Tote
menurut Wiki ialah ‘to carry’ dan bermula sekitar 1940an ianya menjadi
kegilaan wanita di USA. Saya secara peribadi mempunyai beg tote
berjenama dan saya sukakannya sebab beg tote ni besar, ada anak
ini macam-macam boleh disumbat dalam tote. Lagipun tote ni trendy dan
menepati gaya wanita urban masa kini, tetap stylo.
Dalam
tote saya ada wet tissue, handphone, power bank, semuanya ada. Kalau
lelaki mungkin mereka suka pakai beg di belakang macam beg laptop tapi
kita kaum hawa ni lebih sesuai dengan tote, nampak lebih feminin.
Korang pernah tonton rancangan siri popular iaitu Sex And The City yang satu ketika dahulu? Jika ya, maka anda pasti kenal dengan karakter empat rakan yang tinggal di bandar New York, menceritakan tentang hidup mereka dalam mencari cinta dan kehidupan.
Daripada empat orang ini antara karakter yang paling disukai ramai ialah Samantha Jones. Seorang wanita yang mempunyai karier yang menarik, personaliti yang hebat dan seksi serta cita rasa yang sangat bagus terhadap fesyen. Samantha adalah contoh jelas wanita
urban masa kini yang begitu hebat dalam bergaya. Beliau sentiasa tampil dengan stail fesyen terkini dengan busana yang anggun dan koleksi tote bag yang paling cantik!
Bagusnya
tote ni, kita boleh menggayakannya sambil memakai pelbagai jenis
pakaian kerana terdapat pelbagai design tote dari segi material dan
warna. Saya kebetulan meninjau-ninjau Zalora untuk melihat design tote
dan koleksi cheap tote bag yang
mengujakan, bukan sahaja ada design yang cantik-cantik tapi juga
menawarkan harga-harga yang menjimatkan, maklumlah dengan keadaan
ekonomi sekarang ini, kita sentiasa mencari sesuatu yang value for
money.
Dulu
masa petrol murah memang seronok lah window shopping kesana kesini
mencari bag tote yang kita berkenan dan sesuai, tetapi semua ini memakan
masa,tenaga dan wang. Nak bayar petrol lagi, duit parking lagi, nak
hadap jem lagi. Bayangkan dah kesana kesini tapi masih juga tak jumpa
tote kita.
Dengan
kemudahan online shopping seperti Zalora ni, boleh window shopping dari
rumah sahaja, tak payah makeup tebal tebal, rambut macam sarang tebuan
pun kita boleh window shopping. Kalau takde connection internet dirumah,
boleh je guna mobile internet smartphone. Kalau rasa tak berkenan
dengan barang yang telah dibeli di Zalora, jangan risau kerana Zalora
mempunyai terms and condition yang melindungi pelanggan.
Oleh itu, apabila, point your browser to cheap tote bag dan terokailah pelbagai design tote dengan harga yang menarik. Selamat membeli belah secara maya.