My sweet story...

My sweet story...

Thursday, May 30, 2013

Random photo

Morning peeps...Khamis mohler layan random photo. Takmo cakap banyak2..

3 orang budak tecik, buat masa ni, inilah cucu emak saya. Akan datang pasti bertambah. Hehe

Baru habis mengundi. Pakciknya kata, 2 orang budak ni pengundi hantu. hahaha..

Gambar 2-3 hari lepas masa beli telur gred AA. Sebiji telur ada 2 kuning.   
Cuaca panas sekarang ni, sedap dapat pekena air cincau. Mudah dengan adanya serbuk cincau. Masa masak just tambah gula dan air.
Meatball jenama Ramly. Sedap juga. Sos tercair plak. Sos semuanya instant.
.


Tuesday, May 28, 2013

Busy...

Halluuu halluuuu..lama tidak bersiaran. Rindu pada blog yang semakin bersawang ni. Ececeh.. Busylah sangat menguruskan rumah tangga terutama si kecik yang semakin lasak. alasan... Semua benda nak dikerjakan. Sejak dah expert meniarap dan mengesot ni, habis tunggang langgang isi rumah. Mummy dia bila dah malam memang lembik habis, tak sempat langsung nak update blog. Huhu tapi tak juga kurussss. Bila dah merangkak nanti banyak benda kena alert. So start dari sekarang, mummy dah mula pasang strategi. Kekeke..

Firaas dah mula pandai buka laci. Eiii risau je jari mulus awak tersepit. Jom kita pasang baby safety locked. Frust muka si kenit ni bila tak dapat buka laci lagi.

Suka juga main suis. Ketup ketap Firaas ni tekan suis. So kena tutup lah.

Yang bagusnya, kakak selalu monitor adik. Sayang kakak dekat adik tau..

Setelah bertahun tidak menggunakan khidmat safety gate, kali ni kena gunakan semula. Safety gate ni pasang laluan ke dapur.
Tak dapat buka gate, dapat jilat pun jadilah yer dik??Semua benda nak masuk mulut..


 Bagi duduk kat walker, lagilah dia suka. Senang nak mencapai semua benda. So NO WALKER kalau takder orang monitor.
Mummy tak kisah Firaas nak melasak, itu tandanya anak mummy sihat, nak explore dunia baru. Mummy lagi susah hati andai anak mummy sakit. Semoga anak2 mummy terus diberikan kesihatan yang baik. Amin...

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru

Today 16 Mei..Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru terutama guru yang pernah mengajar saya since dari tadika sehingga ke universiti. Antara orang yang terdekat dengan saya sebagai pendidik tentunya my husband..Selamat Hari Guru Abang. cikgu saya masa di Universiti ni..Hehe . Dan tak lupa juga buat my sis, Along yang mengajar di Sek Keb Rapat Setia, Ipoh. Profesion guru sangat mulia, moga kalian dan guru2 semua dapat mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada bangsa, negara dan agama. SELAMAT HARI GURU... 

Gambar cilok dari facebook hubby, surprise birthday dari student husband..Dah hampir 3 tahun husband cuti belajar, 2015 Insyaallah akan masuk mengajar balik..
   

Awal bulan May hari tu, sempat skodeng kelas kakak saya di Ipoh. Sebelum ni kakak saya mengajar di Langkawi sebagai guru matematik. Bila tukar sekolah di Rapat Setia kena mengajar kelas pemulihan pula. Takpe Along, tak kira apapun subjek yang diberi, didiklah mereka sehingga pandai membaca..Untuk kelas pemulihan, memang sangat ceria hasil kreativiti Along bersama guru2. Bak kata ALong, bila murid dah pandai membaca itulah satu kepuasan.

Kelas yang ceria...
 
My sis tengah menampal gambar
 
BACEPAT pinjam untuk ajar Humaira membaca..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails