My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, April 20, 2011

Apam polkadot

Tengok dekat facebook Yana comel sangat apam polkadot. Saya suka sesuatu yang nampak comel. Trylah buat minggu lepas tapi bukan makan pun. Daddy dengan Humaira jadi tukang makan tapi still tak habis juga. Saya agak kureng dengan kuih manis yang ada campuran telur.

Saya dapat resepi ni dari internet. Saya copy paste shj. Bahan simple yang leceh nak main dengan colour.

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150gm susu segar / susu cair / susu full cream (saya guna santan, takde stok susu di rumah).
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling secukupnya (saya guna inti kelapa)
  • Pewarna ikut suka
  • 1 sudu teh Perasa vanila (yang ini saya tambah sendiri)

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
  • Tips:
  • Gunakan api yang sederhana kecil semasa mengukus untuk mengelakkan apam merekah. Tak pasal2 nanti jadi apam mekar
  • Tutup dengan kain penutup pengukus untuk mengelakkan air jatuh ke atas apam untuk menghasilkan permukaan apam yang menarik.

Hasil pertama apam saya yang comel..sememeh sikit


Closed up sedikit..hehe



* minggu ini entry saya penuh dengan masakan..

14 comments:

~ana~ said...

br tgh duk berfikir2 nak buat sbb tgk sana sini org asyik duk buat apam polkadot nih...ambik resepi yg nieda letak ni jela..thanks nieda sbb memudah kan kerja ku..heh3x...

chugie said...

famous betul apam polkadot ni sekarang ye.. kakak sy pun buat juga sabtu lepas, dan sy jadi tukang makannye je.. best betul!

NM02 said...

sayang nak makan... hehehe

[-suziey-] said...

rajin skang yek membaking dan buat kuih..hehe..bgs2..comel je apam2 ni..

rasp said...

mmg chomel apamnya...rasa syg je nak mamam :)

Farra Dhelina said...

mmg comel!! tp malas nya nak buat...

mummy_ayu said...

wah..memang tengah2 cari resepi apam comel nie..ayu copy yer..nanti leh try..suka2...

♥ Mrs.Eady ♥ said...

wah!bleh la amik order...bleh?hehehe..

ieda said...

ok lah nie dik .. cantik dah tuu .. janji warna warni dan sedap .. bile akak nak buat nie .. kena beli oven dulu nie :)

Wina Momma S and S said...

cerianya warna² dia :-)

adarnadzmie said...

comel jer akak tgk... sian nak mkn dia.. hehe..

MrS. F!zA said...

kita ni tgk org bt kek itu ini apam itu ini suka je! tp kita tk thula bila nk keluarkan oven dr stor tu dan bljr buat..haihh.. menarik apam polkadot ni!

Dee said...

wow..menariknya..anak2 mesti suka..

Softtouch [Hanim] said...

cntiknya apam tu nieda..comels sgt

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails