Friday, June 27, 2014

Jamuan birthday tadika Humaira

Salam Jumaat, penghulu segala hari. Hari Jumaat terakhir bulan Syaaban. Ahad ni Insyaallah kita semua akan menyambut Ramadhan. Di kesempatan ini, nieda nak minta maaf andai anda terkasar bahasa, salah dan silap di mana2. Semoga kedatangan Ramadhan ni memberi keberkatan kepada kita semua. 

Malam tadi menyiapkan kuih puteri ayu dan talam marble untuk Humaira bawa ke tadika. Hari ni ada celebrate birthday untuk anak2 yang lahir dari bulan April hingga Jun. 

Salah satu kuih favorite Humaira
Untuk dibawa ke tadika

 
Kuih talam marble ni favorite husband. Simpan dalam fridge dan makan time sejuk2 memang sedap. Sangat sesuai untuk dessert buka puasa nanti. Nak buatnya pun mudah, tak perlu kukus. Masak terus atas api. Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi di SINI.. Nak buat ni guna tepung Hoen Kwe. Ada macam2 kaler..putih, hijau, merah, kuning. Boleh pilih warna apa yang kita suka



Kaedah penyediaan kena masak 2 periuk secara serentak. Yang coklat tu letak serbuk koko. Mula2 serbuk koko tu akan berketul2, takpe nanti bila dah likat koko tu akan sebati. Masak cukup sekadar likat, dan kelihatan tepi periuk tepung tu meletup2 terus tutup api. terus tuang dalam loyang berselang seli kaler hijau dan coklat. Kena buat dengan pantas sebab kuih ni cepat mengeras.  

Yang ni versi kaler merah

Monday, June 23, 2014

Trick art museum i city

Bawa kids jln2 di i city masa cuti sekolah 2 minggu lepas. Pergi lepas Magrib. Anak2 paling suka tengok hiasan lampu. Dah lama teringin nak masuk trick art museum. Saya just masuk tempat yang basic je kena bayar rm5. Tingkat atas kena bayar rm15. Satu hari nanti nak pergi lagi untuk explore trick art museum dan juga red carpet. 

Ramai yang merungut masuk i city serba serbi $$$. Memang pun. Mainan yang jenis fun fair sekali naik rm5, parking kalau tak silap saya charge ikut jam. Kalau dulu sekali masuk RM10. My husband teringin sangat nak masuk red carpet wax museum. Maybe next time, bawa kids mereka tak minat tempat2 macam ni. Tak habis2 bising nak tengok lampu cantik je. 

Gambar2 di Trick Art museum.. Kalau nak datang sini better bawa kamera SLR. Baru gambar nampak cantik. Yang ni pic taken by hp S2 je. Malas nak bawa kamera gedabak.

Entrance
 
Macam real aje..
Jom naik kuda
With kids..
Jom minum dulu..
 
Takutnya..    

Thursday, June 19, 2014

Ice cream cake sempena birthday

Today is my birthday...hubby kata jom beli kek kt secret recepi. Tapi saya bukanlah penggemar kek termasuklah my kids.  So kita beli aiskrim then jadikan kek aiskrim. Idea ni kalau tak silap saya dalam resepi ringkas facebook. Yang penting dalam rumah ni semua suka aiskrim.

Frust sedikit...selepas habis mendeko kek, time tu lah blackout. Huwaa..kek saya belum cukup keras. Sudahnya aiskrim mula mencair. Sebab tu tak kemas sangat. Kit kat yang mengelilingi aiskrim pun kedudukan dan senget benget disebabkan aiskrim mencair.  terpaksa redha...

Step by step boleh refer gambar kat bawah..Senang je tak payah nak masak2..

Inilah aiskrim kek..boleh juga nak letak kek span kat base. Tapi saya lagi suka letak biskut oreo yang dihancurkan. Time ni lah kat rumah bekan elektrik terputus. 




Step by step:

Oreo masukkan dalam pengisar kering
Dah hancur dah...
Kena guna loyang yang jenis boleh buka dasarnya macam dalam gambar ni..
Letak kit kat keliling loyang. Sebenarnya kit kat saya beli tak cukup. kih kih..lepas tu letak biskut oreo yang dihancurkan. Tekan sampai mampat
Letak aiskrim apa2 flavor pun tak apa. Saya letak 2 jenis flavor. Yang bawah tu aiskrim walls kisses
Aiskrim kedua Almond pecan la cremia nestle
inilah aiskrimya..
Setelah dipotong..kan dah kata kit kat tu senget benget

Monday, June 16, 2014

Kenduri rumah mertua

Hari Sabtu lepas ada majlis kenduri doa selamat di rumah mertua. Semua masak sendiri. MIL saya mmg cekap kerja masak2 ni dan juga dibantu dgn 2 orang adiknya. Tak tidur malam untuk masak2 ni. Alhamdulillah mereka masih lagi diberikan kesihatan yg baik. 

Food mmg variety. Main food nasi beriani, ayam sambal, daging beriyani, acar buah, sayur nenas, ulam2 dan sambal belacan. Nasi impit, kuah kacang dan juga kuah lodeh turut disediakan. Roti boom, kuah kari dan sambal pun ada. 

Dessert mmg banyak. Ada rojak buah, donut, kuih muih dan kek. Cendol pun ada. Kids mmg tertumpu bahagian coklat fountain. Boleh celup dgn buah2an, biskut jejari dan juga marshmallow. 

Coklat fountain
Get ready menanti tetamu...food letak kt tempat parking kereta
Kuih muih
Konon2 tuan blog bakar roti boom. Makan panas2 sodap cicah dengan kari dan sambal bilis, my kids pun tumpang sekaki
Petang tu tetiba MIL order kek untuk kami anak beranak sempena birthday bulan April, May dan Jun. Tq emak dan ayah.
Kek Flavor coklat, strawberry and vanilla. Sedapp..

Thursday, June 12, 2014

Random photo: entry makan- makan

Cuti sekolah ni kerja saya asyik memasak di dapur je demi memenuhi permintaan Humaira yang macam2 nak makan. Next week dah start tadika. Kadang2 pening juga nak sediakan breakfast.Lagi2 bento. Anak dara saya ni lagi prefer mummy sediakan bento walaupun cikgu ada sediakan makanan tetap nak air tangan mumy juga.

Random photo kali ni semuanya bertemakan food...

Buatkan fruit tart demi memenuhi permintaan seorang rakan yang teringin sangat nak makan sejak preggy. Now anak dia dah 2 bulan lebih baru dapat merasa.
Blueberry cheese tart yang tunggu giliran masuk oven. hikk
Karipap...my favorite
Pancake favorite my kids..
Melayan Humaira baking rainbow cookies
Talam marble dan onde2 ni buat untuk potluck officemate daddy
Kids sibuk nak edible image frozen. Nak buat cupcakes malas so kita buat coklat lolipop sudah..
Bila mood malas nak masak, burgerlah penyelamatnya. Suka letak salad banyak2..
Puteri ayu ni favorite Humaira..
Pop cake..Senang je buat ni. Kalau ada lebihan kek boleh cuba buat pop cake. Resepi boleh google kat internet, mmg byk. Gerenti jadi punyalah..
Grilled chicken chop. Sama macam kedai tak? hehe..
Bihun sup untuk kids...

Percubaan membuat black and whire rusian cake..Tak kemas langsung. Yang penting rasa tip top..




Gambar kat bawah ni pula sempat juga saya ambil order dari kenalan. So sesiapa yang nak order boleh komen kat bawah ya..COD area shah alam.

Apam polkadot
 
Coklat lolipop
Crunchy Almond..Sedap tak sedar habis sebalang. Heheh..
Mini pretzel. Sau botol ada 35pcs RM12.00

Tuesday, June 10, 2014

Happy belated birthday Aura


happy 1st birthday Aura. hujung bulan 5 dapat invitation dari Angie untuk celebrate birthday Aura di A&W Batu 3 Shah Alam. Angie ni kawan sekolah masa di Teknik Nibong Tebal dulu. Dah lama tak jumpa, so sekali jumpa mmg excited.

Untuk Aura...selamat hari lahir..semoga berjaya dunia akhirat.