My sweet story...

My sweet story...

Saturday, January 15, 2011

Jadilah pengasuh yang bertanggungjawab

Minggu ini isu pengasuh memang menarik perhatian mummy. Rata2 blogger ramai yang menulis isu ini. Tentang TASKA KURANG AJAR dan mummy jumpa dalam facebook INI. Astagfirullah, mengurut panjang mummy.

* sob sob *

Apa motif sebenar pengasuh ni? Kasihan sungguh melihat anak2 yang ditutup dengan kain atau bantal semasa tidur. Tak terfikir ke pengasuh tersebut akan risiko yang bakal berlaku? Jagalah amanah mak bapak anak2 ini dengan sebaik mungkin. Bukannya jaga free tau, semuanya RM.

Mummy sengaja google tentang taska ini, dan terjumpa satu blog yang anaknya juga ditutup dengan kain ketika sedang tidur DI SINI. Lepas ini memang wajar setiap ibu bapa buat spot check dekat taska untuk mengelakkan insiden begini berlaku.

Ya Allah, jauhkan anak2 kami dari malapetaka.

11 comments:

mrs.spicy said...

kan. ape motif dieorang buat mcm tu pon tak tahu lah. tak berhati perut betul. yang bantal tu paling kesian.=(

mamalieyna said...

tak snggup nak tengok! bila tgk teringat anak sndiri, bila bayangkan rasa nak menangis!..ntah apa jenis orang la sggup perlakukan budak2 mcm tu..mintak2 Allah bg petunjuk!

MamaAiman said...

risau betul saya..takut lemas je budak2 tu..macam2 kan kalo nak senang :(

anie said...

Eee..dasyat tul.dian tgk bdk2 tu..husband aku tgk pun tekejut dia.harap2 ank kita xmcmnie la

Ummi Salsabila said...

Sedihnya kalo anak2 sendiri dibuat mcm tu..;(
sampai hati depa...

Parent sometimes kn terjah taska jg anak2 kite.kn buat spotcek slalu..pantau cmne dorang jg anak2 kite.

Farra Dhelina said...

tak berhati perut betul..!!

~ana~ said...

Diaorg ni jenis nak senang kerja je kan. Duit nak tp jaga main2 plak..mcm2 jenis manusia skrg ni kan..hu3x.,

BIONIC WOMEN said...

teruk betoi lah kan???
saya sampai skang masih fobia nak antar pengasuh....hati ni dah lama memberontak nak kerja semula, tapi tiap kali keinginan tu kuat, tiap kali tu ler cerita macam ni semakin hebat kedengaran..tertunda ler niat..x sampai hati bayangkan anak kita org buat gtu

Mrs.Eady said...

mmg giler buat anak org mcm tu...

Softtouch [Hanim] said...

tau jgk pasal taska ni..sedihnya..terbyg anak sndiri kat taska..harap2 xdelah mcm nie...

normi said...

geramm tul tgk nursery yg buat mcm tu ngan anak2 tu.. sbb tu la jd mcm2 cerita sekarang ni.. siann tgk anak2 tu mcm nak nangis jer w/pun bukan anak kita.. ya ALLAH lindungilah anak2 yg tak berdosa ini...
Minta parents pantau anak2 di nursery ok..

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails