My sweet story...

My sweet story...

Friday, December 25, 2009

Cara melajukan capaian internet

Dibawah merupakan cadangan dari pen.pegawai teknologi maklumat FPM cara untuk melajukan capaian internet anda.

1. Defaultkan wallpaper anda,biarkan kosong. Bagi Windows 98/ME/2K/,d efault wallpaper ialah warna biru muda.Bagi Windows XP tidak dapat ditukar kerana wallpaper defaultnya ialah gambar Bliss. Jika gunakan wallpaper, terutaman yang berwarna- warni ia akan membuatkan PC anda lagging semasa melayari laman web.

2. Klik Start/Run dan taip msconfig.Klik pada bahagian Startup dan uncheck software yang anda fikir anda tidak mahu keluar pada masa anda start komputer anda.Semakin kurang yang keluar pada startup anda semakin lajulah proses permulaan komputer anda dan melajukan loading site didalam internet.

3. Kurangkan atau jangan run software yang terlalu berat seperti Microsoft Word semasa melayari internet, kalau anda ingin full acceleration semasa melayari internet jangan buka software yang lain seperti satu lagi window bagi internet explorer, ini akan melambatkan internet anda.

4. Clearkan segala benda yang terdapat didalam Recycle Bin anda sebelum menyambungkan connection anda ke internet. Tidak lupa juga History anda dan Records. Klik Start/Settings/ Taskbar and Start Menu/Advanced dan klik Clear.

5. Apabila anda connected daripada internet lebih daripada dua jam,restart computer anda dan reconnect kembali. Jika anda terus melayari internet connection anda ke server akan mula drop dan anda akan mula terasa data/connection anda mula menjadi perlahan.

6. Jika anda menggunakan dial up dan menggunakan modem internal/external jangan lupa untuk update driver anda setiap 2 bulan untuk memastikan segala information hardware anda diupdate kerana selalunya driver yang anda dapat daripada CD adalah tidak updated atau yang menggunakan versi lama, justeru itu anda haruslah mendapat update file yang updated daripada site manufacturer modem tersebut.

7. Pada pengguna Internet Explorer, klik ikon Internet Explorer di Desktop dan klik Properties,Klik di bahagian Advanced dan scroll down ke bahagian Multimedia, untick bahagian yang tertulis Play animations,Play sounds,Play videos,Show pictures,Smart image dithering. Selepas ini anda tidak perlulah terkejut apabila anda melayari apa-apa site jika mendapati site itu tidak memaparkan sebarang gambar/flash/ videos kerana yang ada hanyalah perkataan kerana anda telah set untuk tidak download sebarang gambar jadi ia akan melajukan internet anda semasa loading site.

8. Kemudian Klik Start/Settings/ Control Panel/Network ,di bahagian Configuration klik 2X di Dial-Up Adapter dan klik pula Advanced.Klik IP Packet Size dan dibahagian Value pilih Large dan dibahagian seterusnya Record a log file pilih No...Klik Ok dan Ok sekali lagi dan restart komputer anda..

9. Pastikan komputer anda sentiasa berada didalam keadaan yang baik setiap masa,connection akan drop jika komputer anda bermasalah seperti dijangkiti virus.

10. Jangan install game didalam PC anda walaupun mempunyai hard disk yang besar.Biarkan ruang yang lebih untuk swap file semasa anda surfing kerana file yang banyak didalam hard disk anda akan buat komputer lebih kerap hang/jam etc

Wednesday, December 23, 2009

Our 3rd anniversary...

23 Dec 2009, genaplah 3 tahun usia perkahwinan kami. Terasa betapa pantasnya masa berlalu, pejam celik dah seminggu, kemudian sebulan, setahun dan sekarang sudah menjangkau 3 tahun usia perkahwinan kami.

Pengalaman berumah tangga mengajar saya erti tanggungjawab, pengorbanan dan tambah bererti lagi dengan kehadiran benih cinta kami NUR ALISHA HUMAIRA. Atas nama CINTA, lahirlah Humaira pelengkap hidup mummy and daddy.

Alhamdulillah saya rasa bersyukur dikurniakan suami yang penyayang, menerima diri ini seadanya dan yang penting saya sentiasa berasa bahagia bila berada di samping suami. Adat berumah tangga, pasti kadang2 bergaduh, bermasam muka tapi saya selalu pastikan bila terjadi perkara-perkara sedemikian saya akan minta maaf sebelum tidur. Rasa macam tak best la dia takder, rasa janggal. Bagi saya, persefahaman suami isteri sangat penting, ia bukan boleh dicapai sehari dua tetapi merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabarannya mungkin berbeza di awal perkahwinan, pertengahan dan hujungnya TETAPI yang penting kita menerima diri masing-masing seadanya. Perbaiki kelemahan yang ada untuk kesempurnaan rumah tangga kerana kita bukanlah insan yang sempurna, yang tidak lepas dari kesilapan.

2009 bakal melabuhkan tirai, 2010 pastinya akan lebih banyak yang perlu dibuat. We hope next year is going to be more interesting in so many ways. Life, family, carier, etc.. Semoga semuanya akan menjadi lebih baik. We seek best forward bagi kami sekeluarga. Insyaallah..

_____________________________________________________

Ni pula tagged from EZAN. So saya jawab tag ini sempena dengan our 3rd anniversary....

1. First time jumpa with your hubby bila and kat mana?
Jumpa dekat UiTM, hujung thn 2003. Masa tu registration degree untuk student baru. DIA dilantik oleh pihak fakulti untuk urusan pendaftaran pelajar baru. Dan SAYA lah pelajar baru itu..

2. Love at first sight?
No, benci adalah. Belagak giler DIA masa tu. SAYA terlupa nak print slip peperiksaan akhir diploma, so DIA tak nak register nama SAYA.

3. Who is he when the first time u met him?
Hehe ini soalah cepumas. Actually DIA adalah lecturer SAYA. First time jumpa masa registration dan kemudiannya di fakulti.

4. How long it takes for him to ask u out for a date?
Tak ingat, tapi mula2 jumpa kami selalu keluar ramai2.

5. First place dating di?
IKEA

6. How he proposed?
Selepas pergi IKEA, DIA ajak temankan bayar bil Maxis di Taipan USJ. SAYA tunggu dalam kereta sementara DIA pergi bayar bil, tapi sempat lagi pesan ada something nak cakap selepas DIA bayar bil. SAYA dapat agak apa yang DIA nak cakap. DIA sangatlah gentleman, proposed face to face, SAYA yang gelabah..hehe.

Sekarang DIA adalah husband saya, daddy kepada Humaira

7. Special date with your hubby?
23 DEC 2006, hari kami disatukan. Benih cinta kami, lahirlah NUR ALISHA HUMAIRA pada 10 Mei 2009.

8. Changes that he asked you to do?
Tiada. Thank hubby kerana menerima diri ini seadanya.

9. What is about him that you love so much?
Seorang yang caring, penuh dengan sifat penyayang dan kerana dia adalah MOHD NIZAM.

10. What is about him that u wish he would change?
Sebelum kahwin, SAYA minta DIA berhenti merokok, Alhamdulillah he stop SMOKING before married me. B, I really appreciate usaha itu.

Lepas kahwin ni, boleh tak rajin2 tolong mummy buat kerja rumah?

11. You will lose your mind n crack your head when he?
Rasanya tak ada, kalau ada pun simpan dalam hati..hehe. SAYA terima diri DIA seadanya..

12. You will smile tru your eyes for the whole day when he?
when he kiss and hug me and give surprise present to me..lalalalala..LELAKI ini penuh dengan kejutan..

13. complete below sentences
"My love towards my hubby is as big as...?
can’t describe, BUT he know how BIG I love HIM. Betul tak B?


Dear Hubby,
I know you read my blog. Thanks for everything. Semoga abang berjaya dalam apa jua bidang diceburi. Nieda dan Humaira doakan yang terbaik untuk abang. Moga berjaya dalam PHD. Insyaallah semuanya akan dipermudahkan jika kita menjaga hubungan kita dengan ALLAH dan hubungan kita sesama manusia, selain berusaha dan TAWAKAL kepadaNYA.

Seleps akad nikah, 23 Dec


Bersanding, 24 Dec


My Love...



Anugerah terindah, amanah dari Allah untuk dijaga dan dipelihara...

Tuesday, December 22, 2009

jelir lidah

uish..anak dara saper ni suka menjelir lidah. Inilah habit baru Humaira..Kecik2 oklah dah besar jangan buat mcm tu yer Humaira.

ishk..ishk anak dara saper ni...


Dan lagi...


ok senyum skitlah...

Monday, December 21, 2009

Cerita jumaat : Jumpa best friend zuera

Hari Jumaat lepas, ada janji dgn best friend masa zaman study dip dulu. Plan asal nak jumpa di Alamanda tapi punyalah ramai orang so kami decide jumpa di Taman Warisan Pertanian Putrajaya.

Bila jumpa teringat balik zaman study dulu-dulu. Macam2 cerita kelakar kan Zuera..hehe memori yang seronok untuk dikenang..My best friend blog boleh klik SINI

Gelap pula gambar ni, pakai kamera hp sajork


cilok dari blog zuera..


Dina dan Arissa nak adik...

Thursday, December 17, 2009

Selamat Pengantin Baru Shela dan Nafis

Cerita Ahad lepas, saya menghadiri majlis perkahwinan classmate masa degree dulu di Muar Johor. Pasangan pengantin ni dua2 classmate saya, bila masa diaorang bercinta saya pun tak pasti. Memang excited nak attend sebab nak jumpa member2 lama. Ramai yang dah ada keluarga dan anak. Tak sempat nak tengok diorang bersanding, si kenit dah meragam. Maybe cuaca panas, balik terus panas sikit badan si kenit. Alhamdulillah sib baik tak demam..

Pengantin perempuan, Shela


Baru sampai di rumah pengantin


Nak kawan ke?


Classmate, ecak dan idah, masing2 dah ada anak...


Nona, tunangan orang..next year nak kahwin...


awin...

Selamat Pengantin baru Siti Norfazirah & Fazili

Cerita Sabtu lepas, saya pergi kenduri kawin ex officemate di Seksyen 19 Shah Alam. Berseri-seri pengantin dengan baju warna merah. Memang sepadan dan cantik. Semoga gembira melayari alam rumahtangga dan berkekalan hinggan ke akhir hayat yer cikgu. Pasangan ni dua2 bekerja sebagai cikgu Bahasa Inggeris.






Tuesday, December 15, 2009

Selamat Pengantin Bari Emi dan IJa

Perkahwinan sepupu saya pada 6 Dec 2009 di Merawan Indah, Simpang Pulai Perak. Berkurun baru nak upload, ambil masa nak edit gambar. Dan inilah hasilnya...















Friday, December 11, 2009

Jalan-jalan

Masa di Perak berkesempatan pergi Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. Walaupun saya orang Perak bab jalan ni memang saya fail. So kami guna GPS untuk ke sana. Memang tepat destinasi dituju, kadang GPS ni tak tepat, suka bawa ikut jalan jauh.

Sampai di Gunung Lang, Humaira dah tidur, kesian nak kejutkan baby, so daddy ambil gambar waterfall jer. Ada rezeki boleh pergi lagi..






Keesokan harinya, hubby ajak pergi Pavilion. Dah lama nak pergi tapi asyik tertunda jer. Guide by GPS juga, sebab kami tak tahu jalan.

Kami lunch di Nando's Pavilion.





Ini menu saya, malu pun ada semua org tengok ayam tergantung, tak ingat nama menu

Thursday, December 10, 2009

happy 7 month Humaira

10 Dec 2009, genap Humaira 7 bulan...Makin melasak, makin manja, makin banyak karenah, makin banyak akal. Semua benda nak explore.

Humaira milestone:
  • Semua benda dia nak capai dan masuk mulut
  • Makin kuat menyusu, tapi kurang makan (mcmane nak buat yer, bila bagi bubur dia ketapkan mulut)
  • Macam2 daddy belikan mainan, remote astro dah henfon mummy juga pujaan hatinya
  • Makin manja, tak boleh tinggal sorang2, mulalah mengamuk nak cari kawan
  • Dah kenal orang, part ni susah skit kalau org tak kenal ambil, mulalah melalak
  • Pandai kiss orang
  • Susah nak pakaikan pampers selepas mandi, asyik nak meniarap jer. Kalau tak dapat mulalah menangis

7 month girl


humaira dgn maklong dan paklong






Tuesday, December 8, 2009

Cerita balik kampung

Last week hari Jumaat nieda & co balik kampung di Perak, sepupu saya kahwin hari Ahad. Nanti saya upload gambar kahwin my cousin. Layan picture sekitar majlis sajork yer..

Humaira dan Damia, anak cousin saya (gambar kurang cantik guna kamera hp)


Opah kata bengken (bahasa standard garang) Humaira, nak cakar si Damia


Humaira duduk dalam buaian Damia gelabah..hehe tak biasa


Adik beradik saya, Hanif tak ada dlm gambar


My siblings with bride


My mum and Maksu


Dengan Along


Adik beradik saya

Friday, December 4, 2009

December datang lagi

Ada apa dengan December?? Macam-macam ada, cuti sekolah, kenduri kahwin, orang kata bulan 12 musim orang mengawan...betulke???hehe no komen..Rata-rata ramai yang akan busy bila masuk penghujung tahun, dan ramai juga yang akan menghabiskan saki baki cuti yang ada. Yang menariknya bila saya check kalendar start dari minggu hadapan setiap Jumaat akan cuti.
  • 11 dec birthday sultan selangor
  • 18 dec awal muharam
  • 25 dec krismas

Semuanya jatuh pada hari Jumaat, December juga anniversary saya yang ketiga. Okey daa, Selamat berhujung minggu...

Thank you baby snowdrop

semalam check post box ada surat, dapat sample cloth pad dari baby snowdrop. Mummy ada buat entry pasal giveaway dekat SINI. Thank you baby snowdrop, moga murah rezeki..


Wednesday, December 2, 2009

Sesekali Humaira tersenyum

anak dara mummy yang jarang senyum kalau tgk kamera sampaikan daddy cakap awek muka ketat...hehe. Okey daddy ni gambar Humaira senyum khas untuk daddy tau.

senyum seindah suria...


Apa yg kelakar tu Humaira?


jelir lidah skit


mencebik pulak...


senyum simpul...


anak dara saper ni yg kuat menyembur, habis air liur terkeluar...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails