Saya mulakan dengan proses urusan memohon talian Unifi. Husband saya membuat  permohonan di TM Shah Alam, tidak menggunakan sebarang ejen ataupun  tidak ke mana-mana TM Point, sebaliknya terus TM Shah Alam. Kenapa  saya berbuat demikian? Kerana teringat pengalaman memohon talian  Streamyx pada tahun 2007 di salah sebuah kedai TM Point dimana akhirnya  permohonan Streamyx kami dilontar seperti bola ke sana dan ke sini. Dalam erti kata lain, kalau direct terus ke TM Shah Alam proses lagi cepat.
 
Di TM Shah Alam seksyen 11, selain dari mengisi borang permohonan  Unifi, saya juga mengisi borang permohonan memotong talian Streamyx dan  talian telefon. Borang permohonan pemotongan saya serahkan kepada  seorang pegawai bertugas di bahagian pemotongan sementera borang Unifi  saya serahkan di kaunter Unifi TM Shah Alam. Ini kisah hari Selasa.
Kakitangan TM mengatakan bahawa beliau tidak mahu menjanjikan apa-apa  kerana permohonan Unifi terlalu banyak. Saya anggarkan dalam masa  sebulan barulah mereka akan memasang Unifi saya, paling cepat pun dua  minggu dan saya juga menjangkakan pemotongan Streamyx akan dibuat  secepat mungkin, tapi tak apa sebab saya masih ada Maxis Wireless Broad  Band. Owh sebelum ini bil streamyx atas nama saya, kali ni unifi atas nama husband saya. Walaupun dulu bil streamyx atas nama saya, yang membayarnya husband la. Kenapa tiba-tiba ramai orang mohon Unifi? Sebab sekarang ada promosi percuma yuran pemasangan (RM 200)
 
Itu kisah hari Selasa dan apabila saya pulang ke rumah, Streamyx  masih boleh berfungsi jadi saya menggunakan Streamyx saya seperti biasa  malah terasa semakin laju pula, cuma kalau tengok Youtube masih perlu  tekan pause sehinggalah data telah hampir separuh streaming baru tekan  play kembali.
 
Hari Jumaat panggilan telefon diterima mengatakan bahawa TM akan  datang memasang Unifi pada Jumaat hadapan. Bermulalah episod kelam kabut  mengemas bilik belakang untuk dijadikan tempat ber Unifi. Memang plan asal bilik belakang nak buat bilik study memandangkan husband saya tengah buat PHD, so biarlah dia ada tempat untuk belajar dengan selesa.
Hari Rabu dapat panggilan telefon dari TM. ‘Saya dari TM,  nak tanya ada apply Unifi kan? Pemasangan hari Jumaat kan? Kalau  kitorang nak cepatkan hari Khamis boleh tak? Kalau tak boleh tak apa,  kita boleh ikut schedule asal’. Jawapannya, okey sahaja. Sebenarnya hari  Rabu ni kami dah mula gunakan Maxis Wireless Broadband sebab Streamyx  dan talian telefon sudah dipotong. 
Khamis 2.30 petang. Dua pasukan yang turun, satu pasukan ada dua  orang. Satu pasukan kontraktor luaran, dia yang akan pasang wayar fibre  dari kotak hijau ke rumah. Satu lagi technician dalam, dia akan setup  connection Unifi.
 
Pasukan Unifi ni datang sharp jam 2.30, sebenarnya saya dah kesan  diorang berada di belakang rumah saya dari jam 2.15 lagi tapi agaknya  SOP diorang ni akan muncul bagi salam tepat jam 2.30 petang.
 
Proses pemasangan wayar luar ke dalam rumah dalam 30 minit. Kemudian  juruteknik dalam rumah akan mengemaskan lagi wayar tersebut secantik  yang boleh dan seselamat yang boleh sambil setup unifi (masukkan  username,password etc).
 
Kenapa wayar dalam rumah perlu selamat? Sebab takut ada anak kecik  dan dia patahkan wayar tersebut menyebabkan fibre optic dalam tu akan  turut terpatah, habislah connection Unifi. Terpaksalah panggil orang tu  balik ganti, mahal wooo RM 200 sekali panggil. Percuma 15 meter wayar  fibre optic.
 
Semua habis jam 3.30 petang dan bermulalah sesi tutorial yang  sepatutnya memakan masa hampir sejam tetapi menjadi 20 minit sahaja  kerana husband saya dah tahu tentang Unifi. Bak kata husband saya, benda baru dalam  hidup dia pun hanya lah IPTV dan VoIP.
 
Jadi apa yang kita dapat? Selain internet connection menggunakan High  Speed Broadband, kita juga dapat set telefon wireless percuma dimana  talian telefon kita (nombor telefon pun dapat nombor baru) akan  menggunakan line Unifi. Panggilan percuma ke semua nombor Fixed Line TM  tanpa had masa. Tapi awas, ada nombor Fixed Line yang kita sangka  menggunakan line TM tapi sebenarnya Maxis. Tak pasal-pasal kena bayar.  Kalau kena bayar tak silap 13 sen seminit termasuk panggilan ke mobile  phone.
 
Satu benda lagi yang kita dapat ialah satu alat untuk kita sambungkan  ke TV kita, tak kisah samada TV biasa atau TV LCD dimana kita boleh  tengok TV menggunakan Unifi, dipanggil IPTV. Kalau hujan lebat, ASTRO  tak dapat siaran, boleh lah layan TV menggunakan Unifi. Siaran yang  diberi tak lah sehebat ASTRO, tapi semua TY Free di Malaysia ni boleh  ditonton. Ada juga channel interaktif dan juga boleh BELI  movie dan  siaran-siaran lain. Pengguna boleh juga melanggan channel berbayar,  tambah je la duit dalam bayaran bulanan. Tapi ASTRO lagi syok.
 
Tahap kepuasan menggunakan Unifi? Tengok Youtube tak perlu kita tekan  pause dulu nak tunggu data tu download, terus je tekan play dan layan  macam TV. No more waiting. Buka blog terus muncul selepas mata berkelip  (kalau sebelum mata berkelip tu kat Jepun boleh lah, tapi kadang-kadang  sebelum mata berkelip juga). Saya ada buka satu website yang agak berat,  dia diam kejap selama not more than five seconds and tiba-tiba sekelip  mata semuanya terbentang di browser, kalau guna streamyx dia akan keluar  sedikit demi sedikit.
 
Payment :- Rm 149, saya ambil ViP 5. Bulan pertama kena bayar RM 149 +  RM 149 bayaran cagaran. Pemasangan RM 200 (dipecahkan kepada 4 bulan  iaitu Rm 50 sebulan sehingga habis rm 200)) adalah percuma untuk mereka  yang mendaftar dari 15 Jan 2011 hingga 15 Februari 2011. Sesiapa yang  mendaftar selepas 15 Februari 2011 akan bayar RM 149 + RM 149 + RM 50  untuk first bill.
 
Sesiapa yang mendaftar secara online di Unifi.my pada 15 Jan 2011 –  15 Feb 2011 akan hanya membayar RM 149 + rm 50 kerana first month fee  being waived. Kalau daftar secara online boleh pilih phone number lagi.
 
Maklumat promosi dan benda-benda Free ni please update di website TM  dan Unifi sebab ianya boleh berubah samada menjadi lebih baik atau  menjadi lebih tak baik.
Box dekat atas TV tu adalah IPTV. Sesiapa yang nak register unifi kena ada extension plug, rasanya 4 dan juga TV. Sengaja saya pasang TV kedua yang tidak ada connection dengan astro. Kalau hujan lebat tak dapat siaran astro bolehla layan TV kedua ini. hehe

Ini paling saya suka VOIP. Lepas ni memang selalu call kampung sebab free.

  
INFO...
Untuk makluman semua dalam BBC Knowledge Vol2 Issue 2 menyebut bahawa  rumah kediaman yang mempunyai internet paling laju ialah di Karlstad.  Sweden, kepunyaan Sigbritt Lothberg. Kelajuannya ialah 40GBps, Unifi  pula paling rendah 5MBps dan paling laju 20 MBps. Anak Sigbritt ialah  Peter Lothberg, seorang pakar internet dan IT.  Peter memberikan ibunya  yang berusia 75 tahun kelajuan internet 40GBps agar ibunya boleh  download HD Movie dalam masa 2 SAAT  sahaja. Sigbritt boleh melihat  1,500 HD Channel serentak. Cisco yang merupakan majikan Peter membiayai  kos pemasangan internet ini Peter menggunakan satu teknik dimana 2  router yang berjarak 2000 KM antara satu sama lain berhubung tanpa  menggunakan apa-apa intermediary transponder. Secara ringkasnya, tiada  data loss berlaku. Ini kisah tahun 2007.