My sweet story...

My sweet story...

Sunday, October 24, 2010

Ikan Toman

Dah lama ikan ni terperap dalam freezer. Actually kawan hubby bagi masa dia pergi mancing. Kononnya nak masak la hari ni (Ahad). Sekali ikan tu berlendir, mak geli lor. Saya memang tak makan ikan air tawar (orang panggil ikan darat). Kadang2 tengok org makan ikan keli macam sedap je, tapi saya memang takde keinginan pun nak cuba. Lepas bersalin kan Humaira, husband beli ikan haruan, katanya elok untuk sembuhkan luka. Emak mertua saya masak, memang tak hanyir tapi tekak ni tak lalu nak makan. Adalah secubit je, pastu tobat takmo makan dah... hik hik...

Apa nak buat yer dengan ikan ni???dah lah gedabak besar, bau pun hanyir. Tak reti nak siang ikan gedabak macam ni, nak harapkan husband saya siang ikan, lagi dia tak pandai. Kita bagi kucing makan je lah cik abang, kenyang seminggu kucing tu. Dapat pahala..

Ikan toman gedabak, melingkar dalam sinki.

7 comments:

ieda said...

uuhuhuhu akak x makan .. :)

mrs.spicy said...

xmakan ikan darat ke? rugi2..hehe..sodap tu=p

Softtouch [Hanim] said...

haah kan kalu mzua pun xtau nk masak apa. nasib suami muza bkn mkn ikan air tawar/sungai..syg lah plak xmkn..apa kata pg kedai suruh dia siang n masakkan..boleh en nizam makan..

tp ikutlah nieda kalu nk bg kucing pun ok jgk..

normi said...

nieda..masak goreng berlada pun sedap ..

Huda said...

huda pun x suke ikan darat..erm, ape nak wat ek?goreng pon sodap:)

Zaidah said...

cuci ngan air asam atau air limau sbelum tu rendam dalam air yang dicampur ngan tepung gandum..hilanlah hanyirnyer...goreng pun sedap..

Liz Rohaizat said...

sedapnya ikan keli!!!! yum yum... buat bakar pun sedap. buat keli goreng berlado pun sedap. buat keli masak lemak cili api pun sedap. isk.... lapar pulak tiba2

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails