My sweet story...

My sweet story...

Saturday, October 16, 2010

Yayasan anak-anak yatim wardatul jannah

*******STICKY MODE*******
(New entry please scroll down)



Yayasan anak-anak yatim Wardatul Jannah merupakan satu institusi kebajikan yang didaftarkan dengan rasminya pada 20 January 2010 di bawah 'Trustees Incorparation Act (1952)' Jabatan Perdana Menteri Malaysia. (No pendaftaran PAPB 2/2010) yang terletak di Kot Damansara. Antara pemegang amanah yayasan ini adalah bekas majikan saya iaitu Dato Shakir dan Datin Ani Mawar.

Kepada yang ingin membantu dan yang berkemampuan, apa salahnya jika kita memberikan sumbangan derma dan bantuan kewangan kepada yayasan ini. Besar pahalanya jika kita menggembirakan anak yatim. Untuk maklumat lanjut mengenai yayasan ini, sila klik SINI


Friday, October 15, 2010

Belanjawan 2011: Pembentangan budget

Petang ini bakal berlangsung pembentangan budget untuk tahun 2011 di Parlimen. Kebiasaannya pembentangan budget diadakan dalam bulan October pada petang Jumaat. Kakitangan kerajaan ramai yang tertunggu2 budget petang ini memandangkan kalau tak silap saya sudah 2 tahun kakitangan awan tidak mendapat bonus. Mungkin ada perkhabaran gembira petang ini, siapa tahu kan???

Pagi tadi tengok berita BERNAMA, saham PLUS dibekukan buat sementara waktu. Ini pun ada ura-ura kerajaan akan mengambil alih untuk mengkaji kenaikan tol. Mungkin kadar tol akan dikurangkan???haha...Apa2 pun kita tunggu budget petang ini.

Lagi satu khabar yang dibawa oleh angin-angin menceritakan mengenai pelarasan gaji yang bakal diterima oleh kakitangan awam tapi tiada siapa dapat memastikan berapa peratus gaji yang bakal diselaraskan. Dalam erti kata lain, gaji akan dinaikkan lagi. Bagaimanapun ada khabar yang diterima mengatakan bahawa ia akan melibatkan semua gred gaji, ada pula yang mengatakan bahawa hanya dari gred 1-48 sahaja. Kalau khabar yang kedua diambil kira, mereka yang berada di gred 52 ke atas tidak mendapat apa-apa la ataupun mungkin dapat la wang saguhati, tapi kalau dapat wang saguhati, gred 48 kebawah pula akan melompat kemarahan kerana tidak mendapat saguhati. Mungkin ada pihak melihat bahawa mereka-mereka yang mendapat gred 52 keatas ini sudah terlalu kaya.

Memang susah nak puaskan hati semua orang.Apa-apa pun tunggu je pembentangan belanjawan. Namanya pun khabar angin.

Thursday, October 14, 2010

KFC idaman Humaira selalu

Kalau pergi KFC makanan favorite Humaira tentunya whipped potato dengan fries. Selalunya whipped potato memang tak letak sos nya. Sesekali boleh la layan fastfood ni. Budak kecil ni memang peminat no 1 kentang, sekarang ni susahnya nak bagi makan nasi. Terpaksalah bagi kentang, mcm2 style masakan dah cuba.

Memang patut kerajaan haramkan iklan fastfood dekat TV, sebab memang bagi pengaruh besar dekat kanak-kanak. Lately ni saya tengok iklan fastfood dah ada dekat TV, kena ada pemantauan.

Bising mulut Humaira bila fries dah habis





nuffnang

Related Posts with Thumbnails