My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, July 31, 2012

Menu iftar hari ke sepuluh

Alhamdulillah, setakat hari ni mak buyong berjaya puasa. Semoga diberikan kesihatan yang baik untuk berpuasa penuh tahun ni. Mula2 puasa rasa ok je, dah masuk seminggu puasa terasa lemah badan ni. Baby pulak asal petang je mulalah bagi tendangan padu kat mummy. Sampai kadang2 tu rasa loya teramat sangat. Dua tiga hari ni terpaksa beli je makanan di PARAM, tak larat nak masak. Tenaga cukup2 je..Semangat nak masak tu ada, bila dah masuk dapur buat kerja sikit, terasa penat. Sudahnya terbaring. Hehe.. Semalam baru ada tenaga balik untuk memasak. Wahai energy, silalah kembali..Hehee..

Menu semalam, saya masak simple je. Teringin sangat nak makan bihun goreng. Sebab cik adik manis pun nak makan sekali, saya buat bihun goreng Singapore. Senang, semua boleh makan, x pedas. Walaupun husband lagi prefer bihun goreng biasa, tapi banyak juga dia makan. Dan juga saya buat ayam percik. Lepas sahur, siap2 marinate ayam tu, petang tu terus bakar. Saya lagi prefer guna kuali non stick dari masuk oven.. 

Bihun goreng Singapore.

Ayam percik

Ayam percik ni saya ambil resepi dari Kak Hanieliza. Bahan perapan tu saya main agak2 je, sebab saya masak ayam 3 ketul bahagian dada. Macam resepi Kak Liza tu menggunakan 2kg ayam. 
Ayam Percik

Bahan:
2 kg ayam [potong 4 keping]
3 cawan santan pekat [perah gunakan air kelapa dari 1 biji kelapa ] (saya guna santan dalam kotak je)
1/2 cawan air asam jawa
1 s/t gula
1 s/b halba
garam secukup rasa

bahan mesin halus
20 tangkai cili kering
4 biji bawang putih
3 cm halia
5 batang serai

Cara
1. Lumurkan sedikit garam dan tepung ubi kayu pada ayam dan bilas bagi menghilangkan bau hanyir.
2. Masak ayam dalam kuali bersama bahan mesin, santan, halba dan asam jawa sehingga sederhana masak (kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah sebati dengan ayam.
3. Alihkan ayam ke ketuhar dan panggang pada suhu 200' C sehingga ayam masak dan berwarna perang keseluruhannya. [boleh juga panggangkan ayam menggunakan pemanggang ikan tu]
4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad atau timun.

Wednesday, July 25, 2012

Making cookies by the smallest masterchef

Tajuk tak hengat...
Projek buat cookies ni seminggu sebelum puasa. Hari2 anak dara saya minta cookies. Dia paling suka cookies famous amos punya, kalau tiap2 hari beli mau kopak mak bapaknya. Masa beli barang di Giant, terjumpa tepung instant cookies jenama nona. Terus beli, dan bagitau kat Humaira balik nanti kita buat cookies. Tersenyum lebar anak dara saya..

Memang excited Humaira bila mummy ajak buat sama2..Selepas siap adunan, mummy letak adunan dalam bekas kecil, gasak dia lah nak buat bentuk apa. Hahaa...Tapi memang sepanjang buat dia sangat happy. Bangga dapat tolong mummy. Kerja anak dara ni masukkan cookies dalam balang bila dah sejuk. Dapatlah dalam 2 balang kecil. Dah tinggal 2 keping je. Katanya, sayang nak habiskan. Nanti kita buat lagi yer Humaira..

Cookies in the making..Abaikan aje meja berselerak tu..



Tak menyempat nak makan cookies...

Friday, July 20, 2012

salam Ramadhan

Alhamdulillah...insyaalah esok kita semua akan mula berpuasa. syukur kerana dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan.semoga ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.maaf dipinta andai ada salah dan silap..juga selamat berpuasa kepada teman2 di Indonesia, Mesir, Mekah dan seangkatan dengannya yang menyambut bulan puasa hari ni.

Wednesday, July 18, 2012

Detail scan di usia 25 minggu

Minggu ni nak masuk 26 minggu sudah usia kandungan. Isnin lepas saya ada appointment dengan pakar sonografi untuk buat detail scan adik. Dokter pakar O&G sarankan agar saya buat detail scan disebabkan masalah bleeding. So melalui detail scan kita boleh mengetahui perkembangan baby secara 'mendalam' bukan setakat luaran sahaja tetapi ianya meliputi organ2 dan bahagian2 dalaman baby seperti otak, jantung, paru2, buah pinggang, tulang hidung, tulang belakang, mulut, genitalia dan sebagainya..so dari situ boleh dikesan samada normal atau tidak perkembangan baby kita..semuanya diambil ukuran untuk mengetahui status perkembangan baby kita..

Detail scan ni saya buat di UMRA Medical centre, memang dah biasa check up masa pregnant Humaira lagi. Harga pun reasonable. Untuk detailed scan ni  harga adalah RM120. Tempat lain saya survey kebanyakkannya RM200 dan ke atas. Kita akan dapat gambar dan cd semasa proses detail scan dan selepas itu baru jumpa pakar O&G. Alhamdulillah, dokter kata perkembangan adik semuanya nampak normal. Harap2 adik akan terus sihat dalam tummy. Kedudukan uri pun sudah jauh ke atas. 

Mummy letak gambar adik sebagai kenangan di masa akan datang. Ada banyak gambar adik tapi mummy letak 5 keping je. Kalau ikutkan detail scan adik besar seminggu dari usia kandungan. Masih normal. Ikut tarikh period adik bakal lahir pada 25 Oct ni tapi melalui detail scan tarikhnya 14 Oct. Kedudukan adik masih songsang, kaki di bawah dan kepala di atas. Dokter kata jangan risau, adik masih kecil lagi, ada banyak masa untuk adik pusing. Berat adik dalam 950gram

Ukuran kepala dan juga otak

Kalau tak silap mummy, yang warma merah tu aliran darah ke jantung. Doc kata jantung adik nampak normal

Tulang belakang           
Muka adik..Tangan adik dua2 kt kepala.. Tunjuk peace kt mummy ke dik?? Hehe  





 LAST BUT NOT LEAST JOM TENGOK GENDER ADIK.. HEHE..


 *



*



*



*



*




Nampak tak anak panah tu??? Its a boy. Hehe sorry dik, nanti mummy delete gambar ni. Ramai sangat request nak tau gender adik.

Apa itu detailed scan? (sumber di SINI)

Kebanyakkan wanita akan ditawarkan 'detailed scan' pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak.

Apakah kebaikan ‘detailed scan’ ini?

Detailed scan selalunya akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 min. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup aliran jantung, lengan,jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.
Pakar sonografi juga akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan.Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk mempastikan ia dalam kedudukan normal. Secara ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.


Apakah ketidaknormalan yang boleh dikesan oleh 'detailed scan' ini?

Ketidaknormalan yang boleh kerap dikesan melalui detailed scan termasuklah:
  • Anencephaly ( tiada otak )
  • Exomphalos/gastroscisis – masalah perut
  • Spina bifida- masalah saraf tunjang
  • Diaphragmatic hernia
  • Hydrocephalus- air berlebihan dalam otak
  • Masalah buah pinggang
Dan lain-lain
Walaubagaimanapun, masih terdapat sedikit peluang yang bayi anda mungkin mengalami masalah walaupun semua nampak normal kerana ultrasounds juga mempunyai limitasinya yang tersendiri. Sebagainya contohnya, detailed scan sukar mengesan bayi ‘ Syndrome Down’ kerana ia melibatkan kecacatan kromosom bukannya fizikal bayi.

Bolehkan scan menentukan jantina anak saya?

Sepatutnya pada masa ini jantina bayi sudah dapat ditentukan dengan jelas.

Tuesday, July 17, 2012

Teringin makan...

Husband terpaksalah layan selera mak buyong ni. Huhu.. Teringin sangat nak makan rendang ayam TAPI nak ayam kampung. Dah merasa makan rendang ayam masa balik Ipoh  emak saya buatkan.  My mom punya rendang ayam memang TERBAIK.. Teringat2 sampai sekarang..  Bila balik Shah Alam teringin lagi nak makan rendang ayam. Paksa husband beli ayam kampung di Meru Klang. Kat Meru tu, bila kita order ayam kampung baru sembelih time tu juga, kena tunggu dalam setengah jam jugalah untuk proses buang semua bulu ayam. Takpe..Mak buyong sanggup tunggu. Hehe...

Raya tahun ni giliran balik Ipoh dulu, so dapatlah saya merasa makan rendang emak saya buat nanti.


Ayam yang telah disembelih, dimasukkan dalam air panas periuk besar tu untuk memudahkan proses cabut bulu ayam
Lepas tu baru masuk dalam mesin untuk proses buang bulu ayam


Tertarik tengok ayam ni...Ada 3 kaki


Balik tu terus masak rendang...Hehe dapat juga makan rendang ayam. Terlebih letak serbuk kunyit..

Teringin juga makan popia goreng. Buat sendiri lagi puas hati.
Popia sayur

Himemade sos bersama taburan bawang dan kacang goreng. Yummy


Lagi satu kalau pergi pasar malam TTDI Jaya mesti nak pekena rojak buah atau tauhu bakar pakcik pasar malam. Kuah rojak memang terbaik. Setiap kali pergi, gerai pakcik ni sentiasa ramai orang.

Last2 saya beli kuah rojak dan kacang goreng. Sonang boleh buat sendiri. Kuah rojak tu 1kg RM11, kacang tabur tu RM8.50..  


* Mak Buyong yang kuat makan. Hehe

Monday, July 16, 2012

Pembelian atas talian

Trend semasa sekarang ni ramai yang suka membeli- belah atas talian. Selain dari harga yang ditawarkan lebih murah dari kedai, kita tak perlu buang masa untuk mendapatkan barang tersebut. Just klik dan buat transaksi, barang tersebut akan sampai depan rumah dalam masa seminggu dua. Tidak dinafikan, peranan Internet dalam membentuk pilihan pengguna bersama iklan, mulut ke mulut, ‘window shopping’, pengalaman lalu dan jenama memberi impak kuat dalam menentukan kuasa pembeli. Saya pernah terbaca di dalam media massa, golongan yang paling ramai menggunakan perkhidmatan atas talian adalah pelajar. Wow hebat student zaman sekarang..

 Baru-baru ni husband saya sudah mula terjebak dengan aktiviti membeli belah atas talian. Sebelum ni, dialah orang pertama yang akan bangkang kalau saya nak beli barang online terutama kalau menggunakan online transaksi sepeti maybank2u. Kalau nak beli juga, saya terpaksa bank in di mesin ATM. Sampai macam tu sekali.. Huhu..Husband kata tak selamat, entahlah masa muda2 dulu dia kata ramai kawan dia hackers, senang je nak hack dan tau butir peribadi seseorang. Wallahualam... Macam husband pun, kalau nak buat online transaksi, mesti buat di rumah, takkan sesekali dia buat di Office. Husband kata kali terakhir dia beli sesuatu secara online ialah pada tahun 2001 ketika di UK. Husband beli buku dan CD Audio di Amazon.co.uk ketika itu, menggunakan kad debit NatWest. Entah kenapa ketika itu, dia kata hati ini amat mempercayai bahawa orang Barat tidak akan menipu. boleh pula macam tu, kalau nak menipu tak kira bangsa apa pun

Baru2 ni husband ada membeli T shirt dari US melaui e bay. Agak sukar sebenarnya dia nak mencari T Shirt besar yang mempunyai logo dan grafik yang unik di Malaysia. Mula2 saya bising juga, takut kena tipu. Bila dia explain dia menggunakan medium paypal dan hanya beli dengan trusted seller. PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita kepada penjual.

Beberapa kelebihan menggunakan PayPal (sumber DI SINI)
  1. Cepat - pembayaran dibuat serta-merta
  2. Privasi - PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  3. Global - PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  4. Mudah - Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  5. Dipercayai - Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  6. Keberkesanan - Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

Husband beli di ebay pada 18 Jun 2012 dan pada 19 Jun 2012 dia menerima email dari penjual  di US bahawa barangan tersebut telah dipos. Pada 4 Julai, husband menerima tshirt tersebut. Di sampul parcel tertulis DILEPASKAN OLEH KASTAM 02 Julai 2012. Harga Tshirt lebih kurang RM 24 dan harga pos juga RM 24. 

Parcel yang telah selamat diterima

Nama je beli dari USA tapi Made in Mexico.. Hehhe. Saiz T shirt ni memang besar dengan wording the internet is awesome

Friday, July 13, 2012

Aiskrim durian

Sejak preggy jarangnya saya update blog.. Selalu tgk blog melalui tablet, so jarang on lappy. Nak update blog saya suka lagi guna lappy. Senang nak tulis panjang2 dan edit gambar. Keadaan saya sekarang ni kandungan sudah masuk 25 weeks. Alhamdulillah dah xde bleeding. Last week check up, dokter kata kedudukan uri di atas. Harap2 takde dah bleeding lepas ni. Bulan May dan June kerap sangat bleeding, kesian adik asyik kena scan je. Kisah adik nanti mummy buat new entry lah..

Nak citer sekarang ni kat kampung nenek Muar tengah musim buah durian. Tahun ni x berapa menjadi sangat buah. Nenek Humaira tau cucu dan menantunya suka sangat makan rambutan, tu yang mereka datang Shah Alam bawa hasil dari kampung memandangkan masa tu dokter tak bagi mummy aktif sangat. So tak dapeklah nak balik kampung. Daddy suka sangat makan aiskrim durian, yang peliknya buah durian tak makan pula. Mummy memang tak makan buah durian, Humaira tak taulah...tak pernah lagi ajar dia makan doyan. Heheh.. TAPI aiskrim durian suka pula cik adik manis ni.

Nenek Muar datang sini kejap je. Petang Sabtu dalam pukul 6.00 petang sampai, pagi Ahad dah balik. Humaira paling suka ler kalau neneknya datang. Macam2 favorite food Humaira nenek dia bawa. Hari tu nenek dia buat putu mayam, sebab cik adik manis ni suka makan. Mummy pernah buat sekali je dulu.. Hehe..Dah lupa dah cara nak buat.. Pagi Ahad tu, lepas Subuh, mummy tengok MIL dah siap buat nasi lemak. Thank you emak, entah pukul berapalah emak saya masak. Dia memang jenis bangun awal pagi, lepas solat sunat dah mula buat kerja dapur. Lagipun dari bulan Rejab haritu, MIL saya puasa, belum pernah miss lagi.. Kagum saya walaupun last week dia boleh bercuti ke Langkawi tapi tetap puasa..

Layan gambar Humaira makan aiskrim dan rambutan. Gambar Humaira makan putu mayam tak sempat nak snap...

Sedap Humaira kata...

Yang ni pula buah rambutan. Nenek dah siap kopek untuk cucunya.

Tuesday, July 10, 2012

Melawat baby Kimi

Humaira dan Eizlan, anak Acik Haza yang ketiga


cerita ni 2 minggu lepas rasanya, pergi melawat baby Acik Haza. Anak acik Haza yang keempat, semuanya boy.Acik Haza pangkat makcik saya walaupun beza setahun dua..hehe... Dah lama plan nk pergi asyik tertangguh je. Akhirnya dapat juga jumpa..

mummy di usia kandungan 24 weeks, segala2 tembam. preggy kali ni x suka tangkap gambar, rasa diri comottt sgt dan langsung x suka make up




Wednesday, July 4, 2012

malam nisfu syaaban 2012

Hari rabu 4july 2012,lepas Magrib ni bermulalah nisfu syaaban.Nisfu Syaaban adalah dimana buku catatan amalan kita selama setahun akan diganti dengan buku catatan baru. Catatan pertama yang akan dicatat bermula sebaik sahajamasuk waktu Magrib.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf seandainya ada terkasar bahasa selama kita kenal di alam maya ini...semoga kita semua akan dirahmati dan dapat bertemu dgn bulan Ramadhan...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails