My sweet story...

My sweet story...

Sunday, January 31, 2010

Aktiviti hujung minggu

Jumaat
Petang Jumaat kami pergi wholesale baby di Kompleks 3K Subang Jaya. Misi utama nak beli walker untuk Humaira. Ya, saya tau penggunaan walker boleh membahayakan baby. Menurut Akademi Pediatrics Amerika (AAP) pernah menyuarakan untuk mengharamkan penggunaan baby walker yang dikatakan mendatangkan bahaya dan kecederaan kepada anak2 dan tidak mendatangkan faedah kepada ibu bapa

Walaupun menyedari terdapat fakta yang tidak mengalakkan penggunaan baby walker, kami suami isteri sebulat suara untuk membeli walker atas beberapa faktor:
  • senang untuk mengawasi baby yang sekarang suka kutip bendasing dan masuk mulut
  • senang untuk saya membuat kerja rumah seperti memasak atau mengemas memandangkan Humaira kurang tidur semasa saya membuat kerja rumah
Atar faktor kelasakan Humaira, saya tetap menggunakan walker tetapi tidaklah kerap. Dan faktor walker itu sendiri memainkan peranan, so kami decide beli yang berat, mempunyai 8 roda dan ada button untuk stop kan roda. Apa pun doa saya moga dilindungi Allah. Amin..

Sebenarnya,10 minit jer kami pergi wholesale ini disebabkan tayar kereta pancit, suami decide untuk repair tayar tapi saya berkeras untuk terjah juga. Memang rambang mata dibuatnya sales ni tapi sebab kami kena cepat sebelum tayar betul2 bocor..hehe. so husband janji nak bawa kami keesokkan harinya...

Sales from baby loves


Antara brg yang sempat snap





Humaira yang eksited dapat baby walker





Sabtu..
Pukul 12 kami nak terjah wholesale tapi punyalah ramai umat manusia, parking full, kebetulan Humaira pun tengah tidur, so balik dengan tangan kosong. Pasti husband saya suka, sekurang-kurangnya selamat duit dia.hehe..

Dalam 3.30 ptg kami pergi kenduri di Bangi. Tak ada gambar pun sebab Humaira in bad mood. Semua orang nak dukung dia, tapi Humaira jual mahal. Mungkin baru bangun tidur masa tu, so dengan mummy pun tak ada mood nak bergambar.

Ahad..
Dalam pukul 8.00 pagi kami dah keluar nak pergi Pasar Tani Mega Sek 13, ramainya umat manusia. Parking sebesar alam dekat stadium tu semuanya full. Next week lepas Subuh kami nak pergi. Hehe..

On the way masa nak sampai stadium ada eksiden. Kesian tengok ada orang tersepit dalam kereta. Terpaksa panggil bomba untuk selamatkan mangsa yang tersepit.

Eksiden 2 buah kereta..


Sebelum balik kami breakfast di Ani sup utara. Sedapnya pagi2 pekena sup...


Selamat berhujung minggu. Orang yang bekerja di KL pasti seronok esok masih bercuti sempena hari wilayah...

Friday, January 29, 2010

Humaira drive kereta

Kereta mainan daa..Kejadian masa kami pergi Mydin USJ. Sementara menunggu daddy dekat kaunter bayaran, mummy bawa Humaira tempat mainan. Masa ni tak ramai orang, saja letakkan dalam kereta tu. Excited muka dia, sengih sorang2 sambil pegang stereng. Pandai pula budak kecik ni berangan kononnya bawa kereta mcm daddy. Dari jauh daddy dah senyum tgk Humaira.

Time tu mummy banyak duit syiling saja on kan benda alah tu. Sekali bergerak ko, panik muka Humaira. Hehe.

Muka nervous


Time ni suh daddy ambil, takut lah tu...

Wednesday, January 27, 2010

PRETTY ZAZA BABY FACE CONTEST




Gambar dipertaruhkan seperti di bawah..Comel jer mummy tengok muka Humaira masukkan jari dalam mulut. Gusi gatal nak tumbuh gigi. Teringat masa Humaira dalam kandungan, masa scan jari Humaira dalam mulut, so sweet. Bergenang mummy tengok. Sekarang bila Humaira dah lahir jari mesti masuk dalam mulut. Kebiasaan yang selalu baby buat dari dalam rahim ibu lagi dan sehingga kini. Luv u...



Nama: Alisha Humaira
Umur: 7 bulan
Jantina: Baby girl

boleh KLIK sini untuk detail mengenai contest..jom ramai2 kita memeriahkan contest ni..

Humaira dan bola

Girl pun pandai main bola. Bila Humaira dapat bola mulalah baling then kejar bola tu. Cute sangat sampai berpeluh-peluh anak mummy kejar bola tu. Explore lah anak, dia macam teruja bila baling bola, bergolek-golek bola tu. Pastu dia try baling henfon mummy tak bergolek pula ye. huhu...

Nak ambil bola bawah kerusi


setengah jam duduk bawah kerusi tak pandai melepaskan diri


Isnin lepas kami lunch di Chicken Rice Shop. First time bagi Humaira duduk baby chair. Kemain excited dia semeja dengan mummy dan daddy senang nak kacau kami makan. Tangan si kenit cukup pantas nak pegang semua benda..

muka budak byk akal


nak capai apa tu?


Senyum sikit kasi nampak gigi

Monday, January 25, 2010

Berhati-hati dalam penulisan blog

Baru-baru ini saya ada terbaca satu blog yang menghina Almarhum Sultan Iskandar. Walaupun dalam blog tersebut tidak mention secara detail nama almarhum tetapi semua blogger tahu entry tersebut menghina Almarhum Sultan Iskandar.

Walaupun pemilik blog tersebut sudah delete entry berkenaan dan meminta maaf secara terbuka dalam blognya, sebagai manusia yang beragama Islam tak sepatutnya menulis perkataan yang tidak sedap didengar. Kita sendiri pun tidak tahu apa kesudahannya riwayat hidup kita.

Malam tadi saya tengok berita dan sebanyak 25 laporan polis sudah dibuat oleh orang awam berhubung kes tersebut. Nampak gayanya dah menjadi kes polis. Orang zaman sekarang ni dah tak takut tulah macam zaman dulu-dulu.

Moral of the story, fikir dulu sebelum menulis. Bila dah jadi kes polis walaupun dah delete entry berkenaan, pastinya boleh trace back balik walaupun hard disk kita telah diformat.

Contest sweet picture anak bersama ibu




Syarat2 adalah seperti berikut...

1) Mestilah gambar tersebut IBU BERSAMA ANAK..umur dari baby sehingga 3tahun..
bilangan anak tidak kisah janji xmelebihi umur yang d'inginkan.. ok
2) Nama anda & your anak beserta tarikh lahir.. ok
3) Letak picture satu SAHAJA yer...coz byk2 nnt pening juri.. ok
4) Ceritakan kenapa gambar tersebut d'anggap SWEET utk korg.. ok
5) Jadi follower untuk blog IBU & blog MYTOMEIOUTLET.. ok
6) Letak banner yang dicipta khas (gambar d'atas) diruang sidebar korang semua..ok
7) Letak tajuk sperti d'atas jugak yer..Make sure ur entry link back to mine..ok
8) Tarikh tutup penyertaan 29hb Januari 2010..ok
9) Last skali,tinggalkan korangnye penyertaan kat dalam comment box entry ni k..ok




Nama : Nieda
Nama anak: Alisha Humaira
Tarikh lahir: 10 Mei 2009

First time join contest sekadar suka2. Mummy pertaruhkan picture masa pergi Port Dickson dalam bulan Nov tahun lepas. Inilah gambar first time mummy bercuti bersama Humaira. Percutian pertama mestilah akan dikenang sampai bila2. Humaira yang teruja melihat laut. Sweet sangat masa ni.

Sunday, January 24, 2010

Macam2 peel

Sekarang ni Humaira pantang tengok mummy atau daddy baca magazine or newspaper, pasti nak tumpang sekaki baca. Kadang2 tu geram juga bila mummy belum habis baca dah lunyai dikerjakan oleh budak bertuah sorang ni. Daddy pula every week mmg akan beli magazine, bertambah seronokla Humaira. Rumah kami yang ala2 comel ni penuh dengan magazine. So hari ini, mummy berhempas pulas untuk membuang majalah2 lama yang sudah penuh di rak. Humaira dah jadikan port favorite dia pula untuk cari ilham. Daddy pun satu semua khazanah tok nenek nak disimpannya, so after that mummy cuma simpan majalah photography, perajurit, four four two dan digital camera. Yang lain mummy buang.

tekunnya baca majalah


Sopan betul Humaira duduk


Peel tidur, tergelak mummy tgk, bantal pun jadilah dapat hisap...


Abaikan keadaan sekeliling yer...


Ni kipas mummy beli, sekarang dah hancur pantang tgk berpusing habis diramasnya geram...

Saturday, January 23, 2010

Mini zoo burung di KMALL Muar

Masa kami balik Johor bulan Dec lepas, ada pertunjukan burung di Shopping komplek di Muar. Humaira macam biasa tiada perasaan lagi tengok binatang..hehe kecil lagi. Tak sabarnya nak tunggu Humaira besar. Lebih kurang 4 bulan lagi genap setahun umur Humaira, cepat je masa berlalu. Rindu tengok gambar Humaira masa betul2 baby, that why blog ini diwujudkan. Segala kenangan dan memori terindah dicatat kemas untuk dijadikan kenangan dan simpanan di kemudian hari. Mana tau bila Humaira dah besar, bila terjumpa blog ini ketahuilah sayang, mummy dan daddy sangat sayangkan Humaira. Be a good girl okey.










I like this picture...

Wednesday, January 20, 2010

Bila Humaira menangis

Gambar bulan dec tahun lepas sewaktu pergi kenduri di Melaka. Humaira dah boleh kenal orang, menangis jer kerjanya bila orang tak kenal nak pegang dia.

Alolo keluar air mata...


Nak lari dekat mummy


Ok, mummy pegang yer


Tangkap gambar boleh tapi mummy kena ada sekali..


Sekarang ni punyalah melasaknyer Humaira, bab yang paling mummy kurang sabar bila Humaira panjat badan mummy pastu kalau ada kesempatan dia gigit. Mummy taulah gigi Humaira gatal tapi sakit tau sayang. Mummy kan dah letak oral gel dekat gusi, mainan teething pun dah bagi, badan mummy juga nak digigitnya. Sekarang ni gigi Humaira nak tumbuh lagi bahagian atas so total ada 5 batang

Sunday, January 17, 2010

Tayang gigi pula

8 bulan usia Humaira dah ada 4 batang gigi (2 atas dan 2 bawah) tetapi masih belum tumbuh sepenuhnya. Seksa betul nak capture gambar gigi Humaira. Sekarang ni kalau nak ambil gambar dia, sure dia terkam dekat kamera.

Tajam betul gigi Humaira, mula2 masa nak tumbuh gigi luka juga breast mummy. Setiap kali sebelum Humaira tidur mesti mummy usapkan ubun-ubun Humaira dan berbisik jangan gigit breast mummy. Mudah-mudahan anak mummy yang sorang ni mengerti.

Bila dah tumbuh gigi, setiap hari mummy kena bersihkan guna kain basah. Huhu time ni pantang tangan mummy gosok gigi dia sure kena gigit. Ada masa nanti mummy nak beli berus gigi jenis sarung senang nak berus gigi si kenit ni..

2 batang gigi bawah, nak tunjuk gigi sampai terpejam mata


2 batang gigi atas, ni jer picture plg jelas dlm simpanan mummy


ini kes excited terlebih mummy nak tunjuk gigi, kenangan tau..

Saturday, January 16, 2010

Favorite port Humaira

Port favorite Humaira mencari ilham, tadaaa...

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

Hehe, bawah meja best boleh main nyorok2 dengan mummy dan daddy


Posing baik punya..

Wednesday, January 13, 2010

Humaira check up

Semalam mummy bawa Humaira pergi check up. Detail:
  • Berat: 7.3 kg (naik 200 gram dlm tempoh dua bulan)
  • Panjang: 70cm
  • Lilitan kepala: 44cm

Nanti bila free mummy upload gambar Humaira.

Tuesday, January 12, 2010

Misteri atau Bug

Di bawah ni saya dapat dari seorang rakan. Boleh cuba di PC masing - masing. Hanya untuk OS Windows sahaja.

Misteri 1:
Kat Pc memasing, sila create new folder dan cuba namakan CON.
Amacam? Boleh?

Misteri 2:
Bukak microsoft word yang baru. Taip: "=rand (200, 99)" tanpa pembuka dan penutup kata ("). pastu tekan enter button.
Haaaaa kuar apa tu?
(setiap pc mempunyai hasil yang berlainan)

Misteri 3:
Bukak Notepad.
Type "Bush hid the facts"
(tanpa pembuka dan penutup kata)
Save guna apape je file name.
Close.
Open semula file tu..
Haaa... kuar apa pulak..

Misteri 4:
penguna window XP - nak menang solitaire dgn satu langkah?
tekan ALT + SHIFT + NO 2 ( SERENTAK)


Saya mencuba misteri misteri yang diberikan di atas, hasilnya untuk misteri nombor 1 memang tidak boleh saya lakukan. Untuk misteri nombor 2, hasilnya memang menakjubkan. Untuk misteri nombor 3, tiada apa apa yang berlaku dan misteri no.4 pula gagal dilaksanakan kerana saya pengguna Vista.

Monday, January 11, 2010

good luck daddy...

Hari ini daddy Humaira ada interview. Humaira dengan mummy doakan daddy berjaya yer. Pagi tadi Humaira tolong mummy buat breakfast. Pagi2 lagi Humaira dah bangun nak tolong mummy. Hari ni mummy buat breakfast roti sosej dgn bread crumb. Senang jer buatnya, pejam mata pun boleh siap. Kalau mummy Humaira buat sorang2 dlm 10 minit dah siap, tadi humaira tolong mummy, setengah jam baru siap..Daddy suka makan roti sosej ni.





Bahan-bahan:
  1. Roti (mummy guna roti gardenia)
  2. Bread crumb (serbuk roti)
  3. Telur
  4. Hotdog (Rebus or stim)
  • Roti buang bhg tepi, kemudian ditekan bagi nipis supaya cantik bila digulung.
  • Letak hotdog kemudian gulung roti tersebut
  • Celurkan dalam telur kemudian bread crumb
  • Pastu goreng sampai kekuningan
Sedap makan time panas2..nyum nyum..

Sunday, January 10, 2010

Happy 8 month Humaira

How time flies kan..10 January, lapan bulan usia Humaira..Sudah besar anak mummy, makin aktif, makin lasak, akal pun makin panjang. Nak pangku dia pun dah tak muat tangan. Mesti terkeluar kaki dia.

Update milestone:

  • Semakin expert mengesot ke depan, habis satu rumah Humaira ronda.
  • Sekarang dah suka makan bubur nasi yang mummy masakkan. Good girl. Seboleh mungkin mummy akan masak sendiri.
  • Vocab semakin banyak, suara yang sangat nyaring. Waktu malam kalau Humaira berjaga, dia bumbling jangan haraplah boleh tidur dengan aman.
  • Suka tengok iklan pampers huggies. Khusyuk betul tengok.
  • Kalau mummy lipat pakaian, Humaira pun nak join sekali. Kita lipat kain sama2yer Humaira, 10 jam pun belum tentu siap.hehe
  • Makin panjang akal, dah taknak duduk dalam carseat. Bahaya tau sayang, suka sangat terpa dekat daddy dia masa tgh drive.
  • Suka kalau time mandi, especially kalau letak itik dalam tab mandi, melonjak2 nak masuk dalam air kejar itik. Suka mummy tengok.
  • Kalau kita baca paper, dia pun sibuk baca. Sudahnya habis koyak dikerjakan si kenit ni.
  • Gigi dah ada 4 batang, tapi masih belum tumbuh sepenuhnya.
  • Dah pandai tepuk tangan

Mummy sayang Humaira. Daddy sayang Humaira. Terima kasih kerana menjadi permata hati kami. Seronok tengok perkembangan Humaira depan mata. Moga Humaira berjaya dunia akhirat…

You're my everything, Humaira...

Saturday, January 9, 2010

Mana Humaira?

Ada satu hari mummy tgh masak dekat dapur, Humaira mummy tinggalkan dekat ruang tamu. Sesekali mummy akan jenguklah dia, takut juga kita buat aktiviti dekat dapur, si kenit ni pun ada aktiviti sendiri di ruang tamu. Berderau darah mummy tengok Humaira dah tak ada dekat ruang tamu. Cari punya cari rupa-rupanya dah ada dalam bilik. Walaupun belum pandai merangkak, dia punya mengesot ke depan punyalah laju. Habis satu rumah dia ronda. Sekarang ni pula cubaan untuk memanjat. Memang mata kena selalu perhatikan Humaira ni.

Aik dah ada kat bawah meja pula...

Wednesday, January 6, 2010

Budak bertuah

Peel baru Humaira dah taknak duduk dalam carseat. Asyik meronta nak lepas jer. Satu hari mummy buat dun know, si kenit ni berusaha sendiri nak keluar. Nak explore semua benda. Makin lama makin panjang akalnya.

Tuesday, January 5, 2010

Selamat bertugas Along

Hari pertama kakak saya, Along akan melapor diri sebagai cikgu di Langkawi Kedah setelah tamat kursus perguruan (KPLI). Nampak gayanya ramalan saya meleset. Ingatkan bila dah kahwin mesti dapat posting dekat dengan husband, rupa-rupanya jauh tersasar.

Along, walaupun rasa berat dengan penempatan yang agak jauh, pandanglah ia dari sudut yang positif. Timba lah pengalaman sebanyak mungkin di negeri orang. Moga pengalaman itu akan meningkatkan kematangan dan ketabahan kita kerana peluang tidak datang selalu. Andai kita ikhlas, pasti ganjaran yang diterima tidak kira berapa pun jumlahnya amat terkesan keberkatannya.

January, bulan birthday famili saya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam lindunganNya. Happy Birthday to my family:
  • 1 January - Birthday adik saya, Wanie
  • 4 January - Birthday abah saya
  • 23 January - Birthday kakak saya, Along
  • 24 January - Birthday adik saya, Fizi
Keluarga tercinta, Humaira tak lahir lagi masa ni...


My loving Humaira..

Friday, January 1, 2010

AWAS dengan PENIPU

Entry pertama untuk tahun 2010. Moga 2010 menjanjikan kejayaan kepada kita semua...

Nak share pengalaman dengan blogger semua. Jumaat lepas kami sekeluarga pergi Giant Seksyen 13 Shah Alam. Kami keluar dari Giant dalam pukul 6.00 petang, kebetulan ada kereta BMW, lelaki cina parking sebelah kereta kami. Masa husband saya tengah sibuk2 masukkan barang, tiba2 ada sebuah kereta NAZA CITRA warna silver berhenti bertanya restoren halal food kepada lelaki cina tersebut. (Ada 4 orang dalam kereta NAZA, berbangsa Iran). Kemudian minta tukar duit dengan lelaki cina tersebut. Saya jadi pelik bila orang Iran tu asyik tengok jer wallet lelaki cina tu, pastu siap pegang2 wallet tu.

Husband saya terus bersuara dekat lelaki cina tu, bos itu orang tipu punya. Habis jer husband saya ckp, terus lelaki Iran tu masuk dlm kereta dan beredar dari situ. Husband saya sempat tgk no plat kereta NAZA tu dan terus call polis. Walaupun takder bukti untuk tahan lelaki Iran tu, sekurang2nya maklumat tu ada pada polis. Sebelum ni banyak kes2 mcm ni dalam paper tak sangka berlaku depan mata saya. Mcm2 cara orang nak tipukan. Yang penting kita kena alert pada persekitaran.

Teringat kejadian dalam 2 tahun lepas, saya nyaris diragut di Anggerik Mall Shah Alam. Syukur saya terselamat. Husband saya cuba follow motor tu, sekali lagi depan mata kami motor tu cuba ragut seorang perempuan, tapi tak berjaya. Saya dah berdebar2 bila husband saya nak langgar jer motor tu sib baiklah dia bleh calm down lagi. Nampak jer no plat terus call RAKAN COP. (Nasib baik husband saya ada, time tu saya tak pakai spek, acik ni rabun...hehe mmg tak nampak no plat) Alhamdulillah peragut tu berjaya diberkas polis. Rupa2nya satu rumah kerjanya meragut orang. Then polis call kami untuk buat laporan polis dan buat pengecaman.


Moral of the story terutama wanita:
  • Pengajaran buat saya, kena pakai cermin mata dekat mana2 pun. Bila polis tanya, saya langsung tak dapat jawap sebab rabun. Nasib baik lah masa polis tangkap peragut tu mcm2 bahan bukti ada...purse, henfon sampai 5 dan pisau.
  • Kena simpan no tel polis, saya percaya ramai antara kita tak ada simpan pun no tel. So boleh klik SINI

nuffnang

Related Posts with Thumbnails