Wednesday, November 30, 2011
Pembantu baru di dapur
Selamat Pengantin Baru Khairul dan pasangannya
Ahad lepas kenduri kahwin sepupu husband di Bangi. Tema perkahwinan warna kuning, so sweet.
Selamat pengantin baru...Semoga gembira melayari hidup berumahtangga
Humaira asyik tengok ikan dalam kolam.
Tuesday, November 29, 2011
Kenduri doa selamat
Hidangan untuk kaum muslimah di dapur. Apam polkadot tu saya buat.Hehe
Bontrot..Orang jawa taulah apa benda tu..hihi..Bungkus kuih dan sedikit buah tangan dari mekah, kurma, tasbih dan keychain.
Emak tengah layan tetamu menikmati manisan dari Mekah dan juga air zam zam
Selingan..Aktiviti wajib Humaira balik kampung..Berendam dalam bathtab
Anak dara mummy kalau suruh posing laju je..Jubah dengan tudung embah Humaira bagi. Labuh, dalam kepenatan sempat lagi embah Humaira repair...Otw balik elok je pakai jubah dan tudung, sampai rumah baru buka..
Thursday, November 24, 2011
Menyambut mertua di KLIA
Humaira macam biasalah, nak berdukung. Bad mood kacau tidur dia. See...ramaikan saudara mara menunggu ketibaan jemaah haji
Bersama family Cik Cham (adik emak).
Sudah nampak jemaah haji mula keluar...
Hanya sempat ambil gambar emak di parking lot aje. Ayah dah jalan laju ke depan. Suka betul Humaira, macam2 Embah dia beli ole2 untuk dia.
Pagi tadi husband ada present untuk topik PHD dia. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Risau juga sebab malam tadi husband tak cukup tidur, dia pun nampak nervous masa nak pergi present tadi. Panel tu kata clear topic, almost perfect, and panel tu wish dekat supervisor husband...tahniah juga untuk supervisor u for doing a good job. For husband, congrates..ini baru permulaan..Banyak lagi cabaran, orang kata PHD ni Permanent Head Damage. Harap2 tidaklah sampai macam tu.. Hehe..
Kejap lagi kami akan balik Muar. Malam ni ayah dengan emak nak buat kenduri doa selamat sikit. Bagi husband rest sekejap sebelum gerak balik kampung..
Tuesday, November 22, 2011
Kiriman ketiga dari tanah suci
Dijangka mertua akan sampai Malaysia malam esok (24 Nov) jam 2 pagi. Insyaallah husband dan sepupu dia akan ambil di KLIA. Semoga mereka selamat pulang ke tanah air. Mummy dengan Humaira masih berbelah bahagi nak turut serta atau tidak ke KLIA. Pukul 2 pagi Humaira tengah tidur, kalau bawa stroller nanti tak muat pula beg ayah dengan emak nak letak dalam bonet. Masih samar2 sama ada ayah dan emak akan tidur rumah kami atau rumah adik emak di PJ. Pagi tu husband ada hal yang sangat penting yang tak dapat dielakkan. Dia kena present proposal di IPSIS. So awal2 pagi dah kena gerak ke main campus. Pagi Khamis tu ayah dengan emak memang nak balik Muar, so terpaksa minta tolong sepupu husband hantar balik Muar. . Mummy belum pasti dapat balik Muar atau tidak, bergantung kepada daddy sama ada boleh habis awal atau tidak presenatation tu. Malam tu emak dengan ayah nak buat doa selamat sikit, panggil orang surau je dalam 30 orang.
Isnin lepas sampai..macam2 ada
Terselit juga mainan untuk cucu kesayangan, Unta...Bila on punyalah Humaira takut. Berlari dekat daddy bila unta tu berjalan.
Unta yang berjalan..Humaira penakuttt
Tahniah buat pasukan Malaysia
Humaira lagi bersemangat. Petang tu dah siap pakai jersi Malaysia..Heheh
Tahniah ye Pasukan Malaysia.
Monday, November 21, 2011
sleeping beauty
Friday, November 18, 2011
Cucur udang dan kuah kacang
- 1 cawan tepung gandum (1 sudu besar tepung diasingkan)
- Beberapa ekor udang (untuk diletakkan di atas cucur)
- kucai
- 1 biji bawang dihiris halus
- 1 sudu kecil yis
- 1 sudu kecil baking powder
- secubit garam
- pewarna kuning atau serbuk kunyit
CARA PENYEDIAAN:
1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas
2.Masukan Yis kering kedalam Tepung kacau rata.
3.Masukan garam,daun kucai, perwarna kuning ke dalam tepung.
5.Panaskan kuali.Tentukkan api dapur untuk mengoreng cucur tidak terlalu keras.Medium memadai.Jangan pula terlalu kecilkan api.Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak.Hasil Gorengan pertama anda akan memberi keputusan yang anda perlu sesuaikan api dapur anda. Gorengan pertama mula dengan satu atau dua dulu.
6.Tepung yang diasingkan (1 sudu besar) masukan sedikit air supaya menjadi likat.Masukkan udang besar yang dibersihkan supaya belumur dengan tepung likat ini (sebagai gam). Ini menentukan udang yang goreng diatas cucur, tidak mudah bercerai semasa gorengan.
7.Cara goreng cucur mempunyai berbagai cara. Untuk gorengan cara mamak adalah cara yang mudah.Gunakan sudip ambil sebahagian tepung dari bekas tepung dan letakan udang besar (dilumur tepung) diatas tepung yang perlu digoreng. Masukan kedalam kuali.
8.Walau pun masa gorengan tergantung pada size dan kawalan api dapur kebiasaannya sekiranya gorengan cucur sedia masak akan timbul ke atas permukaan minyak gelembong udara akan terhenti. Apabila gorengan bertukar warna kekuningan emas biasanya cucur telah sedia masak. Keluarkan dari kuali dan letakan di atas kertas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.
Resepi kuah kacang pula saya intai resepi Azlita dari blog masam manis DI SINI. Owner asal resepi ni adalah Dayang Jack di my resepi. Percubaan pertama membuat kuah kacang. Husband kata sedap cuma kurang pedas. Kalau ikutkan resepi asal letak 5 sudu besar cili kisar tapi stok kat dapur boleh dapat 2 sudu je. Memang tak pedas
- 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
- 5 biji bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- 1 batang serai*
- 1/2 inci halia *
- 3 cm lengkuas*
- 1/2 inci belacan bakar*
- 1 batang serai (diketuk)
- 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
- 2 sudu makan gula merah/gula melaka
- garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
- air secukupnya
CARA PENYEDIAAN:
- Kisar bahan2 bertanda *
- Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
- Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
- Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya. Hidangkan setelah masak.
- Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa.
Untuk Humaira mummy buatkan cucur jagung. Si kenit ni tak makan udang. Kombinasi yis dan baking powder membuatkan cucur naik dengan cantik dan lembut. Serius memang sedapppp...
Thursday, November 17, 2011
Ikan kerisi masak pedas
Masak pun main campak-campak jer
Wednesday, November 16, 2011
Kuih lopes
Khamis lepas saya puasa sunat, teringin nak makan kuih lopes. Sejak kahwin ini kali kedua saya buat kuih lopes, husband tak berapa gemar makan. Saya sorang je yang makan lebih baik beli. Saya buat pun sikit je, 1 cawan pulut tapi tetap tak habis. Dah selamat masuk cik tong, membazir je kan.
Kali ni saya guna resepi dari sifu chef Hanieliza. Dulu rajin intai-intai fotopages Kak Liza kalau takde idea nak masak. Sekarang Kak Liza aktif menerbitkan koleksi buku masakan. Emak mertua saya ada 15 koleksi buku resepi Kak Liza, dia kata buku ni bagus. Semua yang MIL cuba menjadi. Saya cuma ada satu je, iaitu koleksi kuih kukus.
Kalau ikut step by step gerenti jadi..
I follow the resepi..cuma saya kurangkan separuh dari sukatan. Yang makannya sorang je
Cara Kak Liza, pulut tu diletakkan dalam mangkuk kecil. Saya ikut style emak saya, balut dengan daun pisang. Aroma daun pisang kan wangi.
Taraa...dah siap. Lepas ni kalau teringin nak makan kena beli ajelah. Membazir je kalau tak habis
Tuesday, November 15, 2011
Koleksi fridge magnet
Di Subang Parade ada satu kiosk menjual koleksi FM dari oversea. Saya pernah bersembang dengan owner kiosk tu, dia dapat sebab kawan2 dia ramai pilot. Kualiti FM sangat bagus sebab tu dia jual mahal. Ada yang mencecah RM20-25 bergantung kepada kualiti. Amcorp Mall pun ada jual FM, harga tak pasti. Kalau nak murah di Pasar Tani Shah Alam pun ada...
ole-ole dari Perth
Saya lekat FM di dua bahagian, satu depan fridge, satu lagi di bahagian sisi. Sebabnya fridge saya rendah, so kalau lekat semua di bahagian depan, senanglah cik adik manis nak ambil. Suka curi mummy punya FM.
Ini salah satu kerja cik adik manis dah buat dengan FM mummy. Perasan tak donut tu, dah kena gigit. Geram sangatlah tu, sebab donut tu lembut, cik adik manis ingat boleh makan. Kalau nak minum pula, mummy nak tu, tunjuk pepsi.
Bahagian depan
Bahagian sisi
Cik adik manis yang shantek...
Monday, November 14, 2011
sang kancil masak lemak
Kawan hubby bagi kancil hasil dari berburu di kampung masa raya haji lepas. Kancil ni kecil je rupanya, tak banyak pun isi nya. Saya???? minta maaflah memang tak makan. Memang dari dulu makanan pelik2 ni saya tak suka cuba dan takmo cuba. Pelik sangatlah.
Saturday, November 12, 2011
Aiskrim cendol untuk anakanda
Mummy buatkan aiskrim cendol. Warna gelap sikit sebab mummy gunakan gula merah je dan campur sedikit santan. Jadilah....
Inilah acuan comel tu...
Excitednya si kecil ni
Gerammmm
Friday, November 11, 2011
Dunia si kecil
Mainlah Humaira dalam playtent ni.
Penuh dengan bola.
Ini pula sepupu Humaira. Balik raya haji minggu lepas terkurunglah Khaira dalam ni. Mama nya kata Khaira lasak sangat, harus duduk dalam ni.
Mummy belikan juga basikal dan potty train untuk Humaira. Sehingga hari ni masih gagal potty train Humaira lagi. Basikal tu Humaira naik asyik jatuh je, ringan sangat. Kesian dia, kedekutlah mummy ni nak beli jenis berat. Harga basikal tu rm20 je.
Wednesday, November 9, 2011
Selamat tinggal Avanza
Sebelum pakai Avanza, kami guna kereta Proton Perdana. Lepas tu jual juga bila selalu sangat meragam. Memang desperate nak jual sebab banyak duit habis untuk maintain kereta ni tapi problem tak juga settle. Mungkin usia Perdana ni pun dah lama, tu yang meragam. Tak dinafikan Perdana antara kereta yang selesa bagi saya compare dengan Avanza. Kami beli Avanza ni pun tergesa-gesa.
Yang bagusnya kereta MPV tak payah fikir kalau nak bawa barang banyak mana pun. Semuanya boleh sumbat je, pasti muat. Kelemahannya pula, kalau pergi pasar nak beli barang basah seperti ikan, daging kena sediakan kotak bertutup untuk mengelakkan kereta berbau. Bila pakai kereta sedan, nak balik kampung kena pandai bajet. Tak boleh bawa barang banyak sangat nanti tak muat bonet. Takpelah daddy, nanti kalau kita dah ada anak ramai kita tukar MPV balik yer. Huhu...
Mengemas kereta sebelum bertukar tuan.
Semoga Avanza ni dapat tuan baru yang baik. On the way untuk hantar ke Toyota HQ
Bye bye Avanza. Tinggallah Avanza ni di Toyota HQ Seksyen 15 sebelum TopMark datang ambil. Sob ...sob
Tuesday, November 8, 2011
Apam polkadot
Thursday, November 3, 2011
Roti jala
Saya copy paste resepi untuk simpanan di kemudian hari.
Bahan-bahan
- 150 gram tepung gandum
- 2 biji telur gred A
- 200ml air
- 200ml santan - dari 1/2 biji kelapa (saya guna santan kotak 100ml santan dicampur dengan 100ml air)
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit (saya guna pewarna kuning)
- 1/2 sudu teh garam
- Satukan tepung gandum, telur, serbuk kunyit, santan , air dan garam dalam mangkuk adunan. Tapis jika berketul-ketul. Adunan hendaklah sederhana cair. (saya masukkan semua dalam blender dan tapis...huhu senang kerja semua akan sebati)
- Gunakan kuali non stick. Dengan menggunakan acuan roti jala, tuangkan adunan dan pusing acuan biar adunan membentuk jala. Setelah garing, angkat dan dilipat empat. Buat proses yang sama hingga adunan habis.
- Hidangkan dengan kuah kari
Roti jala..
Inilah bukunya..