My sweet story...

My sweet story...

Thursday, September 30, 2010

Gambar Humaira di taman

Gambar Humaira dekat belakang rumah nenek Muar. Sukalah Humaira sebab laman rumah nenek dia luas. Lagipun baru dapat kaki berjalan saja dia. Banyak pokok orkid. Mummy aje bukan peminat nak tanam pokok ni.

Layan gambar yang mummy edit, cantik tak?? Selalu daddy yang edit, kalau ni hasil kerja mummy pula. Layannnn....

Renung apa tu yang????


owh...air hujan. hehe mcm tak real je. Gambar sama seperti di atas cuma mummy letak effect air hujan.


Tengok butterfly.


mummy suka gambar ni..


Ini kerja terbaru Humaira bila dapat kaki. Semua benda nak angkat. Kalau dekat rumah habis barang dapur dia bawa ke ruang tamu. Hangin mummy. Sedar2 bawang dah ada bawah sofa


Sopannya anak dara mummy duduk..

Wednesday, September 29, 2010

Homemade coklat


Cantik, yang bentuk love tu dalam ada inti orange, bentuk rose dalamnya inti strawberi, yang satu lagi tu badam. Serius mmg sedap, kalah cadbury

Closed up sikit


Siapa peminat coklat??nyum nyum..Sedap tau coklat buatan sendiri. Ini air tangan MIL, belajar dari adik dia di Bangi. Nanti saya nak menuntut ilmu buat coklat dari MIL. Serius, sedap sangat. Daripada banyak tu, tinggal 2-3 ketul je lagi. Humaira pun suka makan coklat tu.


Ini pula kes budak terlebih baik, jatuh tangga kt rumah nenek saudara. GUna kamera cap ayam tak nampak sangat kesan lebam nya. Sampai hari ni kesan tu ada lagi. Daddy nya cukup risau. Kalau sampai besar tak hilang habislah, kurang 1k hantaran. Wakakaka

Hari Ahad pergi kenduri kahwin

Lepas lepak di Taman Melati, kami menghadiri jemputan kenduri kahwin daripada saudara sebelah emak. Kenduri kahwin di Taman Kosas, Ampang. Buat di rumah pengantin perempuan, agak grand juga majlisnya. Selamat Pengantin Baru kepada Nadiha dan suami. Semoga berkekalan hingga akhir hayat.

Pengantin menuju ke pelamin yang indah. Cantiknya colour putih


Singgahsana yang indah


Mummy Humaira yang bam bam


Tok dan Opah Humaira

Tuesday, September 28, 2010

Rumah Taman Melati

Opah dan Tok Humaira tidur di Shah Alam sehari je kemudian bermalam di Taman Melati. Sebenarnya Tok Humaira ada beli rumah di Taman Melati masa menetap dan bekerja di KL dulu. Kemudian Tok dgn Opah pindah sebab dapat tukar di Ipoh, jadinya rumah Taman Melati disewakan.

Lepas Tok pencen, rumah tu rennovate dan sehingga kini taknak sewakan dekat orang. Sayang sebenarnya, bila dah rennovate nak sewakan dekat orang, macam2 masalah nanti. Lagipun rumah tu dah lengkap, ada peti ais, dapur masak, TV, perabot. Sekarang ni rumah Taman Melati tu jadi tempat persinggahan. Masa daddy dtg nak merisik mummy buat dekat Taman Melati. Kebetulan masa tu mummy baru habis konvo. ngeh...

Banyak kenangan dekat rumah tu. Masa study dulu, every weekend kalau mummy tak balik kampung mesti lepak dengan Mak Long Humaira dekat situ. Masa tu Mak Long pun masih study di UM. Sejak mummy ada Humaira langsung tak pernah jejakkan kaki lagi dekat situ sehinggalah hari Ahad lepas. Sekarang ni rumah ni tidak berpenghuni. Opah kata nanti bila dah pencen nak ulang alik menetap di Ipoh dan KL. 4-5 tahun lagilah baru Opah pencen. Sayang biarkan rumah tu kosong

Ada perancangan nak bawa Humaira pergi Zoo since dia dah dapat kaki (berjalan). Bolehla bermalam di Taman Melati. Rumah tu mmg dekat dgn Zoo dan juga kawasan KL.

Sukanya dia lepak atas katil. Ada bear lagi. Dulu bilik ni mak Long Humaira yang punya. Bilik ni mmg lengkap dengan perabot


Ruang tamu yang sangat comel. Walaupun rumah ni kecil tapi bg mummy oklah ada 3 bilik


Katil bujang, selalunya weekend dulu mummy lepak kt bilik ni. Kenangan


Ruang dapur


Tempat untuk memasak. Dah lama dapur ni tak berasap


haa...akhirnya Humaira nak juga dukung dengan Opah.

Monday, September 27, 2010

Hujung minggu yang padat

Hujung minggu lepas penuh dengan aktiviti open house dan kenduri kahwin. Kebetulan Emak & Abah dan MIL & FIL dtg KL.

Jumaat malam ada kawan2 mummy beraya di rumah. Mummy dibantu oleh pembantu kecil bersilat di dapur sediakan juadah. Sebabkan ada pembantu kecil ni, kerja memasak yang boleh makan masa 1-2 jam telah menjadi 4 jam. Semua benda dia nak tolong. Mummy masak laksa utara, nasi impit bersama kuah kacang dan ayam masak merah, dessert sagu gula melaka.

Pembantu kecik ni orang paling sibuk, semua yang mummy buat tak kena, dia aje yang betul


Siap terhidang, menanti tetamu


Hari Sabtu pergi open house rumah saudara mummy. Setelah lama tak bersua muka, akhirnya dapat juga jumpa di Open House rumah makcik mummy pangkat aje makcik padahal beza umur setahun je..hehe , dekat aje dgn rumah mummy. Bestnya, jumpa balik melalui blog, rupanya dah lama dia follow blog mummy, cuma tak tau saudara sehinggalah cerita raya dekat Simpang Pulai ada gambar Opah. Dari situlah segala-galanya bermula. hehe. Nanti datang beraya rumah Humaira pula ye.

Kami dtg awal open house sebab petang tu ada agenda. main food laksa dan nasi ayam yang marvelles


Inilah makcik mummy. Serba merah sama dgn Humaira

Happy Birthday Ayah

Happy Birthday Ayah pada 17 September lepas. Apa yang menariknya, ayah mertua saya ada kembar. Kembarnya duduk di Masjid Tanah, Melaka. Tak sempat nak together2 dengan kembar ayah celebrate birthday. Emak mertua saya kata, selalunya dia akan buat kek dan celebrate dengan kembar ayah di Melaka. Lagi menarik, kembar ayah adalah perempuan. Kiteorang panggil Mak Nab. Selalunya kita dengar kembar sama jantina je.

Macam best aje kalau ada kembar, memang sampai sekarang ayah closed dengan kembar dia. Muka pun lebih kurang je, kalau ayah pakai tudung memang sama. Dulu Mak Nab pernah kena timpa buah kelapa atas kepala sehingga pengsan, ayah mertua saya pun turut terkena tempiasnya. Beberapa hari kepalanya asyik sakit je. Sama juga kes, bila lutut ayah terbelah kena gergaji, beberapa hari Mak Nab terasa sakit lutut.

acara potong kek, sayang kek tu dah cair nampak serabai


Humaira pelik aje tengok


Muka daddy dgn Humaira yang tak sabar nak makan kek


Tetap romantik sehingga kini...emak suapkan untuk birthday boy. kih kih kih


Muka daddy tak puas hati tak dapat makan kek..hik

Sunday, September 26, 2010

moment raya di Muar

Moment raya di Muar sebelum kami balik Shah Alam. Kebetulan masa family kecil mummy nak balik, ada tetamu datang beraya. Humaira paling suka sebab ada geng, jadi mummy terpaksa lewat sikit gerak balik S.Alam sebab si kenit ni nak berkawan.

Muka notty melangkah nak dapatkan geng dia


Inilah geng Humaira, dengan si comel Balqis


Balqis siap tgk baju Humaira ada corak bulat-bulat


Selingan...
gambar di Jusco bandar Melaka . Sedapnya Humaira mamam

Friday, September 24, 2010

Beraya di Muar

Raya keempat gerak balik rumah emak mertua mummy di Tanjung Gading, Muar. Setiap tahun memang kami balik beraya kedua-dua belah kampung cuma ikut giliran je. Baru adil. Stay dekat Muar sehingga hari Khamis. Cuma sempat beraya di Segamat dan Kesang je.

Adik manis posing tepi almari tunggu mummy bersiap untuk ke Segamat


Adik manis bertudung


Dkt Segamat, rumak kawan baik daddy. Baju anak beranak sama sponser by nenek Humaira.


Ini pulak dekat rumah kawan baik FIL. Cantiknya cat dinding warna pink


Sukalah Humaira ada geng


Apa yg di borak tu?

Thursday, September 23, 2010

cerita raya lagi

Malam raya kedua pekena burger king dekat Ipoh sementara menunggu kawan husband. Asyik makan lemang dgn rendang je, sesekali tukar selera makan fastfood pula.

Burger king berdekatan dgn Jusco, makin happening area situ.





Raya ketiga dah balik Shah Alam. Plan ptg tu nak balik terus Muar, tapi daddy tak larat. Dekat highway Tapah jammed, kami sampai rumah pun lebih kurang pukul 3 ptg. Memang sunyi taman perumahan di Puncak, semua penghuni belum balik dari kampung lagi.

Humaira yg happy dpt blk rumah sendiri. Jual mahal betul dgn makcik pakcik dia, semua taknak. Sudahnya asyik berkepit dgn mummy


Sampai rumah terus minta pasangkan cerita Upin Ipin. Khusyuk betul tgk

Wednesday, September 22, 2010

raya kedua

Gambar sekitar raya kedua. Sempat beraya rumah Maksu mummy je. Perut meragam masa tu, cirit birit. Ini kes tak hengat makan rendang masa raya pertama. Opah, Atuk dgn Pakcik Humaira pergi Kedah raya kedua, hantar sepupu bertunang.

Anak dara mummy tak mandi lagi. Comel Rabiatul bersiap sedia nak pergi Kedah


Baik tau Rabiatul ni, tak meragam pun ikut nanny dia bermalam di Perak. Mak Ayah si comel ni di KL terpaksa kerja masa raya


Dgn sepupu sepapat Humaira


Dah mandi... suka dpt main HP


Dkt rumah Maksu mummy, bergambar dgn si kembar


Humaira mkn kerepek lagi. Kepanasan... mummy bukakan baju


Sejuk sikit duduk dekat pangkin luqr rumah. Sodap kena tiup angin

Tuesday, September 21, 2010

Seisi ziarah raya pertama

Mummy stay kt Simpang Pulai sehingga raya ketiga, then balik rumah di Shah Alam. Raya keempat balik kampung daddy pula di Tanjung Gading, Muar. Banyak sangat gambar yang ingin dishare dekat sini. Bukan apa, sebagai kenangan di kemudian hari. Mungkin Humaira boleh tengok bila dah besar nanti.

Raya pertama sempat melawat 6 buah rumah dan ziarah kubur Opah mummy yang meninggal dunia tahun lepas. Masa tu mummy tengah mengandungkan Humaira. Tak sempat Humaira nak kenal dengan Moyang dia. Moyang yang jaga mummy dengan uncle dan aunty Humaira masa Opah kerja

Mummy suka gambar Humaira bertudung. Nampak comel,


Dengan her uncle


Menangis pula rimas pakai tudung



Seisi ziarah bermula..Rumah pertama yang di tuju Opah Yong Humaira


Ini pula rumah mak mertua Mak Long Humaira. Mak Long kahwin dengan orang sekampung, jadinya takyah gaduh giliran beraya. Tengoklah Humaira, peminat kerepek. Gigi dah banyak, ada 16 batang sedapla kunyah benda keras


Ini pula rumah Opah Dah Humaira..Mana pula si kecil tu???


tidur, kepenatan lah tu..


Muka happy baru bangun tidur..bateri dah charge ye Humaira masa tidur tadi, bolehla melasak balik


Ziarah rumah Opah Yang Humaira


Tengok daddy pegang ayam..Jinak ayam tu

nuffnang

Related Posts with Thumbnails