My sweet story...

My sweet story...

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan buat semua kenalan dan sahabat maya. Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua. Mohon maaf jika saya ada mengguris perasaan kalian.


Friday, July 29, 2011

Aktiviti wajib Humaira bila balik kampung

Kalau balik Muar tak sah kalau tak mandi dalam bathtab. Penat mummy nak menunggu, selagi tangan tak kecut jangan harap cik adik manis ni nak keluar.



Main perkakas masak Embah aka nenek Humaira. Balik Muar memang wajib benda ni. Mummy malas nak bising dah. nanti Embah kata...biarlah nieda, dah besar nanti rajin Humaira tolong buat kerja rumah..Amin...


Sedapnya Maira masak....



Aktiviti kacau Embah pula....

Embah tengah sediakan bahan2 untuk buat laksa Johor. Cik adik manis ni sibuk nak tolong bersihkan taugeh. Habis semua dipatahnya..


Makan spaghetti pula. Suka pula cik adik manis ni. Nanti mummy masak spaghetti ye.



* Seronok ada anak, lihat keletah dia buatkan hati yang panas bisa sejuk... Biar penat macamane pun, bila terpandang muka anak hilang semua penat lelah. Kadang2 hangin juga bila terlampau banyak akal, kena juga marah tapi saat dia tertidur rasa syahdu je. Indahnya perasaan ni kan...

*Hari ni 29 July my mom birthday....Selamat Hari Lahir Emak. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Luv and will always luv u...

Wednesday, July 27, 2011

Photoshoot di kampung

Semua gambar di ambil oleh husband saya. Saya sibuk2 ambil buah di kebun, husband sibuk photoshoot dalam kebun. Dia tak pandang pun buah, semua buah dia tak makan.

Kerangga bergaduh. Masa ambil gambar ni saya tengok husband sampai nak terbaring untuk dapatkan shoot yg menarik.




Awan membiru...


Bumbung bahagian stor rumah


Flora dan fauna


Motif??? seni lah kononnya


Buah kelapa








Kenapa cik adik manis menangis????

nuffnang

Related Posts with Thumbnails