Saya berada di Denai Alam Recreation and Riding Club (DARC) kerana menghadiri majlis anjuran Sarakids ketika kemalangan ini berlaku. Lokasi kemalangan ialah di Guthrie Corridor Expressway betul-betul berhadapan dengan Denai Alam Recreation and Riding Club. Saya ada mendengar bunyi siren kira-kira 11.45 pagi namun tidak menyangka sesuatu yang buruk sedang berlaku berhampiran. Ketika kami beransur pulang kira-kira jam 12.30, saya melihat begitu banyak kenderaan berhenti di Guthrie Corridor Expressway. Pada mulanya saya menyangka terdapat Ops Trafik namun telahan meleset apabila tiba di tempat kejadian. Kelihatan dua mayat telah ditutup, satu ditengah-tengah laluan menghala ke Shah Alam dan satu lagi berada betul-betul berhampiran divider tengah di laluan menghala ke Rawang. Tidak dipastikan bagaimana kejadian berlaku namun saya percaya ianya melibatkan penunggang motosikal, mungkin superbike.
Saya sempat search di internet berkaitan kemalangan tersebut di forum superbikes, http://superbikemalaysia.com/topic/5060845/1/. Rupa-rupanya satu sahaja mayat. Mangsa menunggang motosikal R1. Dua bungkusan mayat yang saya lihat sebenarnya sebahagian badan mangsa yang telah putus kakinya. Sebelah badan mangsa berada di laluan menghala ke Shah Alam, sementera kaki yang putus pula berada di laluan menghala ke Rawang. Menurut forum superbikes tersebut, sebelah lagi kaki mangsa masih dicari.
Sempat snap ketika melalui Guthrie Corridor. Al fatihah untuk mangsa
16 comments:
innalillahirojiun...
al - fatihah.
innalillah..
saya pon balik awal jugak tp tak lalu guthrie sebab masuk jalan menghala kg melayu subang tu je. so tak nampak la accident ni
ya alh putus kaki..kuat ni eksiden nya klu smpai putus..dah tu jauh2 lak tu.. ya alh..
huhuhu seram nya dik ..
kalau akak pagi2 nie duk terbayang2lah nie huuh :)
semoga arwah tenang di sana ..
ya allah smpai putus kaki..innalillah...
dia adalah caterer saya :((. saya salah sorang yang mencari family arwah.. sebab kad kahwin saya bersama dia masa kejadian ...al fatihah
Alfatihah & Takziah tuk kuarga arwah..
huhuhu, ngeri..
kalo saya ada kt tempat kejadian, konfom menggeletar la badan.. ;p
innalillahirojiun...
ngeri2... tak prasan plak nieda smlm.. takde rezeki kt berjumpa yer..
innalillah...ni yg keluar kat berita kaki putus tu ek?
ya allah, ngerinya..
Innalillah...
Ya Allah spi putus mcm tu skli...kesian nya kat arwah :(
Dulu pon pernah ada kes kemalangan involving superbikes juga and badan dia terputus dua terus coz langgar pembahagi jalan raya...huu huu.
Kepada mereka yg suka bawak laju2, tlg lah jgn bawak laju2, kesian lah pada anak bini mak bapak semua. Bila benda mcm ni terjadi betapa sedihnya dan hilang tpt utk mereka bergantung harap especially pada anak dan bini :(
Latest two entries:
Safi Rania Gold
Art Time With Arissa The Painter!
ya allah..sedih nyer :(
selalu lalu situ..lengang nye Guthrie..tapi, yang lengang tu,lahhhh...dengar pon dah ngeri.
Al-Fatihah....
Saya baru sampai di DARC masa kejadian...Dari jauh dengar bunyi macam bunyi superbike, then dengar bunyi macam tayar pecah dan nampak asap. Suami kata takkan accident.... Biler balik nampak darah jer...Betulla accident, yer... Kesian betul biker tu.
adoiiii....seramnye...innalillah..sedey:(
Woah! I'm really digging the template/theme of this site. It's sіmρle, уеt effective.
Α lot of times іt's challenging to get that "perfect balance" between user friendliness and visual appeal. I must say you have done a great job with this. Also, the blog loads very fast for me on Internet explorer. Exceptional Blog!
My page - father'ѕ dаy gift iԁeas
Post a Comment