Inap
 Desa, begitulah perkataan sebenar Homestay di dalam Bahasa Melayu. 
Sebenarnya konsep Inap Desa ini sejak beberapa tahun kebelakangan 
semakin popular. Saya kenal ada seorang rakan yang ingin membeli rumah 
ratusan ribu di satu prime location dan ingin menjadikannya sebagai 
Homestay atau Inap Desa dan sudah tentu lokasi yang dipilihnya itu bukan
 desa tetapi di kawasan bandar menjadikan perkataan Homestay lebih 
relevan baginya.
Berbalik
 kepada kisah Inap Desa, baru-baru ini saya berpeluang menginap di Inap 
Desa. Percaya atau tidak. ini merupakan kali pertama saya sekeluarga 
meginap di Inap Desa. Sebelum ini hotel atau chalet menjadi pilihan 
kami.
Inap
 Desa ini terletak di Simpang Pulai, Perak dan tidak terletak jauh dari 
persimpangan ke Cameron Highlands. Saya anggarkan jarak lebih kurang 3 
KM ke persimpangan menuju Cameron. 
Inap
 Desa ini merupakan banglo setingkat berhadapan dengan sekolah dan 
terletak di kawasan perumahan lot. Jiran-jiran dan surau juga 
berdekatan. Kawasan kedai terletak tidak sampai 1 KM dari rumah 
tersebut. Jika naik kereta atau motosikal ke kedai, tidak sampai 5 minit
 tetapi jika jalan kaki, mungkin sekitar 15 minit. Terdapat pasar malam 
di kawasan kedai tersebut pada malam minggu.
Inap
 Desa ini mempunyai 3 bilik tidur di mana bilik utama mempunyai penghawa
 dingin jenis Carrier dan bilik airnya sendiri. Sementara 2 bilik air 
terdapat di bahagian dapur. Dapurnya besar dan mempunyai kelengkapan 
dapur gas, peti ais, cerek elektrik, mesin basuh dan perlatan membuat 
air. Gelas-gelas, pinggan mangkuk juga disediakan. Apa yang menarik 
ialah ruang tamu nya yang besar, saya kira 5 orang boleh tidur di ruang 
tamu. TV juga disediakan walaupun tiada kemudahan Astro tetapi siaran 
FTA amat bagus penerimaannya. 
  | 
| Ruang tamu yang besar | 
  | 
| Ruang menonton televisyen.  | 
  | 
| Dapur yang luas..Kemudahan asas untuk memasak semua ada | 
  | 
| Bilik utama. Dah siap2 bentang comforter untuk anak bujang saya | 
  | 
| Mesin basuh turut disediakan. Sempat juga saya membasuh pakaian | 
  | 
| Bilik ketiga terletak berhampiran dapur. Bentuk dan size bilik kedua lebih kurang bilik ketiga | 
  | 
| Untuk tempahan sila hubungi name card di atas | 
Dari
 segi harga, not bad for this big homestay, kira-kira RM2++ satu malam. 
Sebenarnya saya tak berapa pasti kerana ibu saya yang booking 
untuk penginapan saya sekeluarga dan kedua ibubapa mertua saya. Yang pasti ayah
 dan mak mertua saya suka dengan konsep inap desa ini. Sesuai untuk yang travel
 dua keluarga ke atas. 
 
 
0 comments:
Post a Comment