semalam hari Ahad, kawan saya dtg rumah nak tgk baby Humaira. Actually she is my bestfrend kt ofis, tapi malangnyer Yus dah resign. Yang bestyer jarak kami pregnant pun dekat, gap cuma sebulan. best byk yg boleh dikongsi bersama...sharing is caring kan yus? i miss u so much, rasa lost jer u xder kt ofis...jom layan gambar Adam dan Humaira, mana tau dh besar dorang, kita bleh wat menantu.hehe.....gurau2 jer.
Ni pulak gambar close up Humaira....Wajah2 kesayangan hamba....Mummy and daddy luv Humaira very much...
Yuhuu.. hari ni 45 hari kelahiran puteri sulung saya...best sebab sudah habis tempoh berpantang. Boring betul time pantang ni, bab makan ok lagi tapi terperuk kt rumah paling boring. Memandangkan wabak H1N1 melanda negara kita, saya sendiri tak berani nak bawa keluar Humaira pegi jalan2. Itulah angan2 saya bila dah habis pantang, nak bawa si kenit jalan2..Sabar sayang, nanti kite keluar..
Humaira 2 days
Humaira 6 days
Humaira 12 days
Humaira 15 days
Humaira 29 days
Gambar terakhir pregnant masa nak pegi hospital..Haiyoo tgh sakit sempat posing, ni semua Mr hubby nak tangkap, dia ckp pasni perut dah kempis.huhu
Hari kedua di hospital Mr hubby bagi kad "get well soon"...Sungguh terharu ucapan dari hubby..thanxs...
Hari ni 19 June genap umur saya 27 tahun...Harapan saya moga dengan pertambahan umur ini dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik agar saya dapat berbakti pada keluarga saya. Masih lagi dalam pantang so takder celebrate apa2 dgn hubby..Nanti ya B, kita celebrate.hehe
Terima kasih pada bonda saya, Puan Zaharah kerana 27 tahun yang lalu menahan sakit dan getir semata2 melahirkan saya. Tanpa pengorbanan dan pahit getir emak saya mengandungkan saya selama 9 bulan tak mungkin saya lahir ke dunia ni..Thank to my mum and dad also.
Semalam hubby saya buat kejutan bagi bunga dan kad..Sungguh terharu ok..Tgh tunggu kad from mother and father in law x sampai lagi..hehe