My sweet story...

My sweet story...

Saturday, July 31, 2010

rumah ku berselerak

aduss, benda yang paling saya MALAS nak godek adalah blog. Dah 2 minggu blog ni takde background, tadi saja letak background..Habis berselerak semua..Rumah sendiri pun x berkemas lagi inikan rumah di alam maya..Later2 nanti baru nak kemas sikit2..Sorry yer my dear friends...

Friday, July 30, 2010

Humaira di Playground dgn kawan

Selalu bawa Humaira pergi playground dekat kawasan rumah petang2 ambil angin. Dia pun dah tau, petang je tunjuk nak pergi taman. Selalu dia main sorang2, kali ni Humaira ada geng. Kakak Insyirah dgn Aliyah.

Harus pau ais krim dulu,,Nganga je mulut Humaira kakak Insyirah suapkan aiskrim. Insyirah yg gegirl suka pakai inai


Sweet je picture ni..


Yani melayan kidz main


comel Aliyah ni, sukanya dia..


Dua beradik main


Humaira main sorang2 je...Nanti mummy bg Humaira adik ye..hehe not this year lah sayang..

Thursday, July 29, 2010

Humaira bertatih

Sempat daddy capture moment terindah masa Humaira bertatih. So sweet sayang. Humaira ni gayat orangnya, sama mcm daddy dia. Sekarang ni bolehlah melangkah 3-4 tapak. Nampak mummy cepat2 nak pegang. Biarlah orang kata anak mummy ni lambat berjalan, mummy tetap tunggu detik itu tau sayang.

Layan gambar Humaira bertatih langkah demi langkah..hehe. Konon Humaira yang take over tunjuk skill kt mummy

Mula-mula kena meniti dekat dinding dulu.


Agak2 dah confident, baru berdiri ye


Berjayalah mummy...Tepuk tangan


Sekarang, Humaira nak praktis berjalan pula. Humaira gayat jadi nak bertatih dekat dgn sofa. Kalau Humaira jatuh ke belakang takdelah sakit, sofa ada penyelamat Humaira.
Gaya imbangkan badan


1,2,3 menapak dapatkan mummy..

Selamat Hari Lahir EMAK

29 July genap usia emak saya 53 tahun. Buat bonda tercinta Selamat Hari Lahir. Semoga mak panjang umur dan diberikan kesihatan yang baik.

Emak... word yang kite takkan boleh gantikan dengan siapa2 pun kat dunia ni. Banyak pengorbanan dan jasa emak dekat kami 5 beradik. Berkat asuhan dan didikan yang sempurna, alhamdulillah kami 5 beradik berjaya menjejakkan kaki ke IPTA.

Dalam kita membesar dan hidup atas bumi Allah ni, semuanya atas berkat doa emak ayah kita. Kalau tak, pasti kita dah terjerumus dalam macam-macam kancah yang tak elok. Saya selalu fikir, doa emak banyak menyelamatkan saya. Paling tidak, Allah beri kita ‘thoughts’ dalam hati yang buat kita terdetik sikit-sikit sana sini untuk berfikir panjang.

Pengorbanan mak memang tak terbalas sampai bila-bila. Terima kasih emak atas segala-galanya. SELAMAT HARI LAHIR

Kami semua sayang emak...tak sabar nak balik raya di perak

Wednesday, July 28, 2010

Melawat baby Aisy

Hari Ahad petang jalan2 rumah Kak Mai di Bukit Subang. Tujuan utama nak melawat anak Kak Mai yang comel..Baby Aisy Nur Irdina yang sudah berusia 2 bulan lebih. Comel baby, sempat pegang sekejap. Lepas tu baby tidur. Tahniah akak for the 2nd baby..

comelnya Aisy tidur dalam buaian


Humaira yang suka dpt kawan...Anak pertama Kak Mai.


Bulat mata Aina...


Acik bagi Humaira makan kek..sedapla


p/s: Aina nanti ajak mama datang rumah Aunty ye, boleh kawan dgn Humaira

Tuesday, July 27, 2010

Humaira shoping barang dapur

Peel Humaira bila duduk dalam troli..Habis dia audit semua barang dalam troli..Yang tak bestnya tak dapat beli brg yg fragile mcm telur ayam..Nanti habis pecah kena kerja dengan si kenit ni

Ok, mummy semua lulus.


Paling suka ketuk buah tembikai, pastu ketawa bila tembikai tergolek dalam troli

Jalan2 di Amcorp Mall

Hari Ahad jalan2 di Amcorp Mall. Daddy ajak pergi sini sebab nak beli buku di BookXcess. Setiap bulan dapat gaji mesti wajib pergi sini. Semua buku di BookXcess imported tapi memang murah. Sesiapa pencinta buku memang rekomen pergi sini. Bayangkan, buku dengan hard cover dan warna-warni hanya RM9.90 shj. Untuk maklumat lanjut boleh klik SINI dengan motto read more for less.. kali kedua promote bookxcess ni

Tayang muka Humaira dulu...nak beli buku ke cik adik manis??





Ambil dari website..


MAd by Don Martin RM559.90, now RM99.90


Imported magazine pun ada


Wilson Leman pun ada buat show..siapa kenal Wilson Leman ni??? hehe

Monday, July 26, 2010

Selamat Hari Lahir emak

Selamat Hari Lahir yang ke 63 tahun buat emak mertua saya, Hajah Sapurah Kasimin. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

Emak begitu istimewa di mata kami. Jasa emak tidak terbalas sampai bila-bila. Yang menariknya tentang emak mertua saya, setiap tahun beliau tidak pernah gagal untuk berpuasa selama 3 bulan berturut2 dari bulan Syaaban, Rejab dan Ramadhan. Emak saya sangat menjaga kesihatan, jarang tengok emak makan nasi dan minum air sejuk. Kalau berpuasa berbuka dgn buah kurma dan air. Bila sahur baru makan oat. Sebab itu badan dia slim dan sihat walaupun emak suka masak untuk anak menantu dia, jarang tgk emak makan, just rasa sikit2 je.

Di usia 63 tahun, alhamdulillah masih sihat. Suka tanam pokok dan berkebun. Paling suka tanam pokok orkid warna warni, memang cantik. Di usia emas begitu, masih kuat panjat pokok. Masa saya balik kampung tahun lepas, emak sendiri yang panjat pokok cempedak untuk balut buahnya.. Saya sendiri pun tak berani nak panjat..hehe

lagi yang menariknya...gigi masih lagi cantik. Semua masih lagi gigi original tau. Emak sangat menitik beratkan penjagaan gigi sebab dia kata dia takut nak jumpa doktor gigi.

Emak memang expert bab kerja2 rumah, dari memasak sampailah menjahit. Sebab itu kalau raya rumah emak sentiasa menjadi perhatian, macam2 masakan dia masak. Orang ramai datang rumah selain untuk menziarahi keluarga tentunya untuk merasai keenakan masakan emak. Memang superb.

We love u emak



Pokok orkid kesayangan emak

Saturday, July 24, 2010

Home deco 23 - 25 July 2010

23 July petang sempat pergi Home deco di Stadium Melawati Shah Alam. Banyak pameran untuk kelengkapan rumah ada di sini. Bagi sesiapa yang nak pindah rumah ataupun nak buat renovation memang sesuai pergi sini. Segala-galanya ada dari pameran landskap untuk kawasan luar rumah, wardrobe, kitchen kabinet, pinggang mangkuk, TV, Air cond, penapis air dan ada juga bargain corner yang kebanyakkannya menjual barang-barang keperluan rumah yang berskala kecil seperti keperluan tempat tidur, alat-alat kegunaan di dapur dsb..Pendek kata semua ada di sini.

Mummy bawa Humaira, dia tolong baca brochure yang mummy dan daddy dapat.


Cantik akuarium dekat sini..dari akuarium yang besar sehingga yang paling comel semua ada. Masa mummy melawat tempat ni, adalah seorang kanak2 dalam lingkungan 5-6 tahun menangis bila ayahnya ajak pergi tempat lain...Sebab apa????dia nak mancing ikan..hehe


Sesuai nak bawa stroller, tempat pun air cond


Cantik pasu..


Esok last day home deco ni.

Friday, July 23, 2010

26 July 2010 malam nisfu sya'aban

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Isnin malam Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), 26hb Julai, 2010(selepas magrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat

Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 26 Julai 2010)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur di dalam kebajikan

ii) Selepas Yasin kedua : mohon dimurahkan rezeki yang halal

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya (hari Selasa 27 July)

(sumber dari SINI dan SINI

Thursday, July 22, 2010

My home fair 2010 at Stadium Melawati

Teringin nak tengok pameran home deco. Nak survey kitchen kabinet seenarnya. Jom kita pergi ramai-ramai..Untuk maklumat lanjut boleh tgk SINI

Exhibition Details


Exhibition : My Home Fair 2010x
Exhibition Venue : Stadium Malawati (Indoor Stadium), Shah Alam
Exhibition Date : 22nd July 2010 - 25th July 2010
Exhibition Hours : 10:00am - 9:00pm
Exhibition Categories : Home Furnishing& Decoration
Furniture, Mattress & Home Furnishing
Kitchen & Home Furnishing
Renovations & Refurbishments
Bath & Sanitarywares
Audio Visual & Home Appliances
Landscaping & Garden Ideas
Value Buy Zones
Admission : Free
Event Organizer : Ori Event Sdn Bhd

McDonald's new Grilled Chicken Burger (GCB)

Ini kes tgk blog Muza masa dia lunch MC D baru-baru ni..Tergedik2 ajak husband nak rasa GCB burger. Oklah, not bad. Owh GCB burger for limited time only.

For my opinion, rasa grilled chicken ni mcm chicken chop. The Grilled Chicken Burger is priced at RM8.00 ala carte. Medium set which includes a pack of fries and drink at RM11.90 excluding the 5% Government tax.




Lunch kami berdua


Inilah rupa burgernya...

Wednesday, July 21, 2010

Humaira at playground

Mummy bawa Humaira jalan-jalan di playground dekat kawasan perumahan. Kali pertama mummy bawa Humaira ke sini...Happy betul dia dapat main. Daddy ingat anak daranya tak pandai main.

Rasanya lepas ni, playground antara tempat wajib kena bawa Humaira kalau ada masa terluang..Sebabnya????masa mummy dgn daddy ajak Humaira balik, dia punya mengamuk..Kes taknak balik, nak main jer..

Snap pic guna kamera hp je..



Gelongsor ni si kenit masih takut lagi


Ada hati nak panjat masuk dalam ni....







Suka picture ni...ralit tgk burung berterbangan...nanti kita ajak daddy pergi taman burung ye Humaira..Daddy dh janji nak bawa

Tuesday, July 20, 2010

Humaira menyanyi

Anak dara mummy ni bukan main lagi. Kalau daddy dia main gitar siaplah....boleh dengar suara emas dia, mulalah berjoget kalau Embah tengok, mesti geleng kepala

kemain lagi, ternganga mulut menyanyi..masuk lalat nanti..hehehe


Si daddy nya pun, memekak main gitar...Sudah2lah tu pergi jamming

Monday, July 19, 2010

Humaira yang penakut...

Sabtu lepas saja test Humaira berani ke tak naik benda alah ni...Ini kali kedua kalau tak silap Humaira naik mainan ni.

Mula-mula Humaira naik gajah, walaupun muka cuak tapi berjaya naik sampai habis.hehe...Lagipun gajah tu just pusing je..

Hai cik adik manis, awatla muka serius je??


Then daddy ajak naik kuda. Mainan jenis ni gerak ke depan dan belakang mcm menunggang kuda...Apalagi nangis la..Orang lalu lalang kt situ sengih tgk Humaira. Ratu air mata...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails