Hari bapa disambut setiap tahun pada hari Ahad minggu ketiga bulan June. Sama macam hari ibu, takde fixed date. Tahun ini hari bapa jatuh pada 19 June 2011, celebrate berganda nampaknya. 19 June juga merupakan my birthday. Tahun ini merupakan tahun terakhir sambut birthday dengan angka 2 series. Tahun depan dah masuk 3 series pula. Cepatnya masa berlalu, masih ingat lagi masa umur 19 tahun tak sabar2 nak masuk 20 tahun. Konon nak jadi dewasa. Itu pengalaman hampir 10 tahun yang lepas! Sekarang ni rasa taknak berganjak ke angka 3 series. Walau macamana pun setiap tahun umur pasti menginjak juga. Age is just a number. Hidup kena selalu ceria barulah nampak muda belia. Hehe
Melalut pula, sempena hari bapa pada Ahad ini, mummy dan Humaira nak ucapkan Selamat Hari Bapa buat hero kami, daddy. Terima kasih atas segala-galanya..
Dedicated to my lovely hero...
DIA adalah ketua keluarga kami
Dia sangat menyenangkan hati kami
DIA sentiasa ada di sisi bila kami memerlukan
Pakaiannya susah benar berganti
Biarpun lusuh dipakainya tanpa jemu
Katanya biarlah DIA selekeh asalkan isteri dan anaknya bergaya
DIA rela berpenat
Mencari rezeki untuk anak dan isteri
DIA seorang yang berani pertahankan hak
Bila ada yang menyakiti kami..
DIA itu adalah hero kami
Dia itu adalah DADDY kami
Sangat istemewa di mata kami..sangat.
Dia banyak berkorban untuk kami..
KAMI sayangkannya…
Doa dan harapan buatnya
Agar dirahmati olehNYa
Murahkanlah rezekinya, panjangkanlah umurnya, sihat tubuh badannya
Untuk daddy Kami…
Selamat Hari Bapa, Jasa dan pengorbanan daddy tak mampu dibalas
Kerana keikhlasan daddy membuatkan kami gembira
Meniti hari-hari mendatang..
Kami sayangkan daddy, sangat sayang…
*istemewa untuk daddy