My sweet story...

My sweet story...

Friday, January 28, 2011

Hotel 360 Kuching

Kami baru balik dari bercuti di Kuching Sarawak dari 24 Jan - 27 Jan 2011. TQ daddy for the nice trip. Banyak gambar nak dikongsi dalam blog ini untuk tatapan di kemudian hari. Tapi hari ni just nak review hotel penginapan kami dulu di Kuching.

Kami menginap di 360 hotel. Cuti kali ni 4 hari 3 malam, plan asal nak tukar2 hotel tapi bila memikirkan masalah logistik kami menginap di 360 hotel je. Daddy booking secara online di SINI atau join facebook mereka di SINI. Bilik sangat besar, masa sampai je dekat bilik Humaira lah manusia paling sibuk sekali. Excited dia. 3 malam kami di sini hargaRM405.00.

Lokasi hotel ni jauh sikit dari kawasan waterfront. Kalau nak menginap di hotel ini better ada transport atau sewa kereta. Macam kiteorang ada uncle Humaira yang bawa kami jalan2 kt bandar Kuching. Kalau naik teksi dari hotel ke watefront dalam rm13-14 ringgit. Perjalanan lebih kurang 5 minit je.

Bersebelahan hotel ini ada shopping mall (Hock Lee Centre), dekat level 3. Tetapi shopping mall ni biasa2 jer, nothing special. Dekat ground floor ada jual waffle dan jagung. Kalau nak beli barang2 keperluan ada mini market SMART kt level bawah sekali. Kami memang beli maggi sebab kt kawasan hotel ni susah nak cari halal food. Ada satu kedai baby kt bawah tu, Cutie Kids sempat juga grab kasut dan beg mickey mouse untuk Humaira. Lagi satu 360 hotel takde cafe yang kita boleh order food bila2 masa. Cuma breakfast disediakan. Itupun, rasanya mereka tak masak kt situ.

Swimming pool di tingkat 3, ada pool untuk dewasa dan kanak2. Bawa Humaira mandi masa hari ketiga, tak masuk pun pool untuk dewasa. Kedalaman 1.5 meter, tak pasal2 nanti lemas. So better teman Humaira je sebab children punya pool hanya 0.5 meter. Takde life guard. Mummy teman Humaira mandi sebab utama ada facility washing machine dan dryer. Self service dan tentunya FOC. Kalau takde facility ni memang takkan mandi pool punya, tak kuasa nak hangkut baju basah balik semenanjung. Cuma washing machine ni hanya ada dekat selected floor je. Best, tak perlu bawa balik baju kotor.

Gymnasium di tingkat 4, banyak juga peralatan untuk exercise. Cafe di tingkat 18, breakfast je ada food. So far food ok. Security memang superb, nak naik lif kena ada access card baru boleh tekan nak ke level berapa. Access card hotel ini sangat intelligence. Selalunya kat hotel lain guna apa2 card pun elektrik boleh ON tapi tidak di 360 hotel.

Yang giler internet memang sesuai lah menginap dekat sini. Boleh ONLINE free dan memang disediakan wayar internet. Setiap bilik memang ada iron dan hair dryer. Bathroom pun ok, walaupun kecil sedikit. Kiteorang punya bilik takde bathtub.

View hotel, kalau tak silap ada 20 level


Pool


Bilik kami, Humaira paling sibuk. Dia dah grab telefon hotel dulu


ada dua partition antara bilik tidur dan tempat simpan pakaian.


View dari luar, kami menginap di tingkat 16


Dalam lift, security memang tight

15 comments:

Huda said...

wah..patutla senyap je nieda :) best x?nnti cite lg yer psal kuching :)

chugie said...

bestnye cuti2..

NM02 said...

ishh.. nengok gmbr hotel kamu, rasa tak sabar nak p kuala pilah dan palace hotel ni.

mrs.spicy said...

waa..ok jgk hotel ni..harga pon berpatutan la..

˙·٠•●♥ Cik Puan Mimi ♥●•٠·˙ said...

wah bestnya. dah lama mimi tak pi kuching. last pergi thn 2005. dulu mimi duduk kat hilton betul2 depan waterfront.. tp hotel yg nieda duduk ni macam best jer.. harga pun leh tahan gak .. tak mahal sangat

Softtouch [Hanim] said...

bestnya.....xsabar nk tgk pic2 nieda holiday...

☆ lieya latif ☆ said...

ohoooooooooooooooooooo nieda & co pi cuti2 kat kuching rupenye...best2.....tak sabar nak tgk pic2 yg lain nieh...sure sonok ni kan......sikecik tu suke laa yeak ....bercuti2 jauh jalannye....

♥ Mrs.Eady ♥ said...

wah...syok nyer!!

Zaidah said...

bestnyer cuti....cantik view hotel tu....tengok gambar macam dekat area riverside betul ker...

Jasfyra said...

wah..bestla hotel tu.kemudahan banyak dan paling penting murah!!!!450 tok 4 hari 3 mlm..berbaloi2..kami pun ada plan nk p kuching.mebi ptengahan or ujung tahun..bln depan nk p langkawi dulu..1 by 1..hehe

mamalieyna said...

waaah bestye..tak sabar nk tgk pic humaira lagi..dan lagi..di sana..^_^

MamaAiman said...

wah..bestnye humaira dapat jejalan kuching!taksabar nak dengar cite dari mama humaira ni!

ezan said...

we want more! hehehe

cantik la hotel ni. kalo g kuching leh try sini pulak...

LiLy @ MumMyQiStInA said...

OWH..BARU BLK BERCUTI YER..
SYOKNYE..

[-suziey-] said...

oo g sarawak..insyaAllah kt g kuching awl bln 5..byk ke tpt menarik kt snaa..kami pegi nnti 5 hari..huhu xtau nk g mana dh..mcm terlebih hari jek booking flight..hahaha

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails