Kepada pencinta coklat, nak habaq ni, dekat Kota Damansara ada muzium coklat. Selama ni kita tau makan je, apa kata sesekali kita tambah ilmu mengenai asal usul atau sejarah pembuatan coklat.
Muzium Coklat ditubuhkan oleh syarikat pengeluar coklat tempatan, DR
Group Holdings Sdn Bhd. DR Group merupakan syarikat tempatan yang
terkenal dengan jenama Danson, Fidani dan produk terbaru, Farell’s yang
telah diperkenalkan sejak lima tahun lalu. Muzium ni kecil je, dekat dalam tu ada kedai coklat. Pelbagai jenama dan yang penting harga murah sedikit dari harga pasaran. Beza dalam RM1 - 2 dari harga pasaran. Saya banyak borang coklat jenama loacker. Memang dari dulu suka coklat loacker.
Di muzium ini juga kita dapat tengok chef membuat demonstrasi cara penyediaan coklat menggunakan mesin salut coklat, mesin percetakan dan
teknik pencairan coklat. Malangnya masa kami sampai takde demonstrasi.
Muzium ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 5 petang. Alamat Muzium coklat:
DR Group Holdings Sdn Bhd
MSB 2, Jalan Teknologi 3/4
Seksyen 3 Kota Damansara,
Selangor
Main entrance |
2 beradik bergambar di dalam muzium. Kualiti gambar sangat teruk. Guna hp cap ayam je. Huhu |
Pokok apa ni?? inilah buah koko untuk menghasilkan coklat |
Chocolate history. |
Salute pada pengasasnya, Dato' Dahlan Rashid |
Replika coklat. Chef di sini sedia menrima tempahan untuk menghasilkan personal coklat untuk sebarang event. |
Dah habis melawat muzium, jom kita tabur duit di kedai coklat., Macam2 jenis coklat ada dijual. |
5 comments:
dekat jek dengan centre acik.. tu pon xsempat nak pergi lagi, hehehe
new info about chocolate muzium...wow..nak pegi jgk pasni ke sana...
followww.. =)
Baru tau.. thanks info.. blh terjah bila2 ni.. :-)
Menarik..
nieda masuk kena bayar ker?
BSB
Free je masuk
Post a Comment