My sweet story...

My sweet story...

Friday, June 10, 2011

Celebrate birthday Humaira

Kali ni celebrate birthday Humaira kecil-kecilan je, takdelah macam tahun lepas buat doa selamat. Tunggu Humaira besar sikit, insyaallah kita buat lagi macam tahun lepas. Sebenarnya plan nak buat pizza sekali, mummy Humaira malas yang amat masa tu nak buat topping padahal bahan semua dah ada. Jadinya kek dan coklat ajelah.

Mummy doakan semoga Humaira membesar menjadi anak yang solehah, mentaati orang tua dan berjaya dalam hidup. Murah rezeki Humaira, walaupun takde celebrate birthday besar-besaran tetap ada yang sudi memberi hadiah. Nanti mummy upload gambar hadiah untuk Humaira.

Kek birthday Humaira. simple deco. Daddy hantarlah mummy pergi kelas deco cake please...


Terpegun Humaira tengok lilin. just nyalakan lilin je..


Mummy and Humaira get ready to cutting cake


See...lupa betul nak beli pisau kek, jadinya kena guna pisau ni..huhu kena awas si kecil ni. Gaun Humaira pakai pemberian dari Opahnya

Thursday, June 9, 2011

Kek dan coklat untuk Humaira

Minggu lepas gigih mummy siapkan kek dan coklat untuk anakanda Humaira. Tak plan pun nak buat semua tu, semuanya gara-gara Humaira dapat pamphlet kek Upin & Ipin masa jalan2 di SACC. Tiap-tiap hari tunjuk kek cakap nak mamam. Humaira memang peminat setia Upin & Ipin. Sempat juga lah mummy search internet nak order kek Upin & Ipin tapi disebabkan nak kek tu cepat semuanya tak dapat nak buat. Mummy nak sambut birthday Humaira bersama family yang datang minggu lepas. Kesian Humaira

Jadi, gigih mummy ke kedai menjual peralatan bakery untuk penuhi permintaan si kecil ni. Nasib baik ada kedai ada jual edible image gambar Upin & Ipin tapi saiznya besar sedikit. Lepas tu nampak edible image mickey mouse nak moh pula (Humaira panggil mickey mouse, MOH)

Inilah edible image yang dibuat dari kertas gula. Harga sekeping (besar A4) RM10.50


Inilah cup cakes hasil decoration dari mummy..tangan takde seni so kita buat simple je. Humaira bukannya nak makan kek tu, yang dia makan edible image mickey mouse


Ini kek moist untuk Humaira. Kosong je sebab nanti nak letak word happy birthday. Kelakar je deco macam ni


Kemudian buatkan coklat ada edible image macam ni. Dalam tu letak biskut oreo. Puas hati tengok Humaira tersenyum walaupun dia tak makan pun coklat tu. Macam biasa gambar juga yang dimakannya


Disebabkan coklat compound banyak lagi, nak perabihkan kita buat coklat bar. Letak bijirin beras jadilah macam crispy. Resepi ada kt SINI



Inilah hasilnya, siap balut lagi. Sebenarnya lepas balut nak buat cover coklat tulis word happy birthday. Tapi sebab dah lama tak guna adobe photoshop, dah lupa caranya. Nak explore pun tak cukup masa, si kecil ni kacau mummy je



Coklat ini khas untuk anakanda Humaira. Sangat puas hati dapat buatkan semua hasil air tangan mummy. Hehe



Muka budak happy. First impression dia eh..ABC. Haha




* nanti upload gambar Humaira potong kek pula

Wednesday, June 8, 2011

Review Astro Super Package

sumber dari blog husband, saya copy paste shj.hehe

6 Jun 2011, ketika saya browse internet saya melihat beberapa ruangan forum sedang berbicara mengenai Astro yang akan mengumumkan monthly rate yang baru. Apabila saya buka website Astro.com.my, telah ada satu page baru mengenai kadar bayaran bulanan yang bakal dikuatkuasakan pada 11 Julai, iaitu hari dimana beberapa channel baru seperti Disney Junior, Sundance HD dan Discovery HD dan Astro Super Sport HD 2 akan dilancarkan.

Sebelum ini pakej Astro saya ialah :-

Family+2 mini package+Sports+Movie+ HD Service dimana jumlah sebenar yang perlu saya bayar termasuk cukai ialah kira-kira RM 133.

Dan apabila saya membuat pengiraan berdasarkan monthly rate yang baru di laman web Astro, additional cost yang perlu saya bayar selepas 11 Julai ialah RM 141 termasuk cukai iaitu lebih RM 8 dari previous rate.

Tiba-tiba terpandang pula pakej baru Astro Super Pack dan yang sudah tentu menarik minat saya ialah Super Pack 1. Harganya RM 125 dan selepas ditambah tax, saya akan membayar harga yang sama dengan rate lama saya.

Panggilan ke Astro Customer Service dibuat untuk menukar pakej ke Super Pack 1 dan penukaran dibuat almost immediately. Saya ada bertanya pada mereka sampai bila promosi ini akan berakhir dan kata mereka ianya akan berkekalan.

Dibawah ialah perbandingan pakej saya sebelum dan selepas penukaran.

Sebelum. Harga sebelum cukai RM 125.90 dan apa yang dapat ialah :- Family + Fun + Learning + Movie + Sports+HD Service

Selepas. Harga sebelum cukai masih maintain RM 125 dan apa yang saya dapat ialah:- Family+Fun+Learning+Variety+Movie+Sports+Mustika+ABO Tayangan Hebat+HD Service+PVR Recording.

Yang saya boldkan semua adalah pakej baru yang saya perolehi berbanding pakej lama. Variety boleh ditukar kepada News, yang penting untuk pakej Super Pack 1 ini ialah perlu ada 3 mini package.

Untuk makluman, jika tiada super package maka saya perlu tambah RM 12 sebulan untuk Mustika, RM 9.95 sebulan untuk ABO Tayangan Hebat dan RM 10 sebulan untuk PVR Recording.

So, now enjoy the channels especially HD channels, kualiti HD memang sharp, google HD TV dan SDTV untuk compare, untuk makluman TV3 masih dalam SD.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails