Pagi Sabtu lepas rasa badan Humaira dedar, bila petang suhu terus tinggi. Mummy perasan kat tangan Humaira ada 2-3 tiny red sport. Gelabah juga ingatkan kena penyakit kaki, tangan dan mulut. So bawa pergi klinik, doc check temp dalam 39.3 c, terus masuk ubat vontot dan doc kata bukan HFMD.
Esoknya red sport tu dah berair. Sah kena chicken pox atau orang Perak panggil plentong.. Sayalah manusia paling risau masa Humaira kena chicken pox. Melalui pembacaan di Internet, ibu yang mengandung tidak digalakkan untuk mendekati pesakit yang ada chicken pox ataupun campak. Doc kata tak apa, sebab saya dah pernah kena dulu. Yang bahaya jika kandungan berusia 3 bulan ke bawah dan ibu yang kena attack ketika saat nak melahirkan baby. Harap2 dijauhkan...
Banyaklah yang bagi petua untuk mengurangkan gatal akibat chicken pox. Air kelapa muda dah bagi Humaira minum. Ramai yang suggest daun bambu (semambu), yang ini memang susah nak cari. Last2 daddy pergi farmasi cosway di Bukit Jelutong beli calamine lotion dan mandian herba pinetarsol. Mandian herba ni kalau tak silap saya dibuat dari daun bambu. Hari ni chicken pox Humaira dah kering, dia pun dah makin aktif. Alhamdulillah...
|
Beli di Farmasi Cosway |
|
Gambar 2 beranak sebelum Humaira kena chicken pox |
Ramai yang confuse termasuk saya antara chicken pox (cacar air) dan demam campak. Hasil carian di Internet rupa2nya ada perbezaan:
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak
disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala
jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini
sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari
mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.
Manakala virus cacar air (chicken pox) pula dikenali sebagai virus
varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ini ialah
jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan
oleh virus. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh
merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini
akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Cacar air (chicken pox) kebiasaannya hanya akan dialami sekali sahaja
seumur hidup bagi setiap orang. Tapi boleh berkemungkinan juga terkena
lebih dari sekali. Bergantung pada sistem imun setiap orang.