Sabtu lepas husband ajak pergi GM Klang. Selalu kalau pergi Jusco Bukit Tinggi lalu je, tak pernah singgah ke GM Klang. Apa yang menariknya di sini? Kalau nak buat bisnes pakaian online atau nak beli borong sinilah tempatnya. GM Klang ni terdapat beberapa bahagian dewan besar yang dikenali sebagai pavilion 1 hingga pavilion 6. Dalam pavilion ni terdapat pelbagai jenis kedai. Paling banyak kedai pakaian kanak-kanak dan aksesori wanita. Pakaian kanak2 ni design lebih kurang macam kalau kita shopping online.Bezanya dekat sini kita boleh tengok sendiri. Hihi.
Dekat GM Klang kena pandai survey dan tawar menawar. Harga setiap kedai ada yang berbeza. Niat dihati nak cari baju pyjama untuk Humaira. Pyjama untuk baby gap sehelai RM25 tapi kalau beli 6 helai boleh dapat RM15 sehelai. Tapi kali ni saya beli brand holabebe RM18 sehelai. Bagi saya kain lebih berkualit dari gap. Terbekenan juga dengan rompers. Hihi bolehla beli untuk adik baby.
 |
Hasil rembatan di GM Klang |
 |
Tak sah kalau tak kena pau dengan Humaira. GM Klang banyak juga jual mainan kanak2. Daddy belikan Humaira train. RM15. |
 |
Peta |