My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, April 25, 2012

Kek untuk Humaira

Dua minggu lepas punya cerita. Sekarang ni cik adik manis ni dah faham, kalau birthday mesti ada kek. Padahal birthday Humaira 10 Mei ni, tapi nak juga kek Happy day to u (happy birthday to you), gara2 birthday daddy awal bulan April hari tu.  Tiap2 hari minta kek happy day to u. 

Untuk puaskan hati, beli 2 slice kek secret recepi. Tersenyum lebar member...bila kakak dengan abang dekat secret recepi tu nyanyi lagu happy birthday..


Muka budak happy...

Tuesday, April 17, 2012

Ikan untuk Humaira

Hampir sebulah sudah Humaira bela ikan ni. Gara2 pergi Tesco Setia Alam, ada kedai jual  pet, bising nak fish. Daddy layankan aje. Itu pun sebelum beli macam2 pesan, salah satunya jangan bawa masuk dalam bilik tidur ikan ni. Huhu...

Disebabkan mummy dengan daddy pun tak pernah bela fish sebelum ni, so beli yang kecil je. Bolehla Humaira buat main2..Daddy kata kalau dalam tempoh sebulan lagi ikan ni masih hidup, bolehla beli akuarium besar sikit. 

Hari pertama dapat fish, melangut je kerjanya tengok fish..

Si muncung..

* sejak preggy ni, mood sangat malas nak update blog....

Thursday, April 12, 2012

Update kisah adik Mawar Nur Farisha

Entry berkaitan adik Mawar Nur Farisha DI SINI. Beberapa minggu lepas kisah adik Mawar ni ada masuk paper Sinar Harian bagi membantu meringankan kos pembedahan yang menelan belanja RM40K. Untuk rekod, adik Mawar menghidap penyakit jantung berlubang, injap jantung sempit dan lumpuh otak. Ibu adik Mawar merupakan classmate saya di UiTM. Alhamdulillah, tak sampai seminggu kes adik Mawar masuk Sinar Harian, sumbangan orang ramai dah mencukupi. Rakyat Malaysia memang prihatin.

Jumaat lepas, saya berkesempatan melawat adik Mawar di Pusat Perubatan Gleaneagles Intan, Ampang. Alhamdulillah selepas pembedahan pada 3 April lalu, keadaan adik Mawar menunjukkan perkembangan positif. Hanya dua hari sahaja di ICU dan apabila doktor mendapati keadaan semakin baik, adik ni dipindahkan ke wad biasa. 

Lama juga saya bersembang dengan ibunya, Sahida. Menurut ibunya sebelum ni Mawar selalu menangis. Dan setiap kali menangis pasti tubuh si kecil ni menjadi biru. Hasil pemeriksaan di PPUM mendapati Mawar menghidap penyakit jantung berlubang, injap jantung sempit dan lumpuh otak. So, kesnya dirujuk di Institut Jantung Negara (IJN). Tapi malangnya pembedahan tidak dapat dilakukan dengan segera. Setiap kali doktor bagi tarikh untuk pembedahan pasti Mawar dalam keadaan tidak sihat sehingga terpaksa tunda pembedahan tersebut. Yang menjadi masalah, anak kecil ni setiap hari akan menangis, tarikh pembedahan yang doktor bagi memakan masa hampir 2-3 bulan. Sebagai ibu pasti tak sanggup melihat anak kecil menderita macam tu ditambah pula doktor boleh kata 'anak awak ni bila2 masa boleh meninggal'. (Mengucap panjang saya dengar kata2 ni. ) So Sahida cuba mencari alternatif lain, rujuk kes ni ke HKL tapi doktor terpaksa tolak kes adik ni kerana tiada pakar di sana. So doktor suggest hantar ke private, di sana boleh lakukan pembedahan dengan segera.

Sebelum Operation, menurut Sahida oksigen yang sampai ke dalam jantung anaknya hanya dalam 60%. Tapi alhamdulillah selepas pembedahan oksigen kembali normal. Masa saya datang melawat adik mawar ni paparan di mesin menunjukkan dalam 98% (normal). Paling menggembirakan Sahida apabila selepas pembedahan, anaknya kurang menangis. Menurut doktor, selepas ni adik Mawar akan menjalani fisio untuk merangsang otaknya. Insyaallah otaknya boleh berfungsi. Sama-samalah kita doakan agar adik Mawar Nur Farisha akan kembali sihat dan ceria seperti kanak2 lain. Amin... Ahad lepas adik Mawar dah discharge. Alhamdulillah.

Monday, April 9, 2012

Kisah Misteri

Minggu lepas ketika daddy sedang menonton Champions League Live antara Barcelona menentang AC Milan, dia terdengar bunyi sesuatu di luar rumah. Ketika itu katanya jam 4 pagi. Bila saya tanya bunyi apa yang didengarnya, katanya bunyi seperti mengilai, cuma ketika itu hati Daddy berbisik mengatakan mungkin suara jiran ketawa. Sebenarnya beberapa hari sebelum insiden diatas, ada jiran kami yang kerasukan. Ketika itu kami baru nak keluar rumah nak pegi makan malam apa bila salah seorang jiran kami menegur Daddy. Saya ketika itu di dalam kereta bersama Humaira dan tidak tahu apa yg mereka bualkan. Cuma ketika masuk ke dalam kereta, ada saya tanyakan Daddy tapi dia jawab just bertanya khabar. Kami pulang sekitar jam 10 malam dan selepas saya dan Humaira masuk bilik, dengar pintu depan dibuka, tanda Daddy keluar rumah. Sehingga saya tertidur jam 11 lebih malam Daddy masih tidak masuk kembali ke dalam rumah. Saya tidak kisah sebab kebiasaannya Daddy keluar dan bersembang depan pagar rumah dengan kawan-kawan dan jiran-jiran. Cuma kali ini agak pelik apabila saya tersedar Daddy pulang kembali ke rumah dan dalam keadaan mamai, saya lihat Daddy membaca sesuatu dan menghembus kearah saya dan Humaira. 

Ada saya tanyakan Daddy kenapa, tapi dia tak jawab. Keesokannya baru Daddy bercerita bahawa ketika kami mahu keluar makan, jiran kami meminta tolong Daddy carikan orang yang pandai mengubat. Isteri adik jiran saya rupanya kerasukan. Daddy panggil kawan dia datang malam tu, saya tanya Daddy macam mana keadaan.. katanya tiada apa yang serius. 

Saya tak puas hati sebab tau Daddy sembunyikan sesuatu dan setelah saya desak barulah Daddy bercerita. Rupanya mangsa adalah perempuan awal 20-an dan baru berkawin dengan adik jiran kami. Kebetulan adik dia datang melawat rumah abangnya bersama isteri baru. Ketika malam menjelang, isteri adik jiran kami berdiri di hadapan sliding door memandang ke arah luar rumah, lebih tepat lagi ke pokok didepan rumah kami. Saya pernah ceritakan kisah misteri pokok di hadapan rumah DI SINI. Pada mulanya jiran saya dan adiknya tidak mengesyaki apa-apa tapi setelah hampir 30 minit berdiri di sliding door tersebut tanpa bergerak, perasaan hairan mula menerjah pemikiran jiran saya dan adiknya. Ketika ditegur oleh suaminya, rupanya perempuan tersebut (saya namakan dia Wati) dengan mata terbeliak memandang keluar dan badannya kejung. Menyedari sesuatu yang aneh berlaku, jiran saya dan suami Wati membaca ayat-ayat suci, barulah Wati tersedar dan menangis. Ini kejadian sehari sebelum jiran saya berjumpa Daddy. 

Keesokannya harinya menjelang magrib, terjadi lagi kejadian yang sama dan sekali lagi jiran saya dan suami Wati berjaya memulihkan Wati. Tapi apabila hati sudah tidak sedap, maka tindakan yang lebih drastik perlu diambil kerana ini adalah kali kedua Wati berdiri tegak di sliding door. Selepas magrib ketika kami hendak keluar itulah jiran Daddy ni jumpa Daddy. 

Daddy pada mulanya sekadar menelefon rakannya ini jika dia nak mencuba memulihkan Wati. Maklumlah rakan Daddy ni menurut Daddy langsung tidak ada ciri-ciri mengubat orang, hidup dia penuh dengan ketawa, lawak jenaka macam Raja Lawak. Cuma Daddy pernah dengar dari kawan dia yang lain, kawannya ni minat dengan perubatan tradisional. 

Sebelum kawan Daddy tu datang, suami Wati ada call Daddy bagitau suruh berubat esok aje. Tapi Daddy kata kawannya on the way. Bila kawan Daddy sampai, Wati macam tak berapa senang dengan kawan Daddy yang bernama Sahak ni. Kata Daddy, waktu tu jiran dia sekeluarga keluar, hanya Wati dan suaminya, Daddy dan Sahak serta pembantu Sahak namanya Duan. Mula-mula keadaan seperti biasa, Sahak macam biasa dengan lawaknya sambil tanya Wati macam-macam. Daddy ingat Sahak merapu apabila dia cakap dengan Wati suruh buang apa yang dia ada. Akhirnya Sahak memulakan upacara mengubat Wati. Masa tu Daddy cakap, dia macam tak berapa confident Sahak ni betul-betul nak mengubat Wati. 30 minit pertama Wati cuma resah dan suaminya cuma pegang tangan Wati. Tapi masuk fasa kedua Daddy cakap, dia dan Duan terpaksa bantu suami Wati pegang Wati sebab tenaga luar biasa. 

Saya gerun juga bila Daddy cakap suara Wati berubah garau, mata terbeliak sehingga nampak mata putih dan rambut mengurai. Sesekali Wati jeling arah Daddy macam marah. Banyak kali Daddy cakap Wati menjerit kesakitan. Masa tu pintu rumah jiran kami dibuka luas dan kata Daddy aktiviti di luar sangat lah meriah, boleh dengar suara jiran bersembang, suara anak anak jiran berlari lari. Tapi keadaan dalam rumah ketika itu menyeramkan. Daddy nampak ada lintasan putih di pintu rumah jiran. Rupanya kata Sahak, ada tiga lembaga iaitu lelaki dewasa, perempuan dewasa dan anak berada di pintu rumah jiran. Mula-mula Sahak ingatkan jiran sebelah menyebelah datang nak bantu tapi bila Sahak tengok lama-lama, muka mereka macam muka marah dan tiba-tiba terbang melayang. Yang ini Daddy tak nampak, dia cuma nampak lintasan putih. Dipendekkan cerita segalanya pulih seperti sediakala. Rupanya Wati ni ada membela syaitan (saka) yang diwarisi dan apabila dia berkunjung ke sini, 'benda' di pokok depan rumah kami tu tak suka pada syaitan Wati. Sebab itulah wujud ganggguan. Kata Wati (setelah dia pulih, sejak dia sampai ke rumah abang iparnya, sentiasa ada lembaga lelaki, perempuan dan anak berada di luar rumah dan sehari sebelum berubat, kira-kira jam 2 pagi, kata Wati dia sekali lagi ke sliding door apabila terdengar namanya diseru dan melihat lembaga-lembaga tersebut di luar pagar dengan mata merah dan muka yang marah. Paling Daddy seram apabila Wati kata waktu tu dia nampak Daddy buang sampah (Daddy memang suka buang sampah sebelum tidur), dan lembaga bertiga tu ada berhampiran Daddy. (Daddy kata dia rasa macam biasa je waktu tu).

 

Friday, April 6, 2012

Makan pizza di Papa John's

Cerita Sabtu lepas, belanja husband makan pizza. Sebenarnya cik abang saya ni monyok je pagi hari Sabtu. Perancangan awal nak pergi konvoi kelab kereta Vios ke Kuantan tapi memandangkan saya masih dalam fasa alahan lagi malas nak pergi.

So untuk mengubat kelukaan si jantung hati, saya belanja husband makan pizza di Papa John's merangkap belanja birthday sekali. Hehe. Sebelum pergi Papa john's saya ada baca review tentang pizza ni, majority kata sedap, lagi sedap dari pizza hut. So moh ler kita cuba..Saya pergi Papa John's di Plaza Shah Alam.

Sekarang ni Papa John's ada buat promosi, memang berbaloi2. Buy one free one sehingga 30 April ni. Boleh print voucher di SINI. Kalau pergi time lunch hour 12 pm - 3 pm ada promosi papa super lunch.  Bagi tekak saya, Papa John's setanding pizza hut. Dan yang lebih penting pizzanya tak berminyak. Pizza serve dengan garlic butter dan tomato paste. Sos sedap.

Saya ada print voucher Buy one free one. So, saya order all the meat dapat free satu lagi pizza. Saya pilih topping BBQ chicken & Beef. 
All the meats.. Sedap

BBQ chicken & Beef. Biasa jer.   






Breadstick, walaupun nampak macam kejung je tapi sedap. Rangup di luar, lembut didalam. Order untuk Humaira sebab dia tak pandai lagi makan pizza

Dan juga mushroom soup untuk Humaira. Sedap sangat. Yang ini pizza hut memang kalah

Cik adik manis ni nak ais krim juga. 


Saya makan time lunch hour, saja try papa super lunch. Order set pizza pocket + mushroom soup + ice lemon tea RM9.90. Sudahnya tak usik langsung, tapau bawa balik.

Kesayangan saya.. Happy belated birthday daddy. Next month birthday Humaira pula. Bulan June birthday saya plak. Hadoi hampir masuk usia 3 series.

* Pizza memang banyak lebih, tapau bawa balik. Dinner dengan breakfast esoknya melantak pizza jer. Huhu...Kesimpulannya Papa john's sedapp.

Wednesday, April 4, 2012

Celebrate birthday daddy di Restoren Zam Zam

Happy birthday daddy. 3 April birthday daddy yang ke 37 tahun.  Semoga dengan pertambahan usia ni, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki. We love u daddy..

Sempena birthday daddy, semalam daddy belanja makan di Restoren Arab. Nama restoren ni restoren zam zam terletak di Oasis seksyen 9 Shah Alam. Rata-rata pekerja di sini bangsa Arab. Tak silap saya tuan punya kedai ni pun orang Arab. Servis memang tip top, harga food agak mahal juga. Restoren ni memang luas, ada 2 tingkat.

Inilah restorennya..gambar saya ambil dari internet.

Sejak akhir2 ni, makin manja Humaira,..sementara menunggu makanan sampai kita posing dulu.
View dalam restoren
Daddy punya food, chicken Kabsa. Daddy order Arabic cofee. Secawan kecil tu RM5
Nasi mummy share dengan Humaira.. si kecik ni memang suka nasi arab. Banyak dia makan


Makan bersama nasi..sup dan sos. Sup tu kuat betul rasa kambing. Sos tu sedikit pedas tapi lebih kuat rasa fresh tomato

Mixed grill (ayam + daging + kambing). Harga RM30, sedap tapi portion kecil je

Telur..Tak ingat dah namanya. Sepinggan RM12. Saya rasa saya pun boleh masak telur ni.




* Orang gov pasti tersenyum lebar pelarasan gaji kali ni. Rezeki masing2. Setiap anak pun bagi saya ada rezekinya. Macam masa mengandungkan Humaira dulu, husband naik pangkat. Pregnant kali ni pula ada pelarasan gaji. Alhamdulillah...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails