My sweet story...

My sweet story...

Thursday, June 27, 2013

Balik kampung

Halluuu...hampir seminggu bercuti. Kali ni destinasi di JB. Bermula hari Jumaat bermalam di rumah mertua di Muar. Pagi Sabtu lebih kurang pukul 8.30 pagi kami bergerak ke Tanjung Leman Felda Residence, Mersing. Dari KL ada yang konvoi tengah malam. Tapi saya ada anak kecil, so gerak pagi tu dari Muar. Konvoi pagi tu ada lebih kurang 7 biji kereta. Bercuti di JB sempatlah singgah Johor Premium Outlet (JPO), Hello Kitty Town, Claytan Ayer Itam. Yang itu next week Insyaallah akan ada full story. Anak dara saya paling excited bila masuk dalam Hello Kitty town.

Nak cerita entry balik kampung. Kita kasi warm up dulu. Humaira ni, tengok embah dia belah kelapa. Pastu muka sedih bagitau mummy nak air kelapa. Mummy dah mula hot, mana nak cari air kelapa nak oii.. Si Humaira kata Embah buang air kelapa. Dah sebak dah. Bila bagitau Embahnya, laaa dia tak cakap pun nak air kelapa. Lagipun yang Embah belah kelapa tua. Huhu. Demi cucu, sanggup embah pergi kebun cari kelapa muda walaupun tengah puasa. Sempat lagi Embah buat jeli kelapa untuk cucunya. Anak dara ni tolong embah buat jeli kelapa



Teething Firaas yang baru dibeli brand fisher price. Kononnya nak beli yang mahal sikit, sebab yang lama punya teething dia gigit sampai nak berlubang. Alkisahnya tetiba dia nangis. Rupa2nya, yang bulat kecik tu (warna kuning dan hijau)dah masuk dalam mulut sampai tak boleh keluar. Panik sekejap mummy bila tarik dalam mulut Firaas tak boleh keluar. Daddy tarik kuat2 baru boleh keluar. Siapa sangka mainan macam ni boleh bahayakan budak2..



Kuali pemberian MIL. Dah lama mertua saya guna kuali brand crocodile. Cop Chue Chin Hua ni dari size yang kecil sehingga size paling besar semua jenis yang sama. Mertua saya kata memang tahan. Dulu semua kuali MIL beli di Kelantan. Baru2 ni masa jalan2 di Melaka terjumpa pattern yang sama terus beli untuk saya. Semua kuali MIL saya cantik je, takde langsung hitam walaupun dah guna berpuluh2 tahun. Kuali kat rumah saya semua hitam2 belaka. Hahaha.. Dia memang dari dulu tak suka bontot kuali hitam. Tips yang MIL saya bagi supaya kuali tak hitam. 
  •  Sebelum masak lap dulu kuali kering2 baru letak dekat dapur gas. Kuali tengah basah kita letakkan terus atas dapur gas membuatkan api menjadi kaler oren dan kuali akan hitam. 
  • Jangan biarkan minyak menitik disekeliling kuali. Bila terkena dengan api, kuali akan hitam dan memang susahler nak bersihkan
  • Sesekali basuh kuali dengan sabun mandi supaya kuali berkilat. 
Hopefully dengan tips di atas, kuali saya takkan hitam lagi. Wakaka. Kadang2 memang malas, lepas je goreng ikan, buang minyak berlebihan terus guna buat benda lain. Memang sah2 ler kuali aku hitam. 


Penggembaraan ke Jb bermula. View dari Muar pukul 8.30 pagi sangat berjerebu. Dalam rumah memang bau asap je. Alhamdulillah, sampai di JB jerebu semakin berkurangan. We will update later k..

Thursday, June 20, 2013

Muzium coklat Kota Damansara


Kepada pencinta coklat, nak habaq ni, dekat Kota Damansara ada muzium coklat. Selama ni kita tau makan je, apa kata sesekali kita tambah ilmu mengenai asal usul atau sejarah pembuatan coklat.

Muzium Coklat ditubuhkan oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR Group Holdings Sdn Bhd. DR Group merupakan syarikat tempatan yang terkenal dengan jenama Danson, Fidani dan produk terbaru, Farell’s yang telah diperkenalkan sejak lima tahun lalu. Muzium ni kecil je, dekat dalam tu ada kedai coklat. Pelbagai jenama dan yang penting harga murah sedikit dari harga pasaran. Beza dalam RM1 - 2 dari harga pasaran. Saya banyak borang coklat jenama loacker. Memang dari dulu suka coklat loacker.

Di muzium ini juga kita dapat tengok chef membuat demonstrasi cara penyediaan coklat menggunakan mesin salut coklat, mesin percetakan dan teknik pencairan coklat. Malangnya masa kami sampai takde demonstrasi. 

Muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Alamat Muzium coklat:

DR Group Holdings Sdn Bhd
MSB 2, Jalan Teknologi 3/4
Seksyen 3 Kota Damansara,
Selangor




Main entrance

2 beradik bergambar di dalam muzium. Kualiti gambar sangat teruk. Guna hp cap ayam je. Huhu

Pokok apa ni?? inilah buah koko untuk menghasilkan coklat

Chocolate history.

Salute pada pengasasnya, Dato' Dahlan Rashid

Replika coklat. Chef di sini sedia menrima tempahan untuk menghasilkan personal coklat untuk sebarang event.

Dah habis melawat muzium, jom kita tabur duit di kedai coklat., Macam2 jenis coklat ada dijual.

Wednesday, June 19, 2013

Sen Heng Experience

Sen Heng merupakan antara syarikat elektronik terbesar di Malaysia, merupakan pilihan saya sejak dahulu lagi dalam membeli barangan elektrik. Hampir 70% barangan elektrik di rumah saya beli di Sen Heng. Antara barangan elektrik yang pernah saya beli di Sen Heng ialah TV, Home Theater, Peti Ais, Microwave, Oven, Electric Shaver, Hair Dryer dan yang terkini ialah Food Processor dan Blender. Kebetulan pula ketika ingin mencari Food Processor, Blender saya pula rosak. Alang-alang kedua-duanya sekali saya sambar. 

Kenapa Sen Heng?? walaupun banyak kedai elektrik yang menawarkan harga lebih rendah, tapi cik abang i tetap memilih Sen Heng. Salah satu sebabnya adalah after sales service yang boleh diharapkan. November 2011 saya ada membeli oven jenama Pensonic. Entrynya DI SINI. Sepanjang setahun setengah bersama kami, banyak oven ni berjasa. Dari membakar ayam, kek, kuih muih, roti  semuanya oven ni yang buat. Malangnya tombol timer sudah rosak. Dan oleh kerana saya pernah membeli extended warranty replacement one to one, saya pun bertanya pada Sales Assistant di situ samada boleh atau tidak dibuat penukaran. Jawapannya BOLEH.

Malam itu juga saya kembali ke Sen Heng Seksyen 7 membawa oven saya yang rosak tombolnya. Oven tersebut diganti dengan oven baru dan saya pula perlu membayar RM21 kerana oven tersebut sebelum ini saya beli dengan harga promosi. Yang manisnya, replacement warranty saya ditambah lagi setahun. Bermakna dalam masa setahun dari hari ini, jika berlaku sebarang kerosakan, maka saya boleh lah replace one to one sekali lagi. Dibawah ialah rupa oven baru setelah direplace one to one. Thumbs up for good customer service, Sen Heng.

Terus dapat ganti yang baru hanya dengan tambah RM21.00.
Teringat dulu masa kami ingin membeli TV LCD. Husband saya siap buat research lagi tentang TV LCD. Entrynya Di SINI. Entry tu dah jadi macam forum pula, Hampir 1000 komen yang bertanya tentang TV LCD. Survey harga tv di kedai sekitar Shah Alam, ada satu kedai di Subang Perdana yang jual paling murah tapi husband tetap setia dengan Sen Heng juga. Selain boleh bayar dengan kredit kad, ada warranty one to one replacement.

Friday, June 14, 2013

Roti jala

Menu petang kelmarin.  Dah lama mencari acuan roti jala yang ada 3 muncung tu, akhirnya jumpa juga. Saya beli di DIY Space U8 Bukit Jelutong. Murah je rupanya, rm2.90 satu. Saya suka acuan macam ni sebab bila menjala takdelah dapur berkecah, tertumpah adunan sana sini. Dah lama i tak menjala, dah hilang skill. Kekeke..Cik abang i pun excited nak menjala, sebab mudah. Picit je dan loretkan atas kuali non stick.


Bentuk lebih kurang macam ni. Gambar dari internet. 

Hasil tangan kejung, haha.. Jadilah untuk makan sendiri je

Pekena dengan kari meat ball.

Wednesday, June 12, 2013

Happy 8 months old Firaas

12 Jun hari ni genap usia Firaas 8 bulan. Macam2 ragam Firaas. 2-3 hari ni asyiklah meragam, semuanya serba tak kena. Ada benda yang dia nak tapi mummy tak faham. Sehinggalah semalam baru tau rupanya selama ni dia nak duduk dalam walker. Dapat duduk dalam walker terus diam. Berjam2 dia boleh duduk dalam walker. Hai lah anak, akal panjang sangat, tak terjangkau mummy. Bila duduk dalam walker semua benda dia boleh capai, itu yang dia suka. 


Milestone terkini:
  • Takmo makan bubur hokey. Apa yang kakak makan semua dia nak. So sekarang ni memang bagi makan nasi macam orang dewasa. Buat sup tanpa garam.
  • Dah mula angkat bontot. Cuma bila gerak tak lepas lagi. Asyik jatuh. 
  • Bila kita panggil Firaas lama baru nak respond. Panggil adik cepat je respond.
  • Suka air masak. Boleh minum guna straw.
  • Dah mula bumbling. Selalu sebut baba,mama..
  • Kalau daddy pergi ofis, mulalah nangis nak ikut. 


Happy 8 months old Firaas.  Kaki Firaas dah mula melecet. Satu rumah habis explore, agaknya bergesel dengan lantai sampai melecet. So mummy pakaikan  stokin untuk kurang melecet. Tapi bila dia start nak merangkak ni, kadang2 buka juga stokin sebab licin. Semoga membesar menjadi anak yang sihat, cerdik.

Gambar Firaas hari ni dengan walker..
Muka happy. Tengah excited naik walker

Mau rampas kamera mummy

Penat sangat boleh tidur sendiri. Pastutlah senyap je. Jangan sesekali ubah posisi, pasti mengamuk macam kena dera. Huhu..


Tuesday, June 11, 2013

Majlis perkahwinan di Sumera Place, Titiwangsa

Awal bulan lepas dapat jemputan dari ex student hubby di Titiwangsa. Selamat Pengantin Baru Akmal dan Athirah yang berlangsung di Sumera Place, Titiwangsa pada 1 Jun lepas. Sumera Place merupakan sebuah banglo yang disewa khas untuk event seperti majlis perkahwinan. Cantik tempat ni, berkonsepkan ala-Garden Banglo. Sesiapa berminat boleh tengok di Facebook Pengantin Eksklusif.  Tempat menjamu selera di sekeliling swimming pool. 

Banner dari facebook mereka Di SINI


Tempat menjamu selera di sekeliling swimming pool




Friday, June 7, 2013

Main layang-layang

Main layang-layang di Pantai Remis Kuala Selangor. Tepi laut memang best main layang2. Angin tiup kuat, memang senang sangat nak naikkkan layang2. Saya suka tempat ni, macam2 ada. Banyak gerai2 tepi jalan yang menarik perhatian. Harga pun murah. Sempat saya beli  ikan kering dan tudung bawal sulam rm10 hengget je, kat online pun orang jual rm25.

Humaira main layang2. Dia dah pandai control tali layang2

Ni haaa..layang2 Humaira

Sepanjang jalan penuh dengan orang berniaga.

Wednesday, June 5, 2013

Indoor playground di AEON Station 18 Ipoh

Aktiviti wajib bila balik kampung...Humaira balik rumah opah mesti request nak main playground. Lama juga spenda main dalam tu. Takmo cakap banyak, sebab gambar pun dah basi. hampir sebulan sudah. Kekeke..

Sebelum masuk playground nampak maskot...Jom tangkap gambar dulu.

Firaas pun excited nak main.

Si kecik ni habis dia merayau dalam ni. Happy kemain lagi..

Maira dan Khaira paling lama kat slide ni..



Kah kah kah..Sebiji roti gedabak ni si Khaira makan..



nuffnang

Related Posts with Thumbnails