Selalu cakap dekat hubby nak try buat macaron tapi belum ada confident level lagi, takut tak menjadi. Sekarang ni khusyuk tengok cara2 buat macaron di youtube. Husband kata macaroni ke? tak saya kata macarons. Apa benda tu??  saya copy paste dari blog 
irma apa itu macaron:
Macaron adalah sejenis kudapan/biskut dibuat  dari telur putih, badam kisar dan gula caster. Nampak mudah kan bahan  asas yang digunakan. Tiga je. Ada lagi bahan lain. Food colouring. Bahan  buat filling. Apa yang membuatkan macaron ni mahal adalah bergantung  kepada bahan dan teknik pembuatan yang memerlukan kos yang tinggi. 
Silap  teknik akan jadi mangsa tong sampah. Sedih.  Lepas tu semangat nak buat datang balik. Betulkan pencinta macaron? ;)
Macaron berasal dari Perancis. Kat sana macaron yang terkenal datang dari Laduree atau Pierre Hermes.
Macaron  yang betul menjadi mempunyai permukaan yang rata dan ada feet. Rasanya  crispy diluar dan chewy di dalam. Semestinya macaron mempunyai rasa  manis. Manis sangat. Jangan gelabah okey. Meh nak bagitau. Nak rasa  sedap masyuk, cuba makan macaron dengan teh O pudina tanpa gula. Sedap. 
Nak  bagitahu lagi. Macaron tak sama dengan biskut yang boleh dimakan sampai  10 biji sekali jalan. Tak pasal-pasal ada yang dapat kencing manis  pulak. Saya pun bila beli excited sampai 15 biji sekali borong. Nak  warna tu. Nak warna ni. Bukan beli sebab perisa. Beli sebab warna.   Bila makan, saya makan sebiji atau dua pastu simpan. Tak yah la kalut perabis sekali jalan kan. Kita enjoy sehari  dua biji sambil gigit sikit-sikit. Nyum. Nyum.
Harga mahal. Satu bergantung pada bahan yang diguna. Nak  bagitahu lagi, nak buat macaron ni memerlukan peralatan yang bukan  boleh beli dengan harga RM10 atau RM50 saja. Bukan pakai periuk, sudip  atau dapur gas sahaja. Tak. tak. Macaron tak pandang peralatan macam ni.  Dia nak baring atas silpat yang berharga RM65 sekeping. Nak diukur suhu  dengan digital thermometer yang berharga ratusan ringgit. Dah siap nak  duduk dalam peti ais memanjang. Sekadar menyebut beberapa perkara  sahaja. Itu kami sebagai pembuat macaron tak kisah. Dah minat kan. Stand  mixer harga RM2k pun sanggup beli.
Inilah rupanya macaron yang comel, sape tak teruja tengok..Gambar di ambil dari blog 
Irma
Macarons as a deco for wedding cake..Gambar dari internet

Lagi menyebabkan saya tak confident nak buat sebab ini..huhu sadisnya
Macarons pembuatannya rumit 
   
  | 
|   Nomie dengan pelbagai Macarons yang berwarna-warni.     | 
SETIAP  kali selesai menyiapkan tempahan kek lapis Sarawak pada musim   perayaan, berbaldi-baldi putih telur terpaksa dibuang begitu sahaja.
 Jauh di sudut hati sebenarnya terasa amat berat untuk berbuat demikian.
 Bagaimanapun  hasil melayari Internet, Juraiza Abdul Aziz, 38, atau  senang dengan  panggilan Nomie akhirnya menemui sejenis biskut bernama  Macarons,  satu-satunya jalan penyelesaian kepadanya untuk tidak lagi  membuang  putih telur.
 ''Macarons sejenis biskut berasal dari Perancis ini  adalah penyelamat  kepada putih telur yang selama ini terbuang begitu  sahaja selepas saya  membuat kek lapis Sarawak,'' katanya ketika ditemui  di rumahnya di Lot  5217, Batu 3, Jalan Shapadu Off Jalan Kapar,  Kelang, Selangor baru-baru  ini.
 Putih telur digunakan untuk membuat Macarons sebagai bahan utama.
 Kata  Normie, Macarons ini terdapat dalam pelbagai warna. Ianya  berbentuk  bulan sebesar empat sentimeter dan mempunyai rasa yang manis  (pada  bahagian cengkerang) yang dilapisi dengan jem, krim, coklat dan   sebagainya.
 ''Rasa biskut ini lebih sedap jika disimpan dahulu  dalam peti sejuk  dan sesiapa sahaja yang telah mencuba Macarons pasti  akan mula 'ketagih'  untuk mencari biskut ini yang sememangnya mempunyai  rasa yang luar  biasa,'' katanya.
 Katanya, nama Macarons di  negara ini juga masih baru tetapi bentuknya  yang comel serta  berwarna-warni ini dijangka akan mampu menyaingi  populariti kek cawan  tidak lama lagi.
 Tambahnya, Macarons bukan sahaja sedap malah  sesuai untuk dijadikan  sebagai hantaran untuk majlis pertunangan,  perkahwinan ataupun sebagai  'kek perkahwinan'.
 Bagaimana kata Normie, bahan utama membuat biskut ini tidak banyak iaitu putih telur, gula dan serbuk badam.
 Tetapi  katanya, sebiji Macarons dijual dengan harga RM2.50 dan  pastinya  dikatakan lebih mahal berbanding biskut biasa kerana proses  membuatnya  memang rumit dan banyak pantang- larang.
 Jelas Nomie, selama  setahun juga beliau mengambil masa untuk mahir  membuat Macarons  termasuk membaca buku serta membuat percubaan demi  percubaan. 
 ''Guru saya hanya blog dan Youtube di Internet selain membeli buku mengenai Macarons secara online,'' kata bekas setiausaha ini.
 Katanya,  disebabkan tidak menghadiri kelas maka banyak cabaran  ditempuhnya  kerana kebanyakan resipi di Internet ini tidak memberikan  maklumat yang  tepat cara membuat Macarons.
 Lama kelamaan akui Nomie, beliau  mula mendapat formula terbaik di  mana Macarons ini sebenarnya bukan  biskut biasa kerana ada  pantang-larang ketika membuatnya.
 ''Macarons sebenarnya sukar untuk 'menjadi' di kawasan yang mempunyai iklim panas lembab seperti negara kita ini,'' katanya.
 Sehubungan  itu, tidak hairanlah Nomie hanya akan menghasilkan biskut  comel yang  berwarna-warni dan manis ini mulai pukul 12 tengah hari  hingga enam  petang sahaja.
 Malah katanya, beliau akan menghentikan sementara  aktiviti membuat  Macarons jika di musim hujan kerana akan menyebabkan  permukaan biskut  turut lembab.
 Katanya, proses untuk menggaul serbuk badam dan meringue  juga  perlu dilakukan dengan cermat supaya apabila adunan diangkat dari  senduk  ia akan jatuh dengan berlipat baharu cekerang yang dihasilkan  menjadi  elok.
 ''Jika silap menggaul akan menyebabkan cengkerang menjadi keras serta mudah pecah,'' katanya.
 Jelas  Nomie, pada bahagian bawah biskut ini juga mesti ada 'kaki' di  mana  jika selepas dibakar ia leper sahaja maksudnya biskut ini  dikategorikan  'tidak menjadi'.
 Tambahnya, selepas dipaipkan permukaan adunan mesti dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum dibakar. 
 Nomie berkata, proses untuk membakar Macarons sebenarnya cepat kerana hanya mengambil masa selama 12 minit sahaja.
 Kata  Nomie, setelah yakin dengan kemampuan dirinya menghasilkan  Macarons  maka mulai Februari lalu baharu dia mula menerima tempahan  Macarons.
 Malah Nomie juga turut membuka kelas untuk membuat biskut ini yang terhad kepada empat orang sahaja untuk satu sesi.
 Katanya, yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 016- 2951473 atau melayari laman web www.keklapis.com.
sumber : kosmo online