My sweet story...

My sweet story...

Thursday, June 30, 2011

Bear besar untuk Humaira

Minggu lepas mummy ke Taman Melati ambil bear besar yang Pakcik Humaira tinggalkan dekat sana. Bear tu hadiah birthday untuk Humaira daripada Aunty Umi. Selalu bagi Humaira hadiah dari Humaira newborn lagi. Terima kasih ya, walaupun mummy tak pernah bersua muka lagi dengan Umi. Kenal melalui alam maya je. Umi ni sebenarnya kawan kepada adik saya yang di Johor tu.

Sampai di Taman Melati, orang tengah sibuk mengecat blok. Blok rumah parents saya dah cat sepenuhnya. Bila dah cat ni, tak lama lagi mesti nak pilihanraya, kenalah beli hati penduduk. Hehe..

Berwajah baru...Parents saya menetap di Ipoh, rumah ni sebagai persinggahan je kalau mereka datang KL. Emak saya masih bekerja di Ipoh. Lepas pencen mungkin selalu ulang alik ke sini. Mula2 sampai Humaira dah excited sebut Opah, masuk rumah pelik dia takde penghuni.


Jom tengok bear besar Humaira...lagi besar dari orangnya. Sukalah dia dpt bear.

Nampak kepala Humaira je..Hik. Masa ni Humaira tercari2 juga mana Opahnya..Bila mummy kata Opah takde baru diam


Duduk atas riba bear pula


Dalam kereta masa nak balik, elok je riba si bear


Last2 dia yang tido atas bear..hehe..Kepenatan lah tu


Sampai rumah terus baringkan bear atas tilam dia...Penuh dengan bear

Wednesday, June 29, 2011

Upin & Ipin di Pesta Buku Selangor 2011

Semalam bawa Humaira ke Pesta Buku Selangor di Shah Alam Convention Centre (SACC). Tengok website PBS hari Selasa dan Rabu Upin dan Ipin akan memeriahkan Pesta Buku tersebut dari jam 2.00 petang sehingga 3.00 petang. Haruslah bawa si kenit ni, dia memang peminat no 1 Upin & Ipin. Dekat kawasan perumahan mummy memang banyak tampal banner pesta buku dengan gambar Upin Ipin. Setiap hari lalu kat kawasan banner tu mesti sebut PI PIN.

Samapi di SACC dalam pukul 2.10 ptg, Humaira dah excited dengar lagu Upin & Ipin. Sekali mummy tunjuk maskot Upin & Ipin, terkedu sekejap. Hehe..Rupa2nya penakut bila tgk Upin & Ipin lagi besar dari dia. Peluk mummy kuat2, pegang mummy erat2..haha..Masa Upin & Ipin hulur tangan nak salam dengan Humaira cepat2 dia sorokkan tangan. Apalah budak tecik ni, babab nanti. TAPI bila Upin & Ipin jauh dari pandangan mata dia, sibuk ajak pergi dekat, dah dekat PENAKUT plak...

MC tengah panggil kanak-kanak untuk main games bersama Upin & Ipin


Tiup belon sampai pecah..comel je kanak2 ni tiup.penuh perasaan


Seisi bergambar bersama Upin dan Ipin. Mummy tak berani nak dekat bila Humaira peluk sekuat hati, penakut rupanya. Tak berkedip pandang upin, sekali upin pusing belakang terus peluk mummy sekuat hati..


Ipin buat muka comel


dan Upin


Lastly..mummy pula yang excited nak bergambar dengan Upin & Ipin.



* Hari ni masih ada peluang lagi nak tengok Upin & Ipin pukul 2.00 - 3.00 petang di SACC

Tuesday, June 28, 2011

Bila Pakcik Humaira datang rumah

Last week adik saya dari Johor datang, ada seminar dan pertandingan kayak untuk MASUM (Majlis Sukan Universiti Malaysia). Mula-mula Humaira malu je dengan pakciknya, bila dah lama2 baru okey. Petang Jumaat tu Pakcik Humaira ajak tengok kawan-kawannya main kayak di Putrajaya.

Peringkat akhir Pakcik Humaira dapat no 3, oklah tu. Bukan senang nak menang, ramai atlet negeri yang join.

cantik tasik menghadap pullman hotel


Tengah bertanding, kalau tak silap masa ini USM menang


Apa kes ni??? Pakcik tengah pujuk Humaira...
Humaira baru lepas menangis bila ramai kawan2nya usik Humaira. Macam tulah peel dia kalau tak biasa dengan orang


Si muka kelat..


Dengan mummy pun taknak senyum



Lepas tengok kayak, kami ke Alamanda, jalan-jalan.

Bila dah buat muka comel macam tu, adalah benda yang nak dibuatnya,,hiks


Mula-mula letak tangan slow2 dalam air sambil pandang reaksi pakciknya.. Macam bagi green light je


Suka dapat main air...lepas tu nak masuk terus dalam air..Huhu haruslah bawa lari..Melalak tak hengat..Semua orang pandai. anak oh anak

Friday, June 24, 2011

Humaira main bedak

Dulu saya tersenyum aje bila baca blog kawan-kawan perihal anak2 main bedak. Dalam hati masa tu nasib baiklah anak aku tak buat kerja macam ni, jenuh nak membersihnya nanti. Ternyata meleset hokey...Sekarang ni pantang nampak bedak, habis ditaburnya satu rumah. Mulut mungilnya sebut angi angi (wangi). Muka pun dah jadi tepung gomak. Hari tu dah kena marah dengan daddy, merajuk seharian taknak kawan dengan daddy. Makin besar dah pandai mempamerkan perasaan.

Masa ni saya nak marah, tapi teringat tulisan Farah di blognya. Jangan marah anak, cuba tarik nafas panjang-panjang, tangkap gambar kebijaksanaan anak tu. Bila besar nanti cuba tunjuk balik kebijaksanaannya itu. Pasti kita pun turut tersenyum tengok.

Tunduk aje bila mummy dah mula bebel..

Thursday, June 23, 2011

Aksi Humaira makan epal

Tak menyempat balik rumah, nak juga makan epal. Humaira ni memang suka makan buah. Paling suka anggur dan rambutan.

Semangat betul aksi makan epal


Peace... bila nampak mummy ambil gambar

Wednesday, June 22, 2011

Makan di Restoren Homst a Chinese Muslim Cuisine

Menjamu selera di restoren Chinese Muslim sempena Fathers day dan birthday saya Ahad lepas. Restoren Homst ni terletak di Seksyen 13 Shah Alam.

Semalam lama saya online dan buat back up blog bila ada terbaca hacker nak hack blog blogger Malaysia. Sebagai langkah berjaga-jaga lebih baiklah buat back up dan tukar password. Buat sementara waktu ruangan shoutmix saya tutup. Blog ini punya sentimental value kepada saya, banyak milestone Humaira yang saya coretkan untuk kenang-kenangan di masa akan datang. Senarai blog yang kononnya akan kena hack DI SINI (memang juling nak mencari URL, so tekan CTRL F dan taip url blog anda)

Ok lupakan cerita hacker ni......
Daddy suruh pilih nak makan di mana, so kali ni try chinese muslim cuisine pula, teringin nak makan dim sum tapi tak ada.


Ikan siakap masak Hong Kong style, tak pedas sesuai untuk Humaira makan


Butter prawn..sedap


Ayam pandan


Daddy Humaira tak sah kalau tak order telur dadar..Favorite daddy


Ribena special. Ada cebisan tembikai,laici dan nata de coco. Sedap

Tuesday, June 21, 2011

Hadiah birthday dan gadget

Birthday saya semalam, husband hadiahkan jam. Dah lama saya mencari jam yang tahan lasak. Jam lama saya, bonia dah buat perangai. Dalam seminggu dua mesti ada sekali lewat 5-10 minit, gara2 Humaira suka jatuhkan jam bonia saya. Sayang sangat jam tu, banyak berjasa. Ada sentimental value, pemberian dari husband masa kahwin 4 tahun lepas. Seminggu juga masuk ward, hantar servis baru tadi siap. Sepanjang seminggu jam tu masuk ward kena charge RM95, ada warrant 3 bulan. Harapnya kembali pulih seperti biasa.

Hadiah jam kali ni, saya pilih brand baby G, warna pink. Ada cerita menarik pasal jam ni. Saya beli di kedai time 2 time di Subang parade. Depan kedai tu ada signage boleh reedem Maybank point. Husband pengguna kad kredit Maybank, dah suka bila tengok boleh reedem. Jam saya harga RM320++, memang tak perlu bayar 1 sen pun. Husband punya point dalam 70 000, so tolak terus dari point tu tinggal lagi 11 000. Selamat duit dia!!!

Inilah jam tu. Lama mencari baru jumpa. Nampak trendy sikit, oklah sebab bonia tu nampak formal


Rupa-rupanya husband ada agenda lain. Duit sepatutnya beli jam tu husband beli PSP. Dia sanggup berhabis duit demi gadget. Susah nak tengok dia shopping pakaian beratus2 tapi kalau gadget laju jer. Bak kata husband 'abang minat je, tak terfollow abang'.. Hehe kalau nak follow, semuanya perlukan RM. Bukannya sikit semuanya main ratus2 dan ribu riban. Lelaki memang gila dengan gadget. Contoh terdekat macam kawan baik husband saya. Sanggup ke Singapore masa Ipad 2 baru launch kat sana, agaknya tak sabar tunggu Ipad2 masuk pasaran Malaysia.


Inilah gadget terbaru daddy, PSP...



Paling latest punya gadget external hard disk, My Passport AV. Susah betul nak cari benda ni. Mula-mula cari di Plaza Alam Sentral semua kedai tak jual. Lepas tu husband ke Digital Mall pun takde kedai yang jual. Siap husband call customer service Astro tanya kat mana ada jual. Last2 search kt internet ada orang jual di Cova Kota Domansara. Bergegas husband ke sana. Akhirnya dapat juga...Harga dalam RM210 ++. Geleng kepala saya...ishk ishk


Untuk apa benda ni??? Untuk record rancangan TV bagi sesiapa yang guna astro Byond. Actually Astro tengah buat promotion untuk tukar kepada Byond PVR. Harga asal RM300 tapi sekarang jadi RM150,promosi sehingga September. Husband kata ramai sangat yang apply, takut ada masalah nanti. Itu yang beli My Passport AV.


Tahun ni juga punya gadget, IPad. Humaira paling suka sebab ada Upin Ipin. Hehe. Budak2 mestilah suka sebab touch screen, senang aje nak tukar2. TAPI sekarang memang tak bagi dia pegang pun, sebab si kenit ni sangat OBSES. Kecik2 dah obses, risau mummy. Sebab tu PSP daddy tak bagi letak Upin Ipin.




*Kalau saya lebih suka shopping baju bajan dari gadget..Lagi rasa syorga dapat shopink baju bajan

Friday, June 17, 2011

Selamat hari bapa

Hari bapa disambut setiap tahun pada hari Ahad minggu ketiga bulan June. Sama macam hari ibu, takde fixed date. Tahun ini hari bapa jatuh pada 19 June 2011, celebrate berganda nampaknya. 19 June juga merupakan my birthday. Tahun ini merupakan tahun terakhir sambut birthday dengan angka 2 series. Tahun depan dah masuk 3 series pula. Cepatnya masa berlalu, masih ingat lagi masa umur 19 tahun tak sabar2 nak masuk 20 tahun. Konon nak jadi dewasa. Itu pengalaman hampir 10 tahun yang lepas! Sekarang ni rasa taknak berganjak ke angka 3 series. Walau macamana pun setiap tahun umur pasti menginjak juga. Age is just a number. Hidup kena selalu ceria barulah nampak muda belia. Hehe

Melalut pula, sempena hari bapa pada Ahad ini, mummy dan Humaira nak ucapkan Selamat Hari Bapa buat hero kami, daddy. Terima kasih atas segala-galanya..


Dedicated to my lovely hero...

DIA adalah ketua keluarga kami

Dia sangat menyenangkan hati kami

DIA sentiasa ada di sisi bila kami memerlukan


Pakaiannya susah benar berganti

Biarpun lusuh dipakainya tanpa jemu

Katanya biarlah DIA selekeh asalkan isteri dan anaknya bergaya

DIA rela berpenat

Mencari rezeki untuk anak dan isteri


DIA seorang yang berani pertahankan hak

Bila ada yang menyakiti kami..

DIA itu adalah hero kami

Dia itu adalah DADDY kami

Sangat istemewa di mata kami..sangat.

Dia banyak berkorban untuk kami..

KAMI sayangkannya…

Doa dan harapan buatnya

Agar dirahmati olehNYa

Murahkanlah rezekinya, panjangkanlah umurnya, sihat tubuh badannya


Untuk daddy Kami…

Selamat Hari Bapa, Jasa dan pengorbanan daddy tak mampu dibalas

Kerana keikhlasan daddy membuatkan kami gembira

Meniti hari-hari mendatang..

Kami sayangkan daddy, sangat sayang…


*istemewa untuk daddy

Thursday, June 16, 2011

Office daddy

Humaira ikut daddy pergi ofis lepas Magrib Isnin lepas. Daddy dah lama tak masuk ofis, buat kerja dari rumah je. Daddy datang ofis nak check surat dan buang benda yang dah expired

Humaira nampak gambar siapa tu???becok betul mulutnya


Humaira punya aktiviti. Main barang kenangan mummy bagi kt daddy masa bercinta dulu..Hehe


Printer yang sudah modified. Toner colour kt luar. Dulu printer ni kt rumah, bila dah modified daddy bawa ke ofis. Nanti ada pula aktiviti Humaira dengan printer ni.


Kalau saya dapat bilik mcm ni, mesti kemas dan teratur..Daddy punya rak buku sakit mata memandang. Huhu


Dulu kemas je meja ni, sekarang tidak lagi..


Gambar desktop PC daddy.

Wednesday, June 15, 2011

Jaring nyamuk

Lepas husband keluar hospital rupa-rupanya ramai yang kena denggi juga dekat kawasan perumahan saya. Jiran sebelah menyebelah pun kena denggi. Hampir setiap hari sama ada waktu Subuh atau awal Senja Jabatan Kesihatan akan datang untuk membuat semburan asap.

Sebelum husband kena denggi jika ada annoucement dari Jabatan Kesihatan untuk membuat semburan di dalam rumah, cepat2 saya tutup pintu dan tingkap. Bukan apa, kdg2 diaorang datang wrong timing. Tengah masak memang wajiblah tutup pintu dan tingkap. Tapi sejak husband kena denggi kamilah orang yang memberi kerjasama paling baik. Hehe...Sudah 2 kali mereka membuat pemeriksaan di rumah saya. Mestilah takut bila Jabatan Kesihatan bagi announcement melalui pembesar suara " Kawasan perumahan anda sedang dilanda wabak denggi, sila bagi kerjasama kepada pegawai kami untuk melakukan pemeriksaan di rumah anda". Moral of the story, bagi ajelah mereka masuk. Untuk kebaikan kita juga.

Untuk langkah keselamatan, husband survey di internet tentang jaring nyamuk. Akhirnya kami memilih produk dari Homenet Insect Screen. Untuk 5 tingkap besar dan 2 tingkap bilik air harganya RM1000 dan ada warranty 3 tahun. Mula-mula dapat harga mahalnya, tapi untuk langkah keselamatan apa salahnya. Memang kemas mereka pasang dan senang untuk dicuci. Sebelum ada insect screen memang saya tak buka tingkap di rumah. Banyak sangat nyamuk di luar. Risau sebab saya ada anak kecil. Dan yang paling utama kalau buka tingkap malam2 takdelah takut lipas berterbangan. Saya sangat geli dengan lipas. Huhu.

Inilah rupanya jaring nyamuk atau bahasa omputih Insect screen


Husband beli kelambu moden. Kalau zaman dulu punya kelambu kena gantung yang ini tak perlu. Kami tak pakai pun. Humaira paling excited, keluar masuk dalam kelambu ni. Senang je cara nak lipat.


Penguin makan nyamuk. So far banyak juga nyamuk terperangkap dalam penguin ni

Tuesday, June 14, 2011

Humaira dengan zirafah

Bila tengok gambar ni buatkan mummy tersenyum. Zirafah ni lagi besar dari Humaira, berat pula tu.

Actually zirafah tu kena marah dengan Humaira..Sebabnya dia nak letak zirafah atas sofa tapi tak larat nak angkat. Peel terbaru dia sekarang ni, kalau dia nak buat something dengan sesuatu benda, lepas tu tak menjadi... siaplah habis kena amuk benda tu. Contohnya macam semalam, mummy perhatikan dari jauh si kenit ni nak dirikan white board maianan dia, asyik jatuh je white board tu. Mulut si kenit ni dah bising marahkan white board, bila banyak kali buat tak berjaya juga dia tamparnya white board tu. Huhu..

disebalik zirafah...


Nak angkat ke mana lagi tu???

Monday, June 13, 2011

Acuan ais krim yang cantik

Masa pergi Pandan bakery di Seksyen 7 Shah Alam terpandang acuan ais krim yg comel. Tak fikir panjang terus beli, harga pun murah je, rm6.50.

Dengan semangatnya terus nak cuba buat. Sekali tgk stok milo kt rumah dah habis, tinggal satu paket kecil milo sejuk. Jadilah terus bancuh dapat isi dalam acuan dua je. Selebihnya guna sirap je. Next time boleh cuba perisa kacang merah atau cendol pula. Mesti sedap

Inilah acuan aiskrim yang dah keras, Satu lagi tu sudah hilang. Siapa ambil???



Humaira yg ambil. Orang pertama yang rasmikan

Saturday, June 11, 2011

Hadiah birthday Humaira

Sengaja mummy update hadiah pemberian dari orang tersayang untuk Humaira. Mana tau dah besar nanti Humaira boleh ingat balik memori terindah ini.

Jam tangan disney pemberian dari Mak Long Humaira. Kecik2 dah pakai jam tangan branded. Jangan rosakkan yer Humaira. Si kecil ni mmg lasak. Ada warranty setahun, lepas setahun kalau rosak marah Mak Long nanti. Hehe


Pemberian dari aunty Yanie, memang tau Humaira peminat Upin Ipin.. Humaira dapat patung Upin. Aunty Yanie tahu Humaira dah ada Ipin


Dah ada sepasang, dulu daddy belikan Ipin sebab Upin dah habis. Sekarang dah ada geng kembar


Mini laptop dari pakcik Humaira di Muar. Tiap-tiap hari mesti nak main


Gaun dari Opah..


Gaun ni dari Embah Humaira. Penat mummy pujuk nak pakaikan gaun ni


Tak sampai 5 minit dah nangis. Dia memang taknak pakai gaun jenis kain mcm ni, maybe kembang kot. Ishk anak2...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails