
Lamanya blog ini bersawang. Permulaan September semoga mood rajin update blog..Visit a Mitsui dalam bulan Syawal, baru hari ni nak update. 
Lokasinya
 ialah kira-kira beberapa kilometer sahaja sebelum KLIA dan KLIA2. 
Kedudukan yang berhampiran dengan kedua-dua KLIA ini meriangkan hati 
anak-anak saya kerana mereka seronok tengok kapalterbang terbang rendah.
Sebenarnya
 sebelum Ramadan lagi hajat nak ke Mitsui tetapi masa tidak mengizinkan. Berbekalkan kisah-kisah
 dari rakan-rakan tentang Mitsui seperti kedai tak banyak buka lagi, 
parking tak bagus, orang ramai sangat, saya gamble ke Mitsui. Lagipun, 
kalau orang ramai sangat, saya plan nak terus ke KLIA2 melihat-lihat 
shopping complex disitu. 
Apabila
 kami sampai di Mitsui yang berlokasi berhampiran masjid KLIA, saya 
dapati masih banyak lagi parking. Orang pun tidak terlalu ramai di 
Mitsui dan pada pandangan saya, Antara yang 
saya tinjau ialah kedai perfume dan sudah tentunya outlet seperti Puma, 
Nike, Adidas, New Balance, Timberland, Hush Puppies, Clark dan banyak 
lagi.
Hasil tinjauan saya mendapati bahawa :-
1.
 Perfume CH 212 VIP yang husband baru beli sebelum raya di sebuah pusat 
membeli belah dengan harga RM 214, di Mitsui harganya RM 160.
2. Beberapa perfume 50ml seperti CH, Bvlgari dan beberapa jenama lagi boleh didapati dengan harga bawah RM 150. 
3.
 Hush Puppies, kasut open shoes, saya tinjau di sebuah pusat membeli 
belah, seminggu sebelum hari raya, harganya rata-rata RM 3xx. Di Mitsui,
 selepas diskaun, harganya RM 139.
4. Saya beli kasut Nike, harganya bawah RM100 iaitu Rm 80. Harga sebenar katanya RM 200.
5.
 Banyak juga pilihan barang-barang di Mitsui, itupun kalau kita tidak 
cerewet memilih. Tidak semua perfume ada di Mitsui, saya difahamkan 
bahawa ia bergantung pada stok yang sampai. Stok berubah-ubah. 
Barang-barang lain juga begitu, bagi saya yang tidak berapa cerewet ini,
 no problem. Browse sahaja apa yang ada, itupun sudah cukup banyak untuk
 dipilih.
6.
 Seorang rakan yang kerap ke Mitsui memberitahu bahawa harga boleh 
berubah-ubah. Yang ini saya tidak pasti kebenarannya kerana ini kali 
pertama saya ke Mitsui.
7. Parking luas. 
8.
 Ketika saya sampai di kedai Nike pada tengahari, kami bebas keluar 
masuk. Pada sebelah petangnya apabila kami ingin masuk kembali ke kedai 
tersebut untuk membeli kasut, terpaksa beratur panjang, hanya dibenarkan
 sejumlah customer yang berada di dalam kedai pada sesuatu masa.
9.
 Terdapat customer yang membeli beberapa pasang kasut Nike sekaligus, 
mungkin untuk dijual kembali atau memang gemarkan kasut Nike.
10.  Menemani husband membeli backpack di kedai Adidas, ada kira-kira 6-7 pilihan beg, agak 
lama husband di sini kerana memikirkan beg yang cantik, size kecil, 
yang size besar dan cantik, warna cerah pula dan tiada tempat simpanan 
laptop. Akhirnya beli beg adidas F50 warna hitam.
11.
 Beg adidas yang husband saya beli, setelah check di internet, harga jualan
 ialah RM 229 di luar negara (setelah diconvert ke RM). Di Mitsui, saya 
beli dengan harga RM 160, harga asal RM 220.
12.
 Mesin parking tak banyak, saya parking di satu lokasi berhadapan dengan
 pintu masuk Mitsui (Mitsui ada beberapa pintu masuk), tak banyak 
kenderaan di sini dan saya sangka saya dapat tempat yang bagus, rupanya 
terpaksa berjalan jauh untuk bayar tiket parking di mesin.
13.
 Foodcourt harga seperti di kopitiam, a bit expensive but its okay. 
Belikan anak dara saya fish and chips, harga RM 18. Fast food kegemaran 
anak-anak saya iaitu KFC dan McD tiada di Mitsui.
14. Kalau berkenan dengan satu kasut tu, nasib-nasib lah kalau ada size. Warna kasut pun tidak banyak pilihan. 
15.
 First time di Mitsui saya diperkenalkan dengan kasut Skechers. Size kasut besar memang banyak di Skechers. Bakal  dikunjungi lagi untuk pembelian
 kasut akan datang. Kasut Skechers dari USA ini amat sesuai untuk orang yang bersaiz kaki besar kerana di outlet ini ada simpan stok size besar, ringan dan lembut 
serta sesetengah kasut yang tapaknya akan adjust sendiri mengikut 
kesesuaian tapak kaki kita, cuma harga Skechers sedikit mahal, namun 
Clark lebih mahal lagi dan kedua-dua jenama ini sudah pun dijual di 
Mitsui dengan harga DISKAUN. Skechers untuk kids pun sangat cantik hingga anak dara saya pun teruja nak. 
16. Parking 1 jam Rm2. Tiket parking saya berharga RM 12 sebab saya spent 6 hours di Mitsui.
17. Surau disediakan. 
18. I will be back kalau duit poket kembali cukup.
![]()  | ||
| Hasil dari Mitsui | 
![]()  | ||
| Budak-budak seronok main di Mitsui | 
Apa-apa
 pun, perkara yang paling wajib setelah ke Mitsui ini ialah, poket 
rabak. Apabila poket rabak, kena lah bekerja keras kembali untuk 
menjahit poket tersebut.


1 comments:
haaabagus pun awa kupdatekan pasal ni..sebab saya tgh berkira-kira nak pegi ke tak sebab mmg nak cari kasut skechers!
Post a Comment