My sweet story...

My sweet story...

Sunday, February 28, 2010

Makan di Rasamas

Last week pergi Giant Kota Damansara shopping barang dapur. Lepas shopping wajiblah aktiviti makan2. Kami makan di Rasamas. Apa yang mummy dengan daddy makan semuanya Humaira nak. Kalau tak bagi mengamuk.

Perasan tak baju Humaira kotor? masa ni mummy minum ais blended, minah sorang ni nak juga. Saja letak straw dekat mulut dia, pandai pula dia sedut. Humaira terkejut, tu yang dia luak balik. Mummy pun terkejut. Bila balik rumah saja test bagi guna straw, tak expert sangat. Kadang2 boleh, kadang2 Humaira gigit jer straw tu.


Nak mamam mummy...


Humaira mamam sup..sikit2 bolehla

Al fatihah buat adik Syafiah Humairah

Berita yang membuatkan saya emosi, marah, geram, sedih semuanya bercampur. Apa sudah jadi dengan manusia zaman sekarang. Saya sangat emosi, benar-benar emosi bila membabitkan hal kanak-kanak.

Tapi Allah itu Maha Berkuasa dan Adil, kejadian anak yang tidak berdosa ini membongkar kisah besar di sebalik perbuatan ibu adik ini. Bersekedudukan dengan lelaki B_ _ _ _ _ _ G. Padan muka. Geram betul Aku. Biarlah undang-undang yang menentukan nasib mereka.

Bila saya baca berita, banyak benda yang tak masuk akal. Macam ada sesuatu yang disorokkan. Mustahil ibu adik ini tidak tahu anak dia didera. Adik ini baru berusia 2 tahun lebih, semestinya banyak benda memerlukan penjagaan dari ibunya. MUSTAHIL ibu ini tidak tahu anak ini didera. Bab Atuk adik ini pun satu hal. Atuk ini sedar kesan lebam dekat adik Humairah. Malas lah nak ulas panjang-panjang, nanti lain pula isunya. Saya sangat-sangat percaya kalau orang ada ilmu (educated), benda mcm ni takkan berlaku.

Allah lebih sayangkan adik Syafiah Humairah. Berbahagialah dia DI SANA. Saya sangat sedih, nama adik ini pun sama dengan anak saya, HUMAIRA

AL fatihah untuk adik Syafiah Humairah..

Saturday, February 27, 2010

Resepi buah melaka

Antara resepi kuih yang mula2 mummy belajar masa zaman anak dara dulu..senang, simple dan sedap. Masa makan tu, meletup dalam mulut terasa gula melaka pecah feel rasa..Zaman dulu kuih ni murah je, 3 ketul baru 20 sen, sekarang ni 3 ketul RM1.00. Mahalnya. Kalau dekat kampung mummy dulu, orang jual kuih ni dibungkus cantik dengan daun pisang. Aroma daun pisang membangkitkan selera.

Tak berbaloi kalau beli, lebih baik buat sendiri. Mula2 buat kuih ni comel jer, lama2 gedang (besar)..hehe.. Sebab si kenit Humaira ni pun nak tolong sekali. Mummy bagi dia tepung, semuanya nak masuk mulut. Dah besar nanti, rajin-rajin tolong mummy ke dapur yer.

Resepi sempoi dari mummy Humaira.

Bahan-bahan
:
  • Tepung pulut
  • Gula melaka dipotong dadu (ikut suka)
  • Kelapa parut putih (mummy kukus dulu takut sakit perut pula nanti mkn mentah)
  • Air
  • Pewarna hijau
  • Pati daun pandan (mummy guna perisa pandan shj)
Cara:
Tepung pulut dibancuh dengan sedikit air. Jangan sampai lembik nanti tak boleh bentukkan doh jadi bulat


Ambil sedikit adunan tadi, letakkan gula melaka kat tengah.


Lepas tu, bulatkan. Buat bulat kecil-kecil comel, mummy buat gedang. Nak cepat siap, si kenit ni nak tolong.


Panaskan air dalam periuk, kemudian terjunkan, kasi dia mandi..hehe


Bila kuih ni dah masak, dia akan terapung. So yang terapung tu bolehla diangkat. (lebih kurang 3-5 mint kuih ni akan masak). Nampak tak mcm gambar dekat bawah, ada yang terapung, ada yang dekat bawah? Mummy guna kamera hp jer.


Bila dah masak, salut dengan kelapa parut. better lepas masak terus salut dengan kelapa sebab kuih ni senang melekat.


Taraa, dah siap..ada juga yang pecah ishk ishk


Last but not least, budak yang mengacau terpaksa duduk dalam walker. Tengoklah muka di tu, ada benda nak kacau mummy



Note: mummy bukanlah expert bab memasak, sekadar berkongsi resepi.

Thursday, February 25, 2010

Skill baru Humaira memanjat

Skill baru anak mummy. Baru dapat akal ni dalam last week. Sebelum ni suka panjat badan orang, then berdiri. Sekarang nak berdiri dekat kerusi or sofa jer kerjanya. Risau jer tengok, terhuyung hayang mummy tengok Humaira nak balance kan badan. Pantang kalau kita kt depan lappy or meja makan...siaplah, Humaira akan datang dan mulalah berdiri..Banyak kali juga jatuh, tapi semangat tetap kuat.

taraa dah berdiri


fuh lega


posing dan senyum...


Cubaan nak ambil botol air


Berjayalah mummy...

Wednesday, February 24, 2010

Anak itu pembawa rezeki

Alhamdulillah, murah rezeki anak mummy...mummy sangat2 percaya setiap anak itu adalah rezeki. Mummy dan daddy dah buka akaun Amanah Saham Didik untuk Humaira. Semua duit dalam akaun tersebut merupakan sumbangan orang sejak Humaira lahir. Bertuahnya Humaira, ramai orang sayangkan dia, masa mummy kecik2 dulu pun duit mummy tak sebanyak yang Humaira dapat. Bersyukur nak, nanti bila Humaira dah besar gunalah simpanan itu sebaik mungkin.

Zaman sekarang ni banyak option nak buka akaun mcm SSPN, Tabung Haji. Masa mummy kecil2 dulu abah selalu masukkan duit mummy dalam BSN. Walaupun sedikit, lama2 jadi bukit.

Mummy dan Daddy tengah berkira-kira untuk buka insuran pendidikan untuk Humaira. Ada tak kawan-kawan mummy boleh suggestkan insuran yang terbaik? Once bila Humaira dah besar nanti, cabaran untuk melanjutkan pelajaran lagi mencabar, sekurang-kurangnya bila ada insuran pendidikan ini tidaklah terbeban sangat.

Masa majlis Akikah hari tu, Humaira dapat hadiah dari aunty. Thanks aunty bagi Humaira mainan...


Ni pula baju pemberian dari Opah dan Nenek. Terima kasih, Humaira sangat suka warna pink sama mcm mummy...

Tuesday, February 23, 2010

Doakan baby Athirah

Baby Nur Athirah Natasha baru berusia 8 bulan lebih. Ibu baby ini bernama Norhidayati Sapardin (Ida), merupakan kawab rapat saya masa belajar di UiTM dulu. Kini anak beliau berada di ICU Hospital Johor Bharu kerana dijangkiti kuman di otak. Kepada kawan2 saya, blogger dan yang baca blog ini kita doakan kesihatan baby Athirah. Moga baby Ahtirah akan kembali sihat dan ceria seperti selalu. Saya sangat sedih dengan berita ini. Hari ni doktor akan mengambil air tulang belakang. Saya terima message dari beliau pada 21 Feb lepas pukul 9.02 mlm.. Saya pernah melawat baby ni masa baru lahir dekat entry SINI


Message 1: tolong doakan anak ida. Athirah masuk wad ICU jangkitan kuman dekat otak. Tolong doakan dia sembuh.

Message 2: Hospital JB, hospital Ismail. Aku lemah sangat tepi demi anak ku kuatkan gak tapi ku tak sanngup nida, ku takut

Saya sedih sangat baca msg ni, baby ni masih kecil untuk menanggung segala penderitaan. Saya tak dapat bayangkan kalau saya berada di situasi beliau..Ya Allah kuatkanlah semangat hambamu ini..

Message 3: X tau, tbe2 panas kepala demam minum susu brape jam terus tersentak n kena sawan. kt icu tak boleh masuk kecuali waktu melawat je.

Tadi saya msg tanya perkembangan baby dlm pukul 8.49am, tengah tunggu doktor untuk ambil air tulang belakang..kita doakan baby ini sihat kawan-kawan..

Baby Athirah, saya ambil dari facebook...comelkan

Monday, February 22, 2010

Majlis Aqiqah

14 Feb lepas, Alhamdulillah majlis Aqiqah Humaira telah diadakan. Bersyukur kerana salah satu tanggungjawab kami sebagai ibu bapa Humaira telah terlaksana.

Majlis bermula sekitar pukul 12 tengahari. Bermula dengan bacaan yasin, tahlil, berzanji dan marhaban. Tetamu ramai yang datang lebih kurang dalam 300 lebih. Menu pada hari tersebut ialah nasi berani dan nasi putih, masak kuzi kambing, kari daging, ayam masak merah, dalca, acar buah, acar timun, ulam, ikan kering dan sambal belacan. Kuih dan dessert adalah, karipap, kuah koci, buah oren, nangka, tapai dan bubur kacang. Semuanya emak mertua saya masak sendiri.

Setiap tetamu akan dapat buat tangan dalam bentuk paper bag (saya rasa mmg adat org Johor, sebab dekat belah saya tak ada benda2 mcm ni). Dalam paper bag tu ada telur pindang, wajik dan bahulu. Bahulu emak mertua saya beli, yang lain buat sendiri. Tak ada gambar menu makanan sebab masa tu masing2 sibuk.

Terima kasih kepada emak dan ayah mertua saya kerana bertungkus lumus untuk membuat persiapan majlis aqiqah Humaira.

Antara tetamu wanita yang hadir...


Antara tetamu lelaki yang hadir...


Ayah tengah berkata sesuatu..


Saudara mara belah husband, pakde Amran Kasimin, Kak Nani dan Makde


Tetamu mengambil makanan


Yang diraikan, Humaira


My family...




Budak ini dah start mengamuk bila semua orang nak pegang dia, eksyen betul Humaira ni...


Family kecil kami...

Sunday, February 21, 2010

Jalan-jalan cari makan

Ini kes husband saya tengok rancangan warung kita dekat Astro Prima, si pengacaranya Faruk buat liputan jalan-jalan cari makan di Seksyen 7 Shah Alam. So salah satu tempat yang membuatkan husband saya nak pergi adalah restoren Nasi Lemak Cinta Sayang. Petang Sabtu kami gerak lah pergi seksyen 7, main terjah jer lokasi restoren tu. Terkejutnya saya tengok seksyen 7 membangun, banyak dah berubah. Memang happening tempat tu. Kalau zaman saya study dulu seksyen 2 memang port paling popular untuk student, tapi rasanya sekarang seksyen 7 pun tak kurang menarik. Cuma serabut sikit sebab dekat sangat dengan UiTM dan Unisel, so faham2 je lah bila kawasan student, parking susah sikit.

Nilah restorennya..oklah masakannya not bad tapi saya tetap suka nasi lemak gembira seksyen 3. Walaupun harga rm2.50 sebungkus (mahal) maybe aroma daun pisangnya membuatkan selalu teringat2...


pastu husband request hari Ahad buat nasi lemak. Air tangan isteri lagi sedap yer b? Saya suka sambal bilis masak sekali, bukan asing sambal dan ikan bilis. Lain org, lain citarasanya. Kalau balik Ipoh, husband saya sure request dkt emak buat nasi lemak. Sambal dia mmg superb. Bagi saya, sedap atau tidak nasi lemak tu terletak pada sambalnya..

bertukang rumah baru

Saya tengah bertukang untuk tukar layout blog. Untuk beberapa hari ni maybe blog tunggang langgang. Harapan saya, dengan mengemas rumah baru ni, bertambah rajin nak update blog..hehe dah lama nak tukar pada 3 column baru dapat.

Friday, February 19, 2010

Cerita balik kampung

Jumaat sebelum raya cina kami sekeluarga balik kampung di Muar untuk majlis akikah Humaira. So far jalan takdelah jammed cuma slow sikit di Nilai ada kemalangan. Kami gerak selepas solat Jumaat.

Sabtu, dalam pukul 7.00 pagi kami gerak ke Merlimau Melaka untuk melihat penyembelihan kambing yang akan dilakukan dalam pukul 7.30 pagi. Ternganga mulut Humaira tengok kambing kena sembelih..heheh...

home sweet home, rumah mertua saya. Itu adalah pokok kurma.


Banner pusat jualan kambing..dari rumah mertua ke Merlimau dalam 20-25 minit..


view sunrise di ladang kambing dalam pukul 7.30 pagi. Cantiknya ciptaan ALLAH


Humaira and mummy


kandang kambing


Sempat posing lagi dalam kandang


Antara jenis-jenis kambing, ada yang di import dari Australia..Baru saya tahu kebanyakan kambing import tidak berbau hamis macam kambing Malaysia. Patutlah husband saya ckp, masa dia study kt oversea dulu kambing sedap tak macam Malaysia..Saya bukanlah peminat daging kambing..


Kambing bebiri untuk akikah Humaira


Sengih tengok kambing dia..


Tengahari tu, saya tolong mertua saya masukkan wajik dan telur pindang dalam bekas. Susah sikit nak buat kerja masa ni, Humaira langsung taknak dengan orang. Kesian mak mertua saya. Saya cukup kagum dgn dia, everything dia buat sendiri. Dia sangatlah cekap kerja2 di dapur, berkebun pun cekap. Semalaman tak tidur untuk memasak. Dia sangat menjaga kesihatan. Walaupun umur dah 60 an masih sihat, gigi masih cantik, body pun macam anak dara..menantu dia???? sendiri ada jawapan..

Telur pindang masakan orang jawa, lama nak masak. Mak mertua saya rebus selama 3 hari dengan api yang sangat perlahan. Kalau api kuat nanti telur ni pecah.


Bakul telur ni kira recycle masa kenduri kahwin saya..


Masukkan wajik dalam bekas untuk bagi kepada tetamu untuk dibawa pulang (org jawa panggil bontrot, ecece.. pandainya daku ckp jawa..)



Nanti saya upload lagi gambar masa majlis akikah...

Thursday, February 11, 2010

Selamat bercuti..

Happy holiday buat kawan2 semua..mesti banyak perancangan cuti panjang ni. Ada yang balik kg, bercuti dll..Insyaallah esok (jumaat) saya akan balik kampung di Muar. Kami rancang untuk buat kenduri akikah anakanda Humaira pada 14 Feb 2009 dan doa selamat. Pada kawan2 mummy yang duduk sekitar Muar atau Melaka, dijemput datang ya. Majlis bermula selepas solat zohor, Insyaallah. Ni alamat rumah mertua mummy:

POS 98, BATU 4,
TANJUNG GADING, JLN KESANG,
84000 MUAR JOHOR..
tel: 06-9520340

Rumah tepi jalan, kalau ikut lebuhraya AMJ lagi senang. Kalau dari Muar kena ikut jalan pergi Melaka..

Selamat bercuti semua, berhati2 dijalan raya..blog inipun akan bercuti. sayang korang semua..

luv,
-nieda-

Riadah di padang Bukit Jelutong

Weekend lepas, mummy bawa Humaira pergi padang Bukit Jelutong Shah Alam, tengok orang main layang-layang. Dari dulu lagi mummy suka tempat ni sebab aktiviti riadah banyak melibatkan famili jer. Takdelah mcm sestengah tempat yang banyak couple...

Seronok tengok aktiviti kekeluargaan macam ni. Bila Humaira dah dapat kaki nanti, kita pau daddy beli layang-layang yer. Suruh daddy main, mummy tak pandai nak naikkan layang-layang..hehe..Plg best tengok kanak2 berlari sana sini dengan layang-layang masing2. Cute jer..

Sambil-sambil tu, kami snap gambar sebagai kenangan. Humaira seronok sangat masa ni, senyum jer dia..

Ramai orang, kebetulan cuaca pun sangat best


Angin kuat masa ni, byklah layang2 terbang tinggi..


Wajah keriangan Humaira dan of course lah mummynya..









mcm drama hindustan pula, nyorok dkt pokok



smile


and smile...


seronoknya mummy...


kiss, i luv my mummy


pandai daddy ambil gambar ni...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails