Petang ini bakal berlangsung pembentangan budget untuk tahun 2011 di Parlimen. Kebiasaannya pembentangan budget diadakan dalam bulan October pada petang Jumaat. Kakitangan kerajaan ramai yang tertunggu2 budget petang ini memandangkan kalau tak silap saya sudah 2 tahun kakitangan awan tidak mendapat bonus. Mungkin ada perkhabaran gembira petang ini, siapa tahu kan???
Pagi tadi tengok berita BERNAMA, saham PLUS dibekukan buat sementara waktu. Ini pun ada ura-ura kerajaan akan mengambil alih untuk mengkaji kenaikan tol. Mungkin kadar tol akan dikurangkan???haha...Apa2 pun kita tunggu budget petang ini.
Lagi satu khabar yang dibawa oleh angin-angin menceritakan mengenai pelarasan gaji yang bakal diterima oleh kakitangan awam tapi tiada siapa dapat memastikan berapa peratus gaji yang bakal diselaraskan. Dalam erti kata lain, gaji akan dinaikkan lagi. Bagaimanapun ada khabar yang diterima mengatakan bahawa ia akan melibatkan semua gred gaji, ada pula yang mengatakan bahawa hanya dari gred 1-48 sahaja. Kalau khabar yang kedua diambil kira, mereka yang berada di gred 52 ke atas tidak mendapat apa-apa la ataupun mungkin dapat la wang saguhati, tapi kalau dapat wang saguhati, gred 48 kebawah pula akan melompat kemarahan kerana tidak mendapat saguhati. Mungkin ada pihak melihat bahawa mereka-mereka yang mendapat gred 52 keatas ini sudah terlalu kaya.
Memang susah nak puaskan hati semua orang.Apa-apa pun tunggu je pembentangan belanjawan. Namanya pun khabar angin.

5 comments:
khabar angin memang mcm2 kan..tak sabar gak ni nak tunggu petang kang...! =P
harap2 ada rezeki org gomen....x sabar nak dgr bajet ptg ni...2 thn tau x de bonus...
semoga apa yg di sebut2 menjadi kenyataan kan nieda.. humaira apa khabar?...
best jgk kalu naik tp yg best org gomenlah...muza yg swasta ni hanya tgk jer...:)
Kalau ader pun rezeki buat husband yan. Kiter ni GLC company menumpang gembira jer..
Post a Comment