My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, April 20, 2011

Sukanya tengok macarons yang cantik

Selalu cakap dekat hubby nak try buat macaron tapi belum ada confident level lagi, takut tak menjadi. Sekarang ni khusyuk tengok cara2 buat macaron di youtube. Husband kata macaroni ke? tak saya kata macarons. Apa benda tu?? saya copy paste dari blog irma apa itu macaron:

Macaron adalah sejenis kudapan/biskut dibuat dari telur putih, badam kisar dan gula caster. Nampak mudah kan bahan asas yang digunakan. Tiga je. Ada lagi bahan lain. Food colouring. Bahan buat filling. Apa yang membuatkan macaron ni mahal adalah bergantung kepada bahan dan teknik pembuatan yang memerlukan kos yang tinggi.

Silap teknik akan jadi mangsa tong sampah. Sedih. Lepas tu semangat nak buat datang balik. Betulkan pencinta macaron? ;)

Macaron berasal dari Perancis. Kat sana macaron yang terkenal datang dari Laduree atau Pierre Hermes.

Macaron yang betul menjadi mempunyai permukaan yang rata dan ada feet. Rasanya crispy diluar dan chewy di dalam. Semestinya macaron mempunyai rasa manis. Manis sangat. Jangan gelabah okey. Meh nak bagitau. Nak rasa sedap masyuk, cuba makan macaron dengan teh O pudina tanpa gula. Sedap.


Nak bagitahu lagi. Macaron tak sama dengan biskut yang boleh dimakan sampai 10 biji sekali jalan. Tak pasal-pasal ada yang dapat kencing manis pulak. Saya pun bila beli excited sampai 15 biji sekali borong. Nak warna tu. Nak warna ni. Bukan beli sebab perisa. Beli sebab warna. Bila makan, saya makan sebiji atau dua pastu simpan. Tak yah la kalut perabis sekali jalan kan. Kita enjoy sehari dua biji sambil gigit sikit-sikit. Nyum. Nyum.

Harga mahal. Satu bergantung pada bahan yang diguna. Nak bagitahu lagi, nak buat macaron ni memerlukan peralatan yang bukan boleh beli dengan harga RM10 atau RM50 saja. Bukan pakai periuk, sudip atau dapur gas sahaja. Tak. tak. Macaron tak pandang peralatan macam ni. Dia nak baring atas silpat yang berharga RM65 sekeping. Nak diukur suhu dengan digital thermometer yang berharga ratusan ringgit. Dah siap nak duduk dalam peti ais memanjang. Sekadar menyebut beberapa perkara sahaja. Itu kami sebagai pembuat macaron tak kisah. Dah minat kan. Stand mixer harga RM2k pun sanggup beli.

Inilah rupanya macaron yang comel, sape tak teruja tengok..Gambar di ambil dari blog Irma


Macarons as a deco for wedding cake..Gambar dari internet




Lagi menyebabkan saya tak confident nak buat sebab ini..huhu sadisnya

Macarons pembuatannya rumit

Nomie dengan pelbagai Macarons yang berwarna-warni.


SETIAP kali selesai menyiapkan tempahan kek lapis Sarawak pada musim perayaan, berbaldi-baldi putih telur terpaksa dibuang begitu sahaja.

Jauh di sudut hati sebenarnya terasa amat berat untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun hasil melayari Internet, Juraiza Abdul Aziz, 38, atau senang dengan panggilan Nomie akhirnya menemui sejenis biskut bernama Macarons, satu-satunya jalan penyelesaian kepadanya untuk tidak lagi membuang putih telur.

''Macarons sejenis biskut berasal dari Perancis ini adalah penyelamat kepada putih telur yang selama ini terbuang begitu sahaja selepas saya membuat kek lapis Sarawak,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Lot 5217, Batu 3, Jalan Shapadu Off Jalan Kapar, Kelang, Selangor baru-baru ini.

Putih telur digunakan untuk membuat Macarons sebagai bahan utama.

Kata Normie, Macarons ini terdapat dalam pelbagai warna. Ianya berbentuk bulan sebesar empat sentimeter dan mempunyai rasa yang manis (pada bahagian cengkerang) yang dilapisi dengan jem, krim, coklat dan sebagainya.

''Rasa biskut ini lebih sedap jika disimpan dahulu dalam peti sejuk dan sesiapa sahaja yang telah mencuba Macarons pasti akan mula 'ketagih' untuk mencari biskut ini yang sememangnya mempunyai rasa yang luar biasa,'' katanya.

Katanya, nama Macarons di negara ini juga masih baru tetapi bentuknya yang comel serta berwarna-warni ini dijangka akan mampu menyaingi populariti kek cawan tidak lama lagi.

Tambahnya, Macarons bukan sahaja sedap malah sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran untuk majlis pertunangan, perkahwinan ataupun sebagai 'kek perkahwinan'.

Bagaimana kata Normie, bahan utama membuat biskut ini tidak banyak iaitu putih telur, gula dan serbuk badam.

Tetapi katanya, sebiji Macarons dijual dengan harga RM2.50 dan pastinya dikatakan lebih mahal berbanding biskut biasa kerana proses membuatnya memang rumit dan banyak pantang- larang.

Jelas Nomie, selama setahun juga beliau mengambil masa untuk mahir membuat Macarons termasuk membaca buku serta membuat percubaan demi percubaan.

''Guru saya hanya blog dan Youtube di Internet selain membeli buku mengenai Macarons secara online,'' kata bekas setiausaha ini.

Katanya, disebabkan tidak menghadiri kelas maka banyak cabaran ditempuhnya kerana kebanyakan resipi di Internet ini tidak memberikan maklumat yang tepat cara membuat Macarons.

Lama kelamaan akui Nomie, beliau mula mendapat formula terbaik di mana Macarons ini sebenarnya bukan biskut biasa kerana ada pantang-larang ketika membuatnya.

''Macarons sebenarnya sukar untuk 'menjadi' di kawasan yang mempunyai iklim panas lembab seperti negara kita ini,'' katanya.

Sehubungan itu, tidak hairanlah Nomie hanya akan menghasilkan biskut comel yang berwarna-warni dan manis ini mulai pukul 12 tengah hari hingga enam petang sahaja.

Malah katanya, beliau akan menghentikan sementara aktiviti membuat Macarons jika di musim hujan kerana akan menyebabkan permukaan biskut turut lembab.

Katanya, proses untuk menggaul serbuk badam dan meringue juga perlu dilakukan dengan cermat supaya apabila adunan diangkat dari senduk ia akan jatuh dengan berlipat baharu cekerang yang dihasilkan menjadi elok.

''Jika silap menggaul akan menyebabkan cengkerang menjadi keras serta mudah pecah,'' katanya.

Jelas Nomie, pada bahagian bawah biskut ini juga mesti ada 'kaki' di mana jika selepas dibakar ia leper sahaja maksudnya biskut ini dikategorikan 'tidak menjadi'.

Tambahnya, selepas dipaipkan permukaan adunan mesti dibiarkan kering terlebih dahulu sebelum dibakar.

Nomie berkata, proses untuk membakar Macarons sebenarnya cepat kerana hanya mengambil masa selama 12 minit sahaja.

Kata Nomie, setelah yakin dengan kemampuan dirinya menghasilkan Macarons maka mulai Februari lalu baharu dia mula menerima tempahan Macarons.

Malah Nomie juga turut membuka kelas untuk membuat biskut ini yang terhad kepada empat orang sahaja untuk satu sesi.

Katanya, yang berminat boleh menghubungi beliau di talian 016- 2951473 atau melayari laman web www.keklapis.com.


sumber : kosmo online

7 comments:

Lily@MamaZaraZareef said...

kite tak pernah lagi makan macarons..very the jakun kan..huhu

Unknown said...

kat tesco manjung ni ada jual rm5 sebungkus kecik..tp huda x penah beli lg..tak suka sgt manis2 :)

yatie chomeyl said...

I ernah try buat sekali..retak seribu kat atasnya tapi ttplah sedap menjilat jari hehe

NzA said...

akak ada baca dlm paper hr tu...mmg rumat nk sediakan macaron ni..ttp mmg sedap.

Softtouch [Hanim] said...

xtry lagi nieda n teringin nak rasa tau..tp tulah xsmeua tnpat ada jual macaron nie..kalu ada pun jauh kat empire nun...pernah bc pembuatan dia sgt rumit

Unknown said...

tp makahl kt macaros ni.. kita zpnh rsa lg..geram tgk..mcm mainan je

Izwa Kamaruddin said...

oooooo...padan la mahal harga nyer..hurmmm..baru tau...

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails