My sweet story...

My sweet story...

Friday, September 28, 2012

Perkahwinan sepupu

 Majlis ni dah hampir sebulan berlangsung baru nak update. Perkahwinan sepupu saya pada 31 Ogos yang lepas di dewan Lembaga Getah Asli. Majlis bermula pukul 8.00 malam, dah lama tak jalan KL waktu malam. Yang menariknya Lembaga Getah Asli ni berhadapan dengan bangunan KLCC

Untuk Abg Izhar dan pasangannya, Selamat menempuh alam perkahwinan dan gembira hingga akhir hayat..


Humaira yang baru bangun tidur


View KLCC dari bangunan Lembaga Getah Asli

Teruja Humaira..bising mulut dia...wah tingginya..

Monday, September 24, 2012

Print gambar menggunakan canon selphy

Sejak zaman kamera digital ni, semua gambar simpan dalam bentuk softcopy je. Jarang sangat print gambar di kedai gambar, betul tak? Hehe same like me..

Sejak Humaira lahir tak pernah print gambar si kecik ni di kedai gambar. Selalunya daddy akan print menggunakan printer pixma. Hasilnya tidaklah secantik bila print di kedai. Bila dah lama gambar akan menjadi kekuningan. Tapi nampak gayanya jangka hayat printer pixma ni tak tahan lama. Buka salah printer yer. Kononnya nak jimat ink, daddy modified printer tu letak ink di luar. Rupanya kalau lama tak pakai, ink akan tersekat2. Mula2 dulu ok bila kena selalu bersihkan TAPI sekarang dah buat perangai. Hanya keluar warna hitam je.

Setelah google di internet, daddy berkenan dengan canon selphy. Kualiti gambarnya sangat cantik dan ketahanan gambar dengan sinar UV sehingga 20 tahun.

Glossy photo dan ink. Ink jenis macam karbon.

Inilah photo printer. Sesuai nak bawa travel, kecil je

Photo album untuk anakanda Humaira dari new born until 3 years ++



Rindu Humaira masa baby...

Pelbagai moment ada..Saat belajar menapak, majlis akikah, breastfeeding...semuanya ada..


Thursday, September 20, 2012

Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika berpantang

Minggu ni usia kandungan sudah masuk 35 minggu. Ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum bersalin. Sebagai persediaan untuk berpantang, hasil carian di internet terjumpa senarai makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika berpantang sebagai rujukan. 

Sebelum bersalin. nak minta tolong husband belikan keperluan makanan untuk orang berpantang dan juga resepi berpantang. Senang nanti, husband kata dia nak masakkan. Sejak saya ada masalah sikit masa trimester kedua hari tu, saya akui rupa2nya husband boleh juga di harap. Sepanjang saya sakit tempohari, dialah yang jaga Humaira dan jaga makan minum kami. I am so proud of you abang...
Baru saya tahu, orang Utara ada yang sampai setahun pantang makan laksa. Laksa boleh menyebabkan urat kembang. Huhu tak sanggup den. Saya takdelah strict sangat bab pantang ni.

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • Bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku











Aik boleh ke makan bungan kantan???Emak saya kata tajam

SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang


Wednesday, September 19, 2012

Kek birthday untuk Mbah Humaira

Last week Mbah Humaira (panggilan orang jawa untuk atuk dan nenek) datang sini. Kebetulan dekat2 dengan birthday Mbah pada 17 Sept. Daddy ajak beli kek birthday pada Jumaat lepas. Mbah Humaira datang hari Sabtu. Humaira memang tak menyabar nak potong kek. Bila Mbah nya sampai hari Sabtu, terus nyanyi lagu Happy Birthday to you. Senyum aje Mbah. Lepas Magrib baru potong kek. 

Untuk ayah, Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. 

Tengoklah aksi budak teruja ni...

Humaira yang excited..

Kek Mbah

Baca doa dulu.

Nak potong kek sama2..

Saturday, September 15, 2012

Bila Humaira karoke

 Tajuk x hengat. Masa balik raya kt Muar, jalan2 di Giant. Daddy gian nak berkaroke plak. Layan kan aje. Rupanya Humaira pun sama naik. Pantang dapat microphone. Tak habis2 dengan lagu twinkle2 little star version Humaira. Daddy kata kalau mat salleh dengar masih boleh faham lagi lah. Hahaha..



Suara emas Humaira..

Friday, September 14, 2012

Aktiviti masak2 minggu lepas

Alhamdulillah masih lagi sihat walaupun dah masuk trimester 3 usia kandungan. Minggu ni dah masuk 34 minggu. Makin nervous.. Last week ramai rakan2 saya datang beraya. Sempat jugalah mak buyong ni main masak2.. Jumaat hingga Ahad ada je rakan2 saya dan husband datang. Sempatlah mak buyong ni masak nasi impit dan kuah kacang instant (mak saya bagi), soto dan nasi lemak. Puas hati dapat sediakan food untuk tetamu TAPI Isnin lepas terus kaki bengkak. Maybe sebab lama berdiri masa main masak2.. Now dah surut dah. Alhamdulillah.. Dessert pula saya buat talam marble dan jelly kelapa. 
 
Talam marble. Resepi DI SINI

Cuaca panas sedap makan jelly kelapa. Saya guna jenama happy grass.

Kek lapis dan kek buah kukus MIL yang bagi. Kebetulan minggu lepas mereka datang sini. Ramai yang puji sedap kek MIL saya buat. Memang teringin nak belajar buat kek lapis tapi bila MIL cakap untuk melapis ambil masa 3 jam. Huhu terus terbantut hasrat. Insyaallah lepas bersalin bolehla belajar. Ramai yang belajar buat kek ni dari MIL, siap buat bisnes lagi. Kek kukus tu pula, nak masaknya ambil masa 4 jam.. Huwaa lamanya. 


Antara kawan baik saya yang datang minggu lepas adalah Zuera. Kenal Zuera masa lepas SPM kami sama2 kerja jadi minah kilang. Tabik spring dengan zuera, dari dulu sampai sekarang dia seorang yang workaholic. Perjalanan hidup dia buatkan saya rasa sangat bersyukur masih punya parents. Sedih dengar dia cerita, raya hari tu balik rumah makcik dia. Tak ambil cuti pun. Dia kata mana nak sama beraya dengan emak sendiri. Ingat lagi masa saya study kt Shah Alam, seminggu lepas emak zuera meninggal baru saya dapat tau. Terus saya cari bas kt puduraya jumpa zuera di Sabak Bernam. Alfatihah untuk arwah ibu bapanya. Semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Mak buyong makin montel

Tuesday, September 4, 2012

BBQ di kampung

Sehari sebelum raya, sempat lagi buat BBQ kat my hometown di Ipoh. Husband cuma beli 2kg je daging kambing yang dah siap marinate. Kebetulan semua adik beradik saya ada, so kakak dan adik saya, Hanif, top up lagi apa2 yang patut. Menu hari tu, kambing, ayam kampung, sosej, ketam, kentang dan buat salad. Memang puas dapat makan.

Disebabkan mak buyong ni tengah pregnant, jadi tukang pemerhati ajelah. Jadi tugas2 khas, menjaga 2 budak kecik. Humaira dengan sepupunya Khaira. Si Khaira ni memang ligat, beza betul dengan Humaira. 


Terpaksa kepong budak ni tak bagi main dekat api. Bahaya. Ada hati nak meloloskan diri ikut celah2 tiang tu.

Sepupu.., buat masa ni baru dua orang je cucu sebelah emak saya.
Akiviti membasuh sebelum BBQ. Kakak dan adik first saya, Fizi.

Adik no 2 saya merangkap tukang sponser kambing juga. Lepas grad saya pernah kerja di Unisem selama setahun. Now adik saya pula kerja di situ. Boleh pulak anak2 buah saya yang still kerja kt Unisem cam Hanif ni adik saya. Dorang kata muka sama.. Tang mana sama, ntahler..

Si Khaira dapat meloloskan diri untuk bersama Acu

Masa untuk bakar.

Kambing setelah di masak..

Berhenti sekejap untuk berbuka puasa. Lepas berbuka sambung balik BBQ. Kakak saya jemput mertua dan keluarganya datang. Maklumlah, rumah dekat je, sekampung. Tak payah gaduh2 nak balik raya mana dulu. Hehe..

Jadi super daddy sekejap..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails