Hari Sabtu lepas ada majlis kenduri doa selamat di rumah mertua. Semua masak sendiri. MIL saya mmg cekap kerja masak2 ni dan juga dibantu dgn 2 orang adiknya. Tak tidur malam untuk masak2 ni. Alhamdulillah mereka masih lagi diberikan kesihatan yg baik.
Food mmg variety. Main food nasi beriani, ayam sambal, daging beriyani, acar buah, sayur nenas, ulam2 dan sambal belacan. Nasi impit, kuah kacang dan juga kuah lodeh turut disediakan. Roti boom, kuah kari dan sambal pun ada.
Dessert mmg banyak. Ada rojak buah, donut, kuih muih dan kek. Cendol pun ada. Kids mmg tertumpu bahagian coklat fountain. Boleh celup dgn buah2an, biskut jejari dan juga marshmallow.
|
Coklat fountain |
|
Get ready menanti tetamu...food letak kt tempat parking kereta |
|
Kuih muih |
|
Konon2 tuan blog bakar roti boom. Makan panas2 sodap cicah dengan kari dan sambal bilis, my kids pun tumpang sekaki |
|
Petang tu tetiba MIL order kek untuk kami anak beranak sempena birthday bulan April, May dan Jun. Tq emak dan ayah. |
|
Kek Flavor coklat, strawberry and vanilla. Sedapp.. |