My sweet story...

My sweet story...

Monday, January 31, 2011

Kuching - Day 1

Sampai di Airport Kuching lebih kurang dalam pukul 2.00 petang. Sebenarnya daddy booking seat kami depan sekali, bila check dekat internet ada passenger sebelah kami. Memandangkan flight tak berapa penuh masa beli tiket di kaunter daddy minta tukar seat belakang sekali. Privacy sikit untuk breastfeed Humaira. Balik pun kami tukar seat. Sampai di Kuching Pakcik Humaira dah tunggu di airport, terus bawa kami ke hotel 360. Rehat2 sekejap kemudian jalan2 di shopping mall bersebelahan hotel 360 sementara menunggu waktu Magrib. Kalau dari hotel, level 3 boleh menghubungkan ke shopping mall.

Sebelum ke Kuching memang saya dan search internet tempat menarik di Kuching. Memandangkan ini pertama kali saya ke Kuching, jadinya memang perlu untuk tahu serba sedikit tempat yang ingin di tuju di Kuching. Kata maklumat di hujung jari. Hehe..

Malamnya aktiviti makan seafood. Based on review kt internet ramai yang rekomen di Top spot. Memang hari biasa pun ramai orang makan kt sini. Banyak gerai, sampai je kat sana ramai peniaga akan pelawa makan dekat kedai mereka. pandai2lah korang nak pilih. Tempat yang kami tuju mestilah ABC corner, ramai yang rekomen makanan kt sini sedap.

Kami order lobster masak pedas. Daddy Humaira memang dah aim nak makan lobster. Seekor rm40. Ikan kerisi masak 3 rasa, butter prawn, sayur campur dan nasi empat orang makan. Semua masakan memang sedap, style masakan macam chinese. Servis memang tip top. Sekejap je semua hidangan dah sampai. Total harga makanan rm105 dan air buah dalam rm10.

Selepas makan, ambil angin dekat waterfront. Cantik pemandangan waktu malam. Sungai dekat waterfront tu memang meriah dengan aktiviti air. Kalau nak ke seberang sana naik sampan 50sen seorang, tapi daddy awal2 lagi dah bagitau takkan naik. Mati hidup semula pun belum tentu dia naik. wakaka..Dia sangatlah penakut dan gayat, takkanlah saya nak naik seorang diri. Katanya dahle takde life jacket, buatnya terbalik mati katak. Masing-masing tak pandai berenang.

Dalam pukul 10 kami balik ke hotel. Puas hati dapat makan lobster. to be continue day 2 di Kuching..

Humaira yang takde perasaan naik flight


View dalam flight. bahagian seat belakang tak ramai pun passenger


Dah selamat beradu. Penatttt


di awan biru..


di Top spot, kedai ABC yang marvelles


Nilah lobster tapi dah siap potong


Jalan2 di waterfront waktu malam




** owh ada yang suruh saya review flight firefly ke Kuching. Frankly speaking ini adalah kali pertama saya naik flight nak review lebih2 pun tak boleh. FIrefly satu company dengan MAS. Bagi saya ok, takdelah bising macam firefly yang pergi destinasi ke semenanjung. Firefly Sabah/ Sarawak guna Boeing 737, sama dgn Air Asia yg guna Airbus.


Yang ini hubby saya komen.
Firefly ke Sabah Sarawak guna Boeing 737, sama dgn Air Asia yg guna Airbus. Tahap kebisingan sama dengan Boeing 747 ke London. Firefly dalam semenanjung guna kapalterbang lain, rasanya Fokker. Bunyinya lagi bising.
Lagi satu, Firefly Sabah/Sarawak guna enjin jet macam Air Asia and rest of other big airlines, Firefly dalam Semenanjung guna enjin turboprop (kipas besar). Enjin turboprop ni lebih rasa melambung kalau kena angin kuat sebab enjin turboprop kelajuannya lebih perlahan dari enjin jet.

For the record, 2 kes MAS terhempas dan menyebabkan kematian ialah pada tahun 1977 di Johor Boeing 737 (lebih kurang sama jenis dgn Firefly Sabah Sarawak) menyebabkan 100 orang mati. Terhempas sebab dirampas oleh pengganas.

Kes kedua, Fokker MAS (yang diguna oleh Firefly utk penerbangan semenanjung) terhempas di Tawau tahun 1995, 34 orang terbunuh. Terhempas sebab angin lintang rasanya.

Airbus 300 (yang macam air asia guna) pernah terhempas juga di Subang Airport tahun 1983 masa nak landing dalam hujan lebat, tiada kematian.

Not bad for MAS, almost 1.8 million flights (until end of 2004) dan cuma 2 je terhempas dengan kematian.

12 comments:

Suziey Ahmad said...

erkkk xmoh arr baca terhempas2 ni..hehe..hope kt sume dilindungi :D

cam best je food tu..hehe

Lily@MamaZaraZareef said...

pernah gi kuching dulu tp mase tu kazen yg bwk jalan so cam tk puas..hehe..sbb byk lepak umah die dr pi jalan2..=p..klu ade rezeki nk gi sane lagilah..tunggu nieda citer byk2 psl kuching..=D

Ena said...

bestnyer jalan2 ke sana

Ena said...

bestnyer jalan2 ke sana

OneSue said...

fuh..mahal gak lobster tu kak ek..tp klu sekali sekala..memang puas hati...emm bila laturn saya kesana plak...nak kumpul duit..nak kumpul duit..he he he

NzA said...

jgn lupa ikan terubuk masin kt pasar satok.....ikannya sedap....

riefda said...

bestnye dapat jln kn nida.ida xmerasa lg naik flight ni,nk jln jauh ngan hubby pun xle lg coz eknomi xstabil lg n xcuti yg sme

[leily.laily] said...

wahhh... seronoknya leh gi makan angin!! cepat apdet gambo2 lg yer.. =)

Jasfyra said...

beshnya mkn seafood..ni xsabar nk p kuching ni..hihi.oo,kalo p sabah/srawak naik boeing ek..ok la kan.sbb flight beso..mau survey2 la nanti.

comey la baju humaira tu..acik jura nk gak lah cari tok kakak2 awak nanti

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam nieda,suka ler Humaira naik kapal terbang....ada ambil gambo dkt kucing baru tak?

Softtouch [Hanim] said...

bestnya..muza xpernah mkn lobster lah...sukalah humaira ye p jalan2...

anie said...

xtau la rupanye klu ariQ klu naik flightkan..humaira ok je ye..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails