My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, February 2, 2011

Kuching - Day 2

Lepas breakfast di hotel kami bersiap-siap untuk jalan di waterfront. Naik teksi dari hotel kena charge RM14. Sepanjang deretan jalan ada kedai menjual souvenir. Harga setiap kedai berbeza sedikit, dan boleh tawar menawar. Kebanyakan kedai jual souvenir lebih kurang sama seperti fridge magnet, T Shirt, key chain, tikar, dll. Dekat sini saya banyak beli fridge magnet, jatuh cinta nak buat koleksi. nanti saya buat giveaway . Dekat kaki lima kedai banyak jual kek lapis Sarawak. Boleh cuba sebelum beli, satu rm10 kalau beli 5 dapat percuma satu. Cuma tak banyak pilihan seperti kek lapis Dayang Salhah.

Jalan-jalan di waterfront. Penat mendukung si kecil ni. Kami tak bawa stroller.


Deretan kedai @ waterfront


Tengahari Pakcik Humaira datang bawa kami lunch dan ke Pasar Satok. Beli ikan terubuk masin. Sedap kalau makan panas-panas. Banyak gerai menjual ikan masin, saya beli di gerai UITM (Usahawann Ikan Terubuk Masin).
*Tip kalau nak menggoreng ikan masin. Rendam dalam air garam lebih kurang 5 minit. Kurang kemasinan ikan tu. Saya tak suka makan ikan yang terlalu masin. Petua dari emak saya.

Time ni Humaira dah start mengantuk. Meragam, nak dukung dengan mummy je. Rasa nak tercabut pinggang. Hilang mood nak berjalan di wisma satok


Usahawan ikan terubuk masin


Dah membeli-belah balik hotel. Kasi Humaira charge tenaga dulu tidur . Ingatkan lama la si kecil ni tidur, setengah jam je. So petang tu banyak masa lagi bawa Humaira mandi pool. Lama juga berendam, menangis taknak naik. Daddy tak bagi Humaira berendam lama sangat sebab dia tengah batuk dan selsema.


Lepas Magrib keluar jalan-jalan cari makan. Pakcik Humaira bawa kami makan di waterfront. Daddy jatuh cinta dengan air teh 3 layer. Bawah sekali gula kabung, susu dan teh. Memang menarik. Mummy order fresh orange. Food dekat sini mahal sedikit, biasalah kawasan tumpuan pelancong. Fresh orang tu RM6.


DUN Kuching, salah satu mercu tanda negeri Kuching.


Kesian Humaira kepenatan, sempat tertidur lagi masa kami tengah dinner


Dah sampai sini wajib abadikan moment terindah di replika kucing.


Shy shy cat...hehe




to be continue day 3...

9 comments:

Softtouch [Hanim] said...

alolo..comelnya humaira tertidur tu...sian dia..air teh 3 layer tu..xpernah cube lagi..ooo gula kabung bawah tu...xtaulah muza

♥ Mrs.Eady ♥ said...

wah...syok nyer jln kat kuching..

Jasfyra said...

sekali lagi..beshnya..beshnya..ahahaha..

yelakan wak,kalo bwk anak jalan baya2 humaira dia mmg nk berkepit je.kita penat la sket.tp seronok kan.

gambar last yg sebelah awak tu along ke?

[-suziey-] said...

oo pasar satok..aah org ckp kt situ mahal sket..sbb dorang tau pelancong ramai g situ kan..

hehe lawak la humaira smpai tertido kt meja..kesian je tgk..letih sgt tu:p

LiLy @ MumMyQiStInA said...

BESTNYE CUTI2..

HUBBY KITA ORG SARAWAK..TP SAMPAI SKRG BLUM PERNAH LG CUTI2 KE KUCHING..BALIK KG HARI TU PON TRUS KE SIBU JER..PASTI 1HARI NK GAK P KUCHING.. :)

anie said...

aduh suka tengok gambar humaira tido kat meja tu..memang nampak sgt letihnye

Farra Dhelina said...

ala shian nya humaira tertido tu..nmpk letih sgt ye..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

salam nieda, kesian tengok gambar humaira tertidur letih sangat ler tue.

- Leena - said...

bestnye berjalan..aku plan nk g cameron bulan 4 tp xjd..sbb nk balik kg bln 5..uhukuhukuhuk..sadiss

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails