Dua minggu lepas kiteorang makan di Pecel Lele Lela. Orang Indon dan jawa taulah apa itu LELE. Hehe lele tu keli. Restoren ni dari Indonesia, franchais di Malaysia semakin berkembang. Konsep restoren ni lebih kurang macam Restoren Wong Solo. Restoren ni terletak di Seksyen 13 Shah Alam, berhadapan dengan Laman Grill. Senang je nak cari:
86, Jalan Renang 13/26,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia
Husband pernah borak dengan owner restoren ni. Nak buka restoren perlukan modal lebih kurang RM300k. Semua mereka akan uruskan. Pekerja semua dari Indonesia.Trademark mereka, SELAMAT PAGI. So jangan terkejut kalau kita datang tak kiralah tengahari, petang atau malam mereka akan ucap SELAMAT PAGI.
Apa yang menariknya lagi???
Sesiapa yang sambut birthday bolehla makan free di sini. Lagi satu sesiapa nama LELA pun boleh dapat percuma. So far baru ada dalam 15 orang yang namanya LELA. Percuma yang set sahaja,
Inilah set yang ada. Set LELE dan AYAM. Empal Sapi (Daging) tak termasuk dalam set.
Set yang saya ambil. Ayam cabe ijo nama dia. Sedap tapi pedasss. gue dah tak kuat makan pedas. Kalau Wong Solo ada terung berlado tapi di Pecel Lele Lela enggak ada. |
Dan sayur ni termasuk dalam set. Ada jagung. Rasa dia agak pelik bagi saya, masam dan manis. Wakaka |
Total bil yang kiteorang makan. Ada service charge dan gov tax. |
Humaira dapat belon.. |