My sweet story...

My sweet story...

Thursday, April 21, 2011

Home made aiskrim

Humaira sekarang ni sangat addict dengan aiskrim. Baru pandai makan setelah kakak Insyirah mengajar dia. Selalu kalau nak makan aiskrim beli je, bila dah si kenit ni suka terfikir juga nak buat homemade aiskrim. Sebelum ni bila search resepi kebanyakkan bahannya ada letak telur, saya memang tak suka unsur-unsur telur dalam aiskrim..hehe

So saya terjumpa satu blog yang simple sangat cara buat ais krim. Tak payah guna ice cream maker, hanya perlukan blender je. So dengan semangatnya berjaya juga buat projek aiskrim petang Ahad lepas.

Bahan-bahannya: 2 benda je iaitu coffe mate (saya guna brand nestle) dan fresh milk perisa coklat (saya guna brand dutch lady). 2 bahan ni tak sampai rm10

photo from google



Untuk permulaan saya buat sikit je takut tak menjadi. Caranya, 1 cawan susu coklat dan 1 cawan coffee mate. Kalau nak buat banyak pun ok, make sure sukatan kedua-duanya sama. masukkan kedua2 bahan ni ke dalam blender, jangan guna blender cili sudah...nanti tak pasal2 jadi aiskrim pedas..blend lebih kurang dalam 5-6 minit sehingga sebati dan berbuih. Masuk dalam bekas berpenutup simpan dalam freezer. Tunggu dalam 4-5 jam sebelum aiskrim ni keras betul keluarkan dan blend balik untuk memperbaiki tekstur aiskrim, then boleh simpan dalam freezer sehingga keras. Lepas tu bolehlah makan

Inilah hasilnya, saya letak coklat chip



1 scoop for Humaira


Budak tak sabar nak merasa ais krim.Ternganga dah mulut


Yummy




Lepas ni boleh cuba buat macam2 flavor pula. Daddy request aiskrim perisa milo pula. Sekarang ni, Humaira pantang lalu dekat peti ais, sure becok mulutnya....mawar (bahasakan diri dia, maklumlah pelat) nak ais kim (aiskrim). Pasni jom ramai2 buat home made ais krim.

20 comments:

Jasfyra said...

pernah buat dan hasilnya terbaek!!hihi.kita campur ngan biskut oreo wak,buang krim dia.pecah2kan or blend sket dan campur.cedap..baru ajar member opis last week, dia pun ckp sedap dan jimat duit.lps ni hari2 la humaira leh mkn ais krim mummy buat

Huda said...

huda penah baca resipi macam ni, mmg simple tp kan x penah try lg :)

♥ Mrs.Eady ♥ said...

sgtt pandai la buat mcm2 benda...suka :)

GIMBooL said...

dap nyeeeerr....

NM02 said...

ooo... cenggitu ker??? ala, malasnyer nak blend bagai.. ahaksss...

rasp said...

senang banget resipi dia sis...
leh terai nanti nie...

Zaharah said...

hai,
nak tanya kalau nak buat perisan lain macam mane??
cofee mate tetap guna eh??

Sakinah Mohd Darus said...

wah!! macam sedap. nanti nak cuba jugak la ;D

~ana~ said...

wah..senang nya..nnti boleh try la...thanks nieda..:)

ieda said...

x terfikir pun akak nak buat ais krim selama ini .. boleh buat erkk .. waaa kena cube nie :)
tgk humaira makan tuu sedapp ya nakk ?? :))

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

as salam, BSB pun nak try juga lerr..

LiLy @ MumMyQiStInA said...

sedapnye tgk Humairah mkn eskrim..
Senang jer nk buat erk..
Thx..Nnt blh cuba buat gak.. ;)

Dee said...

eh senangnya..sis ni suka mencuba resepi ye..dee sukalah tengok..hihihi..

Seteguh Karang Laut said...

Salam alaiki..
Woow!!sedapnye....
nty bleh ler kite cube...hehehe..
sweet,,,

ezan said...

nieda.. ezan nak try buat la.. nampak sedap. tq for sharing.. :)

NzA said...

pernah gak cuba buat ttp anak xsabar tunggu..last2 g beli kt supermarket kt depan rumah...hi....

Softtouch [Hanim] said...

menarik nie....sgt sennag rupenya..nnti leh try..heeee

- Leena - said...

owhh bestnye ble byk free time buat mcm2..dlu b4 preknen byk gak try masak mcm2..laa ni...rs xkesempatan ajeeeee....ble pulok ank tgh melasak xnk tido...lps ummi wat kije...babah tolong sambung..ummi pulok jaga dia..bertuka2 tugas

fadzliza aqeela said...

MCM BEST SENANG JER KAN..PENAH BUAT JUGAK TAPI LETAK OVALLETTE CKET..TAPI SINCE U BUAT XPERLU LETAK LAGI SENANG LA KAN...

Amoy Latif said...

singgah untuk carik resepi ais krim.

nak tany kalau utk perisa vanila kne letak esen vanilla x? gune susu apa ye?

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails