My sweet story...

My sweet story...

Friday, December 30, 2011

Talam Marble yang sedap

Dua hari lepas merajinkan diri buat talam marble. Memang teringin nak cuba sebab nampak senang, tak perlu kukus pun. Resepi ni saya ambil dari my resepi  , ramai  yang dah mencuba resepi ni. Rata2 semua puji akan kesedapan kuih talam ni. Nak buat pun tak susah. Ikut resepi asal, guna tepung Hoen Kwee warna putih, tapi saya olah guna tepung warna hijau gara2 tengok blog Kak Ita Masam Manis buat kuih ni guna kaler hijau nampak menarik. Tepung Hong Kwe ni ada banyak pilihan kaler, putih, merah, hijau.

Husband sangat suka kuih ni. Dia kata rasa macam ais krim.

Resepi Talam marble

by Kak Fida

  • 250 g tepung Hoen Kwee
  • 450 g gula halus (2 1/4 cwn rata)
  • 2100 ml santan pekat (drpd 2 biji kelapa)
  • 1 sk garam
  • 3 sb serbuk koko 

Cara-cara

  1. Satukan kesemua bahan ke dlm mangkuk kecuali koko dan dibahagi dua. 1 bahagian di campur koko.
  2. Masak adunan dlm periuk yg berasingan sehingga pekat,licin dan kelihatan meletup2. Matikan api.
  3. Marblekan adunan berselang-seli warna hingga habis di dlm loyang yg bergris.Sejukkan.
  4. Siap utk dipotong dan dihidangkan.
  5. Cara2 ke 3 hendaklah dilakukan dgn cepat kerana adunan cepat mengeras.

Untuk resepi ni saya hanya menggunakan separuh dari adunan. Saya hanya menggunakan 1 tiub je tepung Hoen Kwe. 1 tiub tepung hoen Kwe mengandungi 100 gram, gula halus 200gram, 1 kotak santan 200ml tu saya tambah dengan air sehingga 1000ml, 1/2 sudu kecil garam, 1 1/2 sudu besar serbuk koko dan saya tambah 1/2 sudu kecil coklat emulco.

Kena masak dalam dua periuk berasingan secara serentak sebab kuih ni cepat mengeras. Satu adunan kaler hijau dan satu lagi kaler coklat. Yang lain tu follow je cara-cara penyediaan.
Cantik kaler kuih ni.

Inilah tepung Hoen Kwe.


Thursday, December 29, 2011

Upin Ipin di Space U8



Mummy dapat tau Upin & Ipin di Space U8 secara kebetulan masa tengok TV. Ada promo ceria cuti sekolah bersama Upin & Ipin @ Space U8. Dekat pula dengan rumah, haruslah pergi. Hehe...Mummy pergi hari terakhir karnival ni pada 26 dec lepas. Shopping komplex ni masih baru lagi, kedai pun tak banyak, orang pun tak ramai lagi. Puas hati Humaira dapat tengok Upin & Ipin. Sebelum ni, kalau jumpa maskot Upin & Ipin, punyalah takut..Tak habis2 bebel pipin besor..Kali ni dah berani dengan Upin & Ipin, cuma maskot yang lain masih takut. Jarjt nak salam dengan Humaira, punyalah kuat dia peluk mummy.. Takutttt



Bising mulut dia nampak Ehsan kat atas stage

Dengan Ehsan pun Humaira takut

Bergambar kenangan dengan Upin & Ipin..

Cik adik manis tengok apa tu?? Dah hampir lunyai gambar ni

Aktiviti bersama Upin & Ipin

Sibuk nak bergambar lagi dengan Ipin

Punyalah suka bila Ipin salam dan cuit pipi Humaira..Tersenyum memanjang


Takut dengan Jarjit


Dah peluk mummy dah..Dengan Mail pun takut..Ishk...ni anak ke mak yang terlebih excited ni???





Wednesday, December 28, 2011

Humaira dah sihat...

Alhamdulillah, Humaira dah baik dari demam, cuma masih batuk. Terima kasih atas doa kalian yang bertanyakan kesihatan Humaira. Terharu sangat walaupun hanya kenal di alam maya je. 

Demam Humaira kali ni agak lama, hampir seminggu. Hari keempat dia demam ingatkan dah ok, sebab siang tu dia aktif, temperature pun normal..bila malam je start panas balik badan dia berterusan selama 3 hari.  Ahad baru2 ni, Atuk Muar dia datang buatkan air penawar. Alhamdulillah, semalam dah ok sepenuhnya. Tinggal batuk je lagi. Agak mencabar nak bagi kenit ni ubat, dia dah pandai meronta. Mummy dengan daddy terpaksa bersilat nak bagi dia ubat. Batuk ni mummy stop bagi dia ubat. Ubat batuk yang doktor bagi menyebabkan Humaira macam khayal, maybe ubat tu jenis mengantuk. Kesian juga terpaksa meronta2 nak bagi makan ubat. Mummy cuma tak bagi Humaira minum ais, makanan berminyak, dan selalu sapukan vicks setiap kali lepas mandi. Humaira pun faham, setiap kali batuk mesti minta air masak.

Baru2 ni daddy ajak Humaira pergi Toy r us. Daddy nak mengembirakan orang yang baru baik demam. Awal2 daddy dah warning, satu mainan sahaja. Dalam banyak2 mainan yang ada, katil untuk baby yang dia nak. Mummy mula2 malas nak bagi, better beli maian yang dia boleh guna, tapi dia tetap nak katil baby juga. Daddy kata biarlah dia pilih sendiri..Sukahatilah nak oiii

Mainan yang menjadi pujaan hatinya

 Suka Humaira, babby dia dah ada baby coat

daddy pun taknak kalah..nak juga kereta remote.. Kat rumah bergaduh dengan anak berebut mainan. Huhu..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails