Minggu ni nak masuk 26 minggu sudah usia kandungan. Isnin lepas saya ada appointment dengan pakar sonografi untuk buat detail scan adik. Dokter pakar O&G sarankan agar saya buat detail scan disebabkan masalah bleeding. So melalui detail scan kita boleh mengetahui perkembangan baby secara 'mendalam' bukan setakat luaran sahaja tetapi ianya meliputi 
organ2 dan bahagian2 dalaman baby seperti otak, jantung, paru2, buah 
pinggang, tulang hidung, tulang belakang, mulut, genitalia dan 
sebagainya..so dari situ boleh dikesan samada normal atau tidak 
perkembangan baby kita..semuanya diambil ukuran untuk mengetahui status 
perkembangan baby kita..
Detail scan ni saya buat di UMRA Medical centre, memang dah biasa check up masa pregnant Humaira lagi. Harga pun reasonable. Untuk detailed scan ni  harga adalah RM120. Tempat lain saya survey kebanyakkannya RM200 dan ke atas. Kita akan dapat gambar dan cd semasa proses detail scan dan selepas itu baru jumpa pakar O&G. Alhamdulillah, dokter kata perkembangan adik semuanya nampak normal. Harap2 adik akan terus sihat dalam tummy. Kedudukan uri pun sudah jauh ke atas. 
Mummy letak gambar adik sebagai kenangan di masa akan datang. Ada banyak gambar adik tapi mummy letak 5 keping je. Kalau ikutkan detail scan adik besar seminggu dari usia kandungan. Masih normal. Ikut tarikh period adik bakal lahir pada 25 Oct ni tapi melalui detail scan tarikhnya 14 Oct. Kedudukan adik masih songsang, kaki di bawah dan kepala di atas. Dokter kata jangan risau, adik masih kecil lagi, ada banyak masa untuk adik pusing. Berat adik dalam 950gram
![]()  | 
| Ukuran kepala dan juga otak | 
![]()  | 
| Kalau tak silap mummy, yang warma merah tu aliran darah ke jantung. Doc kata jantung adik nampak normal | 
![]()  | ||||||||||||
| Tulang belakang | 
![]()  | ||||||
| Muka adik..Tangan adik dua2 kt kepala.. Tunjuk peace kt mummy ke dik?? Hehe | 
 LAST BUT NOT LEAST JOM TENGOK GENDER ADIK.. HEHE..
 *
*
*
*
* 
![]()  | 
| Nampak tak anak panah tu??? Its a boy. Hehe sorry dik, nanti mummy delete gambar ni. Ramai sangat request nak tau gender adik. | 
Apa itu detailed scan? (sumber di SINI)
Kebanyakkan wanita akan ditawarkan 
'detailed scan' pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada
 bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau
 anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada 
bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal 
kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan 
dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan 
dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak.
Apakah kebaikan ‘detailed scan’ ini?
Detailed scan selalunya 
akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 
min. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia 
bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya 
organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup 
aliran jantung, lengan,jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka 
dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia 
dalam keadaan yang baik.
Pakar sonografi juga akan membuat ukuran 
kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran 
bayi berada dalam kadar memuaskan.Keadaan dan lokasi uri juga akan 
ditentukan untuk mempastikan ia dalam kedudukan normal. Secara 
ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan 
fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.
Apakah ketidaknormalan yang boleh dikesan oleh 'detailed scan' ini?
Ketidaknormalan yang boleh kerap dikesan melalui detailed scan termasuklah:
- Anencephaly ( tiada otak )
 - Exomphalos/gastroscisis – masalah perut
 - Spina bifida- masalah saraf tunjang
 - Diaphragmatic hernia
 - Hydrocephalus- air berlebihan dalam otak
 - Masalah buah pinggang
 
Dan lain-lain
Walaubagaimanapun,
 masih terdapat sedikit peluang yang bayi anda mungkin mengalami masalah
 walaupun semua nampak normal kerana ultrasounds juga mempunyai 
limitasinya yang tersendiri. Sebagainya contohnya, detailed scan sukar 
mengesan bayi ‘ Syndrome Down’ kerana ia melibatkan kecacatan kromosom 
bukannya  fizikal bayi.
Bolehkan scan menentukan jantina anak saya?
Sepatutnya pada masa ini jantina bayi sudah dapat ditentukan dengan jelas.





12 comments:
tahniah...26 minggu sudah ;)
alahai comel nampak baby angkat tangan tu...hehe...
yang 3D tuh eB x reti nk tgk... camner la yer? pelik eB nih :)
anyhu tahniah, spsg la kan? :)
wah tahniah...sepasang....
wah bestnya u dpt sepasang anak :)
wahhhh dapat boy... suka kan.. :)
Boy kan..Tahniah...
moga mummy & baby sentiasa sihat..
tahniah..sepasang sudah..suka tgk detailed scan..cute je tgk baby dlm womb..
Lama xsinggah sini...singgah je rupanya nieda mengandung ye..tahniah!!!!
alhamdulillah...dpt sepasang laa nieda yeak...lieya plak nak lompat bintang hepi heheeheh
Tahniah3x! dah dapat sepasang dah..alhamdulillah!
salam sis,
nak tanya.klinik umra yg sis buat tu kat mana? sy dok kat shah alam.mber ada gtau aritu.area sek15 xsilap sy.harga normal scan brapa ek kat umra?sbb saya xpenah scan lagi..dah 17w now.g gov misi/doc xmau scan lagi.huhu
Post a Comment