My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, January 11, 2011

Aktiviti Humaira dengan Atuk dan Nenek Muar

Petang Sabtu Atuk dengan Nenek Muar datang rumah. Sudah tentu ada ole2 untuk Humaira. Kali ni neneknya bawa cereal. Memang favorite food Humaira. Bertambah excited lah dia. Malam tu macam biasa Humaira mesti tidur lewat, nak main dengan atuk dan neneknya. Hampir pukul 12.00 tengah malam baru tidur. Kesian Atuk Humaira, penat drive ditambah dengan kereta breakdown dekat Seremban. Hampir sejam menunggu baru settle. Sampai rumah kena layan cucu pula.

Hari Ahad Nenek Humaira nak pergi rumah adiknya di PJ, mummy malas nak join. Apa lagi, menangis lah nak ikut atuk dan nenek dia. Langsung taknak turun dari dukungan atuknya. Sudahnya, mummy terpaksa dalam rela ikut juga pergi PJ.

Sampai je dekat PJ, kebetulan rumah nenek saudara Humaira tu berhadapan dengan playground. Tak senang duduk dibuatnya, asyik ajak pergi playground. Mummy malas nak layan. Yang jadi mangsa, atuk Humaira lah. Si kecil ni tarik tangan ajak pergi playground.

Mummy snap dari rumah. Playground ini buat Humaira tak senang duduk


Mulalah aktiviti Atuk mengejar cucu


Layan main


Main lagi...


Dalam kereta, berkepit dengan nenek dia pula. Hanya akan cari mummy bila nak menyusu sajork..


Awal pagi Isnin dalam pukul 7.40 pagi Atuk dgn Nenek dia dah balik sebelum Humaira terjaga dari tidur. Selalunya kalau mereka balik Humaira pasti menangis nak ikut. So terpaksalah mereka balik awal.



*Hurmmm, nenek nak aje jaga cucu. Tapi mummy tak sanggup lah nak ulang alik ke Muar. Jauh tu. Tak sanggup rasanya nak berpisah lama2...

11 comments:

Izwa Kamaruddin said...

pengsan atuk nk kejar humaira..kekeekeke...:D

Unknown said...

budak2 kalau dpt playground mmg x mo balik dah :) husna asal nampak je..dia sebut mainan..

NM02 said...

ala... nenek ngan atok dah balik ker? sunyi le humaira ye..

Dee said...

alahai..humaira dh biasa tu tgk playground mesti main..kalo x kesian playground tu xde sapa nak gi main..hehehe..

Ain said...

sukanya humaira atuk ngan nenek datang...

sarah pulak jenis takut ngan atuk n nenek dia. nak kata jarang jumpa, kadang tetiap minggu balik jenguk dorang...

[leily.laily] said...

cucu kesayangan nenek & atuk la ni..
hihii, sonot dorang leh jumpa cucu ni.. rajin melayan karenah si tecit tu yep..

Softtouch [Hanim] said...

nenek n atuk ni nieda mmg kalah ngan cucu dorangkan...amoi berkepit humaira ngan nenek dia..xpe, mummy boleh rilex..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam nieda,sayang atuk/nenek memang akan lebih dari anak sendiri.

adarnadzmie said...

manjanya humaira ngan atuk dan neneknya.. jadi cucu yang baik tau..

NzA said...

cucu mmg rapat dgn atuk n nenek.....

Nia said...

iee,..anak saya rapat dgn opah dia, sbb kami tunggu rumah kami siap, jadi duduk sekali. tapi Diha jadi manja yg amat, sbb tok & opah dia selalu backing dia..huhu

Baby&Me Shopping Style Contest

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails