam muka kakak dia juga, Insyirah.

Firaas dan baby Iman. Beza 2 bulan lebih je tapi anak mummy bam bam.

Thursday, April 12, 2012

Update kisah adik Mawar Nur Farisha

Entry berkaitan adik Mawar Nur Farisha DI SINI. Beberapa minggu lepas kisah adik Mawar ni ada masuk paper Sinar Harian bagi membantu meringankan kos pembedahan yang menelan belanja RM40K. Untuk rekod, adik Mawar menghidap penyakit jantung berlubang, injap jantung sempit dan lumpuh otak. Ibu adik Mawar merupakan classmate saya di UiTM. Alhamdulillah, tak sampai seminggu kes adik Mawar masuk Sinar Harian, sumbangan orang ramai dah mencukupi. Rakyat Malaysia memang prihatin.

Jumaat lepas, saya berkesempatan melawat adik Mawar di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Ampang. Alhamdulillah selepas pembedahan pada 3 April lalu, keadaan adik Mawar menunjukkan perkembangan positif. Hanya dua hari sahaja di ICU dan apabila doktor mendapati keadaan semakin baik, adik ni dipindahkan ke wad biasa. 

Lama juga saya bersembang dengan ibunya, Sahida. Menurut ibunya sebelum ni Mawar selalu menangis. Dan setiap kali menangis pasti tubuh si kecil ni menjadi biru. Hasil pemeriksaan di PPUM mendapati Mawar menghidap penyakit jantung berlubang, injap jantung sempit dan lumpuh otak. So, kesnya dirujuk di Institut Jantung Negara (IJN). Tapi malangnya pembedahan tidak dapat dilakukan dengan segera. Setiap kali doktor bagi tarikh untuk pembedahan pasti Mawar dalam keadaan tidak sihat sehingga terpaksa tunda pembedahan tersebut. Yang menjadi masalah, anak kecil ni setiap hari akan menangis, tarikh pembedahan yang doktor bagi memakan masa hampir 2-3 bulan. Sebagai ibu pasti tak sanggup melihat anak kecil menderita macam tu ditambah pula doktor boleh kata 'anak awak ni bila2 masa boleh meninggal'. (Mengucap panjang saya dengar kata2 ni. ) So Sahida cuba mencari alternatif lain, rujuk kes ni ke HKL tapi doktor terpaksa tolak kes adik ni kerana tiada pakar di sana. So doktor suggest hantar ke private, di sana boleh lakukan pembedahan dengan segera.

Sebelum Operation, menurut Sahida oksigen yang sampai ke dalam jantung anaknya hanya dalam 60%. Tapi alhamdulillah selepas pembedahan oksigen kembali normal. Masa saya datang melawat adik mawar ni paparan di mesin menunjukkan dalam 98% (normal). Paling menggembirakan Sahida apabila selepas pembedahan, anaknya kurang menangis. Menurut doktor, selepas ni adik Mawar akan menjalani fisio untuk merangsang otaknya. Insyaallah otaknya boleh berfungsi. Sama-samalah kita doakan agar adik Mawar Nur Farisha akan kembali sihat dan ceria seperti kanak2 lain. Amin... Ahad lepas adik Mawar dah discharge. Alhamdulillah.

Wednesday, February 15, 2012

Projek apam polkadot dan tart

Wordless wednesday...  Hari kurang berkata2..Layan gambar ajelah...

Projek bersama kawan baik saya, Yani. Dari last year Yani plan nak belajar buat apam polkadot dan cheese tart dari saya, asyik tertangguh je. Last week baru berjaya.


Alhamdulillah gebu je. Saya punya style kalau bancuh adunan apam ni, masa nak kukus apam mesti try sikit dulu. Kukusan pertama ni menetukan hasil seterusnya.

Hasil keseluruhan...
 
Dua budak comel yang suka makan apam..
  
Masa tengah sibuk2 buat cheese tart dengar suara Humaira menangis. Rupa2nya dah ada bawah katil, masuk pandai nak keluar tak reti. Huhu

Sory sangat2 Yani, tak sempat nak tunggu cheese tart habis masak. Husband saya dah ready nak pick up..Next time kalau ada masa kita buat projek lain pula. Hehe

Tuesday, September 27, 2011

Beraya rumah kawan lama

Dapat jemputan Sabtu malam Ahad lepas. Memang berkobar-kobar nak pergi sebab dah lama giler tak jumpa kawan masa sekolah rendah dulu. TQ ieja atas jemputan di rumahnya di Damansara Damai. Ieja sebenarnya duduk di Miri Sarawak, tahun depan Insyaallah pindah balik ke sini. Ieja ni pandai tau make up pengantin, sebelum ni di Miri ada butik pengantin sendiri. So perancangan dia lepas balik KL nak buat freelance make up. Good luck yer Ieja.

Dari kiri Ieja dan anaknya Qays, tuan blog dan Asha






Saturday, August 6, 2011

Melawat baby Aqil

Gambar ni dah lama ambil, sebelum puasa lagi. Lupa nak publish kan. Melawat baby kawan ex officemate saya, Yus yang dapat baby boy bulan March lepas. Dah besar pun Aqil, hampir 5 bulan dah usia dia. Aqil ni anak kedua Yus, yang sulung pun hero juga. Teringat kenangan sama2 preggy masa kerja satu ofis dulu dan kiteorang sama2 mabuk time bulan puasa. Dugaan sungguh masa tu.

Humaira dan Muhammad Aqil Harith. Humaira macam biasalah...sangat suka dengan baby. Kalau boleh nak dukung je baby tu. Mata Aqil bolat kena flash kamera.


Budak comel, Aunty tengok sama macam muka abang dia, Adam masa baby dulu

Tuesday, April 5, 2011

Dating dengan kawan

Jumaat lepas kawan saya, Yanie ajak pergi karnival coklat di glenmarie, ada warehouse sales untuk coklat brand seperti crispy, tudor gold, tango, air nekta dan mcm2 lagi.. Murah juga coklat tapi sebelum pergi warehouse dah muhasabah diri, berbelanja dengan berhemat.Hehe so borong dalam rm44 je. Ambil yang perlu...

Inilah dia banner warehouse sales di networks foods


seisi memilih coklat pun bermula


Humaira yang mengikut je kakak Insyirah...



Lepas shopping coklat macam biasa aktiviti jalan-jalan cari makan. Kami makan di restoren Wong Solo seksyen 7 Shah Alam. Pergi sini mestilah order ayam penyet. Sambal ayam tu pedassss. Food oklah. Mummy tak makan tempe, Humaira yang tolong habiskan tempe.


Insyirah memang pandai posing, halakan je kamera pandailah si cilik ni beraksi..Cayalah..



Suka pic ni walaupun goyang, kakak Insyirah suapkan Humaira. Memang dah jadi geng, makan pun nak berdua



Dapat tabung masa karnival coklat. Pantang nampak duit syiling habis dimasukknya dalam tabung. Yang jadi mangsa, purse mummy dah kosong duit syiling Humaira ambil masuk tabung..Dapat 2 tabung, satu lagi nak bagi sepupu Humaira

Monday, February 28, 2011

Melawat rumah baru Yanie

Last week punya cerita melawat rumah baru kawan saya, Yanie di Sri Pristana Sungai Buloh. Overall semua kerja2 penyelenggaraan dah settle cuma kena minor touch up sedikit lagi. Semalam (Ahad) Yanie dah pindah ke kediaman baru. Awal pagi Sabtu Yanie baru balik dari bercuti di Sabah, Ahad terus pindah. Memang bergandalah kepenatan.

Layan gambar rumah baru Yanie...

Ruang tamu, kaler merah memang cantik..


Plaster ceiling Yanie buat di bahagian tepi je, nice...


Anak Yanie, Insyirah dan Humaira


Master bedroom


ishk...gambar toilet pun ada


Saya paling suka tengok kitchen kabinet. Orang perempuan dah tentu suka kalau ruang memasak cantik. Betul tak??

Untuk kitchen kabinet dalam Rm16k. Bagi saya oklah sebab plan Yanie nak buat bisnes tart nenas. MIL yanie dari dulu memang dah berkecimpung dalam bisnes tart nenas sampai tak menang tangan nak settlekan tempahan. Ilmu membuat tart nenas dah diperturunkan dekat Yanie.

Bahagian masak memasak


Tall unit untuk letak oven dan microwave


Kabinet atas mencecah ceiling. Senang yanie kata tak perangkap habuk


Inilah tart nenas yang menjadi pujaan ramai. Ada sape2 nak order? boleh inform saya...Masa raya banyak terima tempahan inti jem nenas diganti dengan coklat. Belum pernah cuba lagi tart coklat

Friday, January 21, 2011

Ikea lagi, kali ni dating dgn bestfriend pula

Last week punya cerita, pergi Ikea dengan kawan mummy, Yanie. Teman Yanie shopping barang untuk pindah rumah baru. Sesekali shopping dengan kawan seronok juga. Awal2 pagi Yanie hantar husband dia ke office then pick up mummy dan Humaira di rumah. Yanie cuma bawa seorang je anak dia, Insyirah. Yang kecil sebaya Humaira hantar di Taska.

Tak sabar nak tengok Yani deco rumah baru. Paling teruja nak tengok TV LED yang husband dia baru beli. Samsung 55 inch ko, 3D pulak tu. Pasni Yanie, u tak payah pergi pawagam dah, TV u dah cukup canggih. Hehe..

Ada
kisah buat mummy malu besar dekat Ikea. Kalau korang perasan, ada pintu kecemasan dekat Ikea. Walaupun ada halangan NO ENTRY tapi setakat budak baya Humaira dan Insyirah tu senang aje nak lolos. Boleh pulak dorang ni tolak pintu tu, apa lagi alarm terus berbunyi. Aduh, nasib baiklah staff kat situ cepat2 tutup balik. Nak marah pun, bukannya Humaira faham. Muka langsung tak rasa bersalah, Insyirah nampak juga panik maybe sebab dia dah besar.

Humaira sibuk nak tolak troli


Baru separuh shopping, budak kecil dua orang nak makan pula. So layan mereka makan dulu termasuk emak budak sekali. Humaira dengan Insyirah ambil menu kids, nugget dan fries.


Inilah bodak lapar, sian dia. Pagi tu mummy tak sempat sediakan breakfast

Monday, January 3, 2011

Selamat Pengantin Baru Rash dan Hanis

Selamat Pengantin Baru buat kawan saya, Rashidi dan pasangannya Hanis yang berlangsung pada 1 January di Desa Subang Permai Shah Alam. Moga gembira melayari hidup berumahtangga dan kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin..





Wednesday, October 13, 2010

Humaira dan Adam

Ahad lepas kawan mummy datang rumah. Dah lama tak jumpa, besar dah Adam. Beza sebulan dengan Humaira. Humaira malu2 nak berkawan dengan Adam, jarang dia jumpa kawan2 sebaya dia boy. Gambar mereka ketika berumur dalam 3-4 bulan ada dekat SINI

comel mereka





Adam yang tak sihat, demam dan selsema tapi tetap aktif


Adam Harith


Penuh dah gigi Humaira

Thursday, October 7, 2010

Bila tetamu datang rumah

Petang Ahad, ex housemate daddy masa bujang datang rumah, Rizal dan Joe. Sekarang ni masing2 dah kahwin dan ada family. Semua anak gegirl termasuk daddy. Riuh rumah bila Humaira suka ada kawan lebih kurang sebaya dengannya. Dia sangatlah suka berkawan

Anak Rizal, Aleya dan baby Sara yang berusia 2 bulan


Humaira yang sangat suka pada baby. Habis nak digomolnya


Nasib baik mummy sempat pegang Humaira, sepantas kilat nak gomolnya baby Sara ni. Risau betul mummy



Yang ini anak Joe, first time jumpa anaknya, Anis Kamelia. Nice name. Sebaya dengan Humaira, lahir Mei 2009 beza 2 minggu je dari Humaira. Lebat rambut Anis, dah dua kali potong. Rambut Humaira juga yang malu nak tumbuh.

Si comel Anis. Humaira asyik ikut je Anis ni, nak berkawan. Anis pula nak main sorang2


Tengok tu, Humaira ikut je ke mana Anis pergi


Semangat betul Humaira nak berkawan, tapi Anis jual mahal. Sian dia.hehe

Tuesday, August 10, 2010

Melawat newborn baby

Petang Ahad menziarahi kawan yang baru selamat melahirkan newborn baby. Dah 2 orang anak kawan saya, Bie. Dilahirkan secara emergency caesar di UMRA, Shah Alam disebabkan degupan jantung baby rendah, lagipun sudah 2 hari lewat dari jangkaan bersalin. Masa Bie tengah sarat mengandung, ada datang melawat. Dua minggu awal dia ambil cuti disebabkan tak larat nak bawa perut. Memang kesian tengok dia, sebab Bie ni kecil je orangnya, masa sarat mengandung berat 47kg je. Apa2pun tahniah kerana selamat melahirkan baby girl seberat 3.5kg pada hari Khamis lepas

Sehingga hari Ahad lepas baby ni masih belum ada nama lagi


Humaira sukalah ada geng dengan kakak Aleya, anak sulung Bie...Suka tengok aksi anak dara berdua ni.

Dua2 malu-malu kucing


Humaira dah start nak bertegur sapa


Style Humaira berkawan, mesti pegang bahu..Sembang apa tu??


Sebenarnya rumah Bie dengan saya dekat. Jadi kami jalan kaki je. Boleh mummy ajar Humaira berjalan


Dah penat berjalan, kena dukung

nuffnang

Related Posts with Thumbnails